Aku tak pernah nampak lagi orang buat perbandingan berapa kos yang anda tanggung kalau anda melalui tol dan tidak melalui tol. Kalau ada maaflah. Aku yang tak pernah nampak, bukan anda.
Kita selalu nampak orang berkata yang kalau tak suka bayar tol, lalulah jalan biasa. Geng lain pula duk kata bayar aje lah tol, jimatkan masa.
Ada dua hipotesis aku nak try-try acah-acah selidik hari ni;
i. Melalui jalan yang memerlukan pembayaran tol lebih menjimatkan penggunaan minyak
ii. Melalui jalan yang memerlukan pembayaran tol mempunyai perbezaan masa yang signifikan berbanding tidak membayar tol.
Untuk memudahkan perkiraan, kita gunakan purata penggunaan minyak 13.5km/l atau 7.4 liter per 100km. Ini aku ambik sebab aku tengok kebanyakan kereta kita memang mempunyai purata penggunaan minyak sedemikian.
Nak pakai EEV punya standard, rasanya tu tinggi sangat requirementnya. 5 liter per 100km atau 20km/liter. Tak banyak kereta kita layak tahap EEV ni.
Kita buang faktor jalan sesak dalam perkiraan. Ini semua perkiraan menggunakan jalan di mana keadaan trafik tak sesak. Kita ambik fakta berapa kos minyak yang digunakan. Oleh sebab aku tak tau tol berapa, aku guna kos minyak saja. Kemudian, pandai-pandai la agak. Yang perlu diingatkan, kos perjalanan 1km guna pengiraan ni sama dengan 17 sen. RM2.30/13.5km = 17 sen! Ingat!
Jalan yang dipilih? Ke KLCC dari Bangi, Rawang, Shah Alam dan Seremban. Kenapa 4 bandar ni di pilih? Kerana kita semua sedang berpindah keluar dari KL ke kawasan-kawasan ni.
Jelas? Jom kita bandingkan. Kalau kau boleh tolong tambahkan data perjalanan anda (sebab aku tak tau sangat berapa tol kena bayar) aku alu-alukan.
a.) Bangi ke KLCC
Jalan bertol terpantas - 27.5km 30 minit = Rm4.70
Jalan tidak bertol terpantas - 35.6km 1 jam 8 minit = RM6.05
Beza (Jarak, Kos Minyak, Masa)
+ 8.1km, + RM1.35, +38 minit
b.) Rawang ke KLCC
Jalan bertol terpantas - Tiada = RM4.95
Jalan tidak bertol terpantas - 29.1km 31 minit = Rm4.95
Beza (bertol - tidak betol)
Tiada perbezaan dapat dikira.
c.) Shah Alam ke KLCC
Jalan bertol terpantas - 30.8km 30 minit = RM5.24
Jalan tidak bertol terpantas - 50.3km 58 minit = RM8.55
Beza (Jarak, Kos Minyak, Masa)
+19.5km, +RM3.31,+28 minit
d.) Seremban ke KLCC
Jalan bertol terpantas - 66.1km 55 minit = RM11.24
Jalan tidak bertol terpantas - 71.4km 1 jam 45 minit = Rm12.14
Beza (Jarak, Kos Minyak, Masa)
+5.3km, +50 minit, +90 sen
Itulah dia anggaran kos minyak dan masa kita berulang alik saban hari. Harap dapat faham. Matematik asas aje tu, aku failed matematik tambahan. Sekarang dah dapat gambaran?
Perlu diingatkan, anggaran kos di atas hanyalah untuk perjalanan sehala. Kepada geng Seremban - KL hari-hari, aku tabik hormat. Anda memang kental sebab mampu/terpaksa belanja lebih RM20 minyak.
Apa yang aku cuba sampaikan?
Kerajaan jahat? Kerajaan buat tol untuk cekik darah? Ini semua Najib punya pasal? Atau kerajaan ni baik gila babi, terbaik, prihatin, bombastik, perlu kekal lagi 50 tahun? Tak tak tak.
Ini untuk membantu anda memudahkan anda buat keputusan dalam hidup anda. Anda nak kata Najib jahat ke, Najib ni jelmaan Hitler ke, anda katalah. Anda nak kata kerajaan tak guna, katalah. Bukan bagi kesan kat aku pun. Aku cuma nak jelaskan, memang berat hati kita ni bayar tol.
Tapi manalah tau, anda duk berat hati nak bayar tol punya pasal, rupa-rupanya kos minyak anda jauh lebih tinggi hanya sebab anda nak elak tol. Dah la masa perjalanan panjang bebenar. Berbeza banyak tu.
Aku dah bentang fakta ringkas aku ni. Apa kesimpulan anda, anda uruslah sendiri. Berbaloi atau tidak berbaloi, bayar tol untuk jimat masa dan mungkin juga penggunaan minyak, anda sahaja boleh tahu.
Terlalu banyak variabel nak kena diambil kira.
Kalau ada seseorang boleh buat sistem pengira kos perjalanan lengkap dengan berapa kos tol di negara kita dan pengguna siap boleh key-in sahaja kereta apa dia pakai untuk tahu nilai tahap efisien minyak, anda memang terbaik. Kalau dah ada, passkan la link.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan