Ogos 11, 2015

Apa Yang Pemalas Sangat Bini Kau Ni Sampai Hak Anak Pun Dia Tak Nak Bagi?

Masyarakat orang kita khasnya kaum ibu-ibu urban memang mudah melatah dalam sesetengah perkara. Sejak dari dulu aku memang jadi sasaran utama diorang apabila sampai waktu PMS diorang ni, contohnya apabila aku sokong "isteri perlu layan suami macam pelacur" atau kritik "mak-mak yang nak memperjuangkan bilik menyusu dekat shopping kompleks dengan menyusu depan orang ramai adalah mak-mak gila."

Baru aje ni pulak, seorang wanita berpangkat Ustazah menyuarakan mengenai kenapa ibu tidak sepatutnya memberikan susu lembu atau susu formula kepada anak dan mestilah memberikan susu ibu kepada anak, kerana jika tidak, anak dia akan hadam DNA lembu dan jadi degil.

Aku selalu pandang benda nasihat camtu sebagai satu faktor pendorong. Ada orang suka didorong secara keras, ada yang suka didorong secara lembut. Tapi tak ramai sebenarnya yang mahu membincangkan betul-betul macam mana kita nak selesaikan masalah ibu yang boleh menyusu tapi tak nak menyusu sebab dia rasa menyusu badan tu leceh.

Orang-orang macam ni lah sebenarnya yang aku rasakan target utama Ustazah tersebut dalam ceramahnya tempohari....ibu pemalas. Ibu yang lembu.

Orang wanita selalu ingatkan dalam bab menyusu ni, dia pegang authority 100%. Siapa ajar? Kau tau tak dalam bab menyusu anak-anak ni bapa pun ada kuasa dia?

Peranan paling penting sebagai seorang bapa dalam bab menyusu anak ni adalah sebagai kuasa veto jika kau dapat bini pemalas nak menyusu, kau sebagai suami yang sayangkan anak-anak sepatutnya PAKSA bini kau menyusu jugak.

Tak kiralah apa alasan yang isteri kau bagi, KAU PAKSA DIA MENYUSU KALAU DIA BOLEH MENYUSU.  Sebab itu hak anak kau dan kau sebagai bapa kena pertahankan.

Tapi bapa-bapa muda zaman sekarang takut bini, sayang bini sangat-sangat. Bini mengeluh sikit sebab tetek sakit, dah mula buatkan susu dalam botol.

Walaupun begitu, tugas bapa bukan hanya sekadar terhenti sebagai pemegang kuasa veto tersebut. Kau juga kena memainkan peranan kau yang paling penting di sini. Kau kena paham betapa lecehnya menyusukan anak ni jadi sebagai bapa, ada banyak benda yang kau kena buat. Aim kau mudah.

Jika isteri kau tak boleh buat sesuatu hanya sebab dia perlu menyusukan anak, kau gantikan dia buat. Yang penting, sasaran kau suami isteri, anak mesti cukup menyusu 2 tahun. Itu aim kau. Jangan ambik ringan.

Jadi bapa kena masak? Bapa kena gosok baju? Bapa kena lipat baju? Buatlah. Walaupun sebenarnya itu bukanlah tanggungjawab isteri tapi sebab budaya Melayu dah letak dekat isteri, jadi kau sebagai bapa kena pikul tanggungjawab. (aku ulang lagi sekali....sebenarnya tugas isteri hanyalah pastikan kau (bapa) kuat dan anak kau sihat) Kemas rumah ni bukan kerja isteri pun.

Masalahnya, bapa-bapa kat Malaysia ni, dia bajet dia King.

Dia nak gi kerja. Dia nak balik kerja. Dia nak makan. Dia nak romen. Dia nak tidur sekejap. Lepas tu dia nak bangun gi lepak dengan kawan-kawan sampai pagi. Repeat.

Mentaliti kau sebagai bapa kena la tukar sikit sebab kau ingat mudah nak menyusukan anak ni? Gila terkongkong rasanya menyusu anak ni terbaring macam orang sakit. Apatah lagi kalau kau dapat anak yang jenis nak melekap aje macam suction cup dekat areola.

Aku tegaskan lagi sekali, suami isteri perlu jadikan menyusu anak cukup 2 tahun tu target. Jangan dolak dalih kalau isteri kau mampu. Kalau isteri kau malas, paksa dia. PAKSA DIA. Jangan bagi can dengan dia kalau dia mampu tapi dia tak nak menyusu.

Sebab kat luar sana ramai orang yang nak menyusu tapi tak mampu, isteri kau senang-senang dia aje nak pilih tak nak menyusu padahal Allah dah bagi dia anugerah tu.

Kenapa kau perlu susahkan hidup kau suami isteri hanya sebab nak menyusu anak ni?

Aku malas nak letakkan buktilah, kajian saintifik pelbagai, sebab kau sendiri dah tau kebaikannya. Macam orang yang merokok dah tau keburukannya tapi dia masih buat, kau dah tau kebaikan susu ibu tapi masih nak ambik jalan pintas. Menyusu memang susah tapi kalau suami tu sokong 100% segala-galanya akan jadi lebih ringan. Tak mudah la. Memang perit.

Kau nak isteri kau galas 100% beban menyusu anak dan pada masa yang sama kau juga nak dia menyusu kau? Laki jenis apa kau ni?

Berbaliklah kepada kata-kata Ustazah berkenaan yang mengguris hati ramai ibu-ibu di luar sana. Apa dia cakap tu betul. Apa alasan aku kata benda tu betul?

Sebab dalam Islam, kalau kau tak mampu menyusukan anak kau, kau seeloknya carikkan anak kau ibu susuan lain. Kemudiannya, bila anak kau tu dah besar, dia tak boleh kahwin dengan anak kandung kepada ibu susuan dia.

Kenapa saintis?
Kenapa?

Padahal, mereka bukannya adik beradik kandung pun.

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mantot...kalau ko tak bukak bab politik, ko memang superb...mind ko bukan politician's mind...

Artikel ni aku approve...

Gwen Mahdi berkata...

sabaq...

MAT berkata...

Kali ni aku setuju dengan ko TOT....Betul cakap bro kat atas tu bila ko tak masuk bab politik ko memang terbaekk...ulasan ko semuanya aku boleh terima dan mudah dihadam oleh otak aku..posting kali ini aku nampak ada mesej yang mendalam macam kebaikan menyusu dan keburukan merokok tapi kenapa masih ramai orang kat luar sana dok menongkah arus.....good point there...
anyway KIPIDAP TOT.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum mantot. Aku harap ko baca ape yg aku tulis ni dgn brlapang dada sbb aku tgok penulisan ko skang lbh kpd mngejar trafik.

Dlam Islam sndiri takde hukum yg spesifik utk ibu yg x mnyusukan anak.Mesti..msti ade sebab kenapa Allah tak wajib kan je mnyusu anak ni.Pemikiran Allah melampaui akal manusia.Ko fkir scr logik dan melalu pengalaman ko sbb wife ko brjaya melepasi 2thun ekslusif bf tp jgn ko menidakkan penglaman ibu2 lain.Yang sakit, yg susah xde mase.tu pn masuk lg dpt bapa yg x brtnggungjwb.

Sedangkan ibu nabi sndiri tak mampu utk memberi susunya sendiri.Allah Maha Besar.Zaman nabi sendiri dia dh tunjuk contoh utk zmn akan dtg.

Pasal ibu susuan tu ade soaln yg brmain di fikiran aku;what if ibu susuan ni perangai dia x elok? Ape akan jadi kpd anak yg disusukan tu..

Allah xpenah mengharam kan susu lembu utk baby..juga tak penah ade hukum dosa utk x mnyusu anak.jd sapela kita nak mnglembukan bend yg xde hukum pn.

Baik abang mantot fokus utk menulis bnda yg jelas hukumnya especially kpd kaum suami dan bapa yg brtnggungjwb.Bini dan anak terabai.Pls educate them.

Dari pengalaman sekeliling yg aku tgok,ape la ertinya mnyusu bayi smpai 2 thun klau pembinaan sahsiah kat umah xde lngsung.Mak bapak cakap mncarut2. Ramai je tot yg cmni.aku still rase akhlak trbina dr suasana ibu ayah di rumah.Susu ibu btul trbaik.membekalkn nutrien dn beri baby antibodi yg kuat.tu x dinafika.fikir2kn mntot.Jgn riak dgn nikmat kita.Jgn hukum manusia sdgkan Allah pn x tetpkn hukum utk tu.

Wasalam -nur

Tanpa Nama berkata...

mantot ada mention - KAU PAKSA DIA MENYUSU KALAU DIA BOLEH MENYUSU. maknanya ini untuk ibu-ibu yang ada keupayaan untuk menyusu tapi tak nak menyusu.

mantot pun ada mention - kat luar sana ramai orang yang nak menyusu tapi tak mampu, isteri kau senang-senang dia aje nak pilih tak nak menyusu padahal Allah dah bagi dia anugerah tu.


Kalau memang dah usaha nak susukan anak, tapi takde rezeki sampai dia 2 tahun, or memang ada masalah untuk menyusukan, tak payah la terasa dengan post mantot ni. memang stress untuk ibu yang dah usaha untuk susukan anak tapi tak ada rezeki. mantot tulis untuk ibu yang ada rezeki susu tapi malas nak susukan anak. bacalah dengan berlapang dada juga...

nir berkata...

good job mantot pasai terangkan hal ni.

kepada saudari nur, Allah dah bagi jalan penyelesaiannya.
1) susu ibu kandung
2) Ibu Susuan
3) Susu kambing
4) susu lembu
5) last resort; susu yang diformula

ikut la step by step. kenapa kena skip sampai yang ke bawah sekali?

kenapa risau akhlak ibu susuan? patut risau akhlak susu binatang. dan nak hi-lite kat sini, SUSU FORMULA BUKAN SUSU REAL. seriusli tak paham. ibu susuan yg beragama islam takdak, boleh opt to ibu susuan bukan islam dengan mengikut syarat-syarat. cari ibu susuan, kenal family, fotostet i/c, surat beranak. isok ni anak nak nikah tengokla salinan i/c, surat branak yang dah ada tu. kalo takdak dalam simpanan go on n kawen.

tak paham kenapa berat sangat hukum tang ibu susuan sebab takut terkahwen dari bagi susu menatang.

Mantot berkata...

Cik Nur,
Tolong baca balik apa aku tulis tanpa sebarang emosi atau prejudis.

Terima kasih,
Mantot

Tanpa Nama berkata...

bgus..sokong 100%
bab ayah buat kerja rumah sb mak sibuk menyusu lg..thumbs up

klu mak mak yg pam susu kt opis, ayah2 patut byr tau.1oz rm1 jd laaaa..xmahal pun upah nya..brlah bermotivasi mak mak.bkn byk sgt pun..sehari 20-40oz jerr mak mak pamm


-zahra

alfsfr.ali berkata...

Kesian cik nur. Dia pandai menulis tapi tak pandai baca.

Tanpa Nama berkata...

pertamanya..aku sokong bf..tp setahu aku hukumnya bila ibu xnak susukan anak dia,wajib bapa cari ganti bagi susukan anak dia, jika xde jgk baru wajib atas ibu susukan anak dia. so isu paksa wife susukan anak mcm x betul kt situ,wallahualam. bab lain aku xde komen,bab hukum kita sama2 check biar betul.

jack

erlinda_fenomena berkata...

Setuju..tolong baca dengan mata hati bukan emosi..pada mak2 yg sentap je pasal bf..secara logik,ibu perangai,rasa2 nak ke susukan anak org??sy rasa 1% je ada perempuan macam ni..jangankan anak org,anak sendiri pun belum tentu..

Totol berkata...

Slm. Islam tu lengkap dan mudah. Bukan susu shj yg penting tapi proses penyusuan tu akan tingkatkan bond antara anak dengan ibu. Sebab kalau setakat susu ibu sekarang ni dah boleh beli(kat Mesia aku tk pasti). Apa pun kalu nak guna susu lain ibunya mesti menyusukan gak kalu tak tak dapat ikatan yg takda sesiapa mampu beri.

hani berkata...

Hmmm....masa ustazah tu bg pendapat aku rasa sakit ati tp bila mantot tulis ni...aku rasa setuju plak.
Maybe sbb mantot jelaskan yg tulisan nya ditujukan kpd ibu ibu yg sengaja malas menyusu bukannya main pakai pukul rata salahkan ibu yg dh berusaha tp takde rezeki juga nk BF.
Syabas mantot...
Tapi takleh salahkan ustazah tu 100% jugak..maybe dia tak sempat nk terangkan dlm slot yg ringkas.
Ataupun ustazah tu kene belajar mcmana nk terangkan dgn jelas kebaikan susu ibu dan encourage ibu yg bg anak susu formula ni dgn bgtau info psl ibu susuan (dr support group kat FB)Sy yakin ramai yg tak tahu sbb tu mereka rasa susah nk cari ibu susuan.Jgn terus fokus kpd keburukan susu formula...of course lah ibu ibu yg bg anak susu formula akan rasa down.Sapa tak marah kalau org kata disebabkan FM,anak akan mewarisi sikap pemarah lembu? Promote kebaikan susu ibu berbanding susu formula,bkn condemn terus susu lembu.
Lagipun kalau kita follow issue ni,ia dh melarat jd peperangan ibu BF vs FM.Tak bestlah camni.

Hani

Zamir Yusof berkata...

bagi aku mana2 yg nak pendapat, elok la lebihkan point kelebihan daripada keburukan.
ustazah tu cakap minum susu lembu boleh buat anak jadi degil, lagi elok kalau dia lebih fokuskan sebab apa susu ibu tu paling baik.

sama macam mantot dah mention bila melibatkan politik. instead of focusing sebab apa orang ni salah, fokus dekat pasal apa alternatifnya lagi baik...bukan hanya kondem sebelah pihak semata2.

Heart berkata...

Yang ni sy setuju sesangat.

Heart berkata...

Bila kata wajib tu...tolong sertakan hujah dalam quran atau hadith ye...

ecahnuar berkata...

Ulama berselisih pendapat tentang siapa yang wajib menyusukan bayi tadi. Adakah ibu atau orang lain.

Ada dua pendapat:-

Pendapat pertama: Tidak wajib ibu menyusu . Bapa wajib cari penyusu dikalangan ibu anak tadi atau dari perempuan lain. sekiranya ibu enggan menyusu, bapa wajib mencari penyusu lain.

Ini pendapat mazhab Syafie dan Hambali. Mereka mewajibkan ibu menyusu sekiranya ada salah satu sebab:

    Bapa tiada duit mengupah penyusu lain.
  Ada duit tapi tiada penyusu yang mahu.
   Sianak tak mahu penyusu selain ibunya.
Pendapat Kedua: Wajib Ibu sendiri menyusu. Ini mazhab Hanafi dan Maliki.

Dalil wajib menyusu 233 surah al-Baqarah

والوالدات يرضعن أولادهن حولين كاملين لمن أراد أن يتم الرضاعة

Hak  ibu meminta upah susuan

Mazhab syafie dan Hambali  memberikan hak kpd isteri yg menyusukan anaknya untuk meminta upah susuan mengikat harga semasa. Ini berdasarkan ayat Quran:

 فإن  أرضعن لكم فآتوهن أجورهن

“Sekiranya isteri2 menyusukan untuk anak2 suaminya hendaklah kamu (para suami) membrikan upahnya.” At-Talak ayat 6

KESIMPULAN

WAJIB BAPA MENCARI SUSU MANUSIA UNTUK ANAKNYA. SUNATNYA IBU YANG MENYUSUKAN. MASANYA SAMPAI SI ANAK SUDAH TIDAK MAHU SUSU IBU ATAU DAH LEBIH UMUR 2 TAHUN (YANG MANA SATU DULU). SIIBU YANG MENYUSU BERHAK MEMINTA UPAH SUSU MENGIKUT HARGA SEMASA.

ecahnuar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
annur fitrah berkata...

Dah lama tak jengah awak punya blog...tapi entry menjentik rasa saya nak singgah tengok jap...aittt, ayat-ayat macam dah berubah lak dari dulu-dulu.

Superhana berkata...

aslkm tot,
sbg seorang ibu muda (eceh)
personally aku nak ucap makasih kt ko dgn entry kali ni
aku tau byk lelaki baca blog ko.
semoga ada ilmu skit la kt deme yg sgt tipikal dengan power rangers dorang sebagai lelaki/suami/ayah

drpengalaman aku mmg menyusu bukan perkara mudah.penat nya boleh akucakap dr segi fizikal mental .kadang kadang boleh menangis sendiri sebab tertekan semua kerja rumah nak kena buat pending sebab ko kena menyusu . ye laaa...ms menyusu je aktiviti yg ibu ibu ni takleh buat keja lain.

kalo setakat cuci baju , ko boleh lg memasak la..menyapu... lap meja cuci toilet siapkan anak bagai.super multitasking.

bila aku pk balik secara positif sebenarnya bila menyusu anak ni Allah nak bg para Ibu rehat sebenarnya. menyusu anak ni pun cam terapi gak.ko pandang muka anak ko.mata dia.rambut dia.ko rasa bahagia.pompuan kan kuat dr segi perasaan dia.



Tanpa Nama berkata...

senang ko berkata kata mantot...cer ko try lpsni ade baby ko xpyh la bfeed dia..ko try bg susu formula...sbb tetek ko xde susu kn..ko try tu je..every two hours...smpaiiii 2 tahun..tgok ko larat x...bkn smua org pyabar wey...

Master Yoda berkata...

Tiada komen

Seorang Bapa berkata...

Bahaya kalau lihat dunia ni hitam dan putih sahaja. Sebab tu, dalam kes menyusu badan ni, Tuhan tak wajibkan sampai dua tahun. Ikut kemampuan diri dan keadaan dan tak perlu paksaan. (Sebab dalam artikel tulis BAPA KENA PAKSA BINI MENYUSU). AKu rasa ini saranan gila dari seorang yang baru bergelar bapa.

Gila apa nak kena berkeras dengan bini sampai tahap paksa. Jantan keparat namanya tuh.

Unknown berkata...

yang sentap adalah bini bini dan laki laki yang kurang ilmu penyusuan... dan yang memang takde motivasi nak bagi susu ibu pada anak masing masing..

Tanpa Nama berkata...

Takutla tu kene buat keje umah. Haha

Tanpa Nama berkata...

Dik, apa beza yang menyusu dan terdidik akhlaknya, dan yang tak menyusu dan terdidik akhlaknya. Janganlah kau bezakan yang menyusu dan teruk akhlak, dan yang tidak menyusu dan baik akhlaknya. Variables kau salah dan kucar kacir tu. Kita mahukan yang terbaik untuk generasi Islam kita.

Tanpa Nama berkata...

Em, betul tu variable yg salah.. patutla sy mcm susah nk digest apa yg nk disampaikan..

lina berkata...

Salam,

Good entry. Mohon share ye!Tq

ainie_pauzai berkata...

amboi mulut ko mantot....sedap sungguh kate kami ni pemalas. klu ko nak tahu,momen terindah pas aku beranakkan anak aku ialah ms aku dpt menyusukan dia. aku bdoa semoga cukup susu aku hingga anak aku 2 tahun. tp pas 6 bulan susu aku makin sikit.. aku makan ubat motilium la, jus kurma la, jus kasih adinda la, shaklee la..tp susu makin kering.. sebelum ni aku punyalah gigih ngepam susu kat opis.. klu susu bini ko banyak, ko tawarkan kt mane2 ibu supaya bini ko jadi ibu susuan. tak pun ko sendiri tak payah beli susu segar.. perah bini ko punya susu..pasni mulut tolong jaga sikit.. ko ingat para ibu ni sengaja ke taknak nyusukan penuh anak dia...sapa skarang aku tmimpi2 anak aku nyusukan aku...