September 16, 2015

Kenapa di Malaysia Ada Banyak Bahasa Dalam Satu Signboard?

Semenjak setahun lepas, aku banyak melibatkan diri dengan kerja-kerja dalam Kementerian yang panggil aku, jadi aku setiap bulan akan turun naik kementerian-kementerian yang berlainan.

Perspektif aku terhadap budaya yang aku pegang selama ni berubah sedikit demi sedikit.

Titik permulaan pertama yang aku sedar aku nampak aku kena buat perubahan adalah dalam sekitar tahun 2012 di mana aku ada meeting dengan satu department dalam Kementerian Pertahanan dan aku kena sediakan sesuatu untuk Menteri Pertahanan pada ketika itu (TPM sekarang).

Ini bukan cerita pasal Menteri. Ini cerita pasal budaya. Aku bercerita dari level rakyat. Jangan kata aku macai dulu sebab aku banyak buat kerja dengan Kementerian.

Aku pegi mesyuarat dengan MINDEF ni, aku kagum sebab yang pegawainya CINA. Dia sah-sah la pegawai PTD yang dilantik untuk mengepalai bahagian tersebut tapi oleh sebab dia sendiri tak dapat attend full time benda tu, orang bawahan dia la yang lantik.

Meeting tu berjalan...macam biasa.....budaya kerja pihak penjawat awam yang suka ubah benda suka hati tanpa notis.....tapi dari hari tu aku sedar, semua orang bukan Melayu yang kerja dalam Kementerian lain.

Diorang ni.......pandai cakap Melayu.

Aku persetankan ajelah hal tu waktu tu tapi lepas aku start kerja dengan pelbagai jenis Kementerian dan aku tengok depan mata aku sendiri bagaimana India dan Cina bercampur dengan orang Melayu bawah satu bumbung......aku akui, selama ni bila mana aku defend orang Cina dan aku defend orang India daripada orang Melayu racist.....benda tu hanya berlaku dengan semulajadi, bawah Kementerian Kerajaan.

Banyak kali bila aku kena buat kursus, yang sertainya ada India, ada Cina, ada Kristian, yang tukang handlenya pulak India selalunya....tapi kau boleh rasa yang diorang ni humble. Rendah diri. Hormat gila dengan semua orang. Yang penting.....diorang ni pandai cakap Bahasa Melayu.

Kenapa dah dua kali aku stresskan Bahasa Melayu?

Aku rasa, bahasa adalah satu alat perpaduan yang sangat berkuasa. Jika kita semua berdialog dalam bahasa yang sama, masyarakat kita jadi kuat. Masyarakat kita jadi bersatu.

Tapi jika kau stadi sikit, orang Cina especially, yang mana anti kerajaan kaw-kaw, mereka ni, tak nampak nilai Bahasa Melayu tu sendiri. Malu nak cakap Bahasa Melayu. Lebih prefer cakap bahasa diorang atau bahasa penjajah.

Dari segi budayanya, sopan santunnya pun maaflah.....walaupun dah 3 perhimpunan warna kuning aku pergi, apa yang berlaku sewaktu event tu, walaupun harmoni, walaupun bersatu...tetapi asasnya still satu benda yang kasar.

Maki hamun, maki bodoh, chee bai...tu biasa. Tah macam manalah kita, orang Melayu, boleh tahan apabila seorang bukan Islam, maki orang Islam yang lain "bodoh!" ?

Kau pernah terfikir benda tu?

Kau tak fikir kan sebab kau rasa cool orang Cina lain maki PM dan kau rasa itu satu simbol keharmonian.

Aku dah tak nampak langsung dah yang menyokong perjuangan pembangkang pada ketika ini akan membawa kepada satu budaya Malaysia yang aku harapkan. Aku dah tuliskan dalam buku aku sendiri, kita Melayu jangan salah faham dengan Cina. Ada ramai Cina baik. Ada ramai Cina yang ikhlas nak meniaga.

Tapi aku tak mau jugak sokong Cina yang tak ada adab.

Apa yang diperjuangkan oleh pihak pembangkang pada ketika ini, adalah satu budaya yang akan membawa kepada masyarakat yang kurang beradab. Sebab mereka pun (jika dapat memegang kuasa) naik dengan cara tak ada adab.

Kau sokong Tian Chua? Kau naikkan dia jadi kerajaan, bila ada ketidak puashatian, kau gi lah tahan lori FRU guna badan kau nanti. Kau sokong Adam Adli? Naikkan dia jadi pemimpin, kemudian bila dia buat silap, kau pegi PWTC kau turunkan gambar dia.

Bila dia tangkap kau, kau persoalkanlah penangkapan kau sebab dia pun popular dengan cara camtu. Ini seolah-olah satu vicious cycle yang takkan berhenti dan aku pasti, jika seseorang itu naik berkuasa dan popular dengan cara yang tidak ada adab, dia akan buat benda yang sama ketika dia ada kuasa nanti.

Aku nak masyarakat Malaysia yang harmoni. Aku nak Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain duduk mesra sama-sama. AKU NAK CINA YANG SUKA CAKAP BAHASA MELAYU.

Aku cukup anti dengan orang bukan Melayu yang tak nak cakap Melayu, sebenarnya.

Aku tak nak Cina yang cakap English sebab pada dia Bahasa Melayu tu bahasa loser. "No use learning Malay language lah...useless." Kenapa aku nak kena sokong seseorang yang lidahnya sendiri tak fasih bahasa kebangsaan negara dia?

Melihatkan perihal pembangkang pada ketika ini yang nampaknya suka cantas mencantas dan kemudian jilat kembali ludah beberapa kali....apa sebenarnya keperluan sokong pembangkang ni? Kau nampak ke pembangkang akan menjadikan negara kita bersatu? Ye la bersatu...tapi bersatu cara depa, cara yang pembangkang suka.

Bukan cara Malaysia.

Sebab itulah, aku akan menentang gagasan yang diperjuangkan pembangkang pada ketika ini kerana pada aku, Malaysia takkan kekal Malaysia, jika pembangkang memerintah. Walaupun begitu....skandal yang membelenggu pemerintahan Najib Razak pada ketika ini adalah sesuatu yang perlu diselesaikan secepat mungkin.

Ikut pembangkang, Najib perlu turun terus tapi kenapa aku kena dengar cakap pembangkang pulak? Kenapa kau pun sama setuju dengan pembangkang? Yang lagi pelik.....kenapa yang pembangkang ni ikut pulak setuju cakap Mahathir?

Kah kah kah kah kah.
Siapa tak suka cakap Bahasa Melayu, dia bukan orang Malaysia.

Mungkin Melayu kena korbankan idea letak tulisan Jawi dekat signboard dan Cina kena korbankan tulisan Cina dekat signboard terlebih dahulu dan kita stick dengan satu bahasa dan bentuk tulisan sahaja...Bahasa Malaysia. Naik signboard jawi, bukan semua orang paham, naik signboard cina pun bukan semua orang paham.

Jadi, kita ambikla langkah, perkenalkan sesuatu yang semua orang boleh faham. Signboard satu bahasa sahaja. Harap PM Najib dengarlah cadangan aku ni.

Selamat Hari Malaysia. 

20 ulasan:

Master Yoda berkata...

Artikel ko ni mmg uuummmpphhh

Tanpa Nama berkata...

Ikut Tun Mahathir, Najib perlu turun terus - fixed

-thethinker- berkata...

Apa yg menjadikan Malaysia ni special ? Kerana perpaduan dlm kepelbagaian. Biarla nak variati mcm mana pun, tapi core kena maintain. Maksudnya, boleh ada jawi, Tamil, mandarin English, Urdu , Myanmar , tapi mesti WAJIB ada bahasa melayu . kits raikan kepelbagaian tanpa meninggalkan Asas tonggak bangsa

-thethinker- berkata...

Apa yg menjadikan Malaysia ni special ? Kerana perpaduan dlm kepelbagaian. Biarla nak variati mcm mana pun, tapi core kena maintain. Maksudnya, boleh ada jawi, Tamil, mandarin English, Urdu , Myanmar , tapi mesti WAJIB ada bahasa melayu . kits raikan kepelbagaian tanpa meninggalkan Asas tonggak bangsa

Hasyim berkata...

Aku ada kawan perempuan cina, dia cikgu, mengajar di sekolah menengah chong hua, subjek sejarah dan bahasa melayu.


Dalam satu kelas, dia kata dlm 30 org students yg dia ajar, cuma 5 org saja yg betul2 bg perhatian, yg lain mmg pulaukan dia. Kau tahu kerana apa?

Kerana dia mengajar guna bahasa melayu. Mereka cuma akan layan/beri perhatian klu dia mengajar dlm bahasa cina.

Kawan aku tu mmg rasa sangat sedih, aku pun tumpang simpati, tp dia cakap dia tak akan mengalah.

Belacak berkata...

Mantot,
Aku berkongsi sentimen yang sama.
Bila kita cakap macam ni, kita dikatakan pencacai kerajaan.
Perkara salah yang kerajaan lakukan, sememangnya kita tak bersetuju, tapi bukan bantah dia dengan cara yang kurang-ajar.

Pembangkang yang umumnya berbangsa Cina nampaknya telah bersatu. Liciknya mereka menggunakan objektif pilihanraya yang bersih (Bersih) namun mengipaskan kebencian kepada kerajaan umumnya berbangsa Melayu. Yang menyedihkan, bangsa Melayu sendiri menyokong membabi-buta. Dengan mudahnya bangsa Melayu kita sendiri menghalalkan yang haram demi perjuangan politik.

Ibu Hana berkata...

honestly tot.
apa ko tulis finally suara hati aku juga selama ni (ayat tak menahan)
bersih 4 bebaru ni terlalu byk agenda dan satu yg aku pasti adalah mereka (cha) mahu sistem pentadbiran, perundangan di tadbir oleh orang Cha

sebagai pekerja di company cha.
aku terpaksa akui tertekan gila setiap kali election ke. perhimpuann ke atau apa apa saja berkaitan dgn isu panas ni
kau nak bersuara pertahan ko akan lebur.
ko diam ko terbakar sendri dgn provokasi dorang.

smpai 1 tahap solat jumaat kena kondem, azan kena kondem
aurat wanita pun dipertikaikan kenapa bertudung lengan panjang
pelik,selama dorang duk malaysia takkan tak pernah jumpa kawan muslim
and kenapa bebaru ni je ko nak kondem islam tahap yg aku pun rasa dorang baru smpai malaysia dr planet .
honestly 90% cha dlm company aku, aku tak nmpak sorang pun neutral.semua racist.smpai tahap phobia aku nak baca wassap group opis aku.

bonus,benefit, tangga gaji of coz ada beza antara cha dan mim

aku takleh nafikan yg tu sebab aku tahu sbb aku keja dept tu.
cuma aku kena amanah simpan maklumat supaya tak timbulkan rasa puashati org lain walaupun hakikatnya org melayu mmg cepat berpuas hati
hmm...

Belacak berkata...

Kat mana nak tick Like kat comment Ibu Hana ni? :)

Ibu Hana,
Kita pulak yang Melayu ni rasa serba-salah. Nak suarakan rasa hati, takut dikatakan Racist dan kemudiannya diserang oleh mereka dan juga geng2 Melayu liberal. Tak suarakan, makin lama makin naik tocang.

Tanpa Nama berkata...

Hmm..byk yg da brubah dgn mantot. Aku follow blog ni dh lame.dr zaman ko brainwash supaya org tukar krajaan..aku ingt lg psan ko dlu'pilih yg lbih baik bkn yg pling baik.'

Pape pn mmg aku stuju dgn entri ni. Aku penah keje mcm2. Dr company multinasional smpai la company kecik yg ditdbir kaum bukit.mmg disaster. Mmg btul ibu hana ckp.Tang gaji tu mmg btul. Tu blum lg kene maki mcm lembu dgn kaum bukit. Kat kampeni multinational trselamat la sbb ad polisi xbleh mrh org bwhan.klau x kene penalti.time kasih org barat yg cipta system ni.

Cume nk tmbh sikit kat mantot.'Tah macam manalah kita, orang Melayu, boleh tahan apabila seorang bukan Islam, maki orang Islam yang lain "bodoh!" ? ' aku pn hrp bnda yg same dr ko mntot. Guna bahase sdap sikit ye pasni. :-)

-nur

Hazique Gerrard berkata...

Bro, sila define "menghalalkan yang haram" tu.

Kita tengok dari sisi parti yang memerintah, adakah menerima "derma" RM2.6b yang dikatakan untuk kegunaan parti tapi didebitkan ke akaun sendiri itu halal?

Tokwanden berkata...

Ko dah jumpa jalan pulang ke Mantot? Hahahahahaha... Kata bijak pandai, pengalaman seiring usia. If you know what I mean.

Hazique Gerrard berkata...

Tak semua Cina yang tak lancar bertutur dalam Bahasa Melayu tiada rasa semangat kebangsaan di hati mereka.

Benda ni berlaku dihadapan mata aku beberapa bulan yang lalu. Kawan2 share kesusahan seorang nenek tua MELAYU membesarkan beberapa orang cucu di rumah sewanya di area USJ. Memandangkan nenek tua ni tinggal tak jauh dari kawasan aku, maka aku serta isteri pergi menjenguk dan menghulurkan sedikit bantuan kepada nenek ni.

Dalam pada masa aku dan isteri berborak dengan nenek ni, tiba2 pintu rumah diketuk. Kelihatan seorang perempuan CINA bersama driver datang dengan bantuan dalam kotak2 yang besar. Setelah dijemput masuk, perempuan Cina tersebut dengan rendah diri menyatakan dia membuat kerja amal membantu orang susah. Aku boleh katakan kelancaran Bahasa Melayu perempuan Cina tersebut setaraf dengan budak sekolah menengah.

Selepas berborak beberapa minit, aku dapat korek dari perempuan Cina tersebut yang dia menetap di Country Heights, Kajang. Dan memang dia terlibat dalam kerja amal sepenuh masa, membantu orang susah tak kira bangsa.

Apa yang aku nak tekankan di sini ialah, penguasaan bahasa tak semestinya menunjukkan seseorang itu mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi. Apa yang penting adalah apa yang seseorang itu tunjukkan dengan perbuatan. Action speaks louder than words.

Tanpa Nama berkata...

satu lagi aku perasan...

seorang cina atau india yang bersekolah di sekolah rendah kebangsaan
lebih fasih berbahasa melayu dan kurang kasar...

Tanpa Nama berkata...

Ni pendapat aku je la kot..

Cina/india yg bekerja atau bersekolah dalam komuniti melayu, diorg ni minoriti. Aku rasa sebab tu diorg punya acuan jadi lain.

Sama konsep mcm budak melayu yg pegi SJKC/SJKT. Dia jadi minoriti kat dlm komuniti bangsa lain. Hasilnya?... Diorg jadi lain drpd budak2 melayu tipikal..

Pokok pangkalnya, bukan bangsa, bukan agama, bukan bahasa yg menentukan baik buruk seseorang tu. Tapi DIDIKAN dan AKHLAK individu tu sendiri... ☺

Tanpa Nama berkata...

Kita tak boleh generalise statement kata "melayu gini3" ataupun "cina gini3"

Ada uncle cina tua dekat nursery anak2 aku, tak berapa boleh cakap melayu. Aku cakap selamat pagi uncle, dia jawab "sama-sama" haha. Tapi dia friendly dan baik sgt. Kadang2 tolong angkat barang kalau banyak sgt yg aku angkut time tu.

Lagi satu kita tak boleh generalise semasa driving. Aku ada kawan ni suka betul cakap "b@ru@ punya c1n@" sbb drive mcm haram. Tapi dia tak sedar, dia sendiri drive mcm haram jugak.

So, ye, tu lah dia. Pokok pangkalnya, didikan dan akhlak. Hati mesti mau bersih, baru boleh bersatu padu. Yg aku nampak, melayu yang boleh cakap melayu sejak lahir ni pun berpecah-belah.....maki sana maki sini, gengster2 pukul sana sini... Jadi, marilah kita bersama-sama muhasabah diri dan perbetulkan akhlak masing2. Baru nanti boleh jadi bangsa Malaysia yang bertamadun (civilised)....

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa ada orang yang salah faham antara "semangat kebangsaan" dengan "semangat kemanusiaan" laa

Tanpa Nama berkata...

weeey ko dah mellow yellow
dah tak anti establisymen
ko dah aged
dah wise
bagusla


Tanpa Nama berkata...

banyak ke dapat job dengan gomen?

gula epal berkata...

Betul dan tak dapat dinafikan 100%

Tanpa Nama berkata...

Aku gi korea.. ade certain signboard ckp korea. tak phm. nk marah pun ada. napa tak tulis English. senang tuk foreigner paham.