Mei 27, 2015

"Good Solds Are Not Returnable" Adalah Bullshit Yang Perlu Diubah di Malaysia

1. Ahmad beli baju RM30. Baju itu baju terakhir last stock yang ada.

2. Dia pulang ke rumah lalu mendapati ada ketidak sempurnaan pada baju tersebut yang dia tidak perasan ketika di kedai. Cetakannya sedikit herot.

3. Ahmad kembali ke kedai. Dia mengadu tentang perkara itu.

4. Tauke itu pun mengatakan "you exchange aje la atau you ambil baju design lain maa!"

5. Ahmad bertegas, dia nak balik duit dia semula kerana dia hanya mahu baju tersebut.

6. Tauke itu pun membalas dengan ayat "itu you punya silap maa sebab you tadak cek masa you beli."

7. Ahmad membalas dengan ayat "You tak cek ke sebelum you jual?" Tauke itu diam.

8. Kemudian Ahmad bertanya kepada anda,"patut ke aku bawak kes ni ke Tribunal Pengguna?"

9. Anda pun berfikir. "Hummph, tidak berbaloi rasanya kes baju RM30 sampai nak dibawa ke Tribunal Pengguna."

10. Itulah dia pemikiran yang masyarakat kita pegang yang membuatkan banyak perniagaan ambik kesempatan kepada kita semua.

11. Kau sedar tak perkara itu berlaku tanpa kau sedar?

12. Pada kau, tak berbaloi mengadu pasal produk yang harganya RM30.

13. Tapi lebih berbaloi mengadu harga gula naik 20 sen.

14. Itulah sebabnya kita masih belum layak jadi penduduk negara maju.

15. Kita suka sabotaj diri sendiri sehingga kita kehilangan kuasa kita sebagai pengguna di Malaysia.

16. Kau tau kan dekat negara maju, kau boleh tukar banyak jenis barang dalam tempoh 30 hari lepas kau beli, kalau kau berubah fikiran? Asal kau jaga dia punya label dan kondisi barangan.

17. Dengan orang Malaysia, kalau kita cakap cuba perkenalkan benda camtu, nanti akan ada mulut yang kata "mesti akan ada rakyat kita yang ambil kesempatan nanti. Orang kita, kau faham-faham lah..."

18. Tu lah sebabnya kita, akan terus kekal sebagai pengguna terpaksa ikut syarat pengeluar dan penjual. Kita sendiri tak nak hak pengguna diperluaskan.

19. Ni la simbol masyarakat bodo. Sabotaj diri sendiri dan takut nak minta hak sebab rasa apa yang diminta tu tak berbaloi.

20. Ubahlah. RM30 sebagai contoh aku tu banyak tu.

Mei 18, 2015

Surat Terbuka Kepada Semua Penyokong Abang Selfie Konvokesyen

Wahai Melayu moden sekalian,

Aku tak tahu kenapa anda sampai bersusah payah nak mencari video dan gambar dari universiti lain untuk membuktikan "bolehla selfie masa konvo!" atau "ak elah! orang lain pun buat jugak la."

Bendanya mudah aje.

Sebelum graduasi ada raptai. Dalam raptai dah diajar macam mana majlis berlangsung. Anda gembira macam mana pun, punyalah seronok mana pun, kau dah diberitahu apa yang kau sepatutnya buat dan kau perlu hormatilah benda tu.

Itu kata kunci yang golongan macam anda ni tak nak ikut.
HORMAT.

Apa jua alasan yang anda keluarkan sekalipun nak membolehkan dia ni berselfie lah, terkangkang ke, flash tetek masa ambik ijazah ke, majlis dah kata "buat sekian, sekian, tolong ikut sekian, sekian."

Apa yang salahnya ikut?
Nak melompat ke nak terberak ke, boleh aje buat lepas tu.

Kau tengah makan, tiba-tiba orang asing sebelah kau datang dekat kau, selfie dengan kau tanpa kebenaran, kau marah? Atau kau buat cool? Mesti kau cakap kau akan buat-buat cool, tapi sebenarnya kau sendiri rasa marah kalau kau punya privasi diganggu.

Kau nak pertahan dia macam mana lagi? Nak letak gambar mamat Melayu tah mana menari masa dia konvo dekat Universiti luar?

Itu universiti luar. Biarlah diorang camtu. Yang kau nak terikut sangat budaya orang luar tu kenapa?

Nak berhujah "orang tua sekarang tak faham apa orang muda nak?" dan "orang muda sekarang boleh buat apa saja yang diorang suka serta akan lawan balik kalau diorang tak dapat buat apa yang diorang nak?"

Kata kunci aku, HORMAT.

Kau yang pertahan dia ni pun patut ajar balik diri sendiri apa dia perkataan hormat, adab dan kelakuan. Tak tau apa dia hormat? Itu pun nak kena ajar dalam sukatan matapelajaran? Nak kena MQA wujudkan subjek wajib "Tatasusila Kebangsaan" untuk setiap pelajar Universiti?

Apa kejadahnya generasi Melayu ni? Benda simple common sense macam tu pun nak kena ajar dan yang menyokongnya pun ramai? Bodoh ka apa hangpa ni? Dah la dibandingkan pulak dengan orang putih punya majlis.  Ikut suka depa la nak protokol majlis macam mana pun. Ikut la sat. Hang nak rebel ka nak buat selfie ka nak tayang kote ka, tayang la lepas tu.

Walaupun begitu, aku tak rasa dia patut digantung. Benda kecik aje.

Mungkin diorang gantung sebab diorang sendiri malu tempat depa sendiri, melahirkan pelajar yang tak ada common sense, menjadi bukti kegagalan mereka dalam mendidik. "Saya selfie sebab jurusan saya fotografi.." kata dia. Kah kah kah. Habis tu kalau kau belajar kursus penternakan haiwan, kau patut bawak lembu naik sekali dengan kau ke?

Bagi aje lah peluang kedua kepada dia.
Dia bukannya ambil gambar kanak-kanak bogel gred A pun.

Mei 15, 2015

Guru-Guru Yang Melawan Arus Tidak Akan Terdampar di Tepi Pantai Harapnya

Cikgu. Guru. Teacher. Sir. Madam. Ustaz. Ustazah.

Itulah gelaran yang kita berikan kepada pendidik kita. Kalau dia bukan Muslim, mengajar English, automatically dia jadi Madam.

Semakin lama semakin berat tugas cikgu, apabila saban hari dibebankan dengan tugas-tugas perkeranian yang bertambah. Jika sebelum zaman teknologi, kebanyakan guru hanya menimpan rekod pelajar dalam buku besar mereka dan kad laporan sekolah, kini muncul pula sistem data maklumat dalam talian yang dikatakan untuk membantu, tetapi sebenarnya lebih menjurus kepada tugas "luang masa untuk buat ni satu-satu."

Aku sendiri cukup benci kerja-kerja yang memerlukan repetition seperti itu. Kerja berulang-ulang kali seperti itu bisa membuat aku jadi marah. Kini guru-guru bukan sekadar perlu mengajar, malahan mereka juga perlu jadi kerani masukan data, pemandu murid ke aktiviti, pelatih sukan dan yang lebih malang, guru sebagai pemotong rumput di padang.

Kepada yang masih belum tahu, Kementerian telah mengarahkan semua kontraktor pencuci di sekolah diwajibkan menggaji pekerja tempatan, jadi pada ketika ini...guru juga adalah pencuci tandas. Tahniah. Sama ada masih atau pernah, aku tak pasti.

Ramai yang akan kutuk cikgu, kata cikgu manja la, poyo lah, banyak cuti lah. Yang mempertahankan pula sama ada dia orang macam aku, kahwin dengan cikgu atau mak dia cikgu, atau cikgu sendiri.

Cuma, kadang-kadang pada aku, golongan pendidik terutama guru sekolah ni kurang mudah menerima perubahan.

Terutamanya mereka-mereka yang dah selesa dengan sistem sekolah sedia ada. Aku akui ada banyak  benda yang aku tak suka mengenai sistem yang diperkenalkan sebab memang membebankan. Fasiliti pun diberikan amat daif dan kemudahan sekolah kita jika dibandingkan dengan negara maju, amat berbeza. Aku akui itu satu masalah.

Walaubagaimanapun, aku juga rasa ramai cikgu takut berubah kerana mereka merasakan mereka mangsa keadaan.

"Kenapa Kementerian tak bagi kami peralatan cukup? Kenapa saya mengajar bukan opsyen saya? Kenapa pihak PPD yang datang ni macam cilaka perangai dia? Apa takde orang lagi murni ke nak dilantik sebagai pegawai PTD penyelia guru-guru?"

Ya, aku faham betapa cilakanya rasa bila seorang pegawai tah mana-mana datang nak mengajar kau macam mana mengajar. Satu sekolah ada dua aje komputer untuk digunakan semua guru? Kita dah zaman di mana komputer sepatutnya ada atas setiap meja la. Harap lepas GST ada ni, bolehlah beli komputer satu untuk setiap cikgu....

Itu masalah fasiliti.
Tapi mentaliti?

"Aku dah ajar darjah 6 jadi cikgu-cikgu lain yang junior ni, tolong ye jangan persoalkan aku lagi. Kau bukan ajar kelas UPSR..."

Aku boleh nampak dalam kalangan guru-guru aku sendiri bagaimana ada perasaan elitist dalam diri mereka kalau mereka mengajar subjek peperiksaan besar, seperti SPM atau PMR (PT3 sekarang).

Kalau kau cikgu, mesti kau tau masalah ni.  Politik pejabat, kat mana-mana ada. Tapi kat sekolah? Dia ekstrim sikit.

Sebab kau tau kau tak boleh lari mana. Melainkan kau mintak transfer. Golongan-golongan ni pun tau, diorang akan pencen situ. Jadi power struggle berlaku. Inilah punca sebenar sistem pendidikan awam kita duk takuk tu aje dan masyarakat mula lebih mempercayai sekolah swasta.

Dari satu kepala, kesannya kena dekat satu sekolah, cuma ramai tak nak ambik port.
Buat apa nak lawan sistem yang degil?

.......................

Masalah paling besar dalam statiknya mentaliti guru-guru kita adalah wujudnya golongan-golongan guru-guru yang suka bermain politik pejabat. Yang merasakan mereka lebih lama di sesebuah sekolah jadi mereka lebih hebat dari Guru Besar, Pengetua, Penolong Kanan dan lain-lain. Apatah lagi kalau guru besar/pengetua tu baru masuk.....

Jadi apa yang kau akan nampak adalah apabila ada guru yang cuba membawa idea baru dan corak baru dalam pendidikan di sekolah akan dipandang sinis, kerana apa yang dibawa "tidak ikut acuan kumpulan  mereka." Menghasilkan kepada semua cikgu mengajar cara yang sama acuan yang sama dan kadang-kadang mempunyai nada suara yang sama. Tahun ke tahun ulang benda yang sama.

Apa yang dipelajari di Maktab langsung tak dapat diperkembangkan kerana sudah ada fixed system yang dipakai di sekolah yang ditempatkan.

Cikgu yang cuba membawa kelainan akan dipandang seakan-akan makhluk asing yang cuba menakluki bangsa mereka dan akhirnya cikgu invoatif itu pun tunduk, terkulai, jadilah dia sama seperti cikgu-cikgu tua yang rasa diri mereka lagi hebat dari guru besar atau pengetua sekolah.

Akhirnya. cikgu mengajar, untuk melahirkan anak murid yang sebijik macam dia. Yang sama macam dia. Yang paling penting, setuju dengan dia. Diskusi dalam bentuk kritikan atau mungkin perbincangan tidak berapa diterapkan kerana lebih senang menjadi cikgu, jika semua murid ikut sahaja apa yang dikata cikgu, kan?
Anak murid takut tak lulus.
Cikgu pulak takut prestasi dia menurun.

Dibuatlah sistem pembelajaran di mana matlamatnya adalah untuk A dan bukan untuk belajar. Tengok pusat tuisyen sekarang pun samalah. "Gerenti A, Skor A, PASTI LULUS. " Matlamat utama pendidikan pun nampak dah terpinggir kerana dalam kepala dah terterap, untuk sukses, mesti dapat A.

Anak murid itu pun keluar sekolah, membesar, dikatakan jadi bijak pandai, tapi akhirnya bila dia meningkat dewasa barulah dia sedar, dia dan jutaan orang lain, sama sahaja hasilnya. "Masuk Sekolah - Habis Sekolah - Masuk IPT - Graduasi - Cari Kerja- Makan Gaji - Dikatakan berjaya - Pencen - Mati"

Kita melahirkan murid-murid yang takutkan risiko kerana cikgu-cikgunya takutkan risiko jadi lahirlah masyarakat yang takut ambil risiko. "Kerana risiko pasti akan membawa kepada keburukan." 

Sebab itulah, bila ada menteri kata "debat bukan budaya kita" ramai juga masyarakat kita mengangguk. Jika kau cikgu, kau patut malu dengan diri sendiri jika kau setuju dengan kenyataan tu. Kita kena la tengok balik sistem kita dan kenapa masyarakat kita boleh terima ayat itu, yang pada aku langsung tak mencerminkan mentaliti masyarakat yang mahu jadi negara maju.

Jika cikgu sendiri hanya sekadar mahu pelajar yang 100% ikut cakap dia tanpa mempunyai kebolehan menafsir sendiri masalah dan kemampuan menyelesaikan masalah, agaknya sekolah kita memang akan gagal sampai bila-bila, menyebabkan UA dan IPT pun gagal. Nampak macam dah gagal sebab IPT dan UA pun suka pelajar yang memilih mengikut acuan yang disediakan dan bukan memilih acuan sendiri.

Macam mana nak cipta benda baru kalau semua orang dilatih dengan cara yang sama dan digalakkan buat benda yang sama?

Selamat Hari Guru kepada semua guru yang cuba perubahan kepada anak murid dia.

Mei 13, 2015

Cerpen : Apek Tua Yang Keliru Mengenai Islam

Pada satu hari, ada seorang Cina berdiri di depan pintu masjid.

Dia seolah-olah mahu masuk ke dalam tetapi takut. Tok Siak yang berdiri dari dalam ruangan solat perasan kehadiran beliau, yang sudah hampir 15 minit mundar mandir di situ.

"Zon Manutup Aura..." kata Cina itu dalam hati. Dia tengok seluar pendeknya menampakkan lutut. Dahinya berpeluh panas tapi dia tak tahu sama ada boleh atau tidak dia melangkah masuk.

"Hai Pakcik! Sekejap-sekejap!" Siak keluar lalu menghulurkan sehelai kain pelikat. Lelaki Cina tua itu memakainya.

"Saya mau tanya pasal lu punya religion maa.." tanya Cina itu.

"Jom duduk, jom." Tok Siak mengajak beliau masuk.

"Saya mau masuk tapi saya tengok itu luar ada sainbod zon menutup aura...so saya tadak masuk la," jelas lelaki itu. Beliau mengangguk faham.

"Saya manyak interest sama Islam...." Lelaki itu buka cerita. "Oh, syukur lah.." Tok Siak mengangguk-ngangguk lagi. "Saya amat suka baca itu Asli punya tulisan woo...dia telang manyak sinang mau paham.."

 Tok Siak menarik muka sedikit.
"Asri? Asri Zainal Abidin? Dia tu........Wahhabi...itu yang saya dengarlah orang kata."

"Aiyoh! Saya ingat lu Islam ada satu ja maa!" kata Cina itu menepuk dahi. "Itu kawan saya ada celita dia mau ajak saya masuk itu ciah...saya tak tau apa itu ciah...chee ahh."

"Syiah? Oh. Itu sesat tu. Jangan dengar!" kata Tok Siak lagi.

"Aiyoh! Apa macam ni? Mana saya mau pecaya? Siapa boleh ajar saya, itu Ustaz yang duduk sana dekat hujung taman yang ada buka itu pusat ubat ada bagus ka?" tanya lelaki Cina itu lagi.

"Dia tu pengikut ajaran Sufi....diragui ajaran dia," kata Siak Masjid itu.

"Aiyah....apa celita ini, chee ah tak bole, supi tak boleh, itu wahhabi pun tak boleh....ada lagi ka yang tak boleh ini kawan?" tanya dia, berasa sedikit bosan.

"Ada lagi satu..ada orang ajar ajaran salafi...itu pun diragui Apek," kata Tok Siak lagi.

"Manyak susah woo ini macam, saya mau belajar sama siapa? " tanya Apek itu lagi.

"Belajar dengan Ustaz-Ustaz Sunni, " jawab Siak itu.

"Ohoh, ok la...nanti saya datang lagi maa," kata lelaki Cina itu lalu menghulurkan tangan. Tangannya disambut oleh Siak lalu dia kembali meneruskan tugasnya membersihkan kawasan ruangan solat.

Ada dua orang gadis pada waktu yang sama berjalan serentak dengan lelaki Cina tua itu.

"Adik, adik, ini pakcik mau tanya sikit lah, you ini, Islam ka, Suni ka,  Chee Ah ka, Wallabi ka, Salapi ka, Supi ka?" tanya beliau terus terang.

"Kitorang Islam Sunni pakcik, yang selari dengan Al Sunnah Wal Jamaah!" kata gadis tersebut.

"Wooo...ok ok. Saya saja mau tanya," kata lelaki Cina tersebut. Dia hanya memerhatikan kedua-dua gadis tersebut melangkah ke kereta mereka yang terletak di luar kawasan masjid.

Lelaki Cina hanya berdiri memerhatikan mereka.

"Eeeiii...pervert ke dia tu? Ada ke dia boleh tanya kita soalan camtu?" kata Suraya sambil menanggalkan tudungnya.

"Cepat la sikit, aku dah janji nak dating petang ni, karang lambat mengamuk dia lagi," Nora menekan telefonnya sambil matanya melihat cermin, mengemaskan lisptick bibirnya. "Dia duk tengok kita lagilah...gila seks ni, karang dia keluar anu dia karang! Cepat la Sue."

"Aiyoh, kain lupa pulang! Aiyaa!"

Lelaki itu pun berpusing kembali ke dalam masjid sementara Suraya memecut pantas Perodua Myvi merah jambunya.

Mei 11, 2015

Adakah Kita Sudah Sampai Ke Tahap di Mana Majlis Fatwa Kebangsaan Adalah Penyelamat Kepada Kerakusan Pemimpin?

Satu Malaysia ketika ini hangat memperkatakan mengenai isu Tabung Haji.

Telah pelbagai hujah dan informasi yang dikeluarkan oleh pihak tertuduh dan juga pihak yang gemar nak menuduh. Pada hari Ahad lepas (10hb Mei 2015) keluarlah satu artikel yang memaparkan Pengerusi Tabung Haji...Azeez something nama dia..(aku tak ingat) menyebut yang transaksi yang dilakukan oleh Tabung Haji itu sah dari segi syariah dan telahpun dipersetujui oleh pihak Majlis Fatwa.

Aku ada sedikit marah dengan Majlis Fatwa kebelakangan ni selepas fatwa mengenai GST itu Harus dikeluarkan kerana pada aku, hujah yang digunakan itu lebih mirip kepada ayat kerajaan untuk mengharuskan GST.

Pada aku, tak nampak langsung keperluannya GST ini dan selagi aku nampak kerajaan masih kekal dengan gaya bermewah-mewah, aku takkan percaya langsung fatwa tu dan aku akan lawan sampailah aku mati.

Semalam juga, Dr.Asri Zainal Abidin telah mengeluarkan kenyataan melalui Facebook yang menyebut "tidak pernah pun dia dipanggil menyertai perbincangan mengenai isu tersebut." Kalau kau belum sedar, dia dah pun dilantik jadi Mufti Perlis semula jadi dia sepatutnya terbabitlah dengan perbincangan berkenaan fatwa ni.

Ini perkara yang anda perlu tekankan pasal isu ni.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan adalah Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Kah kah kah kah.
Lawak kan?

Nak keluar fatwa pun boleh berlaku conflict of interest yang boleh membuatkan masyarakat kata, fatwa tu jadi AYAT BODOH NAK JAGA KEPENTINGAN KRONI.

Ok. Aku malas nak mengutuk panjang-panjang benda ni tapi aku nak tau satu benda yang aku harap orang kita especially Majlis Fatwa tak terlepas pandang.

Soalan aku mudah;

1. Apakah dibenarkan dalam Islam, sesebuah organisasi itu menghukum seseorang jika dia membocorkan maklumat syarikat atau organisasi, jika dia mendapati berlakunya penyelewengan atau salah guna kuasa dalam pengurusan syarikat?

2. Adakah Islam membenarkan mereka ini dihukum atas dasar kontrak dan perjanjian yang telah dimeterai yang memerlukan pekerja merahsiakan apa-apa penyelewengan yang berlaku?

3. Adakah dibenarkan dalam Islam, kita membocorkan rahsia organisasi di mana kita bekerja dengan niat hendak menegakkan kebenaran?

4. Bolehkah Kerajaan sendiri mengenakan hukuman ke atas pembocor maklumat rahsia penyelewengan kerajaan?

....................

Aku nak tau.
Aku cukup berminat nak tau di mana berdirinya pegangan Majlis Fatwa kita dalam hal ni.

Aku harap ada jawapan.
Soalan aku tahun lepas pasal Fadhilat Tarawikh pun tak berjawab lagi.

Mei 09, 2015

Surat Bergambar Terbuka Untuk Datuk Seri Najib Tun Razak

Ke hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak,
Harapnya Datuk tengah pening kepala perihal Tabung Haji.

Saya mewakili jutaan rakyat Malaysia, ingin menyatakan hasrat kami, melalui satu gambar. Harap luahan hati kami dapat difahami oleh Datuk Seri.


Terima kasih.

Yang benar,
Kebanyakan rakyat Malaysia

Mei 07, 2015

Apa Akan Berlaku Jika Etika Media Sosial 2015 Orang Melayu Digunapakai Pada Tahun 90an?

"Assalamualaikum! Nana!" Jerit Hanis dari luar pagar.

Johan berdiri di sebelahnya menahan panas. Nampak ada kepala menjenguk apabila langsir disingkap.

"Waalaikumsalam! Sampai jugak kau akhirnya ke rumah aku Nis...masuk-masuk." Nana menjemput kawannya itu suami isteri masuk.

Johan dan Hanis melangkah masuk lalu suami Nana, Arif menghulurkan tangan bersalaman.  "Eh, tak boleh salam perempuan bang," tegur Nana apabila suaminya mahu bersalaman dengan Hanis.

"Eh ye ke?" soal Arif.

"Ye la. Bodoh siot kau ni. Kalau tak tau jangan main salam aje," tegur Johan, mesra. "Ni ha, aku memang bawak ke mana-mana artikel suratkhabar ni pasal hukum salam tangan perempuan lain ni walaupun tak ada nafsu."

Johan mengeluarkan dompetnya lalu menghulurkan sekeping kertas lusuh dan Arif membacanya sepintas lalu. "Oh, sori bro. Peace. Aku salah, puas hati?"

Mereka berempat lalu duduk di ruang tamu sambil televisyen menayangkan berita TV1.

"Asyik-asyik propaganda kerajaan. Aku harap betul kita ada siaran TV yang boleh kita pilih sendiri rancangan apa kita nak tengok!" Johan merungut. "Boring aku TV1,TV2 TV3....kalau adalah nanti TV berbayar, berapa je dia mintak aku sanggup. Paling aku malas, time iklan...."

"Sabar bang, sabar..." pujuk Hanis.

Arif dan Nana hanya tersenyum. Kedengaran bunyi cawan disusun dari dapur. "Eh, you ada maid? Dia dari mana?" tanya Hanis berminat ingin tahu.

"Dari Kedah. Orang Koadiang. Kerja bagus. Cuma tidur tak tentu hala tempatnya. Jangan tertidur sebelah laki aku sudah la," kata Nana.

"Syukurlah masih ramai lagi orang kita nak bekerja sebagai pembantu rumah ni. Berapa kau bayar dia sebulan ni Na?" Hanis bertanya lagi.

"$400. Cukup dah la tu, orang kampung ni kita bagi banyak sangat pun tak elok jugak. Dia bukannya reti nak menyimpan duit. Nanti habis dibelanjanya pun, no point," kata Arif.

Pembantu rumah mereka keluar menghidangkan air oren sejuk. Cawan kemas diisi dan biskut marie disusun dipiring, lalu dia kembali ke dapur.

"Ya Allah Ya Tuhanku! Terima kasih atas air dan biskut ini Ya Allah! Kurniakanlah kami rezeki dan rahmatmu!" Johan tiba-tiba berdoa sendirian secara kuat. "Amin!" Tangannya mencapai sekeping biskut.

"JAP BANG!" Hanis menepis tangan Johan. Dia mengeluarkan sebuah kamera kompak. Klik! Gambar air oren dan biskut marie dipetik.

"Aku ada satu album gambar mana-mana makanan yang aku makan," kata Hanis.

"Hey, bercakap pasal album, apa kata korang tengok gambar pre wedding kami ni?" dengan tiba-tiba Nana bersuara lalu bangun ke almari, kemudian dia kembali memegang 2 buah album gambar besar. Album itupun dibuka.

"Bila you ambik gambar-gambar ni? Cantiknya..." kata Hanis sedikit iri hati.

"2 minggu sebelum kitorang kahwin. I dengan Arif pergi Pantai Merdeka together sebab nak clear our heads and knowing for sure, kami nak each other," kata Nana.

"I yang tangkap gambar-gambar tu semua. Nampak tak I ada tulis kat bawah semua gambar 'Ariffin Photography'?" tanya Arif.

"Nampak, nampak, you are so talented lah Rif," puji Johan. Johan dan Hanis leka menelaah gambar sebelum perkahwinan Arif dan Nana sehingga mereka terlupa tujuan asal mereka ke situ.

"Ohmaigod! Nasib baik I teringat!" Hanis mengeluarkan sebuah buku berwarna merah hati yang cantik, siap ada sticker bertampal di atasnya.

"Nah, diari I. Bacalah. Semua masalah I dengan Johan, I ada tulis dalam ni, hopefully it helps both of you in your difficult time," terang Hanis.

"Even masalah bilik tidur?" tanya Arif.

"Yes. Semua. I pun terkejut rupa-rupanya ada one time I memang nak sangat bercerai dengan dia, just because of one hand bag yang I suka tapi dia tak suka, " cerita Hanis.

Arif mengerutkan dahi.

"Hey Arif, dont judge us ok. Make sure you are perfect first before you judge us ok!" tegur Johan lagi.

"Ok, ok, sorry.." pinta Arif.

Nana bangun lalu berjalan ke dapur. Beberapa detik kemudian dia kembali dengan satu botol berisi cecair putih.

"Apa tu Na?" tanya Hanis, hairan.

"My breastmilk. Hopefully you bersemangat nak breastfeed your awaiting baby macam I," kata Nana. Nana mendekatkan dirinya ke Hanis yang sarat mengandung. "Perempuan tak bagus aje bagi anak susu formula ni, Nis," pesan Nana, berbisik.

Hanis senyum mengangguk. 

Johan mengambil botol berisi susu badan Nana itu lalu dia menjeling sedikit dada Nana. Kemudian matanya kembali memandang ke televisyen. Arif sedar apa yang berlaku tetapi dia diamkan saja kerana dah terlalu banyak perkara dia nak bertumbuk dengan Johan terjadi.

Apabila Johan sekali lagi merenung ke arah dada isterinya, Arif hilang sabar.

"Keluar kau dari rumah aku babi!" Arif menghalau Johan keluar. "Babi setan anak haram anjing pukimak lancau bagero bodoh mangkuk ayun tolol bahalol kerambit"  Jeritan kuat Arif didengar oleh jirannya, Encik Samad yang duduk di sebelah dan pada ketika itu sedang membasuh kereta.

Encik Samad pantas mengeluarkan camcordernya yang memang senantiasa disimpan dalam kereta, lalu dia merakam pergaduhan Johan dan Arif, yang masing-masing sudah mula bertubi-tubi saling bertukar penumbuk. Satu lagi penumbuk dilayangkan dan Johan tercampak ke luar pagar.

Pada ketika itu jugalah sebuah kereta lalu lalu melenyek tangan Johan.

Brek kecemasan terus dilakukan dan pemandunya melompat turun, ketakutan melihat jari Johan yang sudah boleh menunjuk ke pelbagai arah serentak.

Encik Samad berlari keluar sambil camcordernya terus merakam tangan Johan.

Barulah dia sedar camcordernya sudah menyala lampu amaran akan padam. Dia pun berlari kembali ke dalam rumah untuk mencari bateri tambahan.

Arif dan Nana kelu tergamam melihat apa yang dah terjadi.
Hanis pula dah jatuh pengsan.

Encik Samad berlari-lari anak sambil tangannya cekap memasukkan bateri ke dalam camcordernya.

"Macam ni rasanya jadi wartawan.." fikir Encik Samad dalam hati.

Mei 06, 2015

Cerita Pendek "Melayu Yang Berpotensi Tinggi"

"Kamil. Dah-dah la tu tengok porno. Aku tak selesa la."

Zikri mengeluh kepada teman sebiliknya. Kamil menjeling lalu matanya kembali menatap skrin telefonnya yang sedang terhidang porno gadis main dengan kuda jantan.

"Ustaz Zikri, nanti kejap lagi setel la..ye Ustaz!" kata Kamil.

"Ah ah ah ah!" Bunyi gadis Brazil itu dihenyak kuda liar tersebut berbunyi perlahan. Zikri mahu tidur. Matanya berat. Kerja tugasan baru sahaja disiapkan sebentar tadi seolah mengheret semua sisa tenaganya keluar. Tangannya menggeletar lapar tapi matanya menang, mahu terpejam.

"At least, perlahankanlah sikit..." pinta Zikri. "Pakai hedfon ke.."

Kamil bangun sambil berjalan dengan tidak selesa. Dia membuka almari lalu mengeluarkan earphone dari almarinya.

"Baru sekali dua pergi kelas agama dah ada hati nak jadi Ustaz...padahal, dialah dulu yang kaki porno inter racial.." fikir Kamil dalam hati. Kamil kembali berbaring sambil matanya tidak lekang dari skrin telefonnya.

Zikri memejamkan mata. Fikirannya melayang. Dia mengeluarkan telefon dan jejarinya menekan ikon Facebook. Dia membaca dua tiga status yang dipapar oleh rakan sekuliah mereka. Dalam kesamaran fikiran, Zikri menaip status.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku cukup benci Syaitan. Jauhkanlah Syaitan dari bumi Malaysia ini. Tenangkanlah hidupku dalam sinarmu Ya Allah.."

Zikri memuatnaik status tersebut lalu matanya terpejam lena.

.........................

Tok tok tok!
Pintu bilik mereka diketuk.

Zikri membuka matanya. Waktu itu baru jam 4.30 pagi. Dia mengenakan baju tshirt dan kopiahnya diletakkan kemas di atas kepala. Kamil dah terlelap tetapi porno kudanya masih lagi berjalan kerana skrinnya masih lagi menyala. Entah round ke berapa tidak mahu Zikri tahu. Nasib earphone masih melekap di telinganya.

Tombol pintunya diputar. Tergamam Zikri apabila dua anggota polis ada di depan pintu bilik asrama mereka.

"Awak Zikri bin Hashim?" tanya anggota polis itu.

"Ya saya.." jawab Zikri, separa mamai.

"Tolong ikut kami ke balai. Ada laporan yang kami terima mengatakan yang awak telah bertindak menghasut orang ramai membenci institusi di-Raja kita," terang anggota polis tersebut.

"Tapi Tuan..bila pulak ni?" Zikri bertanya.

Anggota polis itu mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan kepada Zikri satu halaman Facebook yang memaparkan status terbarunya."Ini betul awak tulis?" tanya anggota polis tersebut.

Mata Zikri terbuka luas.

"Ya Tuan...tapi, saya maksudkan, Syaitan...bukan Sultan, err......mungkin autocorrect yang tukarkan Tuan," terang Zikri.

"Takpe, itu semua kita cerita di balai. Hamid, masuk dan ambil telefon dia, sekali dengan laptop dia," arah anggota polis tersebut. Anggota polis bernama Hamid itupun melangkah masuk lalu mengambil telefon Zikri beserta laptopnya yang diletak di atas meja.

Kemudian dia menghampiri Kamil yang nyenyak tidur lalu mencapai telefonnya yang masih menyala.

"Sarjan! Budak ni layan porno main dengan kuda! Hahaha!" gelak Hamid bersama Sarjannya. Dia meletakkan kembali telefon pintar Kamil di atas tilam.

Sarjan tersebut memegang erat Zikri lalu mereka melangkah, diiringi oleh warden asrama mereka yang hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. "Budak-budak sekarang, memang pelik-pelik. Ada ke main dengan kuda pun dia nak tengok?"  kata Sarjan kepada warden asrama mereka.

Mereka melewati satu bilik lain yang pintunya bertampal poster anti GST.

"Ketuk bilik ni Mid, tegur diorang pasal poster tu...." arah Sarjan tersebut.

Hamid pun mengetuk pintu bilik itu.
Tok tok tok.