Februari 17, 2015

Kalau Reti Nak Ada Anak, Kenalah Reti Buang Pampers Anak, Mangkuk.

Hari Ahad hari tu aku gi Bangi. Gi makan. Apasal aku rasa makanan2 kat situ makin lama makin overprice? Dah lah Menteri suruh boikot orang Cina kalau letak harga makanan melampau tapi masalahnya, yang kedai melayu ni sapa nak tegur? Apa kejadahnya teh o ais RM3.50? Pakai teh wangi je pun. Teh wangi ni murah.

Balik, singgah masjid. Cebok anak aku. Datang cleaner Masjid, seorang Bangladeshi tanya dengan aku "bang, itu pampers sudah buang ka bang?"

Aku jawab dah.

Lepas tu dia kata terima kasih, sebab ramai benar orang Melayu yang pegi masjid, cebok anak lepas tu biarkan aje pampers anak dia merata-rata dalam bilik air.

"Ini orang tadak kepala punya orang. Itu benda kicik punya pasal pun dia tak bole pikir. Machiam machiam jenis orang ada ya bang!" kata dia sambil mengeluh2. Muda lagi tu, aku rasa 27-28 tahun umur dia.

HOI MELAYU.

Kau fikir la sendiri. Pendatang luar datang Malaysia kerja untuk jaga negara kau, mengeluh pasal perangai kau yang jahanam ni?

Aku ingatkan dalam masjid wujud jugak kesedaran dekat orang Melayu, ye lah, masjid kan zon menutup aurat? Zon bebas maksiat? Zon beramal soleh? Keluar masjid, tanggallah tudung, buatlah maksiat dan ikut suruhan syaitan tapi janganlah sampai mencemari kesucian masjid. Apa tak mampu pakai otak dah ke, macam mana kau boleh jadi bapak dan mak ni kalau pampers anak kau yang dah terpakai pun bangladeshi tolong buangkan?

Baghal ke apa kau ni? Kalau kau pergi ke mana-mana, lepas kau cebok anak kau, tukar pampers dia, tolong lah buang pampers dia elok-elok. Lagi satu kes, perempuan yang tak reti buang "pampers" dia elok-elok. Golongan ni pun ada. Ni pun sama. Aku harap kitaran haid kau tak teratur lepas ni.

Aku doakan satu hari nanti pekerja2 asing kat Malaysia ni pakat2 balik negara dia majukan negara diorang dan jangan datang lagi Malaysia. Indonesia pun dah start dah larang rakyat dia jadi pembantu rumah.

Masa tu baru lah kau tengok macam mana rupanya negara "indah dan Islamik" Malaysia ni kalau tak ada tangan2 diorang membantu menjaga negara kau ni.

Aku mewakili pekerja pembersihan Masjid Hasanah Bangi atau lebih dikenali dengan nama Masjid Hijau mengucapkan "Kalau reti ada anak, kena la reti buang pampers anak, mangkuk."

Apa kau ingat, pekerja asing ni datang Malaysia;

a. untuk carik pampers yang kau buang
b. untuk kutip balik troli yang kau letak rata-rata
c. untuk susun balik barang2 pasaraya kau tak jadi beli dan kau letak tempat lain

Kalau kau fikir itu kerja diorang, kau silap.
Itu bukan kerja diorang.

Dan kau seorang yang annoying, pompous dan arrogant.

Sekian pesanan khdimat masyarakat ini daripada aku.
Terima kasih.

Have a nice day.


28 ulasan:

puanstoberi berkata...

saya amat bersetuju dengan entry ini.
100%

eddeved berkata...

Bila "wali-wali" Allah menulis...aku melihat syurga di hadapan ku...

ha ha ha!

eddeved berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

k....

F50 berkata...

Tula, kata kebersihan sebahagian daripada iman. Toilet kt masjid pun mcm toilet kt puduraya

Tanpa Nama berkata...

Masalah sebenar orang Melayu kita nih adalah, kita suka rasa kita lagi hebat daripada bangsa lain especially bangsa dari third world countries.

tapi.... ironinya situasi ni... at the same time, kita ada budaya MENIRU dan guna alasan "orang tu boleh buat, kenapa kita tak boleh?"... contoh: org potong queue, org meludah, org drive mcm penyangak, org tinggal meja bersepah, org suka sepah baju kat supermarket, org guna tandas sampai kotor, org buang sampah merata2, org sokong umno, org sokong pakatan, org join MLM..

perangai elok dikeji, perangai buruk dicontohi. ya itulah Melayu.

Tanpa Nama berkata...

setuju..

baru semalam aku singgah kat tandas petronas R&R seremban.

Pamper budak pun dia tinggalkan dalam tandas tu..isk3..takde kesedaran sivik langsung

Tanpa Nama berkata...

bila kafir jentik sikit orang islam ni, orang orang islam ni marah. tapi perangai yang paling basic agama islam suruh taknak buat pulak.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong entry ni. selain dari buang pampers, tolak troli semula serta letak balik barang kau tak jadi beli di pasaraaya daripada letak merata-rata, aku nak tambah juga.

dah makan tempat awam, reti-retikanlah jangan becakkan meja makan. kau nak makan tempat bersih, takkan nak tinggalkan meja kotor pada org selepas itu. tisu ada kan untuk letak sampah2 makanan kau. kalau tertumpah, lap sikit2 dan anggaplah lepastu kau akan duduk situ semula.

lagi satu, tolonglah jgn sepah-sepahkan toilet dengan tisu toilet, atau ada 'kesan-kesan' yg tak diingini. air ada,kan? siramlah. flushlah.

last sekali.
sampah dalam troli maa beli barang.
dey, buang sampah dalam tongsampah, boleh? ingat orang selepas tu tukang kutip sampah kau dalam troli ke?
grrr..

oh tolonglah. tolonglah mulakan..

Najib Razak berkata...

Salam, tora datang lagi dengan mainan terbaru.

Tanpa Nama berkata...

Jenis bengong tak pakai otak

Tanpa Nama berkata...

Lps guna salur paip dlm tandas awam, sila sangkut balik, sangkut baliikkkk!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tot, kau ada ngorat awek eddeved ke dulu dulu? Mamat ni macam kurang kasih sayang jer hahaha

Unknown berkata...

betul betul betul! malu seh. Islam kot. Jaga kebersihan. Thailand lagi bersih kot. Malu. Malu.

Tanpa Nama berkata...

Melayoo ma.. Cakap berapi2 macam kaum dia je paling suci paling maksum tp in reality habuk pun tarak.

Unknown berkata...

Tapi yang peliknya orang melayu ni pandai pulak jaga kelakuan diri bila sampai kat negara omputih.

Tanpa Nama berkata...

kekadang masa aku berak kat masjid2 besar-Masjid2 Negeri (especeli hari Jumaat), masjid Shah Alam, Putrajaya, Melaka...dll mana2 yang aku sempat singgah...masa tengah berak tu aku suka mendengar.

Bukannya mendengar ceplum-ceplum atau prettttt... taik jatuh / kentut dr cubicle sebelah ke apa.

Tgh sedap berak dalam lebey 5 minit tu, terdengar kedegang kedegung pintu cubicle sebelah dibuka-tutup - orang keluar masuk selesaikan hajat. Yg anihnya...bunyi flush tanya sekali sahaja atau tidak kedengaran langsung.

Masjid besar tuuu....

Tanpa Nama berkata...

anon yg atas - nak tambah lagi.

teringat masa gi Masjid Besi Putrajaya.

lepas keluar dari tandas...wife muka masam.

apsal? wat hapen? -
" sayang...masjid lawa...tandas kemain hebat, cantik....tapi ade yang cacat otak...pad yg dah pakai tak reti nak buang. tong kat depan pintu je punn...."

Tanpa Nama berkata...

anon yg sama lagi

kat opis aku ade 7 orang staf - semua laki melayu muslim. Aku bos derang.

Tandas dah renovate..lawa. tandas utk staf je.

aku punya hangin...bile aku nak gi berak...masuk je tandas bau hancing. Yang sedihnya kat depan jamban cangkung & duduk tu (atas seat) ade bekas titisan air kencing yang dah kering.

Kalau basuh pun, at least lantai tu akan basah. ni lantai kering.

ade yg bekas titisan air kencing tu siap ade semut hurung lagi....baekkk punya kencing manis.

Tanpa Nama berkata...

anon yg sama lagi...banyak stok citer aku

Kekadang jabatan aku rajin buat kerja kebajikan (paksarela - SYMP) - gotong royong di rumah2 orang miskin...jenis macam Rancangan Bersamamu tu

Bukan nak menghina apatah lagi merendahkan martabat....kalo korang tgk persamaan yang NYATA dalam rancangan tu dan rumah2 yg aku gi adalah TIADA KEBERSIHAN & TANDASNYA KOTOR!

keliling rumah banyak benda2 lusuh...sampai atas bumbung pun ade bangkai basikal yg dah berkarat. tin-tin susu, kayu yang dah reput, semak samun toksah cakap la. Bile masuk dalam rumah....dengan sokabar lama yg dah kuning ran reput masih disimpan....buku2 sekolah yg dah reput...tilam2 yang tak pernah berjemur.

Bile di dapur...penuh2 dengan botol2 air yg botolnya dah kabur. ade yg air dalam botol tu dah naik kulat. Tgk saluran sinki...sisa air tu akan bercampur dengan air dari tandas / bilik mandi yg disalurkan ke parit blkg rumah...yang paritnya tersumbat. emmang keliling rumah tu adalah tempat pembiakkan nyamuk aedes.

Bile masuk Tandas....Nauzubillah. dengan hancingnya....dinding penuh lumut hitam, lumut hijau pun tebal...bile tgk dalam lobang jamban tu....ade lagi sisa2 tahi yg biasanya ada di tandas2 awam di tempat rehat jalan2 kampung yang bas ekspress suka berenti tu.

nak kata orang OKU - bukan OKU!!

Nak kata tua sangat...Uzur sangat... - semua penghuni dalam rumah tu sihat walafiat!!! ade anak skolah menengah...ade lepasan SPM....

HoW??? how they can live like that??? aku terasa pelik sangat. Ade bau taik hidung dalam hidung sikit pun aku dah pi korek, gi basuh lobang hidung. Bile petang sikit...ketiak ade bau masam sikit...aku pi toilet gi basuh sikit ketiak tu...bagi ilang masam...inikan pulak seharian dok umah camtu.....WAuuuuu...i'm impressed.

oleh kerana niat pun tak iklhas - paksarela - anda yang diperintah. terdetik dalam hati aku - kalau kebersihan rumah pun tak boleh jaga..tak rajin nak berusaha utk bersihkan/ selesakan walaupun rumah usang...rumah kecik.... patut la kau miskin. Nak kata OKU tak...semua sihat...tapi perangai satu famili pengotor, PEMALAS.


- I'm not a robot -

Tanpa Nama berkata...

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

rocky the great brown unused dick says: huwaaa ha ha ha ha ha ha klaka klaka klaka macam cdm25 tuh ha ha ha tak jadi aku melepaskan rembesan najis yang baru diproses kandungan malam tadi hasil cernaan osmosis pratnawidjaya CO2 H2O=callium boom C4 ha ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

hmm..bende ni jdi kat sedara mara aku...guna toilet x reti buang pampers anak..ade kuli batak di aagaknye..tego kang merajuk..ngok btol

ruggedmom berkata...

Betul betul betul!!

Sakit hati sangat kalau dalam kawasan masjid pun ada diaper yg sengaja ditinggalkan. Kalau kita jenis mengambil berat ttg kebersihan ni JARANG sangat nak tertinggal barang kotor di tempat orang. Tu belum dikira yang kat tepi pantai lagi, nak duduk pun tak selesa kena jadi tukang kutip sampah pulak dulu.

Diorang ni ingat bila dah pekerja pembersihan tanggungjawab diri sendiri dah lepas agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Hah amek ko.puas ati akak dengan entri ni. Mmg ramai puak puak pengotoq camni. Lagi satu kalau kat taman mainantu main campak jer botol minuman,plastik makanan padahal tong sampah tak sampai sekangkang kera jauhnya. Kak Ida

Tanpa Nama berkata...

Kata masjid tu rumah Allah tapi bila tengok tandasnya aduhai...memang ramailah org Islam ni yang takder akal. Tak boleh ke sama-sama jaga kebersihan?

Ada sekali tu aku tengok ada najis dekat tempat ambik wuduk. Najis pulak saiz gabak...sah bukan budak-budak punya.

Islam bukan hanya pada pakaian....Islam itu pada keseluruhannya.

Bagus entri ko ni.

~pxl~

Tanpa Nama berkata...

kekadang bende nih mula dari kecik...dari mak ayah.

kenangan lama

1. Masa dalam lif di apatmen. Ade seorang bapak bawak anaknya naik sekali. Anak beliau bukak ais krem. elok je ayat bapaknya "buang...buang pembalut tu..." - anak dia yg berumur dalam 5-6 tahun tu pun buang pembalut aiskrim dalam lif tu. Just like that.

dalam hati - elok la tu...bapak dah train anak utk jadi pengotor...nak je cakap tapi ilmu pergaduhan fizikal dan mental masih blom cukup kuat.


2. di restoren makanan segera. Meja sebelah ada seorang ibu, anak kecil - 5-6 tahun jugak..dan sorang lagi - makcik dia. Selepas habis makan - meja berselerak "dah..dah...biarkan...nanti orang keja sini akan bersihkan... "


- I'm not a robot

Teja berkata...

Kak pn biasa gak letak barang merata kalau tk jd beli.. Sorry.. :)