Februari 27, 2015

Jika Kau Nak Sesuatu Dilakukan Di Malaysia, Jemputlah Menteri Untuk Turut Sama

1. Kau nak tau satu benda.

2. Pada aku, pemimpin yang baik;

3. Adalah mereka2 yang hidupnya jadi lagi susah;

4. Selepas bergelar pemimpin.

5. Pemimpin yang baik;

6. Adalah mereka yang sanggup susah untuk buat orang lain senang;

7. Tapi di Malaysia; kita punya pemikiran lain.

8. Orang ramai sanggup susah untuk pemimpin.

9. Punyalah lama rumput tak potong, kalau pemimpin nak lalu dia potong cepat-cepat.

10. Dah habis terkopak sigboard jalan, pemimpin nak datang, malam tu jugak dia ganti.

11. Takkanlah nak tunggu Menteri Pelajaran sendiri turun tengok Sekolah Kebangsaan Penimbawan, Sabah ni baru lah bangunan sekolah yang dah setahun lebih terbakar dapat disiapkan?

12. Berapa lama lagi nak biarkan budak2 situ belajar bawak khemah yang terdedah?

13. Berapa lama lagi nak biar cikgu2 dia mengajar dalam kelas yang guru2 nya terpaksa lawan jerit untuk pastikan budak2 dengar suara dia?

14. Kau tengok orang Cina dan hubungan dia dengan sekolah dia. Kau tengok macam mana diorang sumbang duit diorang untuk sekolah.

15. Tapi sebab kita Melayu jadi kita kena tunggu pemimpin datang hulur duit baru kerja jalan.

16. Jadi aku merayu kepada Menteri Pelajaran tak kisah lah Menteri ke, Menteri Pelajaran 2 ke, Timbalan Menteri ke, silalah ke Sekolah Kebangsaan Penimbawan, Sabah.

17. Bangunan sekolah tu tak siap2 lagi tu haa.

18. Mana lah tau kalau Menteri kata nak datang, esok weekend ni terus kontraktor start bina sekolah.

19. Isnin budak2 dapat berhimpun dalam bangunan sekolah baru.

20. Kalau Menteri turun lah.

21. Kalau tak dapat, ada kutipan bantuan untuk membina bangunan Sekolah Kebangsaan Penimbawan sedang dilakukan.

22. Mereka hanya perlukan RM60 ribu untuk bina kelas2 untuk budak2 tu.

23. Hulurkan sumbangan anda pada 5640-5251-8205 (TWB Resources) untuk bagi bantuan. RM60 ribu diperlukan.

24. Kalau dapat buat kutipan untuk beli tiket kapal terbang bagi menteri sampai ke sana pun cantik.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan, mohon dikongsi cerita pasal jalan.

Minggu lepas ada kes di Selangor...pasal jalan yang bertahun rosak, pelbagai aduan telah dibuat...tiada tindakan

tetapi terus dibaiki selepas 2 jam ada kes kemalangan mati penunggang motor yang lalu di kawasan terbabit.

Hanz Edison berkata...

nk kena ada bukti org mati dulu baru terbukti jalan tu rosak.
hmmm

ayamgoreng berkata...

maaf la nak cakap. sebenarnya org Melayu ni nama je Islam, tapi masih lagi beragama Hindu-Buddha kuno yang sembah pemimpin/sultan selaku Devaraja. kalau macm ni la, org Melayu takkan ke mana.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan bn lg suka pemikiran rakyat camtu,dia boleh hidup mewah sampai mati.hidup bumiputra.haha

Tanpa Nama berkata...

stail orang kita - melayu...mesyuarat pibg pun tak gi. sebab takut kalo dilantik jadi ajk pibg.

sedangkan kene gi, at least tahu situasi sekolah tu camana.