Assalamualaikum.
1. Jika kau rujuk dekat page Yapeim, pada ketika ini pihak Yapeim sedang enak dicaci maki oleh orang-orang yang mulutnya lantang.
2. Aku sedih tengok benda-benda macam ni. Takkanlah kita tak belajar langsung dari satu kisah yang pernah terjadi dalam zaman Rasulullah saw dulu?
3. Pernah satu ketika, Aisyah, isteri Rasulullah telah dilihat berdua-duaan dengan lelaki lain dalam perjalanan pulang.
4. Saksi mengatakan, dia ada nampak. Mesti ada berlaku perkara sumbang.
5. Apa Rasulullah buat bila dia terdengar khabar angin tu? Dia tak buat apa-apa cuma layanan dia kepada Aisyah agak kurang. Sekadar keluar masuk tanya khabar.
6. Sambil tu apa Rasulullah buat? Dia pergi siasat. Siasat punya siasat, berjumpalah dia dengan lelaki yang dikatakan telah berkelakuan sumbang dengan Aisyah.
7. Kalau ikut perangai orang zaman sekarang, mesti dah kena belasah dah mamat tu....
8. Aisyah pulak, yang pelik dengan perubahan perangai Rasulullah, melakukan penyiasatan sendiri. Akhirnya dia sendiri dapat tau, ada fitnah kata dia dengan si Shafwan (nama di tuduh) ni bercengkarama kat padang pasir.
9. Ada satu benda lain yang Rasulullah sangat risau pada ketika itu. Masyarakat bergosip.
10. Jadi bila memang ada pihak yang tak suka Rasulullah pada ketika itu dengar gosip tu, dia tambah cerita, dia bagi lagi sedap supaya rasa benci tu tersebar.
11. Rasulullah pun mengarahkan orang Mukmin (yang ni aku tak pasti, tolong clarify) supaya berjalan di luar kota sampai keletihan hanya kerana dia takut pengikut dia turut sama join bergosip hangat tersebut.
12. Selepas sebulan penyiasatan dilakukan, akhirnya Rasulullah temui jalan buntu. Dia memang dah terfikir nak ceraikan Aisyah walaupun dia sendiri tak pernah confront Aisyah pasal ni.
13. Ada lagi beberapa kejadian penyiasatan yang berlaku seperti Rasulullah pergi bertanya dengan lelaki yang dituduh itu sendiri tapi itu panjang untuk aku tuliskan.
14. Akhirnya, Allah swt pun menurunkan beberapa potong ayat yang kini adalam surah An-Nur untuk membantu Rasulullah dan pengikutnya.
15. Yang penting pada kita, pada zaman ini, adalah ayat surah An-Nur mula ayat 11 yang membawa peringatan supaya kita, apabila sampai sesuatu berita, yang kita tidak sendiri tahu hujung pangkalnya, elok kita diam dari terus membincangkannya.
16. Selagi tidak ada penghujung kepada penyiasatan, pihak yang dituduh tidak bersalah. Pegang tu aje. Kenapa kita nak sangat geng dengan penuduh ni?
17. Kalau ikut perangai zaman sekarang ni, rasanya lebam dah si Aisyah tu dengan lelaki yang dikatakan pervert tu.
18. Ingatlah, jika sampai satu berita yang kau sendiri tidak apa hujung pangkalnya, diam, jangan dibincangkan sedangkan engkau sendiri tak tahu tapi kau berlakon macam kau tahu.
19. Lagipun, apa yang si Akmal ni lakukan sebenarnya agak tak bertepatan dengan prinsip sebenar mendedahkan kebenaran dalam Islam.
20. Jika dia betul datang dengan niat baik untuk menyiasat ke mana perbelanjaan duit Yapeim, dia kena terus approach pihak2 berkenaan. Jika dia kata kursus kahwin di Paris membazir, mintak tolong dia approach pihak berkenaan seperti JAKIM, JAWI,YAPEIM dan MAIWP untuk penjelasan dahulu. Kenapa nak libatkan orang ramai?
21. Tetapi sayangnya, apa yang dilakukan adalah mendedahkan maklumat yang diperolehi supaya kita semua berbincang mengenainya. Rujuk surah An-Nur mulai ayat 11 mengenai bahayanya tindakan dia ni. Rasulullah sendiri elak masyarakat dia bergosip, kutuk mengutuk, caci maki, buat keputusan sendiri.
22. Sudah lah dia jadi penuduh, kemudian dia provoke pulak orang yang dituduh. Aku heran betul.
23. Sebab itulah aku akan pertahankan Yapeim. Kau nampak dia macam serang Jamil Khir, tapi sebenarnya yang diserang adalah Yapeim.
24. JAKIM diserang, kemudian YAPEIM....lepas ni apa pulak? Kau tak rasa ganjil ke?
25. Minta tolong kepada yang buat kempen supaya masyarakat hentikan sumbangan pada YAPEIM, hentikanlah benda tu.
26. Rasulullah pun tunggu sebulan bila dia dengar khabar angin isteri sendiri berzina, takkanlah kau tak boleh tunggu seminggu dua, bersangka baik dulu buat sementara?
27. Habbatus Sawda makan. Tapi kenapa sunnah yang ni tak amalkan?
28. Itulah dia bentuk politik Pakatan ni, diorang memang suka masyarakat jadi marah tak tentu haluan.
29. Kau tau apa kita buat bila kita marah?
30. Buat keputusan tanpa pegangan.
24 ulasan:
"20. Jika dia betul datang dengan niat baik untuk menyiasat ke mana perbelanjaan duit Yapeim, dia kena terus approach pihak2 berkenaan. Jika dia kata kursus kahwin di Paris membazir, mintak tolong dia approach pihak berkenaan seperti JAKIM, JAWI,YAPEIM dan MAIWP untuk penjelasan dahulu. Kenapa nak libatkan orang ramai?"
Ko rasa diorang nak ambil kisah ke kalau approach macam nie? Ikut peredaran zaman , silap-silap dia yang hilang nanti, lupa ka kes Teoh Beng Hock? dan mungkin banyak lagi kes terpencil yang kita tak tau bila buat report terus kepada pihak berkenaan, hanya sebab nak tutup mulut, mungkin disogok atau dirodok. Bila pendedahan di public macam ni atleast dia ada alibi, orang tak berani nak buat pelik-pelik, tak kan keluar berita Akmal disemenkan keesokkan harinnya sebab motif tu akan berbalik pada pihak diorang nanti. Ko pegi tengok page JAKIM sekarang, dah macam page peribadi Jamil Khir dah, asyik membela dia, kalau betul tak salah, tak perlu nak keluarkan statement macam-macam, pergi mahkamah, saman, tunggu keputusan kes, settle. Selalunya orang yang bersalah ni gelabah lebih tak tentu pasal, habis keluar cerita macam-macam.
So..ikut peredaran zaman, playsafe or die in simen.
Haa.
Bunyi hang macam hang betul.
Tapi hang punya ayat semuanya tuduhan takde bukti.
Tu lah yang bahayanya yang aku maksudkan
Yup aku skng ngn artikel nie...tndakan akmal bg aku lbh brmotifkan politik. Sbb die byk ckp kaitkan umno dr individu tu sndri..bab simen menyimen nie byk persepsi jer...klau btol die nk tlg...ptt approach yapeim nk mntak clarification..klau x dpt bru btol tndaknnye skarang..lgpon yapeim diaudit by audit negara...klau ade mnde salah msti dh ade dlm report
Saya setuju pendapat ini. Orang islam sendiri yg ingin menjatuhkan institusi islam. Di belakang budak akmal ni sape ye?
Takpa, kalau tak betul kamil khir kena samanlah
Biar mahkamah tentukan. Ini yg selalu pemimpin umno cakap. Tak betul samanlah
Hairan jugak bila pertuduhan akmal dengan bukti .jamil kena counter baliklah dgn bukti
Kalau Akmal NOW dah bagi bukti kononnya dokumen yang ditunjukkan kepada awam itu benar, maka YB Jamil Khir mestilah tunjukkan bukti bahawa dokumen tersebut adalah palsu. Baru buku bertemu ruas. Adil kan.
Boleh komen psal ISIS?
Isu berkenaan bukti vs tiada bukti
Saya rasa perkembangan terbaru semalam, YAPEIM sendiri mengakui yang bukti yang Akmal bawakan adalah sahih. Cuma seperti juga IMDB, SRC dan sebagainya; YAPEIM salahkan sipemberi maklumat kepada Akmal tersebut sebagai pembelot.
Isu relevansi sirah Aishah dengan isu YAPEIM
Saya rasa penggunaan sirah Aishah di dalam kes ini adalah salah. Sirah Aishah mengajar kita bagaimana untuk menguruskan syak wasangka didalam rumah tangga. Sedangkan isu YAPEIM ini adalah isu penyelewengan moral.
Saudara bayangkan, di dalam keadaan pendedahan terbuka pun si penyeleweng akan salahkan si pemberi maklumat; apa harapannya jika pendedahan ini dibuat secara tertutup.
Mungkin ada yang berkata yang Akmal sepatutnya membawa kes ini ke SPRM. Si penyeleweng tidak bodoh saudara. Dari isu 2.6 bilyon, IMDB, SRC, lembu Condo dan YAPEIM; cirinya adalah sama. Ada klausa pentadbiran yang membenarkan si penyeleweng membuat apa sahaja dengan duit tersebut. Sebab itulah Jamil Khir berani bertanya di mana salahnya ia membelanjakan setengah juta duit orang miskin di Paris. Sebab itulah Najib berani berkata isu 2.6 bilyon adalah sumbangan sosial syarikat GLC.
Mungkin ada juga yang berkata pendedahan penyelewengan adalah menjatuhkan institusi Islam. Soalan saya -- adakah Islam tidak jatuh -- dengan penyelewengan itu sendiri?
Soalan: Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 1 : (Diam)
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 2 : Sila minta maaf dalam masa 24 jam. Jika tidak, tindakan saman akan dikemukakan.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 3 : NOW akan disaman pada Khamis jika tidak menarik balik dakwaan.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 4 : Sila minta maaf atau disaman RM10 juta.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 5 : Ini semua fitnah.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 6 : Cina pajak gadai cemburu dengan kejayaan Ar Rahnu.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 7 : Ar Rahnu telah menjana pendapatan sebanyak RM83 juta.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 8 : Ini semua Agenda DAP.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 9 : Ini semua permainan politik jahat.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 10 : NOW diperalatkan untuk menyerang institusi agama.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 11 : Tali barut DAP rangka orkestra serangan ke atas Institusi Islam.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 12 : Apa salahnya YaPEIM menganjur dan membiayai kursus perkahwinan kepada pelajar pelajar luar negara?
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 13 : Kami ke sana menghadiri program yang telah diluluskan oleh YaPIEM sendiri
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 14 : Penganjuran program untuk memerangi gejala LGBT.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 15 : Sumbangan YaPEIM terhadap umat Islam di Malaysia dicemburui musuh Islam.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 16 : YaPEIM telah menjana pendapatan tahunan sebanyak RM1.034 bilion melalui perniagaan anak syarikatnya.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 17 : YaPEIM boleh mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa yang membuat dakwaan tidak berasas mengenai yayasan berkenaan, termasuk kesalahan jenayah fitnah.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 18 : Dokumen NOW betul tetapi tidak lengkap sepenuhnya.
Soalan : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 19 : YaPEIM akan mengenalpasti pihak yang memberi dokumen pada NOW.
Soalan seterusnya dan seterusnya : Benarkah Jamil Khir menyalahgunakan duit YaPEIM?
Jawapan 20 dan seterusnya : Tunggu jawapan lain esok, lusa dan hari-hari seterusnya juga.
Kihkihkih.....
Anon atas aku ni berjaya buata ku gelak gila
Apa yang Aal buat tu tak betul...yang betulnya ratusan ribu wang YaPEIM tu dah leboh
Apa yang Aal buat tu tak betul...yang betulnya ratusan ribu wang YaPEIM tu dah leboh
Baca Blog Islam terbaru ini : http://myislamawareness.blogspot.my/
Nak cari saksi pula
bagi aku apa yang now buat adalah betul..dokumen tu dapat dari pihak dalam...dan yapiem pun dah mengesahkan memng ada buat event tempat2 tersebut...kalau dari pihak dalam tentu orang dalam tersebut lebih tahu dari mana duit ini diambil dan untuk apa dan patut atau teramat perlu ke majlis tersebut...duit dah banyak tiris nak minta perjelasan apa lagi sedangkan 1MDB pun gabenor bank negara bagi hint...sprm bagi hint tetapbuat bodo inikan NOW minta penjelasan. sejak bila yapiem bertanggungjawab untuk pelajar luar negara..?.
NOW datang dengan bukti, Yapiem mengaku dokumen benar , siasatan dijalankan, jika benar melibatkan dana anak yatim admin page ni secara automatik telehpun memepertahankan si pemakan harta anak yatim..si pemakan harta anak yatim serta golongan2 sepertinya akan dibakitkan dari kubur dalam keadaan perut sebesar rumah...dosa paling besar
Yeah....betul sgt tu.penyelewengan yg menjatuhkan institusi,bukan pendedahan.ape la ko tot.
Apa nak diheran, PAS pun dah mesra UMNO, begitulah juga dgn tuan punya blog ini.. kehkeh..
Catat Ulasan