September 11, 2013

Jalan Terbaik Untuk Keluar Dari Belenggu Kesusahan Adalah Dengan Jadi Hamba Majikan


Beberapa hari lepas, sedang aku memandu, aku selisih dengan satu motorsikal. Dari belakang nampak la si isteri ni tengah struggle dok peluk anak dia yang diikat guna baby carrier. Bapaknya pun bawak aje la slow2 sebab mungkin bapaknya berhati-hati.

Aku pun potong la motorsikal tu. Barulah nampak kenapa mak dia struggle pegang anak dia. Dia tengah susukan anak dia pakai botol. Tengah jalan atas motor, anak menangis agaknya. Aku rasa bapak dia decide tak nak stop sebab cuaca agak gelap masa tu. Sekarang ni kan KL musim hujan.

Bila dah potong, barulah nampak ada lagi seorang anak duduk kat depan bapak dia sambil kaki masuk bakul.....dan anak dia tak pakai helmet.

Mengikut saranan kerajaan, nak aje aku bukak tingkap kereta aku dan jerit dekat diorang, "Kah Kah Kah, padan muka  kau miskin, siapa suruh kau tak kerja lebih kuat lagi? Mengemis la keluarga kau sebab minyak naik harga ni! Konfem kau tak mampu beli rumah! Willing buyer willing seller la bangang! Kalau tak suka, gi migrate la. Kalau tak suka anak sekolah sini, hantar oversea la. Tapi kau mana mampu! Kau miskin! Kereta pun tak mampu beli! Ubah la gaya hidup kau!"

Pasti penyokong sesetengah parti politik akan bersorak kegembiraan kalau aku buat camtu dan lantik aku sebagai dengan bermacam jawatan penting.


September 10, 2013

Kenapa Wujudnya Perbezaan Jurang Ekonomi Antara Malaysia dan Singapura Yang Kecik Ya Amat?

Berita pertama ; 

KUALA LUMPUR – Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini. Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan. Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN. “Kami terpaksa berbuat demikian kerana segala perancangan telah diatur sejak awal. Bagaimanapun, Diana tetap akan menjalani PLKN,” kata Baldev ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, JLKN telah meluluskan permohonan penangguhan Diana itu. Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika dihubungi semalam mengesahkan pihaknya sudah meluluskan permohonan berkenaan.

Berita Kedua :

KUANTAN: Singapura bakal kehilangan penjaga gol utama ketika menentang Thailand pada perlawanan kedua mereka di Kejohanan Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur di sini esok. Pembantu jurulatih K. Balagumaran berkata Muhammad Syazwan Buhari, 23, telah dipanggil balik untuk menyertai Program Khidmat Negara.

"Kami tidak mempunyai pilihan, tetapi akan menurunkan penjaga gol ketiga (Neezam Abdul Aziz) ketika menentang Thailand," katanya kepada pemberita.

.............

Ketentuan Allah barangkali?

Hanya orang yang ada jawatan mampu mengubah ketentuan Allah?
Sebelum ada yang kurang pandai membaca serang,
isunya bukan pasal Diana Danielle.

September 09, 2013

Sajak Moden Masakini : Rogol Gadis Kerana Ketentuan Allah

Aku melangkah gagah,
Merentasi sebuah daerah
Nampak gadis cantik
Lalu ku rasa ghairah

Terus ku dakapnya
Ku kucup dari belakang
Kakinya ku renggang
Ingin ku ganyang-ganyang

Gadis merintih meminta tolong
Semua memandang tak kata apa
Ramai hanya sekilas pandangan
Pedulikkan, hal dia hal dia

Hal aku hal aku.

Lalu aku puaskan nafsu
Habis puas gadis tu ku ratah
Kenapa pula perlu ku rasa bersalah?
Ini semua ketentuan Allah.

F U B N
Jual agama
F U B N
Guna agama
F U B N
Bila-bila
F U B N
Mereka suka

F U B N!
Semua benda, salahkan Allah.
Sebelum ni semua salah Anwar Ibrahim

Dah tak ada modal agaknya.

Nampak benda salah,
Kita biarkanlah

Itu semua..
Ketetapan Allah

September 06, 2013

Terima Kasih Lah Kepada Pengundi BN Sebab Membuktikan Yang Aku Sebenarnya Miskin

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kerajaan akan mentakrifkan semula pendapatan braket golongan pertengahan bagi melayakkan mereka memperoleh bantuan yang bakal diumumkan pada Bajet 2014, bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan mungkin menaikkan pendapatan braket itu antara RM3,000 dan RM4,000.

Golongan berpendapatan sederhana dan rendah masing-masing mewakili 40 peratus daripada penduduk negara ini yang berpendapatan kira-kira RM2,300 dan RM7,000 sebulan.

Namun, bentuk bantuan masih dikaji, dan keputusannya akan diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2014," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Sersol Bhd., dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Yang turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Sersol Bhd., Datuk Seri Dr. Erwan Mohd. Tahir dan Pengarah Urusan Sersol Bhd., Mohd. Ridzuan Nor Mohamed. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Bajet itu pada 25 Oktober.

Ahmad berkata, selain itu, penduduk luar bandar merupakan antara fokus kerajaan kali ini dengan pembangunan di kawasan tersebut akan dipercepat. Selain itu, kerajaan juga merancang meningkatkan aktiviti untuk perusahaan kecil dan sederhana, katanya.

"Selain memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan fokus ini, kerajaan juga menggalakkan program satu daerah satu industri (SDSI)," katanya.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dilaporkan berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa pendekatan atau inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan kelas pertengahan dalam Bajet 2014.

Menurutnya langkah itu diambil berikutan golongan kelas pertengahan sehingga kini masih belum menerima manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan, berbanding golongan berpendapatan rendah.

"Golongan berpendapatan rendah, sebagai contoh, dijangka menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih tinggi tahun ini, yang jumlahnya akan diumumkan dalam Bajet 2014," katanya.

Sementara itu, Ahmad meminta Sersol Bhd., supaya merebut peluang untuk memberi perkhidmatannya dalam enam projek mega di Malaysia.

"Setakat ini syarikat pengeluar cat itu terlibat dalam dua projek mega di Malaysia, termasuk projek Naza TTDI Sdn Bhd di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Antara projek besar lain di Malaysia ialah MRT Sg.Buloh-Kajang, Menara Warisan Merdeka PNB dan Tun Razak Exchange. - BERNAMA


.............

TERIMA KASIH KEPADA SIAPA YANG UNDI BN SEBAB MEMBUKTIKAN, AKU SEBENARNYA GOLONGAN MISKIN!
AKU MISKIN RUPANYA.

Duit tak ada, projek mega still jalan.
Apa jenis kerajaan yang kau pilih ni oi?

Kenapa bila aku tengok muka Timbalan Menteri Kewangan kita ni,
aku rasa sakit hati aje aa?