Julai 29, 2015

Dari Sisa BN Terus Jadi Ikon Pembangkang

1. Dalam fail aku ada borang keahlian PAS yang lama dah aku isi beserta duit RM100 yang aku kepilkan.

2. Aku sebenarnya dah ready dari dulu nak join PAS.

3. Tapi ada satu benda yang menghalang aku.

4. Dalam borang permohonan keahlian PAS, mula-mula sekali kau kena bersetuju yang kau akan patuh dengan apa saja keputusan pucuk pimpinan parti.

5. Benda tu yang membuatkan sampai sekarang aku masih lagi tak hantar borang tu ke Pejabat PAS yang dekat aje dengan rumah aku.

6. Aku rasa itu adalah satu benda yang bodoh kerana ia tak mencerminkan prinsip kematangan demokrasi.

7. Kita duduk dalam negara yang dikhabarkan "demokrasi" tapi demokrasi yang kita amalkan adalah demokrasi terpimpin....atau dalam bahasa jujurnya "demokrasi paksaan."

8. Macam ayah yang cuba letakkan syarat dekat anak dia sebelum dia boleh beli mainan, dia perlu ikut apa yang dia suruh.

9. Aku tak pernah tengok borang parti lain macam mana. Aku rasa sama saja.

10. Jadi apa yang berlaku kepada Muhyiddin Yassin bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan ia juga bukanlah sesuatu yang salah. Kerana memang parti politik sistemnya begitu.

11. Kau langgar orang atas, kau sakit. Kau tanggung.

12. Semua yang jadi ahli parti politik dah setuju dengan benda tu kan? Even parti "Islam" PAS pun ada syarat yang sama. Kita tengoklah apa yang dah terjadi pada PAS ketika ini.

13. Kau nak join, kau kena setuju, kau tak setuju, jangan marah kalau kau kena buang.

14. Sebab kau dah setuju pada awalnya.

15. Aku tak kata apa Najib buat tu betul. Najib aje tau. Dia seleweng dan dia tutup lubang, kita doakanlah dia dapat balasannya satu hari nanti. Tak kat dunia, kat akhirat.

16.  Tapi aku nak bagitau korang semua.....itulah tahapnya demokrasi kat negara kita ni.

17. Jika kau masuk parti kau perlu akur. Jika kau rakyat biasa, kau tak ada nilai apa-apa pun. Undi kau bernilai? Kalau undi kau bernilai.....dah lama dah BN ni jatuh bang.

18. Aku cuma nak kata, tak ada gunanya kita...orang biasa, angkat pemimpin2 rejek ni jadi pemimpin kita sebab akhirnya, balik-balik pusing, muka yang sama aje.

19. Dia kena buang, yang dulu kutuk dia angkat dia jadi hero. Dulu dia hero, lepas tu dia berpaling tadah, sama jugak cepatnya kau jadikan dia orang jahat. Contoh : Muhyiddin. Raja Petra. Ezam. Khalid Ibrahim. ......ZAHID HAMIDI. (kau tau kan Zahid Hamidi adalah White Knight Reformasi satu masa dulu?)

20. Kau sebagai rakyat kau tak boring ke dengan politician2 fuck up yang ada ni?

21. Kau tak ada impian ke KAU nak jadi diorang?

22. Kau memang prefer biar aje lah diorang ni jadi pemimpin kau?

23. Jangan jadi lemau Melayu. Bangsa kita memerlukan overhaul pemimpin yang amat-amat diperlukan segera.

24.  Yang layak jadi pemimpin bukan diorang ni semua. Yang dah kepam dengan politik busuk cara lama ni. Kau nak mula benda baru dengan orang yang pemikirannya style lama?

25.  Kau pernah tak rasa tertekan tengok orang atasan kau masih lagi degil tak nak evolve dengan peredaran zaman sedangkan kau punya banyak idea untuk membantu dalam melicinkan perjalanan kerja kau?

26. Mesti ada. Kalau orang macam tu pun kau takleh nak makan....kau nak gulingkan kerajaan yang ada dan kemudian kau nak gantikan diorang dengan orang-orang lama ni yang dah memang ideanya pun sebenarnya dah basi?

27. Bangsa Melayu sangat-sangat perlukan pemimpin.

28. Bukan politician. Politician kita ada ramai.

29. Kenapa kau nak angkat dia lagi yang dah ditendang kerajaan?

30. Kenapa bukan kau?

31. Yakinlah dengan diri sendiri. Yang paling penting, bila kau dah sukses, janganlah jadi macam mereka-mereka ni.

32. Ingatlah, Imam Ghazali dah tinggalkan panduan untuk kita. "Apakah benda yang paling berat dalam dunia?"

33. Jaga amanah.

34. Janganlah tergelincir ya bangsaku yang pemurah.

5 ulasan:

Luthfi berkata...

Wallahualam..
Sebelum komen kempimpinan orang lain, baik tengok kepimpinan keluarga sendiri dulu. kan kan kan

Unknown berkata...

Aku cadang ko jadi that pemimpin yang ko sebut tu Mantot. Aku sokong dari belakang.

Mantot berkata...

aku takleh jadi pemimpin.
aku takleh buat decision yang kejam tetapi beneficial

Unknown berkata...

Masalah orang kita hingga yg muslim sekalipun, sangat percaya keadilan akan tertegak apabila orang yang disangkakan bersalah itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Apa kita tidak yakin dengan yang Maha Mendengar dan Maha Melihat? Apa kita tidak yakin dengan keadilan hakiki dari yang Maha Adil?

Mahkamah dunia prinsipnya "Law is about evidence".
a. Ada bukti kukuh, kau tak buat pun boleh kena hukum.
b. Tanpa bukti kukuh, kau betul buat pun kau tak kena hukum.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin ada. Tapi laju je dicantas politician.

Sejarah Tanah Melayu membuktikan pemimpin SEBENAR (the no. 1 person in charge), tk pernah wujud. Yg ada hanya politician ( pengampu terdiri drp pembesar, menteri, dll).

Pemimpin sebenar wujud hanya bila negara dijajah Jepun. Dgn kata lain.. Bila tergelincir(dijajah luar), barulah matinya politician2 ini, lalu membuka jalan utk pemimpin sebenar menjadi no.1 Man dibantu oleh barisan kepimpinan(bukan politician) yg tulus.