Oktober 15, 2015

Harap Kerajaan Lindungi Rakyat Dari Gergasi Bernama Touch n Go

1. Touch n Go adalah satu sistem di mana kau bayar dulu, kau pakai kemudian. Macam prepaid. Cuma baiknya sikit, TnG takde expiry date.

2. Tapi apabila majoriti tol sudah mula menggunakan sistem TnG secara compulsory, ada perubahan yang perlu dilakukan.

3. Sistem rebate yang lebih baik dan lebih besar perlu diperkenalkan. Sebab, akan makin ramai ramai jadi "investor" dan "pemodal" kepada syarikat TnG.

4. Aku juga percaya yang syarikat konsesi lebuhraya mampu memberikan satu pakej di mana ada rebate bertingkat....cthnya, lalu tol ni 30 kali, rebate 30% selepas tu, lalu tol ni 20 kali, rebate 20% selepas itu...sebagai contoh lah.

5. Dari perspektif masyarakat pula, compulsory TnG adalah satu benda yang bullshit sebab bukan semua orang lalu tol hari-hari. Apatah lagi bila di Jambatan Pulau Pinang, nilai minima topup adalah RM50. Mula2 memang satu tempat...kemudian hatri?

6. Untuk mengurangkan kadar bullshit ni especially kepada orang luar bandar yang terpaksa isi TnG semata nak lalu bandar....BENARKAN MEREKA RETURN SEMULA KAD DAN DAPAT SEMULA NILAI ISIAN DALAM BENTUK TUNAI.

7. Suka hati la. Duit kitorang apa? Apahal pulak takleh nak return balik? Nak return balik tu pun...mudahkan la. Ni nak kena isi borang, nak kena ke situ, nak kena ke sini. Tah kenapalah dekat Malaysia ni bila bab nak claim balik duit terlebih, punyalah susah. Nasib baik pengalaman aku sebagai ejen dengan Prudential BSN Takaful senang. Dah terbayar, nak kansel ke, cek laju aje keluar.

8. Dari segi mentaliti pula, mungkin kau tak perasan....bila kau guna TnG ni, kau tak keep track pun berapa nilai keluar masuk kad kau. Kau hanya peduli berapa baki yang tinggal, betul?

9. Jadi sedikit sebanyak, bila kau menggunakan TnG ni, walaupun kos tol naik, kau takkan terasa kenaikan dia. Sebab kau hanya bayar dan lihat baki. Ada kemungkinan kau tak perasan pun yang tol tu naik. Kemudian, sampai satu detik kau terfikir, "eh...apasal cepat benar TnG aku ni habis?"

10. Itulah hikmahnya kot tol naik dan pakai TnG ni. Kalau itu kau boleh kategorikan sebagai hikmah.

11. Kau bukak laman FB Touch N GO. Kau mintak rebate. Kau mintak benefit. Kau mintak la apa saja kau nak. Jangan la duk kutuk Najib saja. Najib bukan boleh buat apa pun sebab perjanjian konsesi dah pun wujud sebelum dia jadi PM lagi pun.

9 ulasan:

Prince of Noob berkata...

aku memang tak setuju dengan tol tanpa tunai sepenuhnya ni.

Anwar Otman berkata...

btul la tuh, septtnya kita letak satu tol tunai. ni utk discourage org utk byr tunai tp klau terpaksa, still adalah satu pilihan.

polisi untuk pulangkn unused balance juga perlu. ni klau pak sedara kat labis, yg mmg x guna langsung tng utk kehidupan seharian. apa kejadahnya nk beli kad touch n go hanya utk hantar anak kat uitm shah alam(cth) melalui tol bt3.

aku lebih setuju klau kad tng ni kene bayar deposit kad dr kene beli hangus utk org yg mmg jrg2 guna.

Dania berkata...

TnG galakkan semua orang pakai kad terutamanya SmartTag. Tapi malang nya sesetengah plaza tol, lorong smart tag pun x de malah lorong TnG pun kongsi dgn lorong tunai.
Apa hal TnG ni?
Monopoli tahap Gaban tapi servis very2 bad

freelancermalaysia.net berkata...

So, dari apa yg akum paham, kita dah jadi unofficial shareholder dlm TnG ni ?

Guna tak guna belakang kira.. janji balance duit kita tu dia pegang (lengthy process nak cash out?) dan dia boleh buat rolling modal.. or worst, kita just ignore the balance / burn mcm tu jer.. instant profits?

pandai btol org yg buat business plan ni yer... :)

-FMN-

weschairs berkata...

Tahun depan jambatan pulau pinang yg ke2 tu pulak full Touch n go.. Kesian kawan aku yg duduk di manjung.. Selalu melawat aku dipulau pinang, tak pasai pasai kena guna touch n go walhal kat tempat dia memang x pakai pun

Tanpa Nama berkata...

ekceli, TnG ada expery date.
kne tgk kt blkg kad, dia tulih kecik jehhh.
aku da penah kena sekali, kad TnG xboleh touch, pastu da topup RM100 lak tu. camharooommmmm.. pastu check dgn gadis tol, dia ckp kad awk da expired. camharooommmm kali kedua.

zer berkata...

salAH KO NI TOT..SURUH SGT ORG BAYO TOL guna duit 100.lECEH ORG KEJE TOL tau..

*sori tulISAN KECIK BESO,\KEYBOARD ROSAK

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya, dulu mmg ada 25% rebate utk frequent traveller, tiap2 bulan mmg aku dpt balik dlm rm50 jugak laa...

tapi dalam setahun ke dua tahun lepas, najib umum dia akan tarik rebate tuh!!!!

so, rasanya mmg salah najib kut.... :( :( :(

ruggedmom berkata...

Pergi Port Dickson setahun sekali je tapi kena beli kad TnG jugak grrrrr.... hampeh!

Betullah, duit tu buat rolling business dan simpan dalm Fixed Deposit