Salah satu benda yang kita selalu diajukan mengenai kenapa betapa tegangnya sentimen perkauman di negara adalah oleh sebab berlakunya ketidak seimbangan ekonomi antara orang Cina dan orang bangsa lain di negara kita.
Masyarakat kita, khasnya orang Melayu memang sudah diajar sejak kecil supaya memandang perkara itu sebagai satu bentuk permusuhan yang makan dalam. Ini Malaysia, tanah orang Melayu, jadi Melayu lah yang kena pegang ekonomi.
Kata merekalah.
Pertama sekali, mari kita lihat satu benda yang orang Melayu kita selalu tak nak akui. Siapa pembayar cukai majoriti di Malaysia?
Siapa?
Jika bangsa Cina adalah bangsa yang majoritinya menyumbangkan cukai terbanyak untuk kerajaan, boleh tak kalau kita ambil perkara itu sebagai "orang Cina sudahpun menjalankan tanggungjawab mereka dan orang Melayu dengan India sendiri dapat merasakan faedahnya?"
Betul bukan?
Tapi itu kita memandang dari sudut perspektif masyarakat. Isu "Cina bayar cukai bangunkan negara ni" memang akan kedengaran setiap kali berlakunya insiden yang membabitkan sentimen perkauman. Masalahnya, sebagai seorang Melayu, aku akui, benda tu betul.
Kau pernah bayangkan apa jadi dekat Malaysia jika negara kita tak ada orang Cina? Kerajaan kita sendiri sangat bergantung dengan orang Cina dalam melaksanakan sesetengah dasar mereka dan dari situlah lahirnya jutawan-jutawan Cina yang saban hari terus mencengkam mengawal ekonomi.
Itu dasar Mahathir dulu. Dia bantu beberapa orang Cina jadi kaya, dia bantu beberapa orang Melayu dan India jadi kaya, kemudian dia gunakan pengaruh ekonomi yang mereka sudah ada untuk bantu dia kekal jadi kepala kerajaan.
Adakah ini sesuatu yang buruk?
Mungkin, kalau kau berkepala ekstrimis Melayu. Pada kau Melayu mesti dapat majoriti. Melayu dapat lebih, Melayu pegang semuanya.
Tapi bukankah memang itu yang dah berlaku pun? Mahathir kekal memerintah kerana dia mampu kawal orang kaya raya berbilang bangsa ini supaya terus menyumbang kepada ekonomi negara kita.
Itu kejayaan dia yang paling agung pada aku. Walaupun aku banyak tak suka dasar dia tapi sebagai seorang Melayu, aku sangat kagum seorang doktor boleh buat dasar sebegitu dan tidak ada pun wujud penentangan dari mereka-mereka yang dibantunya. Mungkin juga dia dibantu oleh dasar kuku besi yang beliau perkenalkan semasa tempoh pemerintahannya.
Kenapa kita, Melayu mudah sangat meletup apabila ada isu Cina dengan Melayu terjadi?
Aku pernah menceritakan mengenai satu teori aku mengenai wujudnya rasa rendah diri atau inferiority complex dalam tiap-tiap jiwa orang Melayu kerana kita duduk di sebuah negara yang kita label "tanah kita" tapi orang pendatang Cina juga yang pegang kuasa ekonominya.
Adakah itu kerana Cina ini tamak haloba? Cina main kotor berniaga? Cina nak kaut segalanya? Cina tak nak kongsi?
Lama jugak aku mencari jawapan kepada persoalan ni sebenarnya. Ada pihak yang cuba mengatakan isu sentimen ini timbul kerana peniaga Melayu kebanyakannya hanya mampu berniaga di tepi jalan. Cina berniaga di gedung mewah. Melayu itu, Cina ini....you know the drill. Perdebatan yang takkan habis.
Tapi apabila aku lihat banyak pulak kedai orang Acheh berniaga barangan runcit, kedai Pakistan jual karpet mampu beli dua lot kedai walaupun bermula dari satu lot sekangkang kera dan yang lebih mencabar minda aku, ada peniaga Bangladesh berniaga tomyam DAN BERJAYA....aku dah tak boleh nak salahkan Cina lagi dah.
Ada sesuatu yang tak betul mengenai bangsa Melayu. Seolah-olah kita ada mental block yang membuatkan kita jadi lemau.
Ye lah, bila aku balik kampung dan aku tengok ada Kampung Boyan (kampung orang Boyan dari Indonesia) yang semakin lama semakin banyak rumahnya dan semakin hebat binaannya, sedangkan orang kita hanya mampu merungut sebab lambat benar nak lulus Projek Rumah Mesra Rakyat mereka....aku jadi takut.
Kau cuba nilai diri kau sendiri.
Adakah kau, rasa selamat dengan apa yang kau buat sekarang? Jika esok, kau diarahkan supaya berhenti kerja kau, apa yang kau akan buat? Kenapa kita terlalu rasa selamat dengan menjadi orang yang makan gaji sedangkan Rasulullah sendiri peniaga?
Kita Melayu, bukan "good risk taker" pada zaman ini.
Betul atau salah ayat aku tu?
Yang berani nak bertumbuk ramai. Yang berani nak terajang orang, ramai. Tapi apabila dia mengeluh gaji sikit, kenaikan gaji sikit benar dan dia disarankan berhenti dan cuba benda lain....menikus pula dia dengan pelbagai alasan.
"Takut la...anak ramai...aku nak makan apa nanti...hutang kereta nanti siapa nak bayar...."
Jika orang Cina berniaga, sama ada dia nak tipu atau dia nak berniaga jujur (aku jumpa lagi ramai yang berniaga jujur sepanjang hidup aku) itu terpulang kepada dia. Kau sebagai Melayu, jika kau takut kena tipu dengan Cina, lengkapkan diri kau dengan ilmu. Kau nak beli henfon? Belajar macam mana nak cek imei number fon tu masa beli, on the spot. Belajar macam mana nak differentiate AP set dengan Original set.
Kau boleh belajar. Takde sapa nak halang.
Kau dapat kantoi kedai henfon Cina nak menipu kau? Belah dari situ. Beli tempat lain. Pilihan ada. Yang penting Melayu ni, bila lawan, kena bijak. Janganlah sampai kau mementingkan bangsa berbanding agama bang.
Kalau petang ni aku ajak 6 orang kawan aku serbu gerai makcik yang jual karipap berisi oksigen dan aku terbalikkan barang jualan dia sebab menipu, kau nak cakap apa?
"Kesian la. Dia dah tua. Anak mesti ramai. Orang susah tu." Apa bezanya dia dengan orang Cina meniaga henfon menipu (kalau menipulah)
Penipu masih lagi penipu tak kiralah dia tua dan berpurdah.

.........................

24 ulasan:
Dari kecik dah diajar supaya cari kerja kerajaan. Dah kerja kerajaan terus rasa selesa. Bila umur dah 50-60an syurga lebih penting. Kurang pentingkan masalah dunia sebab nak mengejar akhirat. Takkan nak susah-susahkan diri keluar dari zon selesa.
Dude check your fact right... yang banyak bayar cukai hanya petronas dan GLC i.e. kompeni kerajaan. Kompeni cina suma carik jalan taknak bayar tax, dorang lagi rela buat sekolah untuk anak2 cina siap air-cond bagai... racism in Malaysia is REAL, and you think who's the biggest culprit?
Nama aku art...
Aku setuju dgn anon 10.00 pm kat atas ni...depa ni lebih rela buat sekolah dari nak bayar cukai..realiti ini berlaku di penang...mai la tgk sekolah sjkc kat sini mcm mana...siap ada fid bagai...
Fird S
Indah sungguh perjalanan hidup yang Anonymous atas skali cakap. Mak bapak aku pun ajar bende yg sama.
Tak releven. Kes curi kan.
Anon 10:00 PM,
Check under individual tax contributor and see?
Anon 2:38:00 PM,
That is because the government subsidy for SJKC has never been enough. Until now the sjkc still suffer from shortage of funds and teachers.
citing Bajet 2015:
Tindakan Ke-4: Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan
85. Dalam aspek keselamatan dan persekitaran pembelajaran pula, Kerajaan akan menyediakan 800 juta ringgit untuk tujuan ini dengan pecahan seperti berikut:
• Sekolah Kebangsaan 450 juta ringgit;
• Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 50 juta ringgit;
• Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 50 juta ringgit;
Though SJKC is also under jurisdiction of government, SJKC has never enjoyed the same budget allocation, therefore Chinese had to fork out the monies from their own pockets to support SJKC.
It's not Chinese happily parted with their monies to buy aircon and what-not facilities for the SJKC, but knowing SJKC will never get enough funds to run smoothly, we Chinese bite the bullet and supported the SJKC because it will take a miracle to get the same attention as the Sekolah Kebangsaan from our government.
sebagai seorang meleis, aku rela ditipu melayu daripada ditipu cina.
Rela ditipu melayu daripada ditipu cina? but still kena tipu dengan manusia bukan binatang. ada beza ke? mentaliti yang perlu diubah. thats y seorang meleis susah nak berjaya suka meletakkan diri di dalam kelompok spesel je, kalau x spesel salahkan kaum lain. How brilliant.
Woi blogger bodoh tak buat kajian...Aku byr cukai la tiap2 tahun...Ko ni keje tak abis2 pelekeh bangsa sendiri...aku rase ko ni mamak atau mak cina..atau bapak keling....buat artikel guna fact n figure la...babi tak abis2 kutuk kaum sendiri...haram jadah...dah kering pahala puasa akhir ramadan aku ini...
Terlupa dah baca ko ni org Boyan Indonesia...patutla pun nak laga2 org melayu di Malaysia ini...elok ko balik dok kat indon baru rasa nikmat nya....Bangsa tak kenal diuntung....Mengaku melayu tapi hati busuk...Ko balik indon la...
lari topik, tetiba timbul isu sekolah cina pula. tapi, aku heran... kenapa org cina ni suka sgt pi skolah cina, tapi nak masuk U hantar ke UK/England/Australia pula? kata China akan jadi kuasa ekonomi dunia, kenapa tak hantar je anak2 diorg ke sana? nampak sgt rasis sebab nak jaga budaya, bukan nak jaga negara.
hehe..
Ada lagi nak bangkit kan isu perkauman? Projek kerajaan bagi kat orang melayu, lepas tu orang melayu pegi sub kat orang cina. Lepas tu dengki orang cina lagi berjaya dari orang melayu.....puiiiiiiii...typical malay
aku tak tahan ada orang komen kt FB, aku tak kesah kau curi tak curi, tapi aku bangga kau berani cari gaduh ngan cina. Pergh..tak malu betul, bangga gila sokong orang mencuri dan kaki gaduh. Berjuang atas nama melayu konon.
Mencuri tetap mencuri, gaduh tetap gaduh. Kau melayu ke, cina ke india ke, tetap tak betul
Anon007,
Pertanyaan beliau memang baik skali.
Biar saya menerangkan sikit latarbelakang isu sekolah cina ini.
Jikalau rakyat-rakyat cina dapat mempelajari cina sepertimana yang dijanjikan kerajaan, kebanyakan cina sememangnya tidak akan menghantar anak-anak ke sekolah cina atau sekolah cina swasta.
Pada masa 50s, 60s' bila sekolah sekolah cina di negara masih disumbang, dibina dan dijalankan oleh komunuti komuniti cina sendiri, sekolah-sekolah digalakkan untuk dipersatukan dibawah kerajaan sebagai sekolah kebangsaan.
sekolah sekolah tersebut dijanji boleh dapat subsidi kewangan penuh jikalau bertukar menjadi sekolah kebangsaan. Janjian tersebut juga gerenti pendidikan bahasa cina tidak akan berubah langsung.
Tetapi rakyat rakyat cina telah sedar akan hakikat yang kejam bahawa persetujuan tersebut tidak dijanjikan. Pelajaran bahasa cina mejadi makin kurang di sesetengah sekolah, and lesap di sesetengah sekolah. Dan juga, subsidi kewangan dari kerajaan memang tidak cukup untuk operasi harian sekolah sekolah.
Hingga masa kini, beliau boleh lihat di sekolah sekolah cina (sekolah menengah atau sekolah rendah jenis kebangsaan) masih mendapat sumbangan dari komuniti cina. Janganlah hanya lihat saja di permukaan bahawa sekolah sekolah ni besar dan cantik belaka, tapi cuba lihat di sebalik permukaan bangunan bangunan sekolah, bahawa sekolah sekolah tersebut mengguna sumbangan dari komuniti cina untuk membayar gaji untuk cikgu-cikgu tambahan, sekuriti guard tambahan, dan juga operasi harian untuk memberi sekolah yang lebih selesa untuk murid murid.
masa kini ada juga ramai kawan kawan melayu, dan kawan kawan india yang datang belajar in sekolah sekolah cina. sumbangan komuniti komuniti cina tersebut juga memanfaatkan kawan kawan tersebut, tidak kira kaum atau warna kulit.
Keinginan nak jaga budaya sendiri bukan rasis. Ingatkah beliau bilakah masa yang terakhir beliau menonton wayang P. Ramlee, atau membaca kartun Lat?
didalam wayang P. Ramlee and kartun Lat, beliao boleh lihat kaum kaum india, malayu cina dan mat saleh semuanya ada identiti dan budaya sendiri, tapi masih boleh hidup dengan harmoni sesama lain. apa yang tidak dilihat sebagai rasis masa tu, kenapa jadi isu rasis masa kini?
Harap beliau boleh faham sekarang tentang isu sekolah sekolah cina.
Racism mmg ade, bukan sj di bumi Malaya ini, tp di mana2x. Manusia mmg akan ada sikap prejudis pada bende yg berbeza yakni bende yg kita tak biase. Tp racism bukan sbb knape melayu layu di Msia. AKu bg contoh la ek, ko bley buat research kalau nk pastikan sohih or not mende ni. Brape peruntukan org islam yg diberikan Kjaan kepada JAKIM? Berapa pula peruntukan yg diterima gereja2x, kuil2x org cina/india/kristian. Tp knape org kristian esp. byk peruntukan smpai boleh bantu org melayu islam yg susah? Fakta: melayu masuk utan nampak hantu, cina masuk utan nampak gaharu. Pikir-pikirkan....
Satu soalan aku nak tanya,bagaimana handphone dan barang2 gajet tiruan boleh di jual di kedai...kebanyakan barang2 tersebut made in China...mesti datang melalui kargo..samada jalan laut atau udara..Adakah Pihak Kastam membuat pemeriksaan terlebih dahulu atau pun telah disogok...dan kebanyakan pegawai2 kastam terdiri daripada bangsa melayu..aku taknak membuat tuduhan melulu..sepatutnya pihak kastam kena check dulu sebelum membuat kelulusan..
Kenapa sampai hari di MalaysiaKu ini masih menggunakan istilah Melayu Islam, Cina Islam, India Islam, .... Adakah Islam menggalakkan perkaumankah atau Islam itu ada dalam bentuk banyak versikah?
Wahai orang Melayu ... ingatlah bahawa diri kamu tu adalah umat Nabi Muhammad saw dan Nabi Muhammad saw tu bukan Melayu. Kenapa kamu yang dijanjikan syurga oleh Allah swt sanggup bertindak kejam pada diri sendiri? Bukan Islam menganjurkan menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran? Jangalah kamu kufur selepas beriman.
Kalaulah Melayu nak sehebat macam Cina dalam kes perkauman, adakah Melayu dah mendirikan TANAH PERKUBURAN MELAYU sebagaimana tanah perkuburan yang didirikan oleh kaum Cina? Bila seorang cucu Nabi Adam a.s. keturunan Cina yang bukan Islam itu meninggal, depa boleh menyimpan mayat depa kat Tanah Perkuburan Islam. Bagaimana seorang cucu Nabi Adam a.s. keturunan Melayu yang Islam meninggal, depa tak pernah pun menyimpan jenazah depa kat Tanah Perkuburan Melayu tapi sebaliknya menyimpan di Tanah Perkuburan Islam. Jadi nampak apa beza dalam hal ini?
Bagi puak yang memperjuangkan Melayu Raya, perkara pertama yang harus hangpa wajib lakukan ialah dirikan dan tegakkan dulu TANAH PERKUBURAN MELAYU, barulah hangpa layak di gelar Jaguh Melayu. Kalau tidak lupakan sahaja.
Yang kedua, Tanah Melayu ni bukan milik Melayu tetapi milik Allah swt. Kalau hangpa tak suka dan ingkar perintah Allah swt, hangpa boleh keluar dari tanah Allah swt ini dan carilah Tanah Melayu yang boleh mengisi diri hangpa.
Yang ketiga, rezeki tu hak Allah swt. Kalau Allah swt nak bagi kat siapa sekali pun, itu hak Allah swt. Tanpa Melayu dan Tanah Melayu, kalau Cina nak jadi kaya atas keizinan Allah swt, maka mereka tetap akan kaya. Adakah kekayaan itu boleh menjamin syurgakah?
Keempat, ikut cakap P. Ramlee,"Yang hang tau dia tu penyangak, yang hang pi beli kat dia tu, buat apa?". Ilmu dan penghayatan ilmu mesti ada. Jangan asyik menyalahkan orang lain sedangkan apa yang kita buat untuk mengelakkan kita tertipu. Percaya pada takdir (Rukum Iman)? Kekadang duit kita hilang sebab kemungkinan pendapatan kita tu ada cacat celanya walaupun kita kerja makan gaji.
Selamat Aidil Fitri. 1000 kemaafan dipinta andai ada kata-kata yang menyinggung perasaan. Kepada Allah swt kita kembali.
wow sedara Ejoi kat atas ni.. cikgu ke? macam tak caya je cikgu tapi cara menulis macam tak penah pegi sekolah... macamana la anak2 melayu nak berjaya kalau dapat cikgu macam saudara Ejoi ni..
lagi satu yang paling sakit hati adalah diorg dok takbir bagai sambil pukul orang. Bikin bangsa dan agama lain pandang slack je kat umat Islam. dah macam terrorist je perangai. Ye, MEMANG LA ALLAH SWT ADA AJAR KITA UMAT MELAYU, EH, ISLAM NI SUPAYA BERSIKAP MACAM TU KAN. "Tahniah" laa kepada anak2 melayu yg menggegarkan lowyat tu. daripada korang dok bangga tak tentu hala jadi melayu, baik muhasabah diri supaya jadi seorang Muslim yang baik budi pekerti. bulan2 puasa pun nak cari pasal... hmmm. Syukur Malaysia masih aman.
Jujur dengan racist 2 benda yang berbeza la mantot.Melayu pun banyak yang rajin dari cina. Ko tengok iklan kt paper tuk cari kerja mesti ada ayat chinese speaking preferred, dah dapat keje gaji degree holder melayu selalu rendah dari kaum depa walau qualification sama,experience sama.top position dalam company pun kaum depa gak, ade la melayu dalam dept HR tu pun tuk senang deal dengan goverment.Melayu meniaga takat peringkat distributor/ sundry je.supplier mostly dari cina jugak.Dorang bagi harga berbeza ikut race.Masih nk cakap cina ni bagus ke?Ko x suka perangai melayu pun tapi tolong jangan deny benda-benda racist macam ni yang root cause of the problem.Sometime what you said show your stupidity mantot.Perangai melayu ade aku tak berkenan tapi aku suka tegur dari caci dan puji perangai salah
ow.. anon orang panggil. pengganti siulan la ni.
bulakk najib
Aku plak rela ditipu cina drpd ditipu melayu. Apesal? Feel betrayed by my own race. But actually, races are made up. We're all from the same species. Maka, penipu memang akan menipu x kira bangsa apa pun.
Catat Ulasan