"Dahaga bro. Dahaga!" John menunjukkan tekaknya.
"Semenanjung ini panas," Ricky mengangguk. "Lain benar dengan negeri kita, ya?" John mengangguk lagi.
"Aku nak beli air lah..." John memohon rakannya memberhentikan kenderaan. Kereta sewa mereka berhenti di sebuah kedai runcit yang agak kecil. Seorang kakak berumur 40an menjaga keseorangan di dalam kedai tersebut.
"Kak, air mineral sejuk ada kak?" tanya John. Ricky disebelahnya meninjau bahan makanan untuk dijamah dalam perjalanan mereka yang masih panjang lagi.
"Tak ada," kakak itu memandang telefonnya sambil menjawab, langsung tidak memandang wajah John.
"Yang tak sejuk ada kak?" tanya John lagi. Kakak itu menjenguk ke arah kanan. "Habis jugak."
"Itu air apa kak?" tanya John sambil jarinya menuding ke arah botol air berwarna cerah berisi air.
"Itu air Anihijrah. Bukan air mineral biasa tu," kata kakak itu.
"Tapi masih air kan kak?" tanya Ricky lagi. Kakak itu mengangguk malas.
"Bagi saya dua botol kak, kau ok kan Rick air Anihijrah?" tanya John pada Ricky.
"Ok," Ricky mengangguk. "Kami tak minum air bergula kak, dah memang dari kecil begini." Sambil John menyelongkar dompetnya, dia bertanya berapa harganya.
"RM10." Kakak itu mengambil kedua-dua botol lalu dimasukkan ke dalam plastik. Kaget sebentar John dan Ricky. "RM5 sebotol?" fikir John dan Ricky. Tapi oleh kerana terlalu kehausan mereka menghulurkan not merah kepada kakak tersebut lalu berjalan kembali ke kereta.
"Air apa ni? Mahalnya?" tanya Ricky. John hanya menggelengkan kepala. Penutup botol diputar ketika mereka sudah melabuhkan punggung ke kerusi dan enjin kereta dihidupkan.
Gluk gluk gluk gluk. Air Anihijrah diteguk.
"Tak ada bezanya? Macam air biasa aje kan?" tanya John. Ricky mengangguk. Dah habis separuh botol diminum barulah dia perasa tulisan yang tertera pada botol.
"Oh my God. Jesus! John!" jerit Ricky. "Ini holy water orang Melayu! Oh no oh no oh no!"
"Haa!" Tersembur air dari mulut John. "Oh shit oh shit! Jalan Ricky. Kita cari paip cuci mulut kita."
"Aduh-aduh. Mereka kata jika orang Kristian minum holy water orang Melayu nanti kita tak boleh sebut nama Jesus Christ! Oh no..." gelabah Ricky.
"Itu bukan yang teruknya, yang teruknya, kita nanti tak boleh baca Bible..." kata John.
Ricky memandu pantas mencari paip air untuk mencuci mulut mereka sebelum kesan air Anihijrah meresap ke dalam badan mereka dan menukarkan agama mereka secara semulajadi.
"Aku tak mahu lidah aku hitam John!" jerit Ricky sambil John menyapu-nyapu lidahnya, membuang titisan air yang melekat pada mulutnya.
9 ulasan:
Ayam halal sembelih cara Islam, dibaca doa , tapi awat cina babi makan beribu ekor pun tetap suka makan babi, suka sembahyang Tua pek Kong... Tapi, org kita minum air holy terus jadi Kristian, tgk bible kuasa solar,terus hallelujah.. Power kita tak cukup kuat kot... Mat, pasang kuat sikit speaker surau tuu, kita ceramah kuat kuat kat jiran ahbeng, ahmeng, ramu, Singh yg tak sunat note kulup tu... Takbir !
air hsuci kristian takdak kuasa..
entah apa melayu takut air suci kristian macam takut dap..
Mungkin inilah kesan dek kerna takutkan makhluk melebihi Tuhan sndri. Iman sndri lemah, cover dgn sbb benda lain, pastu X dpt mkn anggur kata anggur tu masam.
Drp,
RYSMHP
bangkai jugak post nih,....bwahahahahaha...holy water orang melayu yeh...good one. Dengan ibu jari kaki aku angkat
ko ni Mantot, kemain lg sinis cerita ko
apa niat sebenarnya posting ni?
anon 12:06..
apa yg hang dapat dari posting ni ?
1. Holy Water Melayu mahal , holy water Kristian FREE
2. Holy water melayu tak cukup power sbb kafir minum tetap kafir; tetap boleh sebut jesus christ , masuk gereja tengok bible dan paling best tetap boleh makan babi
3. Holy water kristian power , lepas melayu minum terus jadi kafir , tak boleh sebut Allah ,tak tahan baca Quran dan paling teruk lidah hitam . cuma tak leh speaking england je
4. ....................... ini semua agenda Yahudi kerana takut kebangkitan Islam dari timur dimana bani melayu bakal mengoncang dunia
Ehehehahahaha..
Point No.1 thethinker- mmng tumbuh mcm cendawan, siap ada yg jual borong dlm gelen.
Cerpen Raya - Non Muslim pegi beraya rumah Melayu, lepas tu cpt2 cuci siap samak sudu, gelas, pinggan yg digunakan (cerita benar)
Catat Ulasan