Julai 30, 2015

Neutralisasi Minda Rakyat Dari Kongkongan Fanataik Politik

1. Sehari dua ni penuh dengan parti-parti politik dan badan-badan politik yang berhaluan kiri nak mengajak orang ramai bantai Najib Razak.

2. Kita Lawanlah. Kita Kasi Undurlah. Kita Jatuhkanlah. Macam-macam jenis nama akan dimunculkan untuk jadi tagline perjuangan diorang.

3. Aku serius cakap.....aku dah boring dengan perjuangan parti politik yang corak perjuangannya adalah "anda perlu sokong kami sebab matlamat kami adalah menjatuhkan kerajaan dan itu juga adalah matlamat anda."

4. Beberapa tahun kebelakangan ni, oleh kerana reda sedikit arena politik negara kita, aku buat penilaian semula ke atas pegangan aku pasal politik.

5. Kau nak kata aku macai, katalah.

6. Pihak pembangkang memang tak ada tujuan. Tujuan mereka dari tahun 98 sehinggalah sekarang masih lagi "jom sertai kami jatuhkan kerajaan."

7. Aku rasa kita dah boleh evolve dari tagline nak jatuhkan kerajaan semata-mata dan boleh cuba beritahu kenapa kami rakyat perlu pilih anda.

8. Agenda menjatuhkan kerajaan kini adalah agenda anda semata-mata dan bukan lagi agenda orang macam aku.

9. Sebab pada aku, lagi elok kerajaan sedia ada kekal dan tolonglah jangan digantikan dengan pihak pembangkang.

10. Aku dah tak nampak kenapa pembangkang layak jadi kerajaan. Selepas hilang Anwar, hilang arwah Nik Aziz dan pelbagai pertikaian dalaman yang berlaku dalam pembangkang; apa lagi bukti yang menunjukkan kerajaan sedia ada lebih teruk dari kerajaan yang bakal pembangkang sediakan?

11. Jadi pembangkang pada ketika ini berbalik kepada cara lama mereka sebelum mereka mendapat hidayah : gunakan agenda jatuhkan kerajaan dan ajak orang ramai sama-sama join mereka.

12. Aku dah boring dengan perjuangan itu. Aku dah malas nak dengar "Jom kita lawan."

13. Aku nak dengar "Kenapa anda kena pilih kami?"

14. Jika alasan 1MDB adalah alasan kenapa aku perlu tukar kerajaan, itu masih lagi tak menunjukkan sebab kenapa KAU LAYAK JADI KERAJAAN.

15. Kenapa?

16. Sebab 2.6 billion? Sebab Rosmah kaki shopping? Rosmah gemok gedempol makan duit haram? Rosmah suruh orang amal hidup sihat tapi pinggang dia 56 inci?

17. Mana aku dapat 56 inci? Aku agak2 aje.

18. Politik kita kurangnya semangat integriti. Kita lagi teruk dari orang Kafir.

19. Orang takde agama pun kalau dia termakan amanah, dia sanggup  letak jawatan. Cuma mungkin...politik Melayu ni diamalkan sebegitu rupa, biar korup asal agenda Melayu tercapai..jadi kekurangan2 negatif ini dipejam sebelah mata?

20. Ya, memang tak patut pemimpin kita korup. Ya, kadang2 orang yang kita gelarkan kafir ada lebih banyak integriti berbanding pemimpin Melayu Islam ni. Tapi.....kalau kau tukar kerajaan sekarang ni......kau rasa pihak pembangkang pada ketika ni, mampu ke?

21. Atau diorang akan bertelagah sesama sendiri, berpecah dan kemudiannya buat parti pecahan Gerakan Harapan Terbaru, Democratic Islamic Party dan Parti Keadilan Yang Paling Adil Untuk Rakyat?

22. Bosan jadi rakyat negara tak ada tamadun macam ni.

23. Kerajaan mengamalkan korup. Pihak pembangkang pula menggunakan isu kerajaan korup supaya letak mereka jadi kerajaan.

24. Kenapa rakyat perlu pilih kau?

25. Di sinilah kesedaran rakyat sangat penting. Kita tak sepatutnya ada pemikiran seperti kelab fanatik bolasepak di mana kalah menang, kita kekal dengan pasukan kesayangan kita. Dalam politik, sebagai rakyat yang punya kuasa untuk mengundi, kau seharusnya menjadi the third force.

26. Kau sepatuytnya sedar yang kau tak ada allegiance dengan mana-mana parti dan pilihlah parti yang mana kau rasa dapat bawak Malaysia ke landasan yang betul.

27. Bukannya pilih parti yang tujuannya hanya nak letakkan diri dia sebagai kerajaan.

28. Kau nampak tak apa bezanya tu?

29. Aku rasa majoriti kita mengundi kerana kita nak certain-certain parti bentuk kerajaan. Kita rasa kecewa bila kerajaan tak dapat dibentuk, especially penyokong pembangkang PRU lepas. (aku pun sama) Kecewa habislah bila pembangkang tak dapat bentuk kerajaan....

30. Tapi nilaikan diri sendiri balik......masa kau mengundi dulu, kau nak pembangkang bentuk kerajaan atau kau nak BN jatuh?

31. Aku nak BN jatuh.

32. Jika kau tanya aku "kau nak BN jatuh atau kau nak pembangkang bentuk kerajaan sebenarnya ni?" aku akan jawab "Aku nak BN jatuh."

33. Tapi aku tak nampak implikasi lain yang boleh berlaku jika kerajaan bertukar pada waktu itu.

34. Tengok pembangkang sekarang dah la. Belum dapat jadi kerajaan pun.....dah caca merba. Kau bayangkan macam mana bila ada kuasa dalam tangan diorang?

35. Jadi untuk tempoh masa akan datang ni, ada eloknya kita ambil sikap neutral. Biarkanlah dua parti ni bergaduh nak menjatuhkan sesama sendiri. Kita sebagai rakyat yang tak ada keahlian mana-mana parti, kita duduk tepi, tengok dan nilaikan sendiri.

36. Buatlah keputusan ikut apa yang diorang akan buat dalam tempoh 3 tahun ni.

37. Yang aku tau, aku dah tak nak ambik port perjuangan politik yang berniat nak menjatuhkan orang lain supaya rakyat letak dia jadi orang besar.

38. Aku nak tengok polisi. Aku nak tengok kesepakatan.

39. Mungkin juga aku dah muak tengok pemimpin2 kita ni mudah benar ubah prinsip apabila ada sesuatu keadaan yang menguntungkan diorang dan diorang akan jaja benda tu seolah-olah menguntungkan rakyat juga.

40. Politik bagi rakyat rasa "sentimen puas hati sebab dendam dah berbalas" ni eloklah ditamatkan. Siapa yang mula hentikan dulu dan lawan politik guna polisi pembangunan masyarakat, dialah yang layak kau sokong pada pilihanraya akan datang.

41. Pipe dream pun pipe dreamlah.

42. Balik-balik BN, Pakatan atau NGO anak muda yang caranya kurang adab nak jadi kerajaan. Kalau dari awal kau tak boleh ikut peraturan apa pula ceritanya bila kau sendiri jadi penggubal peraturan?

43. Ajak orang lawan pada ketika ini...tapi apa yang akan berlaku kalau satu hari nanti, orang lain ajak lawan kau pulak?


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku setuju ngan kau tot. kalau dah pembangkang sekarang pun macam lebih kurang sama je ngan yang ada sekarang, camana nak memerintah negara kalau kita TUKAR pun? mampu ke diorang nak uruskan hal negara walaupun parit sendiri kacau bilau?

aku rasa ni hal keturunanlah. kalau lah kita ni mat saleh, bukan MELAYU atau kita ni orang jepun, atau cina singapore, aku rasa kita pun boleh maju macam negara depa.

zzzz berkata...

for the first time, aku rak setuju dengan kau

Totol berkata...

Salam, aku tak setuju dengan ko sebab Pembangkang tak pernah memerintah Malaya ni so there's no prove that they are the same as Najib dan konco2nya. Bagi aku alasan tu shj dah cukup utk aku memangkah lain dari BN.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tot...
Kali ini aku tak setuju dengan statement ko..
Walau macamana sekalipun kerajaan yang ada sekarang wajib dijatuhkan.
Ko ni dah macam kena air jampi Harin Don tu ja aku tengok.
Come onlah bro...hidup biar ada prinsip.
Demi sebuah negara yang baik untuk anak cucu kita nanti...
Chow.

zer berkata...

Aku pun setuju ngan ko tot..pembangkang yg buat diorang nampak tak layak.ngo yg pro diorang pun nampak kurang ajar.adam adli,chegu bard..buat aku menyampah.taktau la diorang nk follow budaya mana tp bagi aku pendekatan diorang tak sesuai

Tanpa Nama berkata...

Salam tot,

I'm your followers since 2008.

"With age comes wisdom"

All the best tot.

Hanz Edison berkata...

aku x heran kalau NGO yg support pembangkang ni nampak mcm kurang ajar.
pasal dorang elok2 dibalas dgn cara yang kurang ajar gak.
dtg baik2 nk tegur govmt, dorang kena sepak, nk cakap soal politik x leh, nk nasihat xleh, umur dh cukup tp xleh berpolitik pasal student, mcm2 lagi la.

dan mmg dh lama rakyat memendam rasa dgn apa yg govmt buat. dlm berjuta2 rakyat yang marah, jgn pulak rasa pelik bila yg meloncat marah mcm tu.

ingat kalo dtg ckp baik2, dorg akan dilayan dgn elok ker?

kepada Mantot,
ini politik ada byk kemungkinan dan percaturan dan ada byk fitnah dan ada byk kecenderungan.
kita ni semut je pun. kalo org nk support pembangkang snn nk BN jatuh ker, nk ada pemimpin baru ke, itu semua masing punya hal.

ko nk ikut ko punya ideology stay dgn gov skrg, silakan.
org x puas hati dgn UMNO BN, itu hal kebanyakan org.
psl org nk jatuhan BN pasal ekonomi semasa. yg gadoh2 tu, sesama UMNO BN pun ngah perang besar.
ko xde point kat situ

fatimaa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fatimaa berkata...

Mantot....sapa yg tulis this entry....very wise and matured.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dulu ramai yang bermentaliti Najib akan dapat membawa yang terbaik untuk Malaysia, akan jadi antara yang PM yang terbaik, namun kini terbukti SALAH (ekonomi, nilai ringgit, felda, 1MDB dll)..so boleh jadi mentaliti yang mengatakan "pembangkang x reti memerintah, x ada wakil PM, x ada itu dan ini" ADALAH SALAH.....

Cmonlah...yang kita rasa betul tu salah akhirnya, entah2lah apa yang kita rasa salah tu betul...yang penting bagi peluang dulu...