Ogos 03, 2008

Khairy Jamaluddin,Genius Malaysia

Bila Khairy berkata-kata,semua dengar.
Bila Khairy, muncul,semua tengok.
Bila Khairy kata dia bagus,semua angguk.

Utusan Malaysia dua hari lepas ada mengeluarkan kenyataan KJ mengenai pilihan Anwar Ibrahim yang ingin bertanding di Permatang Pauh.Kata Khairy "Anwar takut kalah!"

Aku setuju dengan pandangan Khairy itu kerana Khairy merupakan salah seorang pemuda2 yang nampak mempunyai tokoh2 kepimpinan yang kitu.Kita semua pula sudah sedia maklum yang dia menang pilihanraya di Rembau dulu atas sebab dirinya sendiri bukan sebab dia main tipu.

Apa saja yang berkaitan dengan Khairy adalah baik2 belaka tidak ada langsung cacat celanya pada Khairy.

Lagilah pulak dengan latar belakang Khairy yang berkelulusan Universiti Oxford sudah tentu KJ mempunyai tahap IQ yang sangat tinggi melebihi orang-orang biasa.Satu pandangan Khairy yang menyamakan bloggers2 sama seperti beruk amatlah aku persetujui kerana dia lulusan Oxford dan aku hanya lulusan IPTS tempatan.Aku memang beruk.

Bila Khairy kata Anwar takut kalah,ya memang betul Anwar takut kalah.Kerana sebenarnya tak mungkin Anwar akan kalah.Mustahil Anwar akan kalah.Tak logik Anwar akan kalah.Aku rasa jika diletakkan seekor beruk bertanding atas tiket parti Keadilan di Permatang Pauh tu pun,beruk tu akan menang.Tapi kenapa nak keluarkan statement "Anwar takut kalah?" siapa yang tak takut dia kalah?Kau pun takut jugak kalah masa PRU hari tu,pucat betul muka kau bila first time kira kau kalah kan?

Bila nak keluarkan statement dan tahu statement2 tu hanya memalukan diri sendiri,aku rasa tak payah pun nak ke Oxford untuk mengerti benda2 macam tu.Cukup lah sekadar Khairy Jamaluddin menjadi bukti nyata depan mata, memang Tuhan ni adil.

Dia bagi anda duit,Dia bagi anda kuasa tapi Dia tak bagi anda akal.

Rahsa 6 Kotak Ezam,Suatu Ramalan

Dalam 2 hari lepas ni,bila aku membaca Utusan Malaysia (paper yang penuh fakta2 sahih dan hanya menyampaikan kebenaran) banyak betul komen2 yang dikeluarkan oleh saudara Ezam mengenai 6 kotak rahsia Anwar Ibrahim.Takde orang tahu pun apa ada dalam tu jadi aku cuba meramal apa yang ada:

Kotak 1:
Rahsia macam mana Anwar kelihatan muda walaupun sebenarnya sudah berumur 61 tahun,panduan kesihatan yang ditulis oleh Anwar Ibrahim dan diberikan kepada Ezam - mungkin Ezam tidak dapat menerima nasihat Anwar Ibrahim

Kotak 2:
Rahsia kegagahan Anwar,bagaimana dia mampu mendapat 6 orang zuriat dan juga mengandungi produk2 yang diamalkan oleh Anwar

Kotak 3:
Katalog2 yang Anwar Ibrahim berikan kepada Ezam mengenai produk2 lelaki yang mampu menjantankan si Ezam

Kotak 4:
Gambar kenang-kenangan Ezam dulu2 bila Anwar dan Ezam berdiri bersama2 dan Anwar meletakkan tangannya di bahu Ezam (mungkin dijadikan bukti Anwar suka pada Ezam)

Kotak 5:
Buku2 panduan membahagia dan menjaga hubungan rumah tangga anda,hadiah Anwar kepada Ezam

Kotak 6:
Kotak kosong,ada beberapa helai kertas A4 sahaja

Ogos 01, 2008

Aku Sokong Kerajaan

Oleh kerana banyak2 blog2 yang telah dijahanamkan oleh pihak2 tertentu,aku dengan ini ingin membuat posting pertama aku yang pro-kerajaan.


Pak Lah tokoh pemimpin agung dan rajin.Dialah "Bapa Koridor Malaysia"
Khairy Jamaluddin suami dan bapa cemerlang,langsung tidak menyakitkan hati rakyat.
Najib dan Rosmah akan terus kekal bahagia sepanjang hayat.
Rosmah pula sentiasa kelihatan jelita tanpa make up.
Sharbery pula Insya Allah akan berjaya sekurang2 nya menang satu debate.
Samy Vellu punya Bahasa Melayu dah improve banyak.
Terima kasih kerana pemberian rebate RM150 kepada aku
Terima kasih kerana memberikan aku loan PTPTN
Musa Hassan dan Gani Patail tidak pernah berlaku songsang
Pasti Anwar Ibrahim gagal membentuk kerajaan pada 16 Sept 2007
PAS sepatutnya bekerjasama dengan UMNO jika tidak mahu negara Islam
Kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang cemerlang,gemilang,terbilang

Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional






Cerita Fiksyen : Saiful Ke Hospital

Cerita ini hanya rekaan semata-mata,tiada langsung fakta atau hujah yang cuba untuk menunjukkan situasi berikut benar2 berlaku.Cerita ini juga sangat menjijikkan dan tiada moral.Mood aku sedikit emo jadi aku hanya nak bercerita benda2 bodoh.Gambar sekadar hiasan.

Hari itu,Saiful ingin ke Hospital.Ini kerana kebelakangan ini,dia selalu sakit perut.Bila dia sampai di depan hospital tersebut,dia pun cuba membaca nama hospital tersebut..

"Pu....Saaatt....Raaa...Waaa..Tannn...Eeeee...Slamm..Oh,Pusat Rawatan Islam!Mesti hanya untuk orang Islam ni..."lalu Saiful pun mengeluarkan IC nya untuk memeriksa sama ada dia Islam atau tidak."Yes!Ada tulis Islam!"Gembira betul Saiful lalu masuk ke dalam.Ada kaunter pertanyaan.Seorang gadis manis menyapa,"Hai,selamat datang!"Saiful pun tersenyum.Dia memandang gadis tersebut lalu bertanya,"Cik,2+1 berapa?"

Gadis itu menjawab,"3."Saiful sedikit kagum dengan kebijakan gadis itu lalu bertanya lagi "Siapakah nama angkasawan pertama Malaysia?"Gadis itu mula memandang aneh pada Saiful tapi menjawab juga "Syeikh Muzaffar"Saiful tersenyum riang.Habis semua soalan2 berkaitan artis,gossip ditanyakan lagi.Nasib baik gadis itu di masa lapang suka membaca majalah Mangga,berjaya juga dia menjawab soalan2 itu.Lama kelamaan gadis itu mula merasa takut dan menelefon sekuriti.

Sekuriti guard pun datang menghalau Saiful keluar.Saiful pun ditarik keluar.Dia pun berpusing mencari pintu masuk lain.Dijumpainya pintu kecemasan di belakang bangunan.Dia pun masuk mencari di mana bahagian sakit perut.Dia ternampak signboard bertulis "Gynaecologist"

"Gaaaaiii..naaaa..kooo...loooh..jissss" eja dia."Ni lah kot tempatnya."Dulu aku ada pegi buat pembersihan kolon,diorang kata cuci usus besar.Ni lah dia...gainakolonjis."Masuklah dia ke situ dan nampaklah dia seorang perempuan sedang terbaring sambil kakinya diangkat ke atas.Ada seorang doktor di depan perempuan tersebut.Saiful pun masuk dan menegur perempuan tersebut "Hai kak,sakit perut jugak ke.Saya pun nak cek jugak ni!Boleh saya tengok?"Belum sempat perempuan itu menjawab,Saiful terus melihat apa yang dilakukan oleh doktor itu.

"BODOH!KELUAR KAU DARI SINI!"Jerit perempuan itu.Saiful terpinga-pinga.Doktor itupun dengan pantas mengarahkan nurse memanggil sekuriti guard.Guard yang sama pun datang.Dia dengan pantas menarik Saiful keluar dan ke lobi hospital.

"Hoi,ko ni apa masalah ko?"tanya guard itu."Takde bang,saya sakit perut.Datang nak cek."Saiful menggeletar ketakutan."Cehh..apasal la ko tak cakap tadi!"Guard itupun membawa Saiful ke department yang betul.Sampai saja di sana Doktor yang bertugas bernama Dr.Ahmad,menyapa Saiful "ya dik,sakit apa ni?"

"Saya sakit perut doktor,"jawab Saiful."Okeh,awak cuba angkat baju."Doktor pun menekan2 perut Saiful,muka Saiful sedikit menyeringai menahan kesakitan."humm,ini macam ada luka dalam ni.Saya kena buat pemeriksaan pakai kamera.Saya kena masukkan kamera ke dalam badan awak,melalui lubang jubur awak.Awak pergi salin baju,pakai baju ni ya!"Sambil Dr.Ahmad menghulurkan baju pesakit kepada Saiful.

"Doktor,salin baju kat wad bersalin ke?"tanya Saiful lagi."hoih budak ni!Salin belakang tirai tu je."jerit Dr.Ahmad sedikit hangin.Saiful pun menyalin bajunya."okeh,baring situ.Tahan sikit ye.Sakit sikit."Doktor pun memasukkan kamera ke dalam lubang jubur Saiful."Ahhh..sedapnya,"kata Saiful kegelian."humm....awak punya dinding usus ada kesan luka,teruk jugak tu.Kenapa jadi camtu?"

"Entahlah doktor.Saya seorang yang sangat pembersih."Doktor itupun berpaling,kehairanan."Saya sangat2 menjaga badan saya.Mandi 3 kali sehari,gosok gigi,sabun,basuh berak sampai bersih luar dalam.."

"Luar dalam?"tanya Dr.Ahmad."Ak aah,saya cuci bersih2 jubur saya."

"Boleh tunjukkan pada saya macam mana awak cuci sampai bersih tu?Jom kita ke tandas."kata Dr.Ahmad.Mereka ke tandas.Saiful pun mencangkung."Doktor,mula-mula saya cuci luar ni dulu."Doktor Ahmad melihat tekun."Lepas tu..."Saiful pun mengangkat sedikit punggungnya supaya kelihtan jelas pada Dr.Ahmad.

"Lepas tu.....saya masukkan getah paip ni dalam2.Baru bersih betul2."

(Moral Cerita - Jangan bagi scholar dekat orang bengap)


Keputusan Undian Cursing Malay 07

Mampukah Datuk Seri Wan Azizah Memimpin Pembangkang Jika Anwar Ditangkap?

Ya - 132 Undi
Tidak - 45 Undi
Kurang Pasti - 28 Undi

Mungkin secara majoriti nya merasakan Azizah mampu,tapi aku sendiri mengvotekan "kurang pasti".Mungkin kerana pada aku Azizah tidak mampu untuk menjadikan diri beliau sebagai seorang yang "kejam." Maksud "kejam" aku; bila dia ditekan,mampu ke dia melawan balik.Mungkin dengan sokongan orang2 dibelakang dapat membantu Azizah tetapi untuk melawan dinasti jahat UMNO ni,seorang yang lebih kuat,lebih gagah dan lebih kejam diperlukan.

Azizah nampak lembut,penuh sifat keibuan.Aku harapkan kalau2 Anwar benar2 ditangkap (mengikut rumours2 dalam 48 jam akan datang,entah benar atau tidak,kita tunggu) Azizah dan Izzah yang sebenar akan muncul,sama seperti Benazir Bhutto ataupun Corazon Aquino