Ogos 31, 2012
Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Sedari Semasa Pengisytiharan Kemerdekaan
Sambil layan perarakan kemerdekaan, aku berfikir....apa kaitannya kemerdekaan dengan budak2 B-Boys, Parkour dan Flashmob?
Ogos 30, 2012
Kesihatan Rakyat Lebih Penting Berbanding Kutipan Cukai Rokok Berjuta-Juta
Tiap-tiap kali bila kerajaan bercerita pasal kenaikan harga rokok, alasan yang selalu digunakan adalah "untuk mengurangkan bilangan perokok di negara kita.
Aku tak pernah rasa kerajaan ikhlas dalam bab ni. Sebab walaupun alasan yang diguna pakai adalah "kurangkan perokok" tapi benefit sebenarnya pegi pada kerajaan dengan kutipan cukai yang lebih tinggi. Dan aku tak nafikan, kalau nak cukai perokok, cukaikan lah.
Tapi aku tak setuju dengan cara yang kerajaan ambik tu. Kalau cukai dinaikkan sebab nak kurangkan perokok, adakah langkah yang sama juga diambil dan dikenakan kepada cukai kenderaan? Adakah cukai kenderaan yang tinggi sebenarnya sebab kerajaan nak kurangkan bilangan kenderaan atas jalan dan ajak orang ramai naik pengangkutan awam?
Cukai tinggi tak semestinya mengurangkan bilangan perokok...sebab trend ni dah berulang banyak kali...walaupun harga naik...akan muncul perokok lain. Perokok2 tegar pulak akan carik jalan carik rokok seludup. Benda ni takkan berkesudahan....sebab tindakan kerajaan tu tak tepat.
Kenapa?
1. Rokok masih amat mudah didapati. Kau boleh beli kat mana-mana. Nak beli susu anak? Kau kena pegi farmasi, kedai ubat cina, shopping kompleks. Rokok? Semua orang jual. Apa yang kerajaan boleh buat? Hadkan penjualan rokok kepada tempat2 tertentu. Kalau arak boleh dikawal, rokok juga boleh.
2. Penjualan 20 batang minimum adalah langkah yang agak membuatkan perokok ketawa. Ada dua aje benda yang perokok sangat takut...rokok takde dan ada rokok tapi tak ada lighter. Jadi, dengan memaksa orang ramai beli 20 batang sekali beli...ini membuatkan bekalan rokok individu akan sentiasa ada. Tabiat perokok yang ingin berhenti ni mudah...selagi ada rokok selagi tu dia akan terhisap.
3. Walaupun iklan2 di kaca tv dan media massa dah tak ada, tapi di kedai2 makan dan kedai runcit, almari yang paling besar dan paling cantik adalah rak jualan rokok. Siap ada poster, ada gambar koboi, ada gambar gunung dan slogan yang membuatkan rasa cool merokok. Buatkan akta supaya display2 macam ni diabolished- kan.
Kepada yang belum tahu, di Australia baru aje diluluskan akta oleh kerajaan mereka yang memaksa semua pengeluar rokok menggunakan kotak standard yang sangat generik dan langsung tak menarik perhatian. Langkah ini amat ditentang oleh pengeluar rokok kerana dengan penggunaan warna yang sama pada semua kotak rokok, agak susah marketing jenama rokok dapat dilakukan dan sedang dibantah keras.
Tapi itu adalah langkah berani yang diambil oleh kerajaan Australia dan sepatutnya dapat dicontohi oleh kerajaan kita, tapi adakah kerajaan berani menanggung risiko syarikat2 pengeluar rokok tutup kilang di Malaysia dan bukak kilang di tempat lain?
Itu adalah sesuatu yang aku rasa kerajaan perlu beranikan diri untuk lawan dan tidak perlu takut kepada demand syarikat2 ini kerana kita semua sedia maklum, kesihatan rakyat jauh lebih penting berbanding kutipan cukai.

Ogos 29, 2012
"Pakcik! Seringgit Aje Pakcik? Menyesal Saya Datang Sini! Ptuih!"
Masa aku kecik dulu, waktu sekolah rendah, time raya aje, aku dengan sepupu aku mesti gi jalan area kampung masuk aje rumah sapa-sapa dan pegi beraya...dengan harapan dapat duit.Time tu, dapat 50 sen...sangat mewah. Dapat seringgit, banyak tu. Total duit hari raya kalau sampai seratus ringgit, kaya benar rasanya.
Tapi, sekarang ni. bila lepak kat kampung, nak jumpa budak2 datang beraya pun susah. Budak-budak sekarang pun makin pandai, diorang pegi beraya kat taman-taman. Rumah rapat2, berjalan tak jauh, kutipan pun dapat dimaksimakan.
Apa yang aku tak suka bila aku tengok gelagat budak2 ni adalah bila diorang datang, tangan masing-masing pegang henfon. Aku tak tau kaya mana mak bapak diorang tapi selalunya henfon diorang lagi canggih daripada henfon aku....jeles bai. Aku ada nampak budak-budak pegang Blackberry (apa kejadahnya bagi budak2 Blackberry?) dan ada jugak budak beraya pegang iphone....dan extreme sket...bawak ipad.
Dan bila budak2 tu datang beraya...diorang bukan beraya...diorang duduk dalam rumah kau...sambil minum air...lalu main game. Yang lain pakat kerumun ramai2 tengok.
Fenomena ni juga agak jelas kelihatan dekat anak2 buah aku bila mana yang ada henfon canggih (atau pau bapak dia punya) ini akan membuatkan budak2 lebih tertumpu dengan henfon atau tablet dan bukannya nak berborak dengan pakcik. Mana2 yang jenis loner pulak boleh duduk sorang2 kat ceruk2 dan main game dengan PSP.
Dalam 20 tahun, perubahan ni sangat jelas kelihatan. Budak2 datang beraya, lalu main game dan sebenarnya datang semata2 sebab nak dapat duit.
Paling gua bengkek adalah kalau kau bagi seringgit...dia mengeluh. Aku pernah kena sound dengan sorang budak beberapa tahun lepas bila aku bagi seringgit, dia sound kata "rumah besar, takkan bagi seringgit?" (rumah mak aku takde la besar cuma corner lot aje). Semenjak hari tu, aku bersumpah dalam diri aku, aku takkan bagi duit raya dekat budak2. Kah kah kah.
Kalau dia boleh datang rumah aku kononnya nak beraya tapi tangan pegang iphone, itu maknanya dia tak memerlukan duit tu. Dan nampaknya, nilai duit raya yang acceptable untuk budak2 sekarang ni pun mengalami inflasi yang agak hebat. Standard sekarang ni, RM5.
Makin maju kita, makin hilang rupanya nilai tradisi kita. Sehinggakan tradisi raya kita pun dibaham dengan pemahaman kapitalis yang mementingkan nilai wang ringgit dan harta benda.
Dan masyarakat kita terus mengajar anak2 kecik menjadi pengikut kapitalis yang sangat setia. Nak tengok benda ni dengan jelas? Gi kedai buku. Cuba kira berapa banyak judul buku yang ada tajuknya "Bagaimana Menjadi Millionaire?" atau "Rahsia Menjadi Kaya."
Cuba fikirkan, budaya bagi duit dalam angpao raya ni sebenarnya datang dari siapa? Kenapa kita buat? Kenapa sampul duit raya kita panggil "angpao"? Atau istilah orang Melayu selalu pakai.."Angpao Raya."
Mesti DAP punya pengaruh ni!

Ogos 27, 2012
Kenapa Dalam FIlem Hero Lepas Bercuti Dia Jadi Sangat Bertenaga?
Aku sangat memerlukan cuti raya yang lepas kerana aku memerlukan waku rehat yang agak panjang selepas satu tempoh bekerja yang agak exhausting. Tidak ada yang lebih me-rechargingkan diri selain daripada balik kampung jumpa family tercinta.
Walaupun raya aku tahun ni agak kelam kabut ke sana ke mari, tapi sekurang2 nya buat pertama kalinya dapat jugak isteri aku jalan2 tengok Kedah macam mana.
"Macam mana rupanya Kubur Panjang itu?" tanya isteri aku.
"Kubur tu panjang, tiap2 kali ukur, panjang dia bertukar2 ikut hari.." kata aku. Aku assume Kubur Panjang itu terjadi kerana tersimpannya seorang alim ulamak Kedah yang agak warak perwatakannya selama ni. Tapi Raya kali ni barulah aku diberitahu bahawa sebenarnya yang arwah dalam Kubur Panjang tu adalah mangsa kena tikam lepas kalah bergaduh judi sabung ayam.
Aku balik kampung tapi aku tak pernah berkesempatan nak berjalan pusing tengok Alor Setar sekarang jadi pada satu pagi, bertemankan anak buah aku yang tak mandi, aku pun pusing carik sarapan sekeliling Alor Setar pada hari raya ke dua. Kedai masih lagi tak bukak jadi mana2 kedai yang bukak akan diserbu oleh orang2 Kedah. Waktu aku lepak kedai mamak tunggu, masih lagi kedengaran bunyi2 golongan2 yang agak lucu yang aku gelarkan "orang luar cuba cakap Kedah."
Pernah dengar orang bukan orang utara cakap loghat utara?
Sama macam biawak tersepit kan?
Pernah dengar istilah "like a trainwrecked?"
Deer caught in front of a headlight?
Pusing punya pusing aku sedar dah banyak perubahan berlaku dekat Alor Setar. All for the worst la, ikut kata Barisan Nasional. Boleh nampak makin ramai orang miskin merempat tepi jalan meminta sedekah, kanak2 tidak cukup zat berlari-larian di tepi jalan. Rumah-rumah usang tidak berpenghuni memenuhi bandar Alor Setar dan kawasan hutan yang makin menebal menjadi pemandangan biasa di sini. Kita semua sedia maklum, jika kita memilih bukan Barisan Nasional, ini adalah masa depan negara kita, seperti kata mereka.
Aku juga sempat ke Padang Besar, layan perjalanan yang aku rasa mempunyai scenery TERBAIK antara mana2 jalan yang aku dah lalui dan aku juga sempat melawat sebuah kilang gula yang super besar.
Di Padang Besar, aku tak mampu beli macam2 sebab orang packed sangat hinggakan nak berjalan pun susah. Adalah beberapa benda yang aku berminat nak beli macam jersi Manchester United baru, sebab aku tengok design dia sesuai untuk buat alas meja aku tapi niat tu terpaksa dibatalkan sebab aku tak sempat nak keluar duit.
Boleh dikatakan raya tahun ni adalah satu percutian yang aku sangat2 tunggu. Pernah tengok dalam TV dalam sebuah cerita lepas hero bercuti panjang dan dia kembali kerja produktiviti dia meningkat 200%.; Aku nak perasaan itu. Aku nak rasa macam mana fully recharged tu. Target aku kalau selama ni aku buat 2 kerja serentak, kali ni aku nak buat 3 kerja serentak dengan tenaga yang diperolehi lepas cuti raya.
Cuti raya tahun ni membuatkan aku rasa macam tu. Aku dapat second wind. Jadi, pada hari Rabu petang bersamaan hari raya ke empat, kami bertiga pun mula bertolak dari Alor Setar dengan tenaga baru dan keazaman yang membara. "Yeah!" jerit isteri aku dalam kereta, sangat hyper. Aku pun join jugak. 30 minit kemudian, kitorang sangkut jam dekat tengah2 highway.
Semua tenaga baru yang diperolehi masa cuti hilang diganti dengan sumpah seranah.
Mungkin hanya karakter dalam filem yang mampu mengecas diri dia semula selepas satu tempoh percutian dan imaginasi ini, langsung tidak sesuai dipraktikkan dalam kehidupan sebenar.
Dan di pagi Isnin ini, hari pertama kerja, aku dah malas nak pegi kerja.
Selamat Hari Raya Semua.
Maaf Zahir Batin.

Ogos 15, 2012
Trend Baru Filem Bertemakan "Anwar" Bakal Bermula

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menuntut agar filem “Tanda Putera” arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan jika itu tidak dilakukan, mereka akan menerbitkan filem tentang ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali. Presiden Perkasa itu berkata, pembangkang tidak harus menggunakan filem ini sebagai isu politik dan agenda politik sendiri.
“Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.
“Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang pula selepas ini,” katanya dalam laporan Sinar Harian.
Menurut Ibrahim, dakwaan Pakatan Rakyat (PR) bahawa filem tersebut mempunyai unsur perkauman adalah tidak benar kerana cerita itu dibuat berdasarkan sejarah.“Kami akan berunding dan membantu pengarah filem “Tanda Putera” itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa ‘sensor’ (tapisan).
“Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu,” kata ahli parlimen Pasir Mas itu lagi.
..............
Kalau benda ni betul2 berlaku, cuba kita fikir siapakah pelakon yang paling sesuai memegang watak protagonis, iaitu Saiful Bukhari Azlan dan siapakah paling tanjak memegang watak antagonis iaitu "Jelmaan Syaitan Anwar Ibrahim" (mengikut kata sesetengah orang UMNO).
Untuk watak Rosmah Mansor aku dah tau siapa, tak lain tak bukan Azizah Mahzan, itupun kalau watak Rosmah Mansor relevan kepada jalan cerita la. Mungkin kalau benar watak tu nak dimasukkan, jalan cerita pun boleh diolah balik, mula2 adegan liwat, lepas tu adegan shopping, lepas tu cut scene liwat balik...lepas tu shopping balik...lepas tu maki orang sikit2...shopping balik...scene china doll...sampai habis cerita.
Director, tak lain tak bukan lah...dR.Rozmey. Takde pilihan lain lagi. Kalau meletup...boleh start trend perfileman baru. Pengeluaran filem bermula dengan tema Anwar.
Anwar Gangster, Pontianak Anwar Sundal Malam, Janda-Janda Anwar Gangster, Anwar Pilih Jalan Hitam, Anwar Lambung, Anwar Sewel Datang KL.
Kalau tak cecah Rm100 juta...tak tau lah.
Langgan:
Catatan (Atom)