Julai 30, 2015

Neutralisasi Minda Rakyat Dari Kongkongan Fanataik Politik

1. Sehari dua ni penuh dengan parti-parti politik dan badan-badan politik yang berhaluan kiri nak mengajak orang ramai bantai Najib Razak.

2. Kita Lawanlah. Kita Kasi Undurlah. Kita Jatuhkanlah. Macam-macam jenis nama akan dimunculkan untuk jadi tagline perjuangan diorang.

3. Aku serius cakap.....aku dah boring dengan perjuangan parti politik yang corak perjuangannya adalah "anda perlu sokong kami sebab matlamat kami adalah menjatuhkan kerajaan dan itu juga adalah matlamat anda."

4. Beberapa tahun kebelakangan ni, oleh kerana reda sedikit arena politik negara kita, aku buat penilaian semula ke atas pegangan aku pasal politik.

5. Kau nak kata aku macai, katalah.

6. Pihak pembangkang memang tak ada tujuan. Tujuan mereka dari tahun 98 sehinggalah sekarang masih lagi "jom sertai kami jatuhkan kerajaan."

7. Aku rasa kita dah boleh evolve dari tagline nak jatuhkan kerajaan semata-mata dan boleh cuba beritahu kenapa kami rakyat perlu pilih anda.

8. Agenda menjatuhkan kerajaan kini adalah agenda anda semata-mata dan bukan lagi agenda orang macam aku.

9. Sebab pada aku, lagi elok kerajaan sedia ada kekal dan tolonglah jangan digantikan dengan pihak pembangkang.

10. Aku dah tak nampak kenapa pembangkang layak jadi kerajaan. Selepas hilang Anwar, hilang arwah Nik Aziz dan pelbagai pertikaian dalaman yang berlaku dalam pembangkang; apa lagi bukti yang menunjukkan kerajaan sedia ada lebih teruk dari kerajaan yang bakal pembangkang sediakan?

11. Jadi pembangkang pada ketika ini berbalik kepada cara lama mereka sebelum mereka mendapat hidayah : gunakan agenda jatuhkan kerajaan dan ajak orang ramai sama-sama join mereka.

12. Aku dah boring dengan perjuangan itu. Aku dah malas nak dengar "Jom kita lawan."

13. Aku nak dengar "Kenapa anda kena pilih kami?"

14. Jika alasan 1MDB adalah alasan kenapa aku perlu tukar kerajaan, itu masih lagi tak menunjukkan sebab kenapa KAU LAYAK JADI KERAJAAN.

15. Kenapa?

16. Sebab 2.6 billion? Sebab Rosmah kaki shopping? Rosmah gemok gedempol makan duit haram? Rosmah suruh orang amal hidup sihat tapi pinggang dia 56 inci?

17. Mana aku dapat 56 inci? Aku agak2 aje.

18. Politik kita kurangnya semangat integriti. Kita lagi teruk dari orang Kafir.

19. Orang takde agama pun kalau dia termakan amanah, dia sanggup  letak jawatan. Cuma mungkin...politik Melayu ni diamalkan sebegitu rupa, biar korup asal agenda Melayu tercapai..jadi kekurangan2 negatif ini dipejam sebelah mata?

20. Ya, memang tak patut pemimpin kita korup. Ya, kadang2 orang yang kita gelarkan kafir ada lebih banyak integriti berbanding pemimpin Melayu Islam ni. Tapi.....kalau kau tukar kerajaan sekarang ni......kau rasa pihak pembangkang pada ketika ni, mampu ke?

21. Atau diorang akan bertelagah sesama sendiri, berpecah dan kemudiannya buat parti pecahan Gerakan Harapan Terbaru, Democratic Islamic Party dan Parti Keadilan Yang Paling Adil Untuk Rakyat?

22. Bosan jadi rakyat negara tak ada tamadun macam ni.

23. Kerajaan mengamalkan korup. Pihak pembangkang pula menggunakan isu kerajaan korup supaya letak mereka jadi kerajaan.

24. Kenapa rakyat perlu pilih kau?

25. Di sinilah kesedaran rakyat sangat penting. Kita tak sepatutnya ada pemikiran seperti kelab fanatik bolasepak di mana kalah menang, kita kekal dengan pasukan kesayangan kita. Dalam politik, sebagai rakyat yang punya kuasa untuk mengundi, kau seharusnya menjadi the third force.

26. Kau sepatuytnya sedar yang kau tak ada allegiance dengan mana-mana parti dan pilihlah parti yang mana kau rasa dapat bawak Malaysia ke landasan yang betul.

27. Bukannya pilih parti yang tujuannya hanya nak letakkan diri dia sebagai kerajaan.

28. Kau nampak tak apa bezanya tu?

29. Aku rasa majoriti kita mengundi kerana kita nak certain-certain parti bentuk kerajaan. Kita rasa kecewa bila kerajaan tak dapat dibentuk, especially penyokong pembangkang PRU lepas. (aku pun sama) Kecewa habislah bila pembangkang tak dapat bentuk kerajaan....

30. Tapi nilaikan diri sendiri balik......masa kau mengundi dulu, kau nak pembangkang bentuk kerajaan atau kau nak BN jatuh?

31. Aku nak BN jatuh.

32. Jika kau tanya aku "kau nak BN jatuh atau kau nak pembangkang bentuk kerajaan sebenarnya ni?" aku akan jawab "Aku nak BN jatuh."

33. Tapi aku tak nampak implikasi lain yang boleh berlaku jika kerajaan bertukar pada waktu itu.

34. Tengok pembangkang sekarang dah la. Belum dapat jadi kerajaan pun.....dah caca merba. Kau bayangkan macam mana bila ada kuasa dalam tangan diorang?

35. Jadi untuk tempoh masa akan datang ni, ada eloknya kita ambil sikap neutral. Biarkanlah dua parti ni bergaduh nak menjatuhkan sesama sendiri. Kita sebagai rakyat yang tak ada keahlian mana-mana parti, kita duduk tepi, tengok dan nilaikan sendiri.

36. Buatlah keputusan ikut apa yang diorang akan buat dalam tempoh 3 tahun ni.

37. Yang aku tau, aku dah tak nak ambik port perjuangan politik yang berniat nak menjatuhkan orang lain supaya rakyat letak dia jadi orang besar.

38. Aku nak tengok polisi. Aku nak tengok kesepakatan.

39. Mungkin juga aku dah muak tengok pemimpin2 kita ni mudah benar ubah prinsip apabila ada sesuatu keadaan yang menguntungkan diorang dan diorang akan jaja benda tu seolah-olah menguntungkan rakyat juga.

40. Politik bagi rakyat rasa "sentimen puas hati sebab dendam dah berbalas" ni eloklah ditamatkan. Siapa yang mula hentikan dulu dan lawan politik guna polisi pembangunan masyarakat, dialah yang layak kau sokong pada pilihanraya akan datang.

41. Pipe dream pun pipe dreamlah.

42. Balik-balik BN, Pakatan atau NGO anak muda yang caranya kurang adab nak jadi kerajaan. Kalau dari awal kau tak boleh ikut peraturan apa pula ceritanya bila kau sendiri jadi penggubal peraturan?

43. Ajak orang lawan pada ketika ini...tapi apa yang akan berlaku kalau satu hari nanti, orang lain ajak lawan kau pulak?


Julai 29, 2015

Dari Sisa BN Terus Jadi Ikon Pembangkang

1. Dalam fail aku ada borang keahlian PAS yang lama dah aku isi beserta duit RM100 yang aku kepilkan.

2. Aku sebenarnya dah ready dari dulu nak join PAS.

3. Tapi ada satu benda yang menghalang aku.

4. Dalam borang permohonan keahlian PAS, mula-mula sekali kau kena bersetuju yang kau akan patuh dengan apa saja keputusan pucuk pimpinan parti.

5. Benda tu yang membuatkan sampai sekarang aku masih lagi tak hantar borang tu ke Pejabat PAS yang dekat aje dengan rumah aku.

6. Aku rasa itu adalah satu benda yang bodoh kerana ia tak mencerminkan prinsip kematangan demokrasi.

7. Kita duduk dalam negara yang dikhabarkan "demokrasi" tapi demokrasi yang kita amalkan adalah demokrasi terpimpin....atau dalam bahasa jujurnya "demokrasi paksaan."

8. Macam ayah yang cuba letakkan syarat dekat anak dia sebelum dia boleh beli mainan, dia perlu ikut apa yang dia suruh.

9. Aku tak pernah tengok borang parti lain macam mana. Aku rasa sama saja.

10. Jadi apa yang berlaku kepada Muhyiddin Yassin bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan ia juga bukanlah sesuatu yang salah. Kerana memang parti politik sistemnya begitu.

11. Kau langgar orang atas, kau sakit. Kau tanggung.

12. Semua yang jadi ahli parti politik dah setuju dengan benda tu kan? Even parti "Islam" PAS pun ada syarat yang sama. Kita tengoklah apa yang dah terjadi pada PAS ketika ini.

13. Kau nak join, kau kena setuju, kau tak setuju, jangan marah kalau kau kena buang.

14. Sebab kau dah setuju pada awalnya.

15. Aku tak kata apa Najib buat tu betul. Najib aje tau. Dia seleweng dan dia tutup lubang, kita doakanlah dia dapat balasannya satu hari nanti. Tak kat dunia, kat akhirat.

16.  Tapi aku nak bagitau korang semua.....itulah tahapnya demokrasi kat negara kita ni.

17. Jika kau masuk parti kau perlu akur. Jika kau rakyat biasa, kau tak ada nilai apa-apa pun. Undi kau bernilai? Kalau undi kau bernilai.....dah lama dah BN ni jatuh bang.

18. Aku cuma nak kata, tak ada gunanya kita...orang biasa, angkat pemimpin2 rejek ni jadi pemimpin kita sebab akhirnya, balik-balik pusing, muka yang sama aje.

19. Dia kena buang, yang dulu kutuk dia angkat dia jadi hero. Dulu dia hero, lepas tu dia berpaling tadah, sama jugak cepatnya kau jadikan dia orang jahat. Contoh : Muhyiddin. Raja Petra. Ezam. Khalid Ibrahim. ......ZAHID HAMIDI. (kau tau kan Zahid Hamidi adalah White Knight Reformasi satu masa dulu?)

20. Kau sebagai rakyat kau tak boring ke dengan politician2 fuck up yang ada ni?

21. Kau tak ada impian ke KAU nak jadi diorang?

22. Kau memang prefer biar aje lah diorang ni jadi pemimpin kau?

23. Jangan jadi lemau Melayu. Bangsa kita memerlukan overhaul pemimpin yang amat-amat diperlukan segera.

24.  Yang layak jadi pemimpin bukan diorang ni semua. Yang dah kepam dengan politik busuk cara lama ni. Kau nak mula benda baru dengan orang yang pemikirannya style lama?

25.  Kau pernah tak rasa tertekan tengok orang atasan kau masih lagi degil tak nak evolve dengan peredaran zaman sedangkan kau punya banyak idea untuk membantu dalam melicinkan perjalanan kerja kau?

26. Mesti ada. Kalau orang macam tu pun kau takleh nak makan....kau nak gulingkan kerajaan yang ada dan kemudian kau nak gantikan diorang dengan orang-orang lama ni yang dah memang ideanya pun sebenarnya dah basi?

27. Bangsa Melayu sangat-sangat perlukan pemimpin.

28. Bukan politician. Politician kita ada ramai.

29. Kenapa kau nak angkat dia lagi yang dah ditendang kerajaan?

30. Kenapa bukan kau?

31. Yakinlah dengan diri sendiri. Yang paling penting, bila kau dah sukses, janganlah jadi macam mereka-mereka ni.

32. Ingatlah, Imam Ghazali dah tinggalkan panduan untuk kita. "Apakah benda yang paling berat dalam dunia?"

33. Jaga amanah.

34. Janganlah tergelincir ya bangsaku yang pemurah.

Julai 27, 2015

Cerpen Raya : Holy Water Orang Melayu

"Dahaga bro. Dahaga!" John menunjukkan tekaknya.

"Semenanjung ini panas," Ricky mengangguk. "Lain benar dengan negeri kita, ya?" John mengangguk lagi.

"Aku nak beli air lah..." John memohon rakannya memberhentikan kenderaan. Kereta sewa mereka berhenti di sebuah kedai runcit yang agak kecil. Seorang kakak berumur 40an menjaga keseorangan di dalam kedai tersebut.

"Kak, air mineral sejuk ada kak?" tanya John. Ricky disebelahnya meninjau bahan makanan untuk dijamah dalam perjalanan mereka yang masih panjang lagi.

"Tak ada," kakak itu memandang telefonnya sambil menjawab, langsung tidak memandang wajah John.

"Yang tak sejuk ada kak?" tanya John lagi. Kakak itu menjenguk ke arah kanan. "Habis jugak."

"Itu air apa kak?" tanya John sambil jarinya menuding ke arah botol air berwarna cerah berisi air.

"Itu air Anihijrah. Bukan air mineral biasa tu," kata kakak itu.

"Tapi masih air kan kak?" tanya Ricky lagi. Kakak itu mengangguk malas.

"Bagi saya dua botol kak, kau ok kan Rick air Anihijrah?" tanya John pada Ricky.

"Ok," Ricky mengangguk. "Kami tak minum air bergula kak, dah memang dari kecil begini." Sambil John menyelongkar dompetnya, dia bertanya berapa harganya.


"RM10." Kakak itu mengambil kedua-dua botol lalu dimasukkan ke dalam plastik. Kaget sebentar John dan Ricky. "RM5 sebotol?" fikir John dan Ricky. Tapi oleh kerana terlalu kehausan mereka menghulurkan not merah kepada kakak tersebut lalu berjalan kembali ke kereta.

"Air apa ni? Mahalnya?" tanya Ricky. John hanya menggelengkan kepala. Penutup botol diputar ketika mereka sudah melabuhkan punggung ke kerusi dan enjin kereta dihidupkan.

Gluk gluk gluk gluk. Air Anihijrah diteguk.

"Tak ada bezanya? Macam air biasa aje kan?" tanya John. Ricky mengangguk. Dah habis separuh botol diminum barulah dia perasa tulisan yang tertera pada botol.

"Oh my God. Jesus! John!" jerit Ricky. "Ini holy water orang Melayu! Oh no oh no oh no!"


"Haa!" Tersembur air dari mulut John. "Oh shit oh shit! Jalan Ricky. Kita cari paip cuci mulut kita."

"Aduh-aduh. Mereka kata jika orang Kristian minum holy water orang Melayu nanti kita tak boleh sebut nama Jesus Christ! Oh no..." gelabah Ricky.

"Itu bukan yang teruknya, yang teruknya, kita nanti tak boleh baca Bible..." kata John.

Ricky memandu pantas mencari paip air untuk mencuci mulut mereka sebelum kesan air Anihijrah meresap ke dalam badan mereka dan menukarkan agama mereka secara semulajadi.



"Aku tak mahu lidah aku hitam John!" jerit Ricky sambil John menyapu-nyapu lidahnya, membuang titisan air yang melekat pada mulutnya.

Julai 13, 2015

Melayu, Cina, Low Yat Plaza dan Karipap Oksigen

Salah satu benda yang kita selalu diajukan mengenai kenapa betapa tegangnya sentimen perkauman di negara adalah oleh sebab berlakunya ketidak seimbangan ekonomi antara orang Cina dan orang bangsa lain di negara kita.

Masyarakat kita, khasnya orang Melayu memang sudah diajar sejak kecil supaya memandang perkara itu sebagai satu bentuk permusuhan yang makan dalam. Ini Malaysia, tanah orang Melayu, jadi Melayu lah yang kena pegang ekonomi.

Kata merekalah.

Pertama sekali, mari kita lihat satu benda yang orang Melayu kita selalu tak nak akui. Siapa pembayar cukai majoriti di Malaysia?

Siapa?

Jika bangsa Cina adalah bangsa yang majoritinya menyumbangkan cukai terbanyak untuk kerajaan, boleh tak kalau kita ambil perkara itu sebagai "orang Cina sudahpun menjalankan tanggungjawab mereka dan orang Melayu dengan India sendiri dapat merasakan faedahnya?"

Betul bukan?

Tapi itu kita memandang dari sudut perspektif masyarakat. Isu "Cina bayar cukai bangunkan negara ni" memang akan kedengaran setiap kali berlakunya insiden yang membabitkan sentimen perkauman. Masalahnya, sebagai seorang Melayu, aku akui, benda tu betul.

Kau pernah bayangkan apa jadi dekat Malaysia jika negara kita tak ada orang Cina? Kerajaan kita sendiri sangat bergantung dengan orang Cina dalam melaksanakan sesetengah dasar mereka dan dari situlah lahirnya jutawan-jutawan Cina yang saban hari terus mencengkam mengawal ekonomi.

Itu dasar Mahathir dulu. Dia bantu beberapa orang Cina jadi kaya, dia bantu beberapa orang Melayu dan India jadi kaya, kemudian dia gunakan pengaruh ekonomi yang mereka sudah ada untuk bantu dia kekal jadi kepala kerajaan.

Adakah ini sesuatu yang buruk?
Mungkin, kalau kau berkepala ekstrimis Melayu. Pada kau Melayu mesti dapat majoriti. Melayu dapat lebih, Melayu pegang semuanya.

Tapi bukankah memang itu yang dah berlaku pun? Mahathir kekal memerintah kerana dia mampu kawal orang kaya raya berbilang bangsa ini supaya terus menyumbang kepada ekonomi negara kita.

Itu kejayaan dia yang paling agung pada aku. Walaupun aku banyak tak suka dasar dia tapi sebagai seorang Melayu, aku sangat kagum seorang doktor boleh buat dasar sebegitu dan tidak ada pun wujud penentangan dari mereka-mereka yang dibantunya. Mungkin juga dia dibantu oleh dasar kuku besi yang beliau perkenalkan semasa tempoh pemerintahannya.

Kenapa kita, Melayu mudah sangat meletup apabila ada isu Cina dengan Melayu terjadi?

Aku pernah menceritakan mengenai satu teori aku mengenai wujudnya rasa rendah diri atau inferiority complex dalam tiap-tiap jiwa orang Melayu kerana kita duduk di sebuah negara yang kita label "tanah kita" tapi orang pendatang Cina juga yang pegang kuasa ekonominya.

Adakah itu kerana Cina ini tamak haloba? Cina main kotor berniaga? Cina nak kaut segalanya? Cina tak nak kongsi?

Lama jugak aku mencari jawapan kepada persoalan ni sebenarnya. Ada pihak yang cuba mengatakan isu sentimen ini timbul kerana peniaga Melayu kebanyakannya hanya mampu berniaga di tepi jalan. Cina berniaga di gedung mewah. Melayu itu, Cina ini....you know the drill. Perdebatan yang takkan habis.

Tapi apabila aku lihat banyak pulak kedai orang Acheh berniaga barangan runcit, kedai Pakistan jual karpet mampu beli dua lot kedai walaupun bermula dari satu lot sekangkang kera dan yang lebih mencabar minda aku, ada peniaga Bangladesh berniaga tomyam DAN BERJAYA....aku dah tak boleh nak salahkan Cina lagi dah.

Ada sesuatu yang tak betul mengenai bangsa Melayu. Seolah-olah kita ada mental block yang membuatkan kita jadi lemau.

Ye lah, bila aku balik kampung dan aku tengok ada Kampung Boyan (kampung orang Boyan dari Indonesia) yang semakin lama semakin banyak rumahnya dan semakin hebat binaannya,  sedangkan orang kita hanya mampu merungut sebab lambat benar nak lulus Projek Rumah Mesra Rakyat mereka....aku jadi takut.

Kau cuba nilai diri kau sendiri.

Adakah kau, rasa selamat dengan apa yang kau buat sekarang? Jika esok, kau diarahkan supaya berhenti kerja kau, apa yang kau akan buat? Kenapa kita terlalu rasa selamat dengan menjadi orang yang makan gaji sedangkan Rasulullah sendiri peniaga?

Kita Melayu, bukan "good risk taker" pada zaman ini.
Betul atau salah ayat aku tu?

Yang berani nak bertumbuk ramai. Yang berani nak terajang orang, ramai. Tapi apabila dia mengeluh gaji sikit, kenaikan gaji sikit benar dan dia disarankan berhenti dan cuba benda lain....menikus pula dia dengan pelbagai alasan.

"Takut la...anak ramai...aku nak makan apa nanti...hutang kereta nanti siapa nak bayar...."

Jika orang Cina berniaga, sama ada dia nak tipu atau dia nak berniaga jujur (aku jumpa lagi ramai yang berniaga jujur sepanjang hidup aku) itu terpulang kepada dia. Kau sebagai Melayu, jika kau takut kena tipu dengan Cina, lengkapkan diri kau dengan ilmu. Kau nak beli henfon? Belajar macam mana nak cek imei number fon tu masa beli, on the spot. Belajar macam mana nak differentiate AP set dengan Original set.

Kau boleh belajar. Takde sapa nak halang.

Kau dapat kantoi kedai henfon Cina nak menipu kau? Belah dari situ. Beli tempat lain. Pilihan ada. Yang penting Melayu ni, bila lawan, kena bijak. Janganlah sampai kau mementingkan bangsa berbanding agama bang.

.........................

Kalau petang ni aku ajak 6 orang kawan aku serbu gerai makcik yang jual karipap berisi oksigen dan aku terbalikkan barang jualan dia sebab menipu, kau nak cakap apa?

"Kesian la. Dia dah tua. Anak mesti ramai. Orang susah tu." Apa bezanya dia dengan orang Cina meniaga henfon menipu (kalau menipulah)

Penipu masih lagi penipu tak kiralah dia tua dan berpurdah.