Januari 28, 2008

Monitor Calibration For Dummy Secara Percuma


Ingin diperjelaskan di sini,aku nak menyatakan PENDAPAT aku.

Apple MAC adalah sampah.Apa-apa barang MAC adalah barang-barang yang over rated.
Tapi aku bukan nak bercakap pasal barang-barang Apple yg lain.Hari ini aku nak menyentuh pasal
Monitor dan Kalibrasi Warna.

Semua orang memang mengakui Mac mampu menghasilkan print out yang WYSIWYG.Itu sebab ramai graphic designer dan design studio banyak yang guna Mac untuk buat grafik.Kenapa orang yang terlibat dengan grafik selalu mengeluarkan ayat .."Sebab aku buat grafik,aku mesti pakai Mac","Mac memang mantap" walhal dia kena berbelanja beribu2 (kadang berbelas ribu) untuk mendapatkan komputer yang jauh lebih tak power berbanding sebijik PC Windows yang berharga Rm2 ribu.

Jadi,first sekali,anda,DIE HARD FAN Mac,kene faham.Mac hanya ada satu pengeluar,iaitu Apple.Jadi spesifikasi monitor memang dah dilahirkan sama (tapi berlainan mengikut model series)
Kenapa orang cakap Windows colour tak accurate?

Sebab Windows Based PC adalah beribu2 jenis brand dan monitor yang tah hape jenisnya.Jadi dengan ada kemungkinan bermacam-macam jenis phosphor monitor yang pelbagai ragam,memang tak mungkin ada satu standard untuk phosphor monitor.Kalaulah tiba-tiba ada satu company gatal2 declare "Anda semua mesti pakai monitor kami sahaja" memang la senang camtu.Tapi mana persaingannya.

Jadi,jika anda pengguna Windows dan bekerja sebagai Grafik Designer.Sila check:

1)Paling mudah dan PALING PENTING...carik setting monitor anda (klik kat butang monitor anda) dan carik setting RGB color.Setkan kepada 6500k (default setting selalunya 9300K) 6500K adalah standard "White Balance" kepada bidang photography.Ini akan membuatkan color monitor anda akan jadi "kekuningan"....jangan risau.Cahaya neutral matahari adalah kekuning-kuningan kan?

2)Sebab anda grafik designer,mesti anda ada Adobe Photoshop.Bila kita install Photoshop,akan diinstall jugak satu program bernama Adobe Gamma (carik kat Control Panel) follow step by step ikut Wizard kalo tak paham.

Pastikan bila nak buat step by step tu...mata anda segar.Tiada reflection lampu di monitor dan cahaya bilik dalam keadaan suam-suam kuku.Gamma value Windows 2.2 gamma value Mac 1.8.Jadi yg tu aku rasa terpulang la mana nak follow.

3)Kalo rasa tak puas hati,buat kotak-kotak kat Photoshop dan isi kaler-kaler basic (RGB,CMYK)
print atas A4.Pastu bandingkan dengan kaler kat monitor.Tengok sendiri dan adjust.

4)Nak lagi best,bukak Google dan search "monitor calibration." Nak lagi hardcore,beli la Monitor Calibration Hardware.

MASALAH BESAR bila buat mcm ni (bergantung kepada Adobe Gamma dan pandangan visual) adalah kita bergantung kepada mata kita sendiri.Jadi die takkan 100% accurate dan ini adalah satu-satu kelebihan Mac berbanding Windows pada PENDAPAT aku.

Satu perkara penting,anda mesti biarkan mata anda biasa dengan setting baru monitor anda pada 6500k.Memula memang rasa macam cilaka,tapi lama kelamaan kaler kuning tu akan jadi natural kepada mata anda.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro,

terima kasih pasal tips ni.

gua bukan grafik designer tapi fotografer yg lebih ke arah visual designer so, memang bermunafaat post ni..


BelumSarapan