Februari 01, 2016

Surat Cinta Kepada Pembaca Ku Yang Macai Pakatan

Hari ini dah 1 Februari. Campur tolak dah dekat 5 bulan aku declare diri aku  #‎TeamNajib‬..padahal sebenarnya aku saja je. Aku dah jelik dengan Pakatan. Kalau kau tak faham apa itu jelik, jelik itu maksudnya sudah la, cukuplah, kecewa habis.

Anda sebagai penyokong diorang pun samalah. Benda pertama sekali ramai orang tuduh aku bila aku kata aku #TeamNajib adalah, "berapa kau dah kena bayar? Berapa harga maruah kau? Kau tak ada prinsip ke?"

Selama ni aku ingatkan bila berada dalam kem penyokong Pakatan, kita ni matang, mampu berfikir, tak melulu, bijak dalam merangka ke mana hala tuju...tapi rupa-rupanya sama aje. Macai aje kita semua sebenarnya selama ni. Kalau kau tak macai UMNO, kau macai Pakatan. Tapi still sama aje, MACAI.

Bertitik tolak dari situlah aku mengerti, yang menyokong Pakatan pun bukannya mahu sangat Malaysia lebih baik. Selalu kata BN kaki fitnah, korang pun sama lah, kaki fitnah. Asal ada aje orang Pakatan berpaling tadah, kau kata itu sebab duit, harta, pangkat dan kekayaan.

Apa kau ingat pemimpin2 kau yang kau puja tu buat sebab ikhlas? Mungkin 1 daripada 10 ikhlas la kot. Politik ni bang, semua orang kejar kedudukan, kuasa. Macam mana dia nak ada kuasa kalau dia tak ada duit, harta, pangkat dan kekayaan?

Selama 5 bulan, satu benda aku belajar adalah, selama ni penyokong Pakatan selalu kata diorang lagi cerdik dari penyokong UMNO. Sebab itu penyokong Pakatan duduk dekat bandar. Yang duduk dekat kampung aje sokong UMNO ni. Tapi korang tak sedar, korang diperbodohkan.

Contoh paling baru...pasal undian TPPA. Puak pemimpin Pakatan kata mereka dah cuba sedaya upaya tapi mereka tetap gagal mempertahankan hak rakyat kerana yang undi di pihak mereka tak cukup. Rakyat nampak benda ni mudah, especially penyokong Pakatan ni. Sebab tu diorang mudah kena main.

127 sokong TPPA dari BN = JAHAT TAHAP ANJING!

84 bantah TPPA dari Pakatan = Baik gila tahap anak kucing. Sayang rakyat. Nak yang terbaik tapi tak berdaya melawan.

Diorang nak kau nampak macam tu...tapi hakikatnya, kalau aku seorang politician belah Pakatan Harapan yang mempunyai kroni yang banyak buat bisnes besar dan aku juga tak suka hak bumiputera dipertahankan.....aku masih akan vote lawan TPPA......sebab aku tau pihak aku akan kalah.

Itu tak penting lagi dah sebab sebelum undian dilakukan pun aku dah tau aku akan kalah.

Tapi yang penting, rakyat nampak aku nak perjuangkan hak diorang dengan mengundi bantah TPPA. Sebab aku nak orang ramai ni sokong aku. Aku nak jatuhkan Najib. Aku nak BN tumbang. Aku tak suka hak bumiputera tu ada bagi protection dekat orang Melayu sahaja.

Jadi aku buat apa yang rakyat nak, padahal aku tau aku yang akan benefit besar bila TPPA berjalan nanti. Bye bye hak Bumiputera! Bye bye government protection! Bye bye kroni UMNO saja dapat projek!

....................

Aku seru, kepada penyokong Pakatan, kita buanglah pemikiran yang menggalakkan kita anggap Pakatan=Baik, BN=Jahat ni...sebab akhirnya yang rugi nanti kita.

Lagipun, aku tak nampak langsung sebenarnya dekat mana kekuatan Pakatan itu sendiri pada ketika ini selepas keluarnya PAS dari Pakatan. Dominasi tentu datang dari DAP. Amanah masih tahap anak kecil. PKR pula...entahlah apa nak jadi dengan diorang. Tolong lah decide kau nak kawan DAP atau PAS ni woi?

Kata mereka Pakatan kukuh sebulat suara.

Berfikirlah sendiri kawan-kawan. Kalau kau rasa sapa apa yang aku pernah rasa dulu, bila aku tak tau dah sebenarnya mana satu berita betul, mana yang palsu sehingga aku sendiri tak tau mana satu nak pangkah....kembalilah dekat Dia.

Buat apa yang Dia minta kau buat. Garapkan apa yang Rasulullah ajarkan. Berdiri di tepi. Hindari gosip. Kalau tak pasti jangan tuduh. Kalau tak tau, buat macam tak tau.

Mungkin kau rasa terhina bila kau buat tak tau, orang kata kau ignorant....tapi pada zaman sekarang ni bila mana kita sendiri takleh nak bezakan fitnah dengan fakta, mungkin jalan terbaik adalah acting ignorant while listening. Ambik tahu tapi buat-buat macam tak tahu.

Kepada penyokong Pakatan yang kecewa dengan aku, aku mintak maaf. Hentikanlah tuduhan dan fitnah kata aku kena suap. Aku teramat kecewa dengan hipokrasi Pakatan dalam Langkah Kajang tempohari dan aku akan judge semua benda yang Pakatan buat lepas ni based on moral diorang masa nak proceed Langkah Kajang. Hina bang diorang buat MB Selangor waktu tu...geng satu parti. Siap keluar senarai tuduhan berjela-jela hanya sebab ada orang nak naik jadi MB.

Tak dapat, letak isteri dia jadi MB. Tak dapat jugak, letak Azmin jadi MB. Pada aku, itu bukan politik mengutamakan rakyat lagi dah. Itu politik nak letak keluarga dia ada kuasa. Kemudian suruh rakyat terima macam bodoh aje alasan dia..katanya, nak bersedia ke Putrajay. WTF?

Hentikanlah budaya fitnah-memfitnah ni dalam kalangan penyokong Pakatan. Jika kau mula menyokong Pakatan kerana rasa Anwar mangsa fitnah, kenapa pulak pada masakini, fitnah tu dah jadi normal pada korang? "Asal sokong UMNO aje, dah korup. Gila duit. Dapat tender."

Laju aje fitnah keluar tanpa korang sedar.

Bila orang UMNO masuk Pakatan...hoih...macam wira kau sanjung. Itu, adalah penipuan paling besar yang berlaku dalam kalangan penyokong Pakatan ni. Kau tak sedar kot atau kau in denial pasal isu-isu ni sebab dalam diri kau, benci benar dengan BN.

Mungkin kau tak sedar yang kau sedang makan daging saudara kau sendiri? Jadi aku sedarkanlah ni, sebab aku dulu pun camtu.

Biarlah orang lain nak fitnah, asalkan bukan diri sendiri jadi tukang menyebar fitnah. Kalau tak pasti, diam. Itu lebih baik dari percaya tuduhan-tuduhan yang kita sendiri tak tau apa punca nya.

Yang benar,
Mantot

20 ulasan:

Unknown berkata...

Mantot, Langkah Kajang juga adalah turning point aku.

Marah apabila DSAI dilucutkan jawatan sedemikian rupa oleh TDM 17 tahun lepas,
tapi OK pulak bila kena kat TSKI.

Tanpa Nama berkata...

BAS PERCUMA SELANGORKU

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM3.6 juta untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma 'Selangorku' kepada rakyat melibatkan tiga laluan utama di negeri ini bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata, sebanyak 11 buah bas Rapid KL yang disediakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd digunakan bagi tujuan itu.

Beliau berkata laluan-laluan berkenaan melibatkan Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.

"Bas akan melalui semua stesen komuter, PBT (pihak berkuasa tempatan), sekolah dan pejabat kerajaan negeri. Buat masa ini perkhidmatan bas percuma hanya di tiga kawasan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

"Kita berharap perkhidmatan ini akan dikembangkan lagi ke kawasan Ampang dan Kajang dalam tahun ini juga kerana kita sedia maklum dua kawasan ini menghadapi kesesakan trafik agak teruk," katanya dalam sidang media selepas melancarkan perkhidmatan bas percuma itu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Teng berkata, bas Rapid KL yang digunakan dalam perkhidmatan bas 'Selangorku' turut dilengkapi kemudahan WiFi secara percuma dan mesra OKU (Orang Kelainan Upaya).

Beliau berkata perkhidmatan bas percuma ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk warga asing.

Sementara itu, Rapid Bus, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan bas percuma itu bermula 6 pagi sehingga 9 malam setiap hari dan akan beroperasi dengan kekerapan setiap 15 minit bagi ketiga-tiga laluan.

Menurutnya, laluan bas di Shah Alam adalah sepanjang 20.2km antara stesen KTM Komuter Seksyen 19 dan Wisma Jakel di Seksyen 7 manakala perkhidmatan bas di bandar Klang pula melibatkan laluan pusingan sepanjang 8.5km yang bermula dan berakhir di Wisma Tahfiz.

Perkhidmatan bas di Subang Jaya adalah antara KTM Komuter Subang Jaya dan USJ 6 serta Stesen 7 perkhidmatan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway, yang mula beroperasi bulan lepas, katanya. - Bernama

Na'im Nikmat berkata...

Alhamdulillah semoga Allah beri kekuatan kepada kau...

Unknown berkata...

Hello Blogger!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Khairi Mohd berkata...

aku pun tak tahu nak undi parti mana ni mantot... undi bebas je lah

Prince of Noob berkata...

Just nak kongsi dengan korang semua tentang apa pandangan aku terhadap politik hari ini - http://buasirotak.blogspot.com/2016/01/sekilas-pandang-tentang-politik.html.

Itu sahaja.

Master Yoda berkata...

instead of tanda pangkah, aku nak tanda / kat ruang kosong kertas undi...

protes dgn kebahlolan pakatan, yg satu lagi tu, mmg lagi sampah kurap

kollywood berkata...

Free with Amazon coupons worth $100 don't miss it this offer Free with Amazon coupons worth $100

Tanpa Nama berkata...

Boring la nak lawat blog..type sudah ah

Tanpa Nama berkata...

Alasan Bahlol...kecewa dengan langkah kajang & segelintir ahli politik pakatan...balik jilat najib semula...bangang betul...

Dengan ko sokong najib/bn malaysia boleh bertambah baik? bodoh punya pemikiran...

Dah bertaun taun memerintah malaysia dah semakin hancur teruk masih nak bagi lagi...memang ko takde otak...

Elok ko jangan turun mengundi...nanti lebih menyusahkan orang yang macam aku...

Banghalll

Tanpa Nama berkata...

Pattern lompat melompat ni x wajar digunapakai, kita bukannya spesis 'katak' yg tiada pendirian. Masuk politik pong pang kononnya nk jaga hak rakyat itu itu, sedar2 jd macai. Ak dh memerhati senario politik mlesia ni sama jer dgn politik israhell, kedua-duanya bangang nauzubillah. Bezanya israhell laknatullah ni mereka tidak membunuh rakyat sendiri. Di mlesia ni kedua-duanya "bunuh" rakyat sendiri, dibunuh secara perlahan2 sejak dari pasca merdeka lagi. Aku sgt2 tak faham mentaliti jumud, kuno, kusut, kolot dan orthodox melayu skrg, kesannya pembahagian kek ekonomi yg tidak rata, di mana kroni2 bukannya mahu tolong bantu bangunkan bangsa sendiri, kekayaan dan kesenangan diperoleh dari bantuan shortcut politik ni dimakan sendiri, diwarisi anak bini dan bukannya utk dikembangkan menjadi kuasa penjana ekonomi yg memberi faedah secara holistic kepada masyarakat bumiputera. Contohnya hampir keseluruhan glc2 yg masih gagal memberi impak kepada pembangunan bangsa, ada yg akhirnya gugur jatuh kecundang kerana gagal mengurus tadbir dan juga campur tangan dari 'syaitan2 laknatullah ' yg tertentu yg memiliki kepentingan peribadi lagi pemakan rasuah tegar.
Begitu juga dlm istilah mentadbir negara, salah urus dan salah laku ini menyumbang kepada keruntuhan ekonomi, moral yg akhirnya merugikan kita semua lebih2 lagi kepada bangsa bumiputera yg sememangnya jauh ketinggalan dari segala jua aspek dan nilai positif.

Apa yg hebatnya kita?
1) rempit yg akhirnya jadi rempit-nyek
2) hisap dadah, nun di felda2 lubuk dadah terkemuka hinggalah ke bandar
3) seks bebas, sekolah rendah bahkan tadika pun tahu perilaku aksi porno
4) peragut, pencuri pasaraya dsbg..
5) berlagak, mudah selesa dgn apa yg ada, baru berniaga air tebu tepi jln sudah pakai kuli ramai2, tukar kenderaan mewah, ceh..
6) tamak haloba, busuk hati, iri hasad dengki, sihir sana sini, nampak bangsa sendiri buka restoran jer, terus jumpa bomoh bodoh minta hantar 8 kontena jin ifrit suruh ganggu perniagaan bangsa seagama ni.
7) bohsial, bohjahanam, ibubapa yg hanya tahu buat anak tapi hakikatnya mereka ini gagal mendidik anak2, manjakan anak2 dgn sikap tidak ambil kisah, berikan apa sahaja menuruti kemahuan anak2. Gadgets, credit card, dan macam2 bagai perkara utk galakkan anak2 berfoya2. Sebaiknya tanamkan mereka pengetahuan agama sedalam dalamnya.

Kadangkala sy terfikir, jika Islam ni tidak sampai ke Tanah Melayu ni, mungkinkah bangsa kita akan jadi lebih jahat dari azazil? kerana apa yg berlaku sekarang makin banyak yg menjadi lebih binatang dari binatang, lagi babi drpd babi, baik dari arena politik, ekonomi, kemasyarakatan, sosial dan lain2.
Justeru itu, berbaliklah kita ke agama Islam, hapuskan segala macam salah laku, asingkan sistem kita dgn mengelakkan sistem cacamarba campurtangan dlm bidang legislative, judiciary dan executive yg menjadi asas pentadbiran negara kita. Campurtangan antara sesaling bidang inilah yg menjahanamkan lagi membinasakan rakyat dan negara. Kita cuba terapkan nilai2 agama dan unsur syura' dalam pemerintahan negara ini, diharapkan kemasukan Pas mampu memberi kesan yg besar lagi positif kpd negara dimana Umno sekarang seumpama pesakit kanser tahap 4, hanya mampu berdoa dan menghabiskan sisa-sisa hidup yg terakhir.. Rakyat mengharapkan pembaharuan besar2 besaran yg memberi kesan positif kpd pertumbuhan negara,
Dlm politik, kita seumpama tersadai di tgh2 lautan dan lapar.. tiada sebarang pilihan melainkan hanya memilih utk makan di antara buah2 yg busuk..cuma yg mana satu beracun dlm kalangan buah busuk itulah yg kita risaukan. Semoga kita semua kembali kepada sistem as-syura, bermusyawarah, menggunakan nilai2 Islam dlm pemerintahan demi kesaksamaan semua rakyat. Wallahuaklam.

amier berkata...

Wa suka lu sama naimnikmat

Unknown berkata...

izinkan daku mengucup dahimu tot .

aku perati je game kau tot , dan aku suka

bai

Laici berkata...

bukan macai pakatan, tapi lebih meluat dengan pemerintahan sekarang..andai kata ada pilihan selain pakatan, aku pilih dah..sebab pakatan ni pun aku tau tak boleh pakai..

dulu kau selalu sebut jangan takut nak berubah, tapi apsal sekarang kau dah lain...? kalau kau perlu 1 barang, kau pilih dari 2 barang rosak, tapi kau kena pilih gak..kau akan pilih yang nampak paling elok..

takkan kau nak tangguh dan tak buat pilihan sampai bila2..

Tanpa Nama berkata...

Abis kalau sokong pakatan tu kita bijak abis? Sokong pakatan nasib rakyat terbela? Kalau tak sokong bn, tak sokong pakatan, nk sokong sapa?

Bukan semua org rendah level IQ mcm kau ni. Kau nk bukti? Tgk penang, setiap tahun dia buat bajet mesti defisit, tp bila bentangan bajet jd surplus pulak? Mana datang jd surplus rupanya dari hasil jual tanah. Itu kau rasa pemimpin bijak? Bijak lg babi kat kandang tu dari lge.

Ko tgk selangr, elok khalid perintah, anak beranak ni jd gila kuasa. Tak blh dia, bini dia, nasib baik anak pompuan je ada. Kalau x semua dia sapu? Kau ingt dia masuk penjara sebab apa? Sebab politik? Sebab dendam? Sebab threat? Kau silap, kau baca trail evident dia tu, dia masuk penjara sebab crime, jenayah kau tau? Takde satu lawyer yg ckp, dna tu bkn dia punya...ko rasa kau bijak lgi? Eh...ko blk khatam dulu la ideologi kau tu dulu.

Aku pun cadang yg sama...ko jgn mengundi...aku takut dgn kebodohan kau...kau undi 2 bekas banduan jd pemimpin...hancur malaysia...


Tanpa Nama berkata...

Mantot

kau nak gi belah sana ke, kau nak gi belah sini ke, atau nak kat tengah2 ke,..
semuanya dan pilihan kau....

Takyah cakap tentang kebesabasan bersuara atau hak demokrasi, semuanya memihak kepada yang berkuasa.

bila kau nak kembali kepangkuan bn, aku tak akan cakap pun kau dibayar atau menggadai prinsip,
kau ada akal dan naluri mana terbaik utk kau dan zuriat kau

kalau pilihan kau baik, maka nikmatilah kebaikan itu
kalau pilihan kau memudaratkan, hadapailah kemudaratan itu

Hidup perlu diteruskan dengan pilihan dan risiko
Teruskanlah menulis, tentang apa jua
kita akan memilih untuk membaca dan menilai
serta memutuskan untuk menerima atau menolak

apapun, selama bertahun membaca tulisan kau
kesantaian menghiburkan
kesinisan memaksa penelitian
dan semuanya mendewasakan aku sebagai orang

selamat maju jaya

AMIR Wartawan Rasmi LR berkata...

Ha.ha.ha. Ikut engkau mantot. Baik kau sokong najib untung untung dapat sikit duit 2.6 billion tu. Sokong pakatan mana ada duit. Apa yg nak dikecohkan dgn langkah Kajang? Sebab Khalid Ibrahim engkau kata bagus sangat kah? Bagi projek pada semua teman teman dlm umno?

Tanpa Nama berkata...

saya tidak menyokong sesiapa tapi saya tak suka pada pemerintah yang menyalah gunakan atau merompak wang pembayar cukai.orang melayu ni mereka tak kisah kalau pemimpin itu menyeleweng wang pembayar cukai sebab tu bangsa melayu ni jauh ketinggalan dgn bangsa lain di bumi sendiri.pemimpin yang menyeleweng tidak wajib di sokong mereka harus disingkirkan supaya jadi pengajaran kepada yang lain.jika kita biar kan dan menyokong mereka,mereka akan menjadi lebih teruk.rakyat yang menderita dengan bebanan macam macam cukai.jadi bangun lah rakyat malaysia mari kita ajar kepada pemimpin yang menyeleweng tak kira pemerintah atau pembangkan.barulah negara boleh maju setanding dgn negara negara barat.mereka bersatu menentang penyelewengan yang boleh merosakkan negara.ingat...kita pembayar cukai.

Tanpa Nama berkata...

Demokrasi = Political Bodoh

Tanpa Nama berkata...

Mane tot?