Ogos 26, 2015

Ke Mana Sebenarnya Hala Tuju Perjuangan Bersih 4.0 Ni?

Kau akan sertai Bersih 4.0 pada 29 Ogos 2015 nanti?

Aku tak nampak ada feadahnya kali ini. Bersih dulu relevan kerana mereka ingin memperbaiki sistem pilihanraya dan mereka berjaya.

Kejayaan menang undi popular dalam PRU tempohari adalah sesuatu yang amat membanggakan walaupun itu hanyalah kejayaan saguhati. Macam menang friendly match bola.
Selepas last time aku sertai Bersih di mana buat pertama kalinya kita dapat berkumpul dalam Stadium Merdeka siap polis tolong jagakan kawasan, aku ada rasa sedikit gembira. "Ini yang kita mahu, ini yang aku mahu ." Fikir aku waktu tu la. Aku ingatkan itu titik perubahan. Aku silap. Kita semua silap.

Selepas beberapa tahun berlalu, aku tertanya-tanya dengan diri aku sendiri "apa sebenarnya tujuan Bersih 4.0 ni?" Kalau kau semak balik ;

Lima tuntutan Bersih 4.0:
* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara

Kau tak nampak ke itu 5 ayat yang cukup tak konkrit permintaan dia? Sebab tu lah, orang ramai ambik jalan senang..."JOM JOIN BERSIH 4.0 SUPAYA NAJIB TURUN!" Najib turun, ganti dengan Zahid Hamidi....adakah itu cukup untuk buat penganjur Bersih puas hati? Ye la...Najib dah turun.

Sudah tidak kelihatan isu atau cadangan yang benar-benar akan membantu mendatangkan perubahan pada sistem kita.  Tengok tuntutan sendiri diwujudkan dalam bentuk general point.  Tak konkrit. Cubalah kau compare dengan 8 tuntutan Bersih 2.0...nampakla the drop in quality-nya.

Bersih perlu kembali kepada asal. Ingat apa perubahan yang gerakan Bersih bawa dulu? Pengenalan dakwat kekal pada jari, pembersihan daftar pengundi dan beberapa perubahan kecil-kecilan lain. Itu perubahan yang akan bawa perubahan. Bukannya sekadar berkumpul ramai-ramai tanpa bawa apa-apa idea baru. Mana idea yang mampu buat orang ramai terfikir "oh betullah! Bagus jugak kalau sistem pemerintahan negara kita buat camni camni.."

KIta perlukan idea macam tu.
Kita kena wujudkan pemberontak yang guna mental dan tunjangnya idea. Idea lain dari yang lain.

Bukannya orang yang hanya tahu berhimpun tanpa diri sendiri tahu apa sebabnya nak berhimpun. Alih-alih nampak macam seolah sengaja nak mencari pasal. Aku tak nak kerajaan ini dijatuhkan secara kasar sebab nanti yang sakit, adalah orang Malaysia jugak. Marah dengan Najib satu hal...tapi kalau ada orang terkorban sebab ada perang saudara? Harap dijauhkanlah.

Suarakan idea la. Beritahu masyarakat apa perubahan yang rasa elok diajukan. Jika idea itu elok dan memang benar akan membawa perubahan ke arah kebaikan, aku pasti akan ramai orang menyokong idea tersebut.

Sayangnya....Bersih sekarang, hanyalah mesin propaganda . Serius aku tak nampak apa valuenya buat Bersih 4.0 ni. Nampak macam event seronok-seronok aje lah. Tayang gambar seluruh dunia yang pakai tshirt kuning. Tayang footage solidariti. Kononnya strong gila dia punya brotherhood....tapi, untuk apa sebenarnya ni? Dapat apa?

Sedihnya, oleh kerana orang ramai terlalu taksub nak jatuhkan Najib jadi diorang tak kira dah. Nak jatuhkan Najib aje la tujuan diorang ni berhimpun nanti.  Katakanlah Tuhan buka pintu hati Najib, malam merdeka tu, dia step down, letak Zahid Hamidi jadi PM pengganti dia......kau rasa kau nak buat lagi tak Bersih 5.0 ni?

Itulah persoalan pentingnya, bila Bersih nak berhenti dan kata "OK! Semua dah Bersih!" Bila? Aku nampak macam benda tu hanya akan berlaku...kalau BN jatuh aje ni, hehehe.


Sebab tu lah, nak lawan pemimpin kepala bana macam yang ada sekarang ni, guna idea. Angkat masyarakat. Tanam dalam kepala diorang yang perubahan tu bukan datang dari sogokan propaganda politician pembangkang yang nak naik berkuasa, tapi dari kesedaran orang ramai yang mahukan perubahan ke atas sistem yang sedia ada sekarang ni.


Baru la matlamat tu tak lari.

Aku akan join Bersih 4.0 kalau mereka perjuangkan;

a.  had tempoh kuasa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada tiada had kepada 2 penggal sahaja.

b. semua parti politik perlu menyatakan siapa penaja parti mereka untuk pilihanraya. Ini boleh hentikan budaya projek diberi atas hutang kerajaan kepada pihak tertentu.

c. hak aku nak pilih Perdana Menteri aku. Aku nak ada calon yang aku boleh pangkah untuk jawatan Perdana Menteri sewaktu pilihanraya umum. Asyik2 orang UMNO yang pilih boring la.

d. pembahagian pecahan bilangan pengundi yang tidak sekata dengan lebih kuat. Mana boleh 5 ribu orang kat pedalaman Sarawak nilai undi dia sama dengan 25 ribu orang kat bandar besar untuk satu kerusi.

e. sistem debat dan hujah polisi sebulan sebelum setiap pilihanraya dan ini perlu disiarkan secara langsung untuk semua orang nilai.

f. Paling penting... aku tak nampak apa-apa akan berlaku kalau kau berkumpul dekat tempat yang sama. Nak ada perubahan? Gi buat kat Putrajaya. Buat depan Seri Perdana. Buat depan Mahligai Jabatan Perdana Menteri sebelah masjid tu. Itu baru a show of strength in statement.

Itu baru 6. Itu idea. Bukannya minta serkap jarang "saya nak pilihanraya yang adil" semata. Ada banyak lagi sebenarnya penambah baikan yang boleh diamalkan. Benda yang aku cukup frust, makin lama perjuangan Bersih ni makin bodoh. Kekurangan idea. Hanya sekadar nak  ajak orang berhimpun huha-huha. Isinya? Bagi masyarakat reason! Bagi lah masyarakat logiknya! Baru orang akan respon. Slow memang slow....tapi berkesan.

Ko gi Bersih 4.0 nanti kau tanyala sendiri peserta2 tu kenapa diorang berhimpun. Kau akan dapat pelbagai jenis jawapan dan pelbagai jenis pandangan yang tak selari dan berbeza kerana peserta tu sendiri tak ada hala tuju dan fokus untuk berhimpun.

Tujuan tak sama pun tak apalah...janji warna t-shirt sama, kan?

Ogos 11, 2015

Apa Yang Pemalas Sangat Bini Kau Ni Sampai Hak Anak Pun Dia Tak Nak Bagi?

Masyarakat orang kita khasnya kaum ibu-ibu urban memang mudah melatah dalam sesetengah perkara. Sejak dari dulu aku memang jadi sasaran utama diorang apabila sampai waktu PMS diorang ni, contohnya apabila aku sokong "isteri perlu layan suami macam pelacur" atau kritik "mak-mak yang nak memperjuangkan bilik menyusu dekat shopping kompleks dengan menyusu depan orang ramai adalah mak-mak gila."

Baru aje ni pulak, seorang wanita berpangkat Ustazah menyuarakan mengenai kenapa ibu tidak sepatutnya memberikan susu lembu atau susu formula kepada anak dan mestilah memberikan susu ibu kepada anak, kerana jika tidak, anak dia akan hadam DNA lembu dan jadi degil.

Aku selalu pandang benda nasihat camtu sebagai satu faktor pendorong. Ada orang suka didorong secara keras, ada yang suka didorong secara lembut. Tapi tak ramai sebenarnya yang mahu membincangkan betul-betul macam mana kita nak selesaikan masalah ibu yang boleh menyusu tapi tak nak menyusu sebab dia rasa menyusu badan tu leceh.

Orang-orang macam ni lah sebenarnya yang aku rasakan target utama Ustazah tersebut dalam ceramahnya tempohari....ibu pemalas. Ibu yang lembu.

Orang wanita selalu ingatkan dalam bab menyusu ni, dia pegang authority 100%. Siapa ajar? Kau tau tak dalam bab menyusu anak-anak ni bapa pun ada kuasa dia?

Peranan paling penting sebagai seorang bapa dalam bab menyusu anak ni adalah sebagai kuasa veto jika kau dapat bini pemalas nak menyusu, kau sebagai suami yang sayangkan anak-anak sepatutnya PAKSA bini kau menyusu jugak.

Tak kiralah apa alasan yang isteri kau bagi, KAU PAKSA DIA MENYUSU KALAU DIA BOLEH MENYUSU.  Sebab itu hak anak kau dan kau sebagai bapa kena pertahankan.

Tapi bapa-bapa muda zaman sekarang takut bini, sayang bini sangat-sangat. Bini mengeluh sikit sebab tetek sakit, dah mula buatkan susu dalam botol.

Walaupun begitu, tugas bapa bukan hanya sekadar terhenti sebagai pemegang kuasa veto tersebut. Kau juga kena memainkan peranan kau yang paling penting di sini. Kau kena paham betapa lecehnya menyusukan anak ni jadi sebagai bapa, ada banyak benda yang kau kena buat. Aim kau mudah.

Jika isteri kau tak boleh buat sesuatu hanya sebab dia perlu menyusukan anak, kau gantikan dia buat. Yang penting, sasaran kau suami isteri, anak mesti cukup menyusu 2 tahun. Itu aim kau. Jangan ambik ringan.

Jadi bapa kena masak? Bapa kena gosok baju? Bapa kena lipat baju? Buatlah. Walaupun sebenarnya itu bukanlah tanggungjawab isteri tapi sebab budaya Melayu dah letak dekat isteri, jadi kau sebagai bapa kena pikul tanggungjawab. (aku ulang lagi sekali....sebenarnya tugas isteri hanyalah pastikan kau (bapa) kuat dan anak kau sihat) Kemas rumah ni bukan kerja isteri pun.

Masalahnya, bapa-bapa kat Malaysia ni, dia bajet dia King.

Dia nak gi kerja. Dia nak balik kerja. Dia nak makan. Dia nak romen. Dia nak tidur sekejap. Lepas tu dia nak bangun gi lepak dengan kawan-kawan sampai pagi. Repeat.

Mentaliti kau sebagai bapa kena la tukar sikit sebab kau ingat mudah nak menyusukan anak ni? Gila terkongkong rasanya menyusu anak ni terbaring macam orang sakit. Apatah lagi kalau kau dapat anak yang jenis nak melekap aje macam suction cup dekat areola.

Aku tegaskan lagi sekali, suami isteri perlu jadikan menyusu anak cukup 2 tahun tu target. Jangan dolak dalih kalau isteri kau mampu. Kalau isteri kau malas, paksa dia. PAKSA DIA. Jangan bagi can dengan dia kalau dia mampu tapi dia tak nak menyusu.

Sebab kat luar sana ramai orang yang nak menyusu tapi tak mampu, isteri kau senang-senang dia aje nak pilih tak nak menyusu padahal Allah dah bagi dia anugerah tu.

Kenapa kau perlu susahkan hidup kau suami isteri hanya sebab nak menyusu anak ni?

Aku malas nak letakkan buktilah, kajian saintifik pelbagai, sebab kau sendiri dah tau kebaikannya. Macam orang yang merokok dah tau keburukannya tapi dia masih buat, kau dah tau kebaikan susu ibu tapi masih nak ambik jalan pintas. Menyusu memang susah tapi kalau suami tu sokong 100% segala-galanya akan jadi lebih ringan. Tak mudah la. Memang perit.

Kau nak isteri kau galas 100% beban menyusu anak dan pada masa yang sama kau juga nak dia menyusu kau? Laki jenis apa kau ni?

Berbaliklah kepada kata-kata Ustazah berkenaan yang mengguris hati ramai ibu-ibu di luar sana. Apa dia cakap tu betul. Apa alasan aku kata benda tu betul?

Sebab dalam Islam, kalau kau tak mampu menyusukan anak kau, kau seeloknya carikkan anak kau ibu susuan lain. Kemudiannya, bila anak kau tu dah besar, dia tak boleh kahwin dengan anak kandung kepada ibu susuan dia.

Kenapa saintis?
Kenapa?

Padahal, mereka bukannya adik beradik kandung pun.

Ogos 07, 2015

Antara Dua Security Guard

Dalam sistem kawalan komuniti masyarakat kita ada dua jenis pengawal yang kau boleh nampak.

Pengawal A

Berasal dari Nepal. Mereka di kenali sebagai orang Gurkha. Muka garang, Haram tak senyum ketika bekerja. Takde toleransi.

Kau nak berbincang dengan dia dengan alasan kau nak masuk sekejap atau kau nak ambik kawan ke atau kau nak hantar barang ke, jawapan dia tak boleh. Takde kompromi. Dia clamp kereta kau, kau kena bayar denda ikut amaun yang dah ditetapkan. Dia akan ronda kawasan ikut jadual. Sesiapa yang dia nampak mencurigakan, dia akan tegur atau terajang.

Kesimpulannya, dengan orang Gurkha ni, ikut peraturan nombor satu. Kau sebagai owner rumah yang dijaga, jika kau ada melakukan kesalahan, jangan haraplah dia nak maafkan.  Tak kiralah sebesar merompak atau sekecil meletakkan kenderaan ditempat yang salah.

Cuma, negatifnya, bayaran yang mereka minta agak mahal. Kebanyakannya meminta lebih kurang Rm1800 seorang untuk khidmat pengawal keselamatan mereka.

Pengawal B

Boleh berasal dari mana-mana negara sebenarnya walaupun Kerajaan kata ada rakyat negara tertentu sahaja boleh kerja sebagai pengawal keselamatan. Muka hensem ada, jambu ada, smart ada, muka pecah rumah pun ada. Jumpa kau, dia terlebih friendly.

Kau nak masuk sekejap jumpa kawan? Dia bagi. Kau nak hantar orang sekejap aje? Dia bagi. Rondaan? Ikut mood dia. Kalau dia clamp kereta kau, kau rayu-rayu sikit, boleh dapat takyah bayar langsung ataupun dapat diskaun. Jika jadi apa-apa insiden, dia tengok dari jauh sebagai backup jika diperlukan.

Mereka ni adalah golongan pelbagai kaum, dari Pakistan ada, Bangladesh ada, Melayu ada, India ada jadi peraturan yang ditetapkan bergantung kepada sikap toleransi pengawal yang bertugas pada ketika itu. Peraturan setempat nombor dua, yang penting, dia ada kerja.

Negatifnya mereka ini, oleh kerana kerja pun sekadar ala kadar, bayaran yang dikenakan pun agak berpatutan. Seorang pengawal keselamatan dibayar purata Rm1100 ke Rm1400 untuk perkhidmatan selama sebulan.

Persoalannya, kau sebagai penduduk Malaysia;
Kau mahu A atau kau mahu B? Mesti kau akan jawab A la.

Tapi, dengan memilih Pengawal B, kau dapat perks dan benefit serta kelonggaran untuk dapat apa yang kau nak, ketika kau memerlukannya. Siapa tak rasa gembira dapat lepas dari kena bayar denda kereta kena clamp?

Betul ke kau sanggup?

Begitulah juga dengan sistem kerajaan sebenarnya. Kau terapkan benda yang sama dalam sistem kerajaan kita, mana kau nak pilih. Kerajaan A atau Kerajaan B?