Ogos 13, 2008

Mari Berjihad Demi Islam

Makin lama makin bodoh statement-statement orang-orang BN ni.
Link kepada berita asal

Kisah Penjual Ubat Gagah

"Mai mai abang-abang,adik-adik," jerit Pakcik penjual ubat itu menggunakan speaker.Waktu itu ramai manusia lalu lalang mengejar masa di sepanjang jalan Chow Kit itu."Mai tengok apa yang saya juai," Pakcik itu menyambung lagi." Gagah,tahan,sepanjang malam" jelas Pakcik itu lagi menyebabkan beberapa orang lelaki yang ingin tahu mula berkerumun.

"Nama saya ni Pak Lah.Saya asai Kepala Batas nu," kata Pak Lah sebagai pebuka bicara."Saya mai ni nak habak (nak bagitau) kat hangpa semua yang apa yang saya juai ni baguih untuk hangpa semua kaum lelaki ni!"

"Ni dia,satu-satunya ubat yang mampu membuatkan hangpa punya bini tak senang duduk.Ni dia ubatnya yang buleh buat hangpa semua buleh berdayung sepanjang malam!" Makin ramai lelaki yang berkerumun.Ada juga beberapa orang kakak yang berdiri agak jauh tapi nampak seakan berminat mendengar,mungkin dengan harapan suami mereka dapat di mantapkan lagi.Pak Lah lalu mengangkat satu botol plastik berwarna putih.

"Saya tunjuk kat hangpa,ni la dia Ubat Gambir Sarawak campok dengan Tongkat Ali.Saya panggei ubat ni Tongkat Sarawak!Hangpa nak tau berapa lama hangpa boleh tahan!Saya dah cuba sendiri,saya boleh bagitau hangpa satu malam saya bule pi 10 round.Rekod saya setakat ni paling lama 15 round satu malam.Satu round saya bule pi setengah jam mendayung!Sama macam orang putih kata,apa dia..All Night Long,hhahahahahah" jelas Pak Lah bangga.

Masih ada muka-muka sinis.Mungkin sedar dengan situasi itu,Pak Lah menyambung,"Hangpa tak pecaya?Takpa.Ni bini saya,nama dia Jeanne.Biak dia bagitau hangpa semua!"

Jeanne mengambil microphone,"Betoi,saya rasa malu sikit nak bagitau ni,tapi memang betoi apa yang suami saya bagitau hangpa.Memang saya rasa sangat bahagia!Abang Lah saya ni,dia memang selalu naik cepat dan turun lambat," tersenyum girang Jeanne tapi nampak malu2 sedikit.

Pak Lah mengambil semula mikrofon.

"Bila hangpa makan ubat ni,saya janji,saya gerenti,at least hangpa mampu buat 5 round satu malam.Berapa harga sebotoi ubat ajaib ni?Murah saja,ringgit Malaysia 30 saja.Mai mai mai,beli beli beli."

Ada beberapa orang yang mula berminat membeli lalu Jeanne,isteri Pak Lah pun menguruskan jual beli.Pak Lah pun menyambung,"Haa..tengok,ada yang beli.Hangpa tak jeles ka nanti kawan2 hangpa ni lagi kuat dari hangpa."

"Macam bini saya cakap tadi,lepaih hangpa makan ubat ni,hangpa akan jadi macam saya ni.Bila masa nak naik,memang cepat betoi tapi nak turun tu,punyala lama!Bila siang tu mengantuk ja saya,hahahaha.Kadang-kadang bila tertidok tu pun tak turun-turun lagi"terang Pak Lah bangga.

Habis laku ubat Pak Lah itu.Ramai betul yang membelinya.

Ogos 11, 2008

Islam Itu Mudah : Jeanne Abdullah


Uhuk Uhuk,apasal aku batuk2 pulak ni
Link Kepada Berita Asal

Perjuangan Islam atau Islam Hadhari?

Banyak konspirasi keluar pasal forum Majlis Peguam tempoh hari.Ada yang kata itu kerja UMNO.Ada yang kata itu kerja orang bukan Islam nak jatuhkan umat Islam.Entah la.

Apa yang diorang bincangkan pun aku tak berapa jelas.Kesnya lebih kurang macam ni (yang aku paham la):

Seorang lelaki India yang telah memeluk Islam telah meng-Islamkan dua anaknya tanpa pengetahuan isteri nya sendiri.Aku tak sure bini dia tu ikut sekali convert ke Islam ke tidak,rasanya tak sebab kalau dah convert kenapa nak dijadikan isu pulak.Mungkin perbincangan forum tu lebih kepada hak-hak seseorang itu untuk memilih agama yang mereka inginkan.

Kalau begitulah kesnya,isterinya ada hak untuk bersuara kerana pilihan itu sepatutnya dibuat oleh kedua-dua pihak dengan persetujuan suami dan isteri tersebut.Pada aku,bila kita dah menganut satu agama tu dan anak2 kita dah menganut agama yang kita anuti,tak semudah itu kita nak suka-suka tukar agama anak kita tu sendiri2.

Kerana isteri dia masih lagi beragama asal,India.Sepatutnya pihak si suami tu berbincang dengan isterinya macam mana yang elok dan mungkin suami sepatutnya juga mengajak isterinya masuk Islam kerana benda tu dah jadi wajib (kecuali diorang dah bercerai)

Aku tak nampak kesalahan diadakan forum untuk membincangkan benda2 tu dan sebagai seorang umat Islam aku tak rasa pun kemuliaan Islam tergugat sebab hal-hal macam tu dibawak berbincang ramai-ramai.Ini kerana isteri tu ada hak juga dekat anak-anak dia walaupun dia bukan Islam,dia still manusia dan ibu dekat anak-anak dia (kecuali dia ni seorang mak yang teruk)

Mintak maaf kalau apa yang aku tulis ni silap ke tapi daripada apa yang aku baca,itu lah yang aku faham.

Ramai betul yang sensitif pasal isu-isu agama kat Malaysia ni tak semestinya semua benda yang orang Islam buat tu betul.Berjuang atas nama Islam tu bagus tapi kadang-kadang bukak dulu mata dan tengok apa benda yang korang perjuangkan tu.Biasanya kita yang berjuang mati-matian ni tak dapat apa-apa pun,pihak lain yang untung.Ada orang yang cuba buatkan umat Islam marah padahal yang cuba buat orang Islam marah tu pun orang Islam sendiri.

Jadi,kalau ada beberapa orang Islam yang akal dia singkat nak berjuang tak tentu hala,jangan ikut.
Tu bukan Islam.Tu Islam Hadhari.




Ogos 09, 2008

Budak Darjah Satu Belajar Pasal Hidup

Satu hari dalam minggu lepas,awek aku masuk ke kelasnya macam biasa.Dia mengajar di sekolah rendah dekat satu kawasan yang boleh dikatakan kawasan pedalaman jugak la.Tiba-tiba,datang seorang budak perempuan dekat dia.Budak ni nak mengadu pasal sorang budak lelaki ni.

"Cikgu cikgu,tengok si Shahrul tu (bukan nama sebenar)"

"Kenapa ngan dia?"tanya awek aku.

"Dia cakap nanti nak romen-romen."

Awek aku agak terkedu sket sebab kelas ni bukan kelas sekolah menengah,bukan kelas budak darjah 6,ni kelas budak darjah 1.

"Pastu cikgu,dia kata nanti nak suruh mak bapak saya romen-romen.Pastu dia kata mak bapak saya mesti dah romen-romen."

Awek aku terdiam kejap (agaknya) pastu dia panggil Shahrul tu."Shahrul,awak tau romen tu ape?"

"Tau cikgu.Romen tu bila pempuan baring dan laki tu naik atas dia."Awek aku masa tu jadi gelabah lak tak tau camne nak counter balik.

"Awak tengok kat mana romen2 ni?"tanya awek aku lagi.

"Saya tengok dalam cerita cikgu.Cerita Remp-It."

Pastu si Shahrul tu pun sebab dah selalu sangat mengeluarkan ayat2 romen ni membuatkan dia dipanggil cikgu disiplin.Dia pun keluar la kelas gi kaunseling.Awek aku pun mungkin sebab ingin tahu lebih lanjut dia pun tanya dekat satu kelas "Kelas,awak tau ke romen tu macam mane?"

Satu budak laki ni angkat tangan beria-ria nak jawab."Hah,awak!"kata awek aku.

"Romen-romen ni macam rogol-rogol la cikgu."jawab budak tu.

"Awak tau ke apa yang diorang buat?"tanya awek aku lagi."Tau cikgu.Mula-mula dia cium-cium pastu laki tu pegang ngan peluk perempuan tu."

"Awak pernah ke tengok orang romen-romen ni?"

"Pernah,banyak kali.Saya tengok cerita melayu.Ada yang ada romen2,ada yang takde."

Awek aku masa tu mungkin dah rase menyesal kot sebab tanya macam2.

"Pastu kan cikgu,saya pernah tengok orang putih punya,romen2 dia lagi "teruk"jawab budak tu lagi tanpa ditanya.

"Kat mana awak tengok tu?"tanya awek aku separa gelabah.

"Saya tengok abang saya tengah tengok.Saya tumpang tengok."

Hehehe...ini cerita benar.Bukan aku reka.Budak darjah 1 dah camni.Aku rasa masa aku darjah satu,apa yang aku tau hanyalah kartun kat Tv dan pegi main2 kat padang.Nak salahkan siapa kalau budak sekolah rendah dah tere benda2 camni.Ade kot budak2 sekolah rendah yang pernah buat apa yang aku sendiri tak buat.