Ogos 26, 2015

Ke Mana Sebenarnya Hala Tuju Perjuangan Bersih 4.0 Ni?

Kau akan sertai Bersih 4.0 pada 29 Ogos 2015 nanti?

Aku tak nampak ada feadahnya kali ini. Bersih dulu relevan kerana mereka ingin memperbaiki sistem pilihanraya dan mereka berjaya.

Kejayaan menang undi popular dalam PRU tempohari adalah sesuatu yang amat membanggakan walaupun itu hanyalah kejayaan saguhati. Macam menang friendly match bola.
Selepas last time aku sertai Bersih di mana buat pertama kalinya kita dapat berkumpul dalam Stadium Merdeka siap polis tolong jagakan kawasan, aku ada rasa sedikit gembira. "Ini yang kita mahu, ini yang aku mahu ." Fikir aku waktu tu la. Aku ingatkan itu titik perubahan. Aku silap. Kita semua silap.

Selepas beberapa tahun berlalu, aku tertanya-tanya dengan diri aku sendiri "apa sebenarnya tujuan Bersih 4.0 ni?" Kalau kau semak balik ;

Lima tuntutan Bersih 4.0:
* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara

Kau tak nampak ke itu 5 ayat yang cukup tak konkrit permintaan dia? Sebab tu lah, orang ramai ambik jalan senang..."JOM JOIN BERSIH 4.0 SUPAYA NAJIB TURUN!" Najib turun, ganti dengan Zahid Hamidi....adakah itu cukup untuk buat penganjur Bersih puas hati? Ye la...Najib dah turun.

Sudah tidak kelihatan isu atau cadangan yang benar-benar akan membantu mendatangkan perubahan pada sistem kita.  Tengok tuntutan sendiri diwujudkan dalam bentuk general point.  Tak konkrit. Cubalah kau compare dengan 8 tuntutan Bersih 2.0...nampakla the drop in quality-nya.

Bersih perlu kembali kepada asal. Ingat apa perubahan yang gerakan Bersih bawa dulu? Pengenalan dakwat kekal pada jari, pembersihan daftar pengundi dan beberapa perubahan kecil-kecilan lain. Itu perubahan yang akan bawa perubahan. Bukannya sekadar berkumpul ramai-ramai tanpa bawa apa-apa idea baru. Mana idea yang mampu buat orang ramai terfikir "oh betullah! Bagus jugak kalau sistem pemerintahan negara kita buat camni camni.."

KIta perlukan idea macam tu.
Kita kena wujudkan pemberontak yang guna mental dan tunjangnya idea. Idea lain dari yang lain.

Bukannya orang yang hanya tahu berhimpun tanpa diri sendiri tahu apa sebabnya nak berhimpun. Alih-alih nampak macam seolah sengaja nak mencari pasal. Aku tak nak kerajaan ini dijatuhkan secara kasar sebab nanti yang sakit, adalah orang Malaysia jugak. Marah dengan Najib satu hal...tapi kalau ada orang terkorban sebab ada perang saudara? Harap dijauhkanlah.

Suarakan idea la. Beritahu masyarakat apa perubahan yang rasa elok diajukan. Jika idea itu elok dan memang benar akan membawa perubahan ke arah kebaikan, aku pasti akan ramai orang menyokong idea tersebut.

Sayangnya....Bersih sekarang, hanyalah mesin propaganda . Serius aku tak nampak apa valuenya buat Bersih 4.0 ni. Nampak macam event seronok-seronok aje lah. Tayang gambar seluruh dunia yang pakai tshirt kuning. Tayang footage solidariti. Kononnya strong gila dia punya brotherhood....tapi, untuk apa sebenarnya ni? Dapat apa?

Sedihnya, oleh kerana orang ramai terlalu taksub nak jatuhkan Najib jadi diorang tak kira dah. Nak jatuhkan Najib aje la tujuan diorang ni berhimpun nanti.  Katakanlah Tuhan buka pintu hati Najib, malam merdeka tu, dia step down, letak Zahid Hamidi jadi PM pengganti dia......kau rasa kau nak buat lagi tak Bersih 5.0 ni?

Itulah persoalan pentingnya, bila Bersih nak berhenti dan kata "OK! Semua dah Bersih!" Bila? Aku nampak macam benda tu hanya akan berlaku...kalau BN jatuh aje ni, hehehe.


Sebab tu lah, nak lawan pemimpin kepala bana macam yang ada sekarang ni, guna idea. Angkat masyarakat. Tanam dalam kepala diorang yang perubahan tu bukan datang dari sogokan propaganda politician pembangkang yang nak naik berkuasa, tapi dari kesedaran orang ramai yang mahukan perubahan ke atas sistem yang sedia ada sekarang ni.


Baru la matlamat tu tak lari.

Aku akan join Bersih 4.0 kalau mereka perjuangkan;

a.  had tempoh kuasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada tiada had kepada 2 penggal sahaja.

b. semua parti politik perlu menyatakan siapa penaja parti mereka untuk pilihanraya. Ini boleh hentikan budaya projek diberi atas hutang kerajaan kepada pihak tertentu.

c. hak aku nak pilih Perdana Menteri aku. Aku nak ada calon yang aku boleh pangkah untuk jawatan Perdana Menteri sewaktu pilihanraya umum. Asyik2 orang UMNO yang pilih boring la.

d. pembahagian pecahan bilangan pengundi yang tidak sekata dengan lebih kuat. Mana boleh 5 ribu orang kat pedalaman Sarawak nilai undi dia sama dengan 25 ribu orang kat bandar besar untuk satu kerusi.

e. sistem debat dan hujah polisi sebulan sebelum setiap pilihanraya dan ini perlu disiarkan secara langsung untuk semua orang nilai.

f. Paling penting... aku tak nampak apa-apa akan berlaku kalau kau berkumpul dekat tempat yang sama. Nak ada perubahan? Gi buat kat Putrajaya. Buat depan Seri Perdana. Buat depan Mahligai Jabatan Perdana Menteri sebelah masjid tu. Itu baru a show of strength in statement.

Itu baru 6. Itu idea. Bukannya minta serkap jarang "saya nak pilihanraya yang adil" semata. Ada banyak lagi sebenarnya penambah baikan yang boleh diamalkan. Benda yang aku cukup frust, makin lama perjuangan Bersih ni makin bodoh. Kekurangan idea. Hanya sekadar nak  ajak orang berhimpun huha-huha. Isinya? Bagi masyarakat reason! Bagi lah masyarakat logiknya! Baru orang akan respon. Slow memang slow....tapi berkesan.

Ko gi Bersih 4.0 nanti kau tanyala sendiri peserta2 tu kenapa diorang berhimpun. Kau akan dapat pelbagai jenis jawapan dan pelbagai jenis pandangan yang tak selari dan berbeza kerana peserta tu sendiri tak ada hala tuju dan fokus untuk berhimpun.

Tujuan tak sama pun tak apalah...janji warna t-shirt sama, kan?

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oh yeah!!

Unknown berkata...

Well said bro. Salute.

Unknown berkata...

Well said bro. Salute.

Tanpa Nama berkata...

Demo Bersih yg dulu2 pernah buat kat stadium?? seriously? damn aku ketinggalan.Seingat aku, semua yg aku pernah pegi mesti kena belantan + tear gas.
tapi bg akula, buat lah Bersih smpai version 44 sekalipun, selagi aku masih terdaya, selagi kerajaan yg sama masih memerintah, aku tetap nak pergi jgk. Menghadirkan diri tunjuk solidariti lebih baik dari aku tak buat apa- apa. bagi aku la....

matt jack berkata...

Setuju dengan idea yg dilontarkan.......
Bersih 4.0 xnampak tujuan yg jelas

Tanpa Nama berkata...

Sapa kata najib turun zahid naik, come on bro.......muhidin is the deputy presiden beb......tak usah lah nak racun2 kan rakyat. Kami memikirkan generasi akan datang, anak cucu kita beb supaya ada maruah.

ob berkata...

Well said. Bersih 4 not in the right time nor for the right reason. Rasenye kita masih blum bole mengubah ape2 kali ni. Will see

zer berkata...

Xde tujuan bro..saje nk maintain momentum katanya

Totol berkata...

Slm. Setuju dan tak setuju. Setuju cadangan ko tapi tak setuju yg berdemo tak mendatangkan hasil. Sebab nak berdemo satu Malaya berbincang pasal kenapa kena berdemo, kenapa nak kena halang dan beribu lagi hal yg berkaitan. Mungkin dari segi mencapai matlamat tak clear tapi dari segi lain banyak perubahan yang dicapai. Ko ken bukak mata lebih sikit je.

Tanpa Nama berkata...

Tak p joint bersih kali ini kerana kelihatan dipacu oleh DAP. atau remote dap. Dah lah tu dia yang buat PR berpecah, nak remote melayu dan orang yang benar mahukan negara bersih . Macam merdeka yang dikecapi sepenuhnya dengan lahap oleh dap. Lagi satu tak suka dengan GHB yang nampak gah tapi pemecah "kesatuan menentang UMNO dan BN". Tunggu pru 14 nanti keputusannya tak kemana. Orang UMNO yang dah bercelaru juga lihat pembangkang semakin bercelaru. Mungkin 1 swing sahaja pembangkang akan jadi lebih kecil.

Tanpa Nama berkata...

Syirik namanya

Tanpa Nama berkata...

Haha skrg dah zahid