Julai 22, 2016

Lelaki Ini Cuba Terangkan Apa Kaitan Takaful dengan Uber dan Grabcar

1. Dalam group Uber aku ada jugak kawan-kawan kongsikan mengenai kes-kes yang menimpa penumpang pemandu teksi.

2. Yang terbaru adalah kes penumpang dirompak oleh seorang pemandu teksi.

3. Pada aku sendiri, aku tak ada banyak pengalaman buruk naik teksi. Ada sekali aje la aku kena ketuk harga tak nak pakai meter.

4. Overall, pada aku lah, untuk orang yang last sekali naik teksi 2 tahun lepas, aku tak ada banyak benda negatif pasal pemandu teksi.

5. Cuma sebagai ejen Takaful dan aku tengok ramai sekarang ni yang memang hari-hari berkempen suruh orang naik Uber atau Grab, sehingga ke tahap minta boikot pemandu teksi...aku kena lah inform satu benda.

6. Jika kau pemegang sijil takaful yang mengambil manfaat perlindungan kemalangan dan jika tak bernasib baik, kau terlibat dalam kemalangan ketika naik Uber atau Grab ni...

7. Pampasan kemalangan sama ada berlaku kematian atau hilang anggota  tidak akan dibayar jika berjaya dibuktikan kau naik Uber atau Grab.

8. Aku tak sure sebenarnya status Uber dan Grab ni. Tapi yang jelas, by law sistem diorang masih lagi beroperasi secara illegallah.

9. Ini aku sebut pasal pampasan kemalangan sahaja ye, bukan nyawa, bukan perubatan. Jadi, harap maklumlah dahulu.

10. Orang kita ni hari-hari nak cari point hentam takaful aje. Macam kes hari tu yang dapat pampasan Rm150 lebih je, yang hentam dah ramai dah. Aku nampak frasa "takafool" lah, "take-a-fool" lah. Penipu, scam, membodohkan oranglah. Ada yang tagged aku suruh explain. Aku mana tau apa polisi dia. Tiap-tiap orang lain-lain.

11. Cuma bila dibuktikan yang memang betul amaun itu sahaja yang sepatutnya waris terima, menikus sekor-sekor. Senyap sunyi....tak ada permohonan maaf dan pengakuan "saya salah" pun dilakukan.

12. Sebab itulah, sebelum bersuara saudara, lebih baik diam kalau kita sendiri tak pasti apa yang kita nak suarakan. Ehem-ehem. Tersedak pulak aku.

13. Jika situasi kau bawak Uber dan berlaku kemalangan, besar kemungkinan kos pembaikian kereta kau tak akan dibayar sebab kau gunakan kenderaan persendirian untuk tujuan komersial.

14. Satu-satunya cara untuk pastikan insurans cover manfaat kemalangan dan coverage ke atas kereta adalah dengan meluluskan Uber dan Grab pada peringkat undang-undang. Full stop.

15. Kalau kau baca apa yang aku tulis ni dan kau juga pemandu atau penumpang Uber, kau ada tak terbayang macam mana nak cilok-cilok nak pastikan benefit tu kau dapat jugak?

16. Itulah masalah perangai orang kita. Walaupun kau jelas apa yang kau lakukan tu salah, kita masih lagi berharap. Kita marah orang lain spin sana sini, tapi kita pun sama sebenarnya. Kita marah orang twist undang-undang, tapi bila bab kita, boleh dah terfikir macam mana nak  tipu kalau situasi yang aku sebutkan berlaku.

17. Nak ambik Takaful? Kontek aku.

Ejen Takaful Penyayang
Mantot
018-3611628

Tiada ulasan: