Januari 30, 2008

Bila ZZR250 Di Anggap Superbike


Maaf kalo tajuk tu buat tuan2 ZZr250 terasa...

Aku selalu join forum Malaysian Bikers.Dalam tu banyak diorang berborak pasal kenapa golongan yang bawak motor ditindas.Mungkin sebab tanggapan orang ramai yang orang yang bawak motor semuanya miskin takpun tak mampu bawak kereta.

KEPALA HOTAK KAU

Satu,kenapa ramai lagi hepi bawak motor?Sebab kerajaan jual kereta punyalah mahal,hutang mau bertahun2.Minyak lagi satu hal.Bukan nak tolong langsung.Jual kereta yang affordable pun brand2 nasional.Sebab nak jual kereta nasional punya pasal,kereta2 import yang sebenarnye jauh lebih murah kene la cukai 150% cukai sebab nak bagi kereta2 Malaysia laku.

Aku bukan tak patriotik.Bangga aku tengok Saga baru,memang kagum.Tapi bila kau beli kereta hutang 7 tahun 9 tahun tu bukan menyenangkan kau.Lagi susah.Patutnya,bila kita ada kereta nasional,kereta tu jual ikut harga orang kita.Jual sebab nak tolong rakyat,bukan nak bantu poket kerajaan.Kenapa kita kene naikkan harga kereta lain mcm Vios yang sebenarnya entry level car Toyota sampai jadi mcm satu barang yg boleh dikira kereta mewah.Kalau harga Vios betul lebih kurang Rm40 ribu bila sampai sini,kenapa kita tak boleh buat kereta nasional dengan harga separuh dari tu untuk dijual KHAS kepada orang Malaysia?Jual la mahal2 dekat oversea,dekat Malaysia jual la murah sebab ITU KERETA KITA.

Jadi,ramai orang pakai motor.Tapi kenapa motor lebih 250cc KE ATAS pulak dijadikan sesuatu item yang JAUH LEBIH MAHAL daripada kereta sampai tak ekonomik langsung.Cukai jalan 250cc ke atas dah la tinggi,kene pulak dengan duti eksais yang mencecah 300%

Semua orang pun yang bawak motor beli la motor kapcai yang ada.Motor orang lain bawak pegi pasar,orang Malaysia pakai bawak pegi kerja tiap2 hari.Motor Honda CB400 yang orang Singapore bawak anak jalan keliling taman dan kadang2 bawak angkat sayur,motor tu la yang dianggap SUPERBIKE BEST GILE IDAMAN RAKYAT MALAYSIA.

Motor bawah 125cc utk 4 stroke tak selamat sebenarnya untuk ulang alik lebih 30km setiap hari.Sebab motor tu boleh pegi paling laju pun 100km dan kalau nak memotong,memang takde power dah.Itu la sebabnya aku menegluh sebab itu aje motor yang beul2 affordable kat Malaysia ni Mamat-Mamat yang bawak kereta macam ANAK HARAM selalu hangin kalau ada motor depan die sebab motor tu memang laju tu je die bole pegi.

Ntahlah,aku tak paham.Ni dengar2 ada lagi highway yang motor dibanned (Highway baru Putrajaya).Jadi kene ikut jalan biase.Aku rase tak lame lagi Samy Vellu Si Rambut Palsu akan umumkan Highway PLUS,motor tarak bole lalu.Takkan aku nak balik kampung nak lalu jalan biase?Nak mampos?

Kesian gak aku tgk orang tua bawak motor slow2.Takut2 je die kat tepi tu.Nak masuk jalan betul nanti kereta belakang cucuk.Nak lalu tepi,ada lori pulak.

WAHAI PEMANDU2 KERETA!
Laluan kecemasan bukan jalan motor.Tolong paham.Kepada pemandu2 motor,tolong jangan takut nak masuk jalan yang betul dan jangan gunakan lorong kecemasan(kecuali time sesak2,hehe).Kalau kau bawak kereta kat lane kiri sekali lepas tu depan kau ada motor,BAPAK KAU KE YANG AJAR KAU SURUH CUCUK SAMPAI KITORANG KENE ELAK MASUK LORONG KECEMASAN?SILA POTONG DI LANE BELAH KANAN KAU BODOH.BAPAK KAU TAK AJAR KE?KE BAPAK KAU DAH MAMPUS KAU LANGGAR SEBAB DIA BAWAK MOTOR SLOW DEPAN KAU?

Itulah sebabnya ramai yg bawak motor macam mat rempit,termasuk aku.Sebab lagi laju kau pegi,lagi selamat kau sebenarnye.

Kepada kerajaan,at least galakkan kemasukan motor 250cc sebab motor 250cc tak berape laju dan tak berape slow.Kire orang putih kate,just nice la.Sistem brek pun lagi bagus,enjin pun ada la power nak lari kalo kene cucuk.

Januari 29, 2008

Just For Safety Precaution : Colgate and Darlie


I never believed in the advertisement of Colgate that are certified Halal by Jakim because I dont trust Jakim in their Halal implementation (it's easy to bypass and get certified with some "efforts")

Just to be safe,maybe you can try other alternative brand or try Kodomo Lion strawberry flavoured toothpaste.The image is taken from the Persatuan Pengguna Islam Malaysia website.

Januari 28, 2008

Monitor Calibration For Dummy Secara Percuma


Ingin diperjelaskan di sini,aku nak menyatakan PENDAPAT aku.

Apple MAC adalah sampah.Apa-apa barang MAC adalah barang-barang yang over rated.
Tapi aku bukan nak bercakap pasal barang-barang Apple yg lain.Hari ini aku nak menyentuh pasal
Monitor dan Kalibrasi Warna.

Semua orang memang mengakui Mac mampu menghasilkan print out yang WYSIWYG.Itu sebab ramai graphic designer dan design studio banyak yang guna Mac untuk buat grafik.Kenapa orang yang terlibat dengan grafik selalu mengeluarkan ayat .."Sebab aku buat grafik,aku mesti pakai Mac","Mac memang mantap" walhal dia kena berbelanja beribu2 (kadang berbelas ribu) untuk mendapatkan komputer yang jauh lebih tak power berbanding sebijik PC Windows yang berharga Rm2 ribu.

Jadi,first sekali,anda,DIE HARD FAN Mac,kene faham.Mac hanya ada satu pengeluar,iaitu Apple.Jadi spesifikasi monitor memang dah dilahirkan sama (tapi berlainan mengikut model series)
Kenapa orang cakap Windows colour tak accurate?

Sebab Windows Based PC adalah beribu2 jenis brand dan monitor yang tah hape jenisnya.Jadi dengan ada kemungkinan bermacam-macam jenis phosphor monitor yang pelbagai ragam,memang tak mungkin ada satu standard untuk phosphor monitor.Kalaulah tiba-tiba ada satu company gatal2 declare "Anda semua mesti pakai monitor kami sahaja" memang la senang camtu.Tapi mana persaingannya.

Jadi,jika anda pengguna Windows dan bekerja sebagai Grafik Designer.Sila check:

1)Paling mudah dan PALING PENTING...carik setting monitor anda (klik kat butang monitor anda) dan carik setting RGB color.Setkan kepada 6500k (default setting selalunya 9300K) 6500K adalah standard "White Balance" kepada bidang photography.Ini akan membuatkan color monitor anda akan jadi "kekuningan"....jangan risau.Cahaya neutral matahari adalah kekuning-kuningan kan?

2)Sebab anda grafik designer,mesti anda ada Adobe Photoshop.Bila kita install Photoshop,akan diinstall jugak satu program bernama Adobe Gamma (carik kat Control Panel) follow step by step ikut Wizard kalo tak paham.

Pastikan bila nak buat step by step tu...mata anda segar.Tiada reflection lampu di monitor dan cahaya bilik dalam keadaan suam-suam kuku.Gamma value Windows 2.2 gamma value Mac 1.8.Jadi yg tu aku rasa terpulang la mana nak follow.

3)Kalo rasa tak puas hati,buat kotak-kotak kat Photoshop dan isi kaler-kaler basic (RGB,CMYK)
print atas A4.Pastu bandingkan dengan kaler kat monitor.Tengok sendiri dan adjust.

4)Nak lagi best,bukak Google dan search "monitor calibration." Nak lagi hardcore,beli la Monitor Calibration Hardware.

MASALAH BESAR bila buat mcm ni (bergantung kepada Adobe Gamma dan pandangan visual) adalah kita bergantung kepada mata kita sendiri.Jadi die takkan 100% accurate dan ini adalah satu-satu kelebihan Mac berbanding Windows pada PENDAPAT aku.

Satu perkara penting,anda mesti biarkan mata anda biasa dengan setting baru monitor anda pada 6500k.Memula memang rasa macam cilaka,tapi lama kelamaan kaler kuning tu akan jadi natural kepada mata anda.

Januari 27, 2008

Poster : Pakcik Ahmad


Pakcik Ahmad adalah seorang bapa yang penyayang.Malangnya,sebagai rakyat Malaysia yang tiada kemudahan internet,sumber beritanya hanyalah dari siaran televisyen tempatan.

Bantulah mereka yang memerlukan

Januari 26, 2008

Seminggu Tanpa Internet (Bermula Sajak Hujungnya Pantun)

Pada mulanya terasa juga seperti tidak ada hidup,
Ke hulu ke hilir mencari arah,
Hilang arah hilang tujuan,
Nasib baik tak gila meroyan

Televisyen diratah habis habisan,
Semua channel habis ku tarah,
Beberapa channel tak berani ku buka,
Kerana takut keracunan minda

RTM aku banned setaraf babi,
TV3 sampah,jugak NTV
Marah benar tengok berita,
Yang keluar semua dusta

Suratkhabar takde aku nak beli,
Buang duit habiskan gaji,
Baca muka depan berita geli-geli,
Baik aku pegi berjoli

Utusan Meloya bermacam cerita,
Boleh percaya cerita Mawi saja,
Berita Hairan lagilah pulak,
Baik sikit majalah Mangga

Internet takde berita ku lenyap,
Hal-hal Anwar langsung tak tahu
Rakyat Malaysia ramai lah bengap
Pak Lah kaki tidur ramai tak tahu

Internet kurang di pedalaman
Nenek nak on komputer pun tak tahu
Kita yang tahu kena sebarkan
Insya Allah nanti kerajaan baru.

Woohoo.Baru aku tau mcm mane rase org yang takde internet.Semua berita dengar dari media2 yang "diiktiraf" jadi berita yang kita dengar pun yang dah di"tapis".Kalau mak abah anda takde internet kat kampung,pasang internet dan bookmark kan website2 berikut

Anwar Ibrahim
Malaysia Today
Lim Kit Siang
Harakah Daily BM