1. Zaman aku dulu, aku tak pasti sekarang bagaimana, sistem pendidikan memandu agak caca merba. Kita belajar memandu dan kita hanya sekadar belajar memandu.
2. Ambil ujian, uji mata, tengok penerangan sikit, sedar-sedar dah dibagi kenderaan suruh cuba. Penekanan kepada aspek keselamatan agak kurang.
3. Semenjak jadi ejen takaful dulu, jika aku berjumpa peserta takaful yang muda, selalunya mereka mesti tunggang motor dan sertai takaful kerana takut risiko apa yang terjadi. Aku fahamlah, aku pun bawa motor dulu. Jatuh tergolek tak pergi klinik atau hospital sebab tak ada duit, biasalah.
4. Memandu di Malaysia, tidak menyeronokkan. Ini semua kerana untuk perkara seperti aspek keselamatan dan memudahkan orang lain, kita tak dididik. Kena pandai-pandai ada kesedaran sendiri. Sayangnya, ramai sebenarnya kena didik, tapi tak mengaku perlu dididik.
5. Khasnya dalam bab jarak pemanduan selamat. Susah nak sedarkan orang kita ni yang cucuk angin tak cool. Cucuk angin ni, menyusahkan orang. Meh aku bisik sikit, anda rasa cool cucuk angin kereta depan, anda seorang aje rasa camtu bang. Orang lain memandang hina kau bang.
6. Kereta cilok kiri kanan juga tak cool, kerana anda membuatkan orang lain terpaksa brek. Bila kita terpaksa brek, orang belakang kena brek dan seterusnya itulah yang akan berturutan.
7. Masalah paling besar kenapa memandu di negara sendiri ni macam lahanat rasanya, adalah kerana kita tak faham anggarkan jarak antara kita dengan kereta depan.
8. Bila kita tak pandai, kita akan dekat dengan kereta depan dan hasilnya, emosi orang depan terganggu. Aku rasa, banyak masalah stress kita ni sebenarnya berpunca daripada perangai kita tu.
9. Ada kalanya, bila memandu, ada segelintir pemandu yang cara dia memandu tu, steady aje dan konsisten, cuba la ekor belakang dia, kita boleh rasa ketenangan dia tu lain macam. Rilek, tak marah-marah, tak ada tekanan untuk ke tepi, tak ada malaun nak high beam walaupun kita dah lebih 110km/j.
10. Cubalah memandu dengan berjarak.
11. Bukan untuk elak pelanggaran semata, tu manfaat besar dia la. Cara kita memandu tu bagi kesan psikologi kita juga. Bila kita berperangai macam jebon atas jalan hanya kerana kita rasa cool bawak kurang ajar ni, itu mencerminkan perangai kita juga.
12. Memang benar kata kawan aku, kita boleh belajar banyak benda mengenai seseorang dari cara dia memandu.
13. Jadi hari ni, aku kongsikan fakta berkenaan jarak yang diperlukan untuk berhenti, semoga bermanfaat.
14. Peserta takaful yang aku uruskan ramai yang ambil perlindungan kemalangan. Dalam banyak-banyak manfaat, ini la satu yang aku paling berat hati nak uruskan kalau terjadi. Jadi, bawaklah kenderaan kita dengan berhemah supaya kita tak langgar orang dan orang tak langgar kita.
15. Mati mengejut dengan mati beransur-ansur lain kesan dia pada yang orang yang kita tinggalkan ni bang.
Ejen Takaful Penyayang,
Mantot
018-3611628
Tiada ulasan:
Catat Ulasan