Mei 15, 2012

Prolog : 120 Peserta Perhimpunan Bersih Dikehendaki Melapor Diri Di Balai Untuk Ke Kursus BTN



Ada polis jahat, ada polis baik. Ada polis mintak rasuah, ada polis tak mintak rasuah.
Ada polis menyesal sebab jadi polis sebab banyak kena buat dosa,
Ada jugak polis yang suka kuasa yang dia ada dan tak peduli dosa pahala.

Tak ramai polis yang jahat,
Tapi polis yang jahat ni la yang dibagi kuasa.

Kalau ada seorang polis cuba jadi hero,
Buat benda betul dan cuba betulkan apa yang salah,
Dia kena transfer ke tempat lain.

Tengok betul-betul gambar di atas,
Esok...aku ceritakan kenapa.

Mei 14, 2012

Super Pervert : Suami Anda Suka Menonton Rancangan Masakan di Astro?

Aku tak sure ramai ke tak lelaki kat luar sana yang suka memasak. Mungkin ada la kot yang suka tengok rancangan masakan dekat channel Astro 703 atau 707. Kalau takde benda nak tengok selalunya aku biarkan aje la channel tu terpasang untuk menghilangkan kesunyian sambil buat2 kerja.

Kaum isteri mesti suka kalau tengok suami layan rancangan masakan kan? Dalam kepala dah terfikir, "seronoknya aku kalau suami try masak macam Jamie Oliver masak." Semua orang tertipu. Kaum lelaki suka tengok rancangan masakan orang putih sebab rancangan itu sebenarnya bukan setakat rancangan masakan...tetapi subliminally juga adalah sebuah rancangan soft porn.

Itu bukan rancangan memasak. Itu porno menyamar sebagai rancangan masakan. Tiap2 kali host/chef dia buat apa-apa..mesti kamera akan fokus dekat cleavage, macam shot di bawah.


Apa pasal kena pegang lemon?
Kenapa kena pegang ingredient macam tu?
Kenapa ada botol enter frame bila ada cleavage shot?

ARGHHH!

Macam mana nak salin resipi kalau tangan nak pegang pen pun tak boleh?  Ini baru satu contoh. Ada lagi yang lain...

Sebagai seorang lelaki, suami dan bapa yang berdarah panas, niat suci aku untuk belajar mengenai masakan selalunya bertukar menyimpang ke arah lain. Itu belum cerita lagi pasal Nigella Lawson atau rancangan porno paling obvious, Bridget Sexiest Beach yang pengacaranya adalah seorang Playmate Playboy. What the hell..rancangan macam tu mana sesuai tayang tengahari Astro! Tayang la malam2. Bila aku sorang aje depan TV.....


Nigella Lawson's English muffin....ermmm. 
Tapi dia dah berisi sekarang. 


Sekarang ni aku nampak anak aku ada tendency nak kontrol remote TV (sesuatu yang aku akan elakkan dengan menggunakan kuasa veto bapak).Keluar aje rancangan masakan yang seksi-seksi ni, kalau anak aku ada, aku tukar channel lain. Masalahnya, aku aku dah pandai mintak remote dan dia nak conquer remote sorang2.

Takpelah...bagi ajelah.

Lega jugak la aku bila dia takde la bukak channel masakan ni. Dia bukak channel Arab, nombor 111 sebab jari dia akan automatik tekan nombor tu.

"Syukurlah, boleh Ali belajar berbahasa Arab! Yeah!" fikir aku ketika tu. Tang tang tang! Terus keluar selambak bontot awek arab tengah belly dancing diiringi irama padang pasir.

Aku pun tukar balik rancangan masakan cepat2.


WHOA!

Mei 11, 2012

Awkward Agama : Mintak Tolong Tangkap Mereka Yang Pakai Seluar Jeans di Sekolah dan Maktab

Buat pertama kalinya dalam seumur hidup aku, minggu lepas aku beli seluar jeans brand Levi's dengan harapan betul2 tahan macam digembar-gemburkan sebab jeans aku 2 helai koyak dalam minggu yang sama. Takde la mahal sebenarnya Levi's ni kalau kau tau mana nak beli. Factory outlet dia ada banyak.

Beza dengan brand jeans "murahan" lain macam Mustang atau GA Blue pun ada la dalam Rm30 ke Rm40. Kalau pegi beli kat butik dia memang la mahal...sehelai 2 ratus lebih.

Bila pakai jeans ni, tiap2 kali aku sarungkan seluar jeans ni membuatkan aku terkenang balik memori lama aku dulu2 masa zaman sekolah.

Aku sekolah asrama. Dalam sekolah asrama ada satu peraturan ketat, student tak dibenarkan pakai jeans. Tak kiralah jeans kau tu jeans kaler hijau seluar sekolah atau kain jeans tapi cutting seluar slack. Kau buat cutting jeans tapi pakai kain seluar slack pun tak boleh.

Kat sekolah aku ni, ada sorang aje warden yang cukup anti seluar jeans ni jadi dia akan cuba tangkap sapa pakai seluar tu. Budak2 pulak...benda2 yang dilarang ni lah yang dia nak buat.Peraturan kata takleh pakai seluar jeans, lagi la aku teringin nak pakai. Adalah dalam beberapa kali seluar jeans aku kena rampas dengan warden masa inspection locker atau terkantoi time tengah pakai lalu disuruh tanggalkan on the spot kat situ jugak.

Lepas seluar aku kena rampas, selalunya apa yang aku dan beberapa orang kawan aku akan buat adalah pecah masuk bilik warden dan ambik balik barang kitorang. Time tu, thrill nak memecah masuk membuatkan jantung agak laju tapi dengan bacaan Bismillahhirrahmanirrahim...aku tak pernah kena tangkap.

Time tu nak beli jeans sehelai pun punyalah seksa...jadi sebab dah terdengar banyak kali barang rampasan yang konon2 nya akan dipulangkan bila cuti selalu hilang sebab senior kebas, aku dengan kawan2 aku nekad pecah masuk jugak. Siap tolong member2 lain yang mana jeans dia kena rampas atau ada jugak la sekotak dua rokok yang berjaya diseludup keluar sebagai hasil rampasan.

Jeans ni masa zaman aku sekolah menengah...macam dadah..macam rokok. Sejenis contraband yang sangat dilarang dan "maut" akibatnya kalau ditangkap memiliki jeans. Nak bawak masuk dalam beg dari kampung pun kena senyap-senyap. Bila cuti penggal...dapat pakai jeans...perghhh...nikmatnya. Rasa tak skema seolah-olah seorang outlaw yang bakal buat jahat.

Seolah-olah siapa berani langgar larangan ni, dia memang carik nahas. Itu memang law sekolah aku yang agak ketat...entah kenapa aku tak taulah, apa yang buruk sangat pakai seluar jeans ni tak pernah pulak diterangkan kat kitorang. Aku rasa law tu bukan setakat sekolah aku aje...kat semua sekolah asrama pun ada rasanya...even kat maktab perguruan pun sama.

Semalam adik ipar aku datang rumah. Dia pun cerita la pasal seorang lecturer maktab dia yang concern sangat pasal seluar jeans ni sampai dia keluarkan statement "kenapa bakal cikgu pakai jeans? Ini bukan imej cikgu!" dekat adik ipar aku. Takleh aku bayangkan...budak2 lepas SPM still kena ikut law ni...aku dah cukup la 5 tahun hidup tanpa seluar jeans. Lagipun aku start pakai seluar jeans lepas mak aku dah give up nak beli seluar untuk aku sebab lutut selalu koyak dulu..jadi mak aku belikan aku seluar jeans.

Sekarang ni aku tertanya-tanya...kenapa sekolah aku mengambil berat sangat pasal seluar jeans. Bukan sekolah aku aje kot...Kementerian Pelajaran pun sama jugak. Seluar jeans ni berdosa ke siapa yang pakai? Dulu mungkin sebab aku rasa nanti ada yang pakai jeans koyak lah...jeans lusuh lah...budak sekolah asrama imej kena jaga,bang. Kitorang harapan negara...hahahaha....harapan BN sebenarnya.

Aku hidup dalam environment yang buat seluar jeans tu satu benda buruk. Warden aku pun bertungkus-lumus berusaha sepenuh keringat cuba tangkap sapa yang pakai seluar jeans. Bermacam-macam inspection dibuat untuk tangkap sapa ada seluar jeans. Kena paksa dengan warden untuk bukak locker pun aku pernah kena sebab dia suspect aku simpan seluar jeans....nasib baik aku tak kena tangkap sebab bukan setakat seluar jeans..rokok pun ada sekotak dalam locker.

Tapi tak ada seorang pun warden sekolah aku yang tangkap sapa-sapa yang pakai short dan kenakan tindakan disiplin kat diorang , sebab tak ada law yang melarang kitorang pakai short dekat sekolah.

Short, boleh. Jeans, haram.
Pelik, tapi benar.

Mei 10, 2012

Novel Percuma : Muhammad dan Khadijah Bahagian 01

Muhammad melepaskan nafas lega. Jari-jemarinya sudah penat berbicara dengan skrin besar 27 inci di depannya. 

"Kau pun faham macam mana bekerja dengan organisasi kerajaan ni Mad, permintaan dia orang pelik-pelik." Terngiang-ngiang ayat pengarah seni syarikatnya sebentar tadi.
"Memang pelik," fikir Muhammad. Sekejap mahu itu, datang orang lain, dimintanya benda lain. Seolah-olah tidak ada langsung komunikasi antara mereka. Kerja yang sepatutnya siap dalam dua minggu, berpanjangan sampai dua bulan.

"Sekejap mahu latar belakang warna hijau...kemudian dikatanya seolah-olah parti politik. Tak mahu orang teringat parti itu..merepek benar alasan dia orang ni," mengeluh Muhammad berseorangan.

Muhammad bangun melangkah. Sekelilingnya kawan-kawannya ada yang masih bertungkus-lumus melakukan penambah baikan seperti yang diminta oleh "pakar multimedia" organisasi kerajaan itu.

"Mad, kau dah siap ke apa yang dia suruh tukar tu?" tanya rakannya, Razak atau lebih terkenal dengan panggilan Balung. Entah kenapa tidak pula ditanyakan Muhammad.

"Belum. Banyak yang dia minta. Agak merepek jugak permintaan dia. Esok deadline, memang kita kena bermalam lagilah jawabnya di ofis," Muhammad menjawab lalu melangkah sambil terus memerhatikan sekeliling. Semua rakan sepejabatnya terpaku mata memandang monitor menyiapkan laman web sebuah Jabatan Kerajaan yang mahu dilancarkan esok. Muhammad hanya senyum apabila ada yang memandangnya sambil menggelengkan kepala tanda protes.

"Bos, aku keluar sekejap dalam 2-3 jam. Tak boleh teruskan, aku nak rehat, dari 2 pagi sampai sekarang, non stop. Lagipun bahagian aku kena tunggu department lain siapkan dulu.." beritahu Muhammad kepada pengarah seninya, Hafizul. Hafizul sedang leka memerhatikan beberapa helai kertas yang tidak diketahui apa isinya.

"Orait bro. No problem," jawab Hafizul. "Just make sure kau datang balik, hahaha."

"Hahaha, don't worry!" Muhammad sengih panjang. Diikutkan hatinya mahu saja dia start kereta dan lari balik. Dah 3 hari bermalam di pejabat membuatkan niatnya untuk bermain Diablo 3 secara multiplayer beramai-ramai di rumah terbantut.

Kakinya laju melangkah ke arah lif. Tangannya pantas menekan butang turun. Dia mahu tengok langit. Dia mahu tengok orang ramai. Dia mahu keluar tengok dunia luar. Dia mahu minum kopi hazelnut sambil tengok televisyen.

Melangkah laju Muhammad ke kopitiam terkenal yang berdekatan dengan pejabatnya. Waktu itu orang sudah mula berkurangan kerana waktu rehat sudah tamat. Dia pula tidak terikat dengan waktu sebegitu kerana tugasnya tidak tentu waktu tapi sekurang-kurangnya dia dapat juga claim kalau terlalu banyak waktu diperlukan berada di pejabat.

"Apa nak makan?" Muhammad berdiri memandang menu yang terpapar megah di dinding kedai. "Tu nampak sedap, ni nampak sedap, semua benda nampak sedap," ngomel Muhammad keseorangan.

"Yes, may I take your order Sir?" tanya gadis yang menjaga kaunter. "Pergh..speaking gua cakap lu! Bagi aku ni,ni dan ni," kata Muhammad sambil jarinya menunjuk-nunjuk di menu atas kaunter.

"That's all Sir?" tanya balik gadis itu. "Yes maam!" jawab Muhammad sambil senyum menggatal. Tangannya mengetuk-ngetuk kaunter mengikut rentak irama "Cinta Muka Buku" yang berkumandang di pembesar suara.

"Bodoh punya lagu...." bisik Muhammad yang pernah menjadi mangsa blind date melalui Facebook sebanyak dua kali.

Muhammad leka memerhatikan gadis itu ke hulu ke hilir sambil tangannya cekap membancuh kopi yang dipesannya. "Ni kalau jadi isteri aku, tiap-tiap hari aku boleh minum kopi. Terbaik!" fikir Muhammad sambil senyum-senyum suka sendiri.

"Assalamualaikum saudara..."

Muhammad terdengar suara menegurnya tapi dia buat tak endah. Sekali lagi suara itu kedengaran, "Assalamualaikum saudara.." Muhammad menoleh ke belakang. Berdiri di belakangnya seorang wanita yang dia kenali.

"Khadijah..." Muhammad terdiam. Khadijah senyum memandang Muhammad.

Siti Khadijah binti Abdul Aziz.
Wanita ini sangat istimewa pada diri Muhammad.

Tapi sayangnya, itu semua satu masa dulu.

(bersambung setiap Khamis atau bila-bila aku rajin)

Mei 09, 2012

Panduan Mencari Calon Suami Bagi Wanita Bertudung Labuh

Ada sesiapa tengok berita semalam? Mengikut kajian Kementerian, 40% wanita tidak berkahwin kerana tidak menjumpai calon yang sesuai. Ramai tu. Aku tak berapa pasti berapa lingkungan umur survey dia tu. Bila difikirkan balik, tidak ada calon yang sesuai...apa kriteria yang sesuai? Ada perempuan nak lelaki kaya, handsome dan baik. Gila perfect lelaki idaman semua wanita. Maybe the expectation sesetengah wanita terlalu tinggi diletakkan untuk jadi calon suami.

Ada juga yang terpengaruh dengan drama dan filem, percaya dengan imej lelaki yang cuba ditonjolkan dalam drama atau filem yang bersifat gatal dan pervert sehinggalah membuatkan perempuan takut nak pilih calon suami. Kat Malaysia aje kot kau boleh jumpa orang pegi marah dan herdik pelakon sebab pelakon tu terkenal dengan lakonan jahat dia (seperti yang diceritakan oleh beberapa orang artis yang nak membuktikan lakonan dia betul2 mantap sehingga penonton tak dapat membezakan dunia nyata dan dunia fantasi).

Pengaruh media memainkan peranan sehingga tak ada calon yang sesuai untuk dijadikan suami. Selalunya...lelakilah yang disalahkan. "Lelaki semua sama aje! Lelaki semua lidah bercabang! Lelaki semua perangai buaya! Baik aku jadi lesbian! "

Takkan la tak ada langsung calon suami yang baik keliling kau?

Ada beberapa benda yang akan membantutkan niat seseorang lelaki untuk berkahwin dengan kau, antaranya ;

1. Perangai kau memang buruk. Kau kaki clubbing, kau kaki minum. (Ya,pada aku kaki clubbing perangai buruk tak kiralah lelaki ke pempuan)

2. Kau demanding sangat. Kau wish kau jadi princess yang ada istana masa wedding padahal bakal suami kau hanyalah sekadar bergaji tukang sapu bulu kuda dekat istana.

3. Permintaan kau tidak realistik. Kau seksi...tapi kau nak Ustaz Don Daniyal.

4. Kau dah bagi boifren kau test drive kau. Buat apa kahwin kalau dah boleh memandu tanpa lesen? Vroom vroom vroom!

5. Kau carik calon suami menggunakan lagu "Cinta Muka Buku" sebagai panduan.

................


Ada juga sesetengah kes di mana perempuan itu jaga aurat dan akhlaknya tapi dia susah nak dapat calon suami....ini kerana kau pakai tudung labuh dan lelaki takut nak approach kau, atau kau nampak terlalu alim sehinggakan lelaki jadi segan dengan kau. Ye lah...siapa berani ajak minah tudung labuh keluar dating? Aku pun segan sebab aku lelaki normal yang ada rasa pervert sket2.

Kalau terjadinya kes camni, ada beberapa saranan yang aku boleh berikan.
  1. Kalau ada lelaki ajak kau keluar....bagi dia chance. Jangan terus ceramah dia berdosanya dating ni. Dating boleh apa...tapi gi makan dah la. Ajak la adik kau pegi. Kau nak tau dia ikhlas atau sekadar tengah berusaha nak tau apa ada bawah tudung labuh, tiap2 kali dia ajak dating, bawak adik kau. Orang ikhlas ni lama2 kau boleh kenal..selalunya, orang yang first time kenal dengan kau tapi dia terus declare diri dia ikhlas..tu buaya darat.


  2. Kalau takde lelaki ajak kau keluar, benda2 yang kau perlu improvekan adalah memberanikan diri berkenalan dengan lelaki. Pada aku la orang perempuan, kau tak perlu rasa malu nak approach lelaki. Ada pepatah Melayu kata perigi cari timba la,apa la..pedulikkan. Kau takkan boleh jadi isteri selagi kau tak ada suami. Tak salah maa!


  3. Memang mudah untuk assume officemate kau yang single tu poyo dan berlagak dan apa2 lagi yang buruk2 ni....tapi bila kau dah simpan dalam diri kau assumption macam tu, kau akan limit diri kau daripada opportunities yang mungkin ada. Lelaki ni perangai dia lain sebenarnya bila dia dekat orang ramai dan bila dia berdepan dengan kau..jadi jangan stereotaipkan lelaki yang ada sekeliling kau.


  4. Kalau kau ada boifren yang kau rasa tak sebaik kau sebab expectation kau adalah dia adalah bakal Imam Masjid Kampung, hentikanlah semua tu. Lelaki boleh berubah....sebab asalnya semua manusia ni baik kejadian dia. Basically, semua orang baik. Jangan takut nak pilih dia sebagai calon walaupun dia ada flaw yang kau tak suka melainkan flaw dia tu sangatlah besar macam suka tayang zakar dekat ofis. Jika niat kau baik dan cara kau betul....akan ada pertolongan datang dan ubah diri dia.


  5. Hentikan assume cinta itu macam matematik dan ada formula dia yang tetap.
    "Jika Bakal Suami = (Hensem+Baik) - Duit < Bakal suami = Duit+Hensem+Baik."

    Bukak mata luas-luas...kau takkan dapat semua yang kau nak. Selagi kriteria yang kau nak tu macam tu, rumusan dia adalah ; "(Kau - Calon Suami) x 0% = Tak Kahwin"

    Be more fleksibel...yang penting carik orang yang baik. Sebab bila kau carik orang yang baik (walaupun ada mereng sket2) ...dia akan ada kesedaran sendiri.


  6. Jangan merasa rendah diri kalau kau pakai tudung labuh. Benda ni aku rasa banyak terjadi dekat orang yang jaga pakaian dia. Lagilah pulak bila kau compare diri kau dengan minah sebelah meja kau yang setiap masa berpakaian vogue dan seksi dengan make-up setengah inci dan bontot tonggek yang mampu membuatkan jantan cair tengok. Tak perlu rasa rendah diri walaupun kau tak berpakaian seanggun orang lain. Bila kau rasa rendah diri kau dah letak dalam diri kau yang semua lelaki mesti pandang orang yang hot dan orang macam kau tak desirable. Barang free...sapa tak nak tengok kak? Barang yang hidden ni la sebenarnya yang terbaik..betul? :)

  7. Tak perlu risau pandangan masyarakat kalau kau mempunyai calon suami yang lebih muda dari kau. Ada hukum kata perempuan mesti kahwin lelaki lebih tua? Tak ada. Siti Khadijah malu kahwin dengan junior dia yang jauh lagi muda dari dia? Kau cuba semak balik, siapa yang tackle siapa masa Nabi Muhammad nak kahwin first time dulu.
......................

Bagaimanapun, satu kesalahan general yang selalu dilakukan para wanita dan gadis adalah mengharapkan boifren atau pihak lelaki support dia masa sesi berkenalan. Keluar makan...wish lelaki bayar. Keluar dating...lelaki bayar semua.Malam2 nak bergayut...nak lelaki telefon. Memang ada perempuan yang menilai tahap keseriusan seseorang lelaki dengan menggunakan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan ketika ber-gelfren boifren, kan?

Daripada kau mengharapkan pihak lelaki menunjukkan betapa seriusnya dia untuk bercinta dengan kau dengan cara menaburkan duit ketika berkenalan, lagi baik masing-masing bayar sendiri makan dan minum dan sekali sekala aje telefon...duit tu simpan untuk kahwin.


Ada orang kata...semua tu investment...kepala hotak ko investment.

Investment sebenar dalam bercinta hanya akan bermula bila kau duduk serumah dengan suami, kau beli barang kongsi dengan suami, kau ada anak hasil pernikahan kau...tu investment.

Mungkin 40% wanita yang belum berkahwin sebab tak jumpa calon ni masalahnya bukanlah dia tak jumpa calon yang sesuai....tetapi sebenarnya, wanita tu sendiri bukanlah calon yang sesuai? Hahahaha.

Kalau ada yang tak kahwin lagi dan sedang risau,.....di luar sana ada juga lelaki yang sama nasib macam kau.

Mungkin nasib kau tak bertemu dengan dia lagi sebab kau takut nak open yourself kepada dunia lain selain dunia kau ....kerana lelaki2 di sekeliling kau semuanya douchebag . Membuatkan kau assume semua lelaki douchebag. Pecahkan kepompong douchebag itu dan percayalah ada ramai lelaki kat luar circle kau yang sesuai dijadikan calon suami.

p.s. - Perlu diingatkan....seorang lelaki boleh mengahwini 4 orang wanita. Ya, suami orang sepatutnya adalah option anda juga. Tapi pastikan boundaries anda dijaga. Jangan pikat terus laki orang kalau dah tersuka. Pikat lah isteri dia dulu. Barulah tak kena baling dengan pinggan dan digelar betina gatal atau betina sundal.