September 23, 2008

Sepetang Di Sungai Wang


Hari Sabtu lepas,aku dengan housemate aku keluarlah berjalan2 nak carik barang.Aku nak beli komik "Misteri Naga" full set sebab dah lama aku carik,kebetulan aku terjumpak satu kedai komik kat Sg Wang yang agak terpencil.Ada pulak koleksi lengkap Misteri Naga kat situ jadi memandangkan duit ada masa tu aku pun belilah 27 bijik komik Misteri Naga.

Dulu masa keluar memula tahun 1996 camtu,adik aku conteng jadi aku terpaksa la beli balik memandangkan aku sangat2 terpengaruh dengan komik tu.

Sebelum beli tu,aku gi lah dekat Maybank sebelah Arab Street (apahal kat Malaysia ada Arab Street aku pun tak paham).Tengok ramai betul budak2 Melayu berkumpul dekat depan tu.Tah ape yang diorang tengah tengok aku pun tak sure.Member aku pun cakap "Tu ha,shuffle beb.Shuffle!"

Apa itu shuffle?Tah lah.Aku tengok budak2 tu buat satu bulatan dan ada la sorang budak akan pegi ke tengah2 dan MENARI!Wow.Macam beruk terkinja-kinja tengah bandar.Aku tengok macam budak2 breakdance zaman dulu kala tapi at least budak2 breakdance dulu buat kat tempat2 yang senonoh,macam dekat depan CM,tepi2 lorong ke.

Ni tengah2 orang lalu lalang.Dah lah waktu bulan puasa.Dalam grup2 tu adalah dua tiga orang yang tanpa segan silunya merokok.Takde rasa malu,takde rasa segan langsung.Bulan2 puasa camni,ber"shuffle" terkinja-kinja dan merokok tak kira Ramadhan ke tidak.

Apa yang menyedihkan,semua budak tu budak2 Melayu.Ape la nak jadi dengan orang Melayu sekarang ni.Dengan yang couplenya berpeluk2 pinggang,masa aku naik eskalator siap ada satu couple Melayu siap cium2 pipi lagi takde rasa langsung perasaan malu tu.

Mungkin zaman moden ni membuatkan ramai manusia kurang perasaan malunya.Entah berapa lurah jubur perempuan yang aku tengok (aku tak tertengok,aku memang tengok sebab dia yang nak tunjuk) dan tah berapa tah pahala puasa aku yang tinggal.

Malu?
Buat apa nak malu.Bukankah kalau kita jadi malu nak menayangkan buah dada,lurah jubur,kita ni akan dicop out dated.Ikutlah peredaran zaman.Terangkan kepada dunia "AKU TAK NAK PUASA!" dan tunjukkan kepada masyarakat "INILAH BUAH DADA AKU.BESARKAN?"

Baru moden.Baru hip.Barulah menuju negara membangun.

September 20, 2008

Selamat Bertemu Kembali

Lama aku tak menulis.Sekarang aku dah ada internet balik jadi lepas ni update mcm biasa.Tapi 2 minggu takde internet memang membuatkan aku jadi buta,pekak,tuli.

Sumber berita terpaksa bergantung dengan TV3.Bila singgah kat kedai paper,terpaksa tengok muka depan Utusan Malaysia dengan The Star.
Kalau seorang rakyat Malaysia tu memang bergantung 100% dengan media massa utama,memang rosak binasa la hati dengan akal dia.

Apa jadi dengan 16hb Sept?

Entahlah.Nampak macam Anwar Ibrahim cuba bermain taktik lembut,mendesak dengan cara yang sopan.Tapi banyak benar respons dari kerajaan.Habis semua benda jadi kacau bilau.Pak Lah jadi Menteri Pertahanan,Najib jadi Menteri Kewangan.

Layak ke diorang berdua ni sebenarnya nak jadi menteri2 tu padahal nak jadi menteri biasa pun tak berapa tentu lepas lagi otak diorang ni.

Mungkin mulut Pak Lah kata Anwar takde pengaruh langsung dekat tindakan kerajaan sekarang,Anwar hanya satu ancaman yang mampu dikawal dan ancaman MP lompat parti hanya dongeng rakyat.

Pak Lah Pak Lah.
Go to hell lah.

September 04, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa.

Tahun ni,akibat daripada kerja-kerja Kerajaan yang mengambik rumah kampung nenek aku untuk dibuat highway,bermakna aku akan beraya tanpa kampung buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku.

Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Terima kasih kerana menunjukkan yang anda prihatin dengan perasaan nenek aku yang hilang rumah dan tanah,digantikan dengan duit yang tak balik modal,buat rumah pun tak lepas.Kepada sesiapa yang bakal menggunakan highway Alor Setar ke Kuala Nerang nanti,sila ingat,dulu nenek aku tinggal situ,atas highway tu,situ jugak ada kedai runcit kecik dan tuan punya kedai dia baik gila dengan family aku.Sekarang,semua benda hilang,tinggal ingatan dalam kepala je.

Pembangunan punya pasal,habis tanah Melayu tergadai.Persoalan yang tak pernah dijawab lagi oleh kerajaan Kedah sebelum ni,kenapa highway tu dibina membelok melepasi pekan Langgar?Siapa boleh jawab?Ketuanan Melayu punya angkara.

Insya Allah,tahun ni beraya lah aku di tempat baru dengan kerajaan yang baru.Maksud aku kerajaan Negeri Kedah yang baru.Kerajaan Pusat?

Insya Allah.


Seolah Hidup Dalam Dunia Asing

Hai,Assalamualaikum dan selamat malam.

Aku takde internet lagi tapi memandangkan member aku bagi aku pinjam Maxis broadband dia untuk 2 malam aku ambik kesempatan nak update sket apa yang terjadi.Takde la aku ditangkap oleh ISA sebab aku bukannya blogger yang terkenal dan aku takde langsung menyimpan rahsia2 kerajaan yang sensasi.Aku hanyalah seorang rakyat biasa yang suka menulis cerita2 orang kebanyakan dan menceritakan kepada umum betapa berkembangnya kemajuan industri porno Malaysia.Terima kasih sebab ada yang risau hilangnya aku.


Ikut plan asal aku,aku nak berpindah ke Seri Kembangan sebab dekat gila dekat ofis aku ,Cyberjaya.Kononnya nak dedicated gila dekat kerja dan nak buat kareer aku berkembang maju.Aku dah siap booking satu rumah flat dekat area situ cuma untungnya aku tak bayar lagi deposit dia walaupun kunci rumah tu aku dah ambik.

Aku dah try tidur dekat Seri Kembangan tu sebelum aku angkut barang masuk,tapi aku lepak sekejap je sebab aku berasa kurang senang.Udara dia berbau pelik.Waktu tu aku rasa bolehlah,murah gila sewa,tahan aje la.Bila aku dah angkut barang semua sekali masuk rumah baru tu,aku balik lah ke rumah lama aku.Tengok dalam tu kosong je.Tetiba hati aku jadi sayu.Banyak memori kat situ.Pastu aku balik ke rumah baru aku tu.Waktu tu dah malam.Aku tengah berlegar2 kat ruang tamu yang penuh kotak2 aku,aku baru sedar berapa jauhnya beza persekitaran rumah aku dulu dan rumah baru ni.

Masa aku datang memula tu,aku tengok ada ramai pendatang Indonesia.Masa aku naik tangga,aku selisih dengan orang Bangladesh.Ada satu geng mat rempit Myanmar lepak kat taman sambil hisap rokok ramai2.Ada 2 persamaan antara dia orang semua ni,satu,diorang ni pendatang.Nombor 2,diorang tengok aku semacam.Macam aku tak patut duduk situ.Siap ada satu mamat Myanmar ni usha semacam masa aku angkat kotak bawak naik atas.

Pelik,sebab rasa macam kita ni pendatang.Seolah2 kita sendiri yang sedang berada di negara diorang.Aku pegi jumpa member aku dekat bengkel motor dia,tanya2 pasal tempat tu.Dia bagitau aku jaga-jaga sket.Situ bukan setakat kes curi,kes rompak pun ada.

Abang ipar aku pun pandang aku macam tak percaya bila aku bawak diorang pegi rumah tu.Dengan surrounding yang dipenuhi dengan kanak2 Bangladesh bermain kaki ayam dan lelaki2 Myanmar yang berjalan ke hulu ke hilir tanpa tujuan.Aku jadi psycho.Panik.Takut.Macam2 yang bermain kat kepala aku masa tu sampai bila aku telefon member aku,aku dah tak mampu nak bercakap.

Jadi aku ambik keputusan drastik.Aku join rumah member aku.Kawasan pun kawasan orang Malaysia.Terjamin dan selamat siap ada swimming pool lagi.Berpindah lah aku lagi sekali dan terpaksa lah aku membayar duit lori sekali lagi.Jadi,dalam 2 hari,aku berpindah 2 kali.Biarlah jauh dan penat ke tempat kerja,asalkan hati aku tenang dan aku still boleh tengok awek2 Melayu.

Jadi,kalau anda dapat rumah murah,pastikan fikir betul2.Mampu tak anda hidup dalam satu suasana yang asing yang membuatkan anda rasa macam orang asing.Padahal ini negara anda sendiri?