Februari 09, 2015

Apa Syarat Sah Dua Kalimah Syahadah?

1. Siapa yang tentukan orang itu Islam?

2. Bagaimana kalau pada satu hari, seorang non Muslim, bangun tidur, dapat hidayah?

3. Dia takut nak beritahu keluarga, jadi dia diamkan saja perkara tu.

4. Dia bukak internet, belajar pasal Islam, belajar pasal solat.

5. Dia buat semua benda dan lepas dia rasa dia bersedia, dia ucap dua kalimah syahadah sorang diri, hanya Allah aje tahu. Dia solat sembunyi2, puasa dan dia simpan duit nak gi Haji dalam tabung. Tak pernah sekali pun dia cuba jejak masjid. Apa yang dia belajar dari TV dan dari apa yang dia baca, bergantung kepada persoalan yang dia ada.

6. Pada waktu yang sama juga, dia masih lagi "bersama" dengan isteri.

7. Kau paham maksud aku kan? Dia terus bersama kerana dia tak tau. KIta ambik camtu aje, dia tak tau. Dia tau Islam = Syahadah, Solat, Puasa dan Haji.

8. Lebih setahun selepas dia ucap 2 kalimah syahadah, isteri dia lahirkan anak perempuan yang comel.

9. Jadi, kepada pakar agama internet;

10. Aku bertanya; adakah dia berzina selama mana dia bersama isterinya?

11. Kepada pakar agama dan undang2 internet;

12. Apakah agama anak tersebut?

13. Dan soalan terakhir kepada semua orang.

14. Apakah dia syarat sah dua kalimah syahadah?

15. Hehehe.

16. Bincangkan.

17. Baik bincangkan awal sebelum nanti2 bila dah mati orang macam ni, baru nak berebut nak tanam badan dia ikut upacara apa.

18 ulasan:

najihah berkata...


Syarat mengucap dua kalimah syahadah untuk masuk islam mesti ada 2 orang saksi.
Tu yang aku belajar. Bila takde saksi maksudnya syarat dia tak sah la.sama macam solat,bila satu syarat tak lengkap maksudnya tak sah solat. Jadi dia tak dikira masuk islam,anak2 dia pun tak dikira anak zina. amalannya tu urusan dia dengan Allah,wallahu a'lam diterima atau tidak.

Unknown berkata...

10. Aku bertanya; adakah dia berzina selama mana dia bersama isterinya?
YA.
Sepatutnya sebagai seorang yang baru kembali ke Islam, seharusnya beliau timbulkan persoalan dan mencari jawapan atas setiap perbuatannya. Lebihnya tentang perkara pokok seperti senggama, ini bukan perkara kecil seperti sarung kasut kaki mana dulu dapat pahala.
Ignorant is not bliss.

12. Apakah agama anak tersebut?
Anak itu fitrah.
On paper, agama asal beliau ikut mana dia daftarkan.

14. Apakah dia syarat sah dua kalimah syahadah?
Aku tak pernah dengar lagi ada syarat sah untuk 2 kalimah syahadah.

Tentang kebumi kat mana bila mati nanti, bila dia mati sebagai Islam tanpa sesiapa pun mengetahuinya, OK utk kesan dramatik, kawan karibnya Ahmad tahu. Ahmad tak perlu kecoh2 dan nak timbulkan hal itu selepas dia mati sebab on paper dia bukan beragama Islam.

Mantot berkata...

ahaa..ada kontradiksi berlaku di situ..sorang kata ada syarat sah, sorang kata tak ada.

teruskan, teruskan.

aku pun tak pernah dengar sebenarnya ada syarat sah syahadah ni...ni mesti first time aku dengar, terima kasih Cik Najihah

Mantot berkata...

"ni first time aku dengar"
sori, aku terbawak "mesti" ke bawah

Prince of Noob berkata...

nak mengucap kena ada 2 orang saksi? LOLWWWUTTTTTTTTTTTTT???

adakah ko terkeliru pengertian 2 kalimah syahadah "Aku naik saksi bawaha" tu maksudnya kena ada 2 orang saksi?

eddeved berkata...

pertama kali mantot tanya soalan tak ada elemen porn.

aku akan jawab buat video...ha ha ha!

Tanpa Nama berkata...

Salam Mantot.

Aku rs mcm x brape sesuai bincan bab nie kat blog.

Sal soklan lepas ko tu, aku dah tanye ustaz.

"Kene masuk islam dlu. Isteri n anak² bab laen. Selamat kan dia dari neraka dlu. Dosa xmasuk islam lebih besar dari dosa bersekedudukan dgn isteri yg bukan islam. Khalas"

tu yang ustaz aku bgtau n aku faham maksud die.

Sahabat masuk islam lepas jumpa n duduk depan Baginda Nabi SAW. Nabi ajar dieorg mengucap.

Laen soklan aku xbrani nk jwp.

-Daun

Tanpa Nama berkata...

bila dia mati takde sesiapa tau dia telah mengucap syahadah, tentulah umat Islam kawasan dia tak amik pot...

Tanpa Nama berkata...

ucap syahadah seorang diri tapi bagaimana die dapat iktikad dan yakin dlm hati.islam bkn sekadar di mulot tapi kenalah pegangn dgn hati.
aku rasa ilmu ttg solat,haji kene blajar dan belajar wajib berguru kalu ikot pemahaman sndiri gurunya ialah setan...takdek org tahu die islam bermaknanya mungkin bile die mati,org tanam di jirat cina

Tanpa Nama berkata...

macamana pula kalau lelaki ni pi jumpa hang mantot, pastu dia cerita dia dah ucap syahadah, tanya kau cara wudu' semua, pastu dia amik wuduk depan kau, pastu salam kau tiba2 rebah meninggal dunia depan kau...adakah kau akan berjuang menegakkan kebenaran bahwa dia telah menjadi Islam tanpa ada saksi atau bukti lain selain kata2 kau?

Tanpa Nama berkata...

orang yang Allah bagi hidayah tak low class macam ko bayangkan, aku pasti dia akan kaji sampai lubang cacing pasal islam

yang banyak low class orang yang islamnya turun temurun perasan Islam dan syurga tu hanya milik dorang jer..

kalau islam masa lahir kafir masa mati apa ada hal ngan dosa dan nak kuburkan style apa nanti...adoyai..



heli berkata...

setuju dgn anynomous last ni cakap. org yg dapat hidayah org terpilih. Allah swt buka jalan, buka hati. Allah bagi jalan yg mulia.

Totol berkata...

Slm.. Tot soalan2 ko tu sebenarnya jatuh kat org yg dah Islam sebagai fardhu khifayah. Kena bimbing tapi kalu tak tau tu antara dia dengan Allah tapi kalu tau kena start over. Jadi Islam dengan ilmu hukan setakat ngucap je dan kena bersaksi sebab Islam not only intentional but also practical. Mana ada 'non practising muslim'.... Kalu tempat dia takda muslim dia kena cari but itu masih antara dia ngan Allah. Psl kebumi... Tanam ikut camna pun Allah tahu yg mslhnya yg muslim yg tak muslim.... Mana nak tanam?

Tanpa Nama berkata...

syaarat sah mengucap kalimah syahadah 1. lafaz di lisan
2. tasydik di hati (nafi & isbat) 3. lakukan dgn perbuatan. correct me if i'm wrong

Tanpa Nama berkata...

orang sakit jumpa doktor..rumah terbakar panggil bomba.
orang jahil agama jumpa la ustaz..

Encik Cikgu berkata...

kena bukak Mutaa'al Badrin bab Tauhid ler gini. payah jugak soalan Mantot ni. ala-ala KBAT.

Tanpa Nama berkata...

Betul macam cik najihah cakap.

Aku pernah temankan sorg kawan Jepun ke masjid utk mengucap shahadah utk masuk Islam di Masjid di Tokyo. Masa tu Imam tu cakap, mesti ada at least 2 orang saksi utk menyaksikan shahadah saudara baru tersebut.

-anonjepun-

Unknown berkata...

Aku bersaksi tiada (ada) selain Allah semata mata.