Ogos 11, 2016

Cerpen : Melayu, Kalau Mindanya Besar Sebesar Jiwanya, Takkan Hilang Tercampak Di Mana-Mana

Azam bersemangat betul hari itu. Dah berbulan dia berlatih untuk pertandingan "Interschool Pidato Championship" untuk tahun 2032.

"We would like to welcome Mr.Jason Lim, who will talk about Global Cooling Phenomenon," jemput pengacara majlis.

"My fellow audience, as we all know, part of Middle East is already covered in snow, is this a widespread phenomenon? Is it a sign that something is not right with our world?" tanya Jason Lim. Jason menyambung ucapannya dan disudahi dengan tepukan bergemuruh.

Peserta berikutnya dipanggil, Ramalingam a/l Pillai. Dia bersyarah dengan penuh keyakinan.

"Let's talk about safe sex. We all know the government initiatives of providing free regular condoms distributions is not working. Every year, the government is spending almost 200 millions for this program but the rate of aborted pregnancy has been increasing steadily. Why? Why is it not working as we planned?" soal Ramalingam kepada penonton.

Tepukan bergemuruh sekali lagi kedengaran selepas Ramalingam menghabiskan ucapannya.

"Nice speech Ram," kata Jason Lim.

"Thanks bro, glad we can spread some real awareness finally," jawab Rama. Azam sengih sahaja melihat perbualan mereka berdua.

"Good luck Azam!" kata Jason dan Ramalingam serentak.

"Okeh bro, no sweat, I ken do this!" balas Azam.

Azam bangun, berjalan ke atas pentas lalu menarik nafas panjang.

"Ting!" Loceng dibunyikan menandakan jam sudah dimulakan.

"Assalamualaikum and a very good monin to all, I am here to talk on why is it not good for our country, Multisia, to start develop nuclear best energy....ermmm.....as my research has show dat nuclear best enerji is not safe and annessessari," kata Azam sambil dahinya berpeluh.

"I am sori, my English is not very gud but since I am can be the represen....apa tu, wakil, of my school, I would like to take this oppotunidi to help you make an inform disizion," kata Azam lagi.

Kedengaran suara mengeluh dari belakang. Azam nampak ramai orang menguap mulut membuatkan dia jadi tak keruan.

Berdegup kencang jantung Azam menghabiskan ucapannya. 5 minit itu dirasakan terlalu lama. Akhirnya, loceng dibunyikan sementara ucapannya pula, masih lagi tinggal suku.

Azam merenung pihak hakim dan dia menundukkan pandangan kerana tidak berani hendak melihat penonton. Kemudian dia angkat kaki, beredar dari pentas.

Hanya kedengaran sedikit tepukan. Tidak layak disebut bergemuruh. Tak cukup kuat untuk digelarkan mampu meruntuhkan bangunan. Reban pun kembali kukuh dengan tepukan itu.

"Bro, what happen there?" tanya Jason.

"I donn know la...I panik," kata Azam.

"It's okay bro. Don't worry," pujuk Ramalingam.

Selepas Azam, beberapa orang peserta lagi mengambil tempat memberikan ucapan masing-masing. Kesemuanya hebat-hebat belaka. Azam hanya mampu melihat. Harapan dia, hanya tiga pemenang teratas akan diumumkan kepada penonton.

Tak mahu dia dinobatkan sebagai peserta paling corot.

"Now, we will start our second part of the competition, The Malay Language Section. In this category we have 4 foreign exchange student who will be competing with 5 others. The four foreign student will be representing their exchange schools in this competition. Good luck to all contestant. May you do well," ucap pengacara.

"I would like to call upon Andrew Graham, a student from England and is currently studying in Eastwood Hill High School, Sunway, Petaling Jaya. Give a big hand of applause!" pinta pengacara.

Tepukan bergemuruh kedengaran.

"Shelamat pagi dan shelamat shejahtera kepada semuwa. Nama saya Andrew, saya dari England. Pertama sekali, saya mahu sebut, saya amat suka Multisia dan ini kali pirtama saya datank ke sini," kata Andrew.

"Hari ini, saya ingin memberi ucapan berkenaan kenderaan tanpa pemandu dan kesannya, kepada kita. Adakah patut Multishia memperkenalkan law....oh, sorry, undeng-undeng yang shama yang diwujudkhan di England," kata Andrew.

Ucapan itu disudahi dengan tepukan bergemuruh oleh seluruh dewan yang kagum dengan kebolehan Andrew.

Bergegar kerusi Azam yang sedang duduk tertidur.
Terjaga dia. Dia menjenguk kembali kepada penonton.

Seluruh dewan sedang berdiri memberikan tepukan kepada Andrew Graham.

Ogos 04, 2016

Manusia Bangun Pagi Kejar Kaya-Raya, Bangun Esok Kejar Kaya-Raya, Bangun Lusa Kejar Kaya-Raya

1. Senarai client takaful aku ramai juga anak muda yang baru bekerja tak sampai 5 tahun.

2. Selalunya bila aku jumpa diorang topik perbincangan lebih kepada kerja.

3. Sebab diorang pelik kenapa aku boleh berhenti kerja dan diorang akan tanya aku macam mana aku tergamak berhenti kerja.

4. Ada jugak yang tanya "berbaloi ke saya berhenti kerja untuk jadi ejen takaful ni bang?"

5. Aku tak berani jawab soalan camtu. Aku tak tau. Aku takut nak jawab.

6. Aku dah tengok kawan-kawan aku ada yang berhenti kerja tapi huru-hara. Ada yang berhenti kerja dan dia dapat benda yang lebih baik.

7. Selalunya, anak muda ni ramai berapi nak berhenti kerja. Ye lah, kau bukak fesbuk, dia tu niaga KAYA dia ni niaga KAYA dia tu boleh ajar kau jadi KAYA dia tu boleh buatkan kau jadi KAYA-RAYA.

8. Kita rasa teruja.

9. Tapi, aku cakap dengan kau ikhlas. Aku dah rasa gaji besar.

10. Besar mana pun........takde apa sebenarnya. Sebab akhirnya nanti kau akan nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

11. Tak pernah cukup. Sampai satu masa kau stuck.

12. Jadi, apa yang aku boleh nasihatkan, sebelum kau berhenti kerja kerana kau tak nampak apa yang kau buat tu boleh buatkan kau kaya raya, kenal pastilah dulu.....apa kita nak?

13. Aku nak masa. Aku marah orang kawal masa aku hari-hari.

14. Jadi aku sanggup terima yang income aku ada masa tak ada, ada masanya susah. Nak start balik bukannya senang. Ambik masa.

15. Sanggup kau susah? Itu tak apa lagi sebenarnya.

16. Sanggup kau terus susah kalau apa yang kau buat tu tak berjaya?

17. Sebab fesbuk adalah medan mempamerkan kejayaan kau tapi berjuta lagi yang kita tak nampak, adalah orang-orang yang tak berjaya dalam benda yang dia cuba dan kemudian dia give up cuba dapatkan kembali kerja makan gaji dia dulu, yang dia tinggalkan dengan perasaan beriya-iya sebab dia KONFIDEN, dia akan berjaya.

18. Benda tu berlaku. Realistik lah. Kau tengok ceramah motivasi perniagaan memanglah nampak benda tu macam seronok, mudah dan cepat, tapi sebenarnya takde la semudah tu.

19. Yang penting, kita kenal pasti skillset kita. Adakah kita adaptable?

20. Secara amnya, lulusan jurusan sastera, seni, perniagaan, pengurusan, kau campaklah dia kat mana pun, dia ada peluang.

21. Lulusan sains, kejuruteraan, aeronautik, kajian angkasa, benda-benda spesifik macam lulusan robotik, semua tu amat bergantung dengan industri untuk tawarkan peluang pekerjaan.

22. Kalau kau tak ada pekerjaan pada ketika ini dan dah tak ada cara lain dah, kau kena buat sesuatu sendiri, apa kita buat?

23. Adakah kita adaptable? Adakah kelulusan kita, skillset kita adaptable? Penting sebenarnya kau jawab ni sebelum kau ambik keputusan besar.

24. Kalau orang tak bagi kau gaji, adakah kau boleh cari makan?

25. Atau kau prefer kestabilan ada gaji bulan-bulan masuk?

26. Memang kadang-kadang tiap-tiap orang yang makan gaji ni akan terbayang "adakah ini hidup aku sampai ke tua? Apa sebenarnya potensi aku?"

27. Tapi, pada aku tak perlu rasa rendah diri pun kalau kau prefer makan gaji. Orang yang meniaga pun perlu ada pekerja bawah dia. Kalau semua nak meniaga, siapa nak tolong bantu peniaga meniaga?

28. Anak-anak muda, menjadi dewasa ni, ada masanya kita kena tahan sebentar dan teruskan dengan buat benda kau tak suka.

29. Even peniaga sendiri terpaksa tebalkan muka tersengih dekat bakal pelanggan. Jumpa pun senyum je. Nak mintak geran, baik je perangai. Langsung tak kutuk menteri.

30. Untuk orang makan gaji, mungkin kau tak suka kerja kau. Tapi semua perasaan kau tak suka tu, akan ada di mana-mana tak kiralah berapa kali kau tukar kerja atau buat apa-apa pun.

31. Kita dewasa. Kita memang kena hadap banyak benda kita tak suka.

32. Jadi, kalau ada yang tanya aku, "syok ke jadi ejen takaful? Kalau saya berhenti kerja, berbaloi ke tak?" atau "berbaloi ke saya berhenti cuba benda lain sebab saya tak suka betul la dengan bos saya tu. Macam palat perangai dia."

33. Pada aku, potensi untuk jadi berbaloi tu ada. Tapi semua tu potensi.

34. Petua dia senang aje, kalau kau buat dan kau rasa puas hati walaupun kau dapat sikit aje balasan dia, teruskan buat benda tu.

35. Matlamat kita, kena pastikan dulu penuhi dua benda. Puas hati dan suka. Walaupun income kau haritu sebenarnya rugi seringgit dua.

36. Niat nak kaya tak salah.

37. Tapi kau nak kaya banyak mana?

38. Tuhan tu Maha Adil. Ada Dia bagi sikit, ada Dia tarik sikit. Ada Dia bagi banyak, ada la Dia tarik banyak.

39. Janganlah sesekali kita rasa tak adil Tuhan buat si polan bin si polan tu kaya dan kita kerja makan gaji semata. Dah la kaya, kerja rilek je kutip duit sebab bisnes masyuk hari-hari.

40. "Aku nak jadi macam dia, kaya raya!" kata kau. Ayat ni tak lengkap.

42. Ayat penuhnya; "Aku nak jadi macam dia, kaya-raya dan aku juga sanggup tak ada semua yang dia tak ada. Sebijik macam dia."

43. Susah sebenarnya nak percaya yang Tuhan itu Maha Adil kan bila tengok diri sendiri dan bandingkan dengan orang lain?

44. Kan?
 
Ejen Takaful Penyayang,
Mantot
018-3611628

Ogos 02, 2016

Adakah Kita Beli Gajet Untuk Anak Supaya Anak Diam?

1. Mak ayah kita, datuk nenek kita, mungkin tak dapat nak bagi anak-anak dia barang-barang macam apa yang kita mampu bagi anak-anak kita sekarang.

2. Tetapi mereka mampu bagi anak-anak mereka masa.

3. Kita pula, adakah kita beri anak-anak kita barang-barang, gajet dan permainan, sebab kita terpaksa kedekut masa dengan mereka?

4. Kita boleh baca banyak banyak rujukan yang mampu menjadikan kita ibu bapa yang lebih baik.

5. Kita rasa kita lebih baik.

6. Tapi anak-anak ni, kau bagilah dia beratus gajet dan permainan sekalipun, yang dia paling nak dari kau, sebenarnya masa.

7. Apatah lagi makin ramai yang bagi gajet pada anak dan kata "nah, ini adik punya."

8. Kita selalu selamatkan diri kita dengan ayat 'kanak-kanak sekarang, biarlah dia terdedah dengan teknologi.'

9. Tapi jujurnya, kita bagi gajet tu mostly bukan 100% untuk tumbesaran dia kan?

10. Sebenarnya untuk keselesaan kita sekali, kan? Kita nak anak kita duduk diam.

11. Sebab kita tak berapa ada masa untuk dia.

12. Buku boleh ajar kau macam mana nak jadi "The Best Parents in The World."

13. Tapi mak ayah kita, atuk nenek kita, tak ada pun buku-buku ni untuk dibaca. Best parent juga mereka, kata kita.

14. Sebab bila mereka nak kita diam, diorang jerkah kau sampai diam. Itu bonding tu. Sampai sekarang aku ingat tiap-tiap kali arwah ayah aku mengamuk dengan aku.

15. Anak kita takkan nak ingat kenangan dia dengan gajet je?
Mohamad Sahar Mhd Noor

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/178395
Mohamad Sahar Mhd Noor

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/178395