November 04, 2016

Apa Reaksi Kita Jika Sistem Manfaat Perlindungan Pemberhentian Kerja Diperkenalkan di Negara Kita?


1. Apa pandangan anda kalau kerajaan kita memperkenalkan "sistem perlindungan hilang pekerjaan" ?

2. Satu sistem di mana rakyat yang hilang pekerjaan, hidupnya ditanggung oleh kerajaan selagi mereka tidak mendapat peluang pekerjaan...

3. Dan syaratnya, mereka perlu membuktikan ada permohonan kerja dilakukan.

4. Pasti ada yang dah terfikir "mesti ramai yang akan salah guna."

5. Ada juga yang akan fikir "bagus juga buat begitu. Akhirnya ada juga sistem ni."

6. Sayangnya, ada juga yang akan fikir "yes. Peluang melepak sambil ada gaji jalan.

7. Untuk sebuah masyarakat yang kerapkali menyalahkan kerajaan dalam semua perkara, mari kita lihat apa penilaian kita pada diri kita sendiri.

8. Apa reaksi pertama anda tadi terhadap cadangan aku tu? Poin 4,5 atau 6?

9. Pandangan mana yang anda rasakan majoriti?

10. Bagaimana tahap kepercayaan kita kepada kita sebagai sebuah masyarakat?

11. Sekarang cuba bezakan kita dengan orang Finland yang diidolakan sistem pendidikan dia atau kita dengan masyarakat Jepun yang amat terkenal dengan budaya dan disiplin mereka.

12. Ada beza?

13. Kita rasa kita kurang, setara atau kita lebih hebat?

14. Mesti anda pernah nampak orang lain atau mungkin anda sendiri ada kongsikan pepatah...

15. "Aku berjalan ke negara bukan Islam dan aku nampak Islam, aku berada di Malaysia aku tak nampak Islamnya."

16. Ini masalah aku pasal mereka yang bersetuju dengan ayat ni;

17. Anda agama apa?

18. Kalau anda tak nampak Islam dekat negara sendiri, kenapa nak menuding jari pada orang lain?

19. Kita ada satu masalah besar berkaitan jiwa.

20. Kita senantiasa rasa tak cukup, kita senantiasa rasa tak puas hati, kita selalu mencari pihak untuk dipersalahkan atas rasa tak cukup dan tak puas hati kita.

21. Yang paling teruk, kita selalu mahukan apa yang orang lain ada.

22. Sedangkan kuasa untuk ada apa yang kita mahukan itu sebenarnya ada pada tangan kita.

23. Anda tak nampak Islam di negara kita kerana apa sebenarnya?

24. Tak ada orang boleh buat rumah anda nampak Islamnya melainkan anda sendiri Islamkan rumah anda.

25. Orang kita bila ramai pergi oversea, dia balik buat perbandingan.

26. Kririk sana, kritik sini. Sana tak betul, sini tak betul. Duk tanya kenapa orang kita camni, camtu. Duk nampak yang luar baik.

27. Tapi bila dia dah balik sini, dia buat balik tabiat lama dia. Yang berubah tu pandangan dia aje. Mata terbuka. Hati tertutup balik.

28. Jadi katakanlah kita ambil satu sistem dari luar seperti contoh yang aku berikan di atas sana tu;

29. Sistem tu baik sebenarnya dan banyak akan membantu orang yang hilang pekerjaan.

30. Tapi nak tak nak kita sendiri walau macam mana pun nak tolong orang susah, kita akan ada perasaan skeptikal tu.

31. Patut tak kalau aku mintak kita buang skeptikal tu untuk kerajaan boleh wujudkan sistem yang aku sebutkan tu?

32. Atau anda rasakan masyarakat kita belum bersedia? Kenapa pula kita rasa kita belum sedia?

33. Bila kita nak kata kita dah sedia? Orang dah hilang pekerjaan dah ni, anak bini nak makan apa. Nak tolong ke tidak ni wahai masyarakatku?

2 ulasan:

INNANIE ARIFFIN berkata...

Semua perkara memang ada pro dan kontra. Memang betul, perangai orang kita suka berburuk sangka... sebab kita sendiri akan buat perkara begitu sebenarnya jika terjadi kan.

Sama-sama pilih jalan yang terbaik

Unknown berkata...

Kerajaan yang jujur akan melahirkan rakyat yg jujur.begitu sebaliknya rakyat yang buruk perangai akan melahirkan kerajaan yang buruk.setiap keluarga kena jadi baik dah tentu apa sahaja program akan menjadi baik