1. Touch n Go adalah satu sistem di mana kau bayar dulu, kau pakai kemudian. Macam prepaid. Cuma baiknya sikit, TnG takde expiry date.
2. Tapi apabila majoriti tol sudah mula menggunakan sistem TnG secara compulsory, ada perubahan yang perlu dilakukan.
3. Sistem rebate yang lebih baik dan lebih besar perlu diperkenalkan. Sebab, akan makin ramai ramai jadi "investor" dan "pemodal" kepada syarikat TnG.
4. Aku juga percaya yang syarikat konsesi lebuhraya mampu memberikan satu pakej di mana ada rebate bertingkat....cthnya, lalu tol ni 30 kali, rebate 30% selepas tu, lalu tol ni 20 kali, rebate 20% selepas itu...sebagai contoh lah.
5. Dari perspektif masyarakat pula, compulsory TnG adalah satu benda yang bullshit sebab bukan semua orang lalu tol hari-hari. Apatah lagi bila di Jambatan Pulau Pinang, nilai minima topup adalah RM50. Mula2 memang satu tempat...kemudian hatri?
6. Untuk mengurangkan kadar bullshit ni especially kepada orang luar bandar yang terpaksa isi TnG semata nak lalu bandar....BENARKAN MEREKA RETURN SEMULA KAD DAN DAPAT SEMULA NILAI ISIAN DALAM BENTUK TUNAI.
7. Suka hati la. Duit kitorang apa? Apahal pulak takleh nak return balik? Nak return balik tu pun...mudahkan la. Ni nak kena isi borang, nak kena ke situ, nak kena ke sini. Tah kenapalah dekat Malaysia ni bila bab nak claim balik duit terlebih, punyalah susah. Nasib baik pengalaman aku sebagai ejen dengan Prudential BSN Takaful senang. Dah terbayar, nak kansel ke, cek laju aje keluar.
8. Dari segi mentaliti pula, mungkin kau tak perasan....bila kau guna TnG ni, kau tak keep track pun berapa nilai keluar masuk kad kau. Kau hanya peduli berapa baki yang tinggal, betul?
9. Jadi sedikit sebanyak, bila kau menggunakan TnG ni, walaupun kos tol naik, kau takkan terasa kenaikan dia. Sebab kau hanya bayar dan lihat baki. Ada kemungkinan kau tak perasan pun yang tol tu naik. Kemudian, sampai satu detik kau terfikir, "eh...apasal cepat benar TnG aku ni habis?"
10. Itulah hikmahnya kot tol naik dan pakai TnG ni. Kalau itu kau boleh kategorikan sebagai hikmah.
11. Kau bukak laman FB Touch N GO. Kau mintak rebate. Kau mintak benefit. Kau mintak la apa saja kau nak. Jangan la duk kutuk Najib saja. Najib bukan boleh buat apa pun sebab perjanjian konsesi dah pun wujud sebelum dia jadi PM lagi pun.