“Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..,” tegasnya lagi.
Disember 30, 2009
Disember 28, 2009
1Malaysia Kecuali Kelantan
Apa salahnya jika benda macam tu tak dibesar-besarkan?Adakah Kelantan tidak cool kerana tidak layak untuk menyertai program-program 1Malaysia?Kenapa ada takungan buih-buih air kat tepi tayar kereta tu?
Disember 23, 2009
"Bang,Saya Nak Hantar Isteri Saya Pegi Kelas Master Dia!"
First time aku address public bagitau pasal isteri aku bila aku hantar dia pegi kelas semalam.Mula-mula rasa pelik bila kata "isteri saya" tapi lama-lama jadi ketagih.
1. Isteri aku ada rambut
2. Aku hanya nak bagitau,kepada sesiapa yang tengah bercinta,baik kahwin cepat.Banyak benda yang lain.Jangan dengar cakap orang yang kata kahwin ni camtu nanti,camni nanti.
3. Awek/Gelfren/Marka/Makwe LANGSUNG tak sama dengan bini.Bini BERJUTA-JUTA,BERBILLION KALI GANDA LAGI BEST.
4. Isteri adalah anugerah,gelfren adalah masalah.
Kahwin cepat.Aku menyesal tak kahwin awal2.
1. Isteri aku ada rambut
2. Aku hanya nak bagitau,kepada sesiapa yang tengah bercinta,baik kahwin cepat.Banyak benda yang lain.Jangan dengar cakap orang yang kata kahwin ni camtu nanti,camni nanti.
3. Awek/Gelfren/Marka/Makwe LANGSUNG tak sama dengan bini.Bini BERJUTA-JUTA,BERBILLION KALI GANDA LAGI BEST.
4. Isteri adalah anugerah,gelfren adalah masalah.
Kahwin cepat.Aku menyesal tak kahwin awal2.
Disember 18, 2009
Seorang Raksasa + Anak Itik
Haha,malam terakhir aku sebagai seorang bujang aku habiskan dengan lepak dengan member aku kat Cyberjaya dari pukul 7 sampai pukul 12 malam berbincang pasal "Dilemma Orang Melayu : Perjuangan Bangsa atau Kepesatan Pembangunan","Ke Mana Arah Telekom Malaysia" dan sedikit raptai "Bagaimana Nak Menjalani Akad Nikah" bersama member aku yang baru dapat anak kembar.
Oh,maaf la kepada korang,aku lambat nak inform.
Aku nak kahwin hari ni,esok kenduri (Sabtu).Sori aku tak jemput,tapi kenduri bukan belah aku.Kang aku jemput orang kata pandai2 sendiri lak kang.Kenduri belah aku?Nanti2 lambat sket.Adik aku nak bersalin seminggu dua ni,bagi dia setel dulu.Dapat lagi sorang anak buah,Insya Allah.
Aku takut jugak sebenarnya.Rasa diri seperti melalui satu transition yang ganjil.Perasaan ni takleh aku nak gambarkan.Takut sebab nak kena lalui akad nikah.Tapi hepi sebab aku akan ada HOUSEMATE PEMPUAN yang SAH (dan aku boleh buat "macam-macam" dengan dia,hehehe)
Lama aku tunggu.Bercinta lama gila.8 tahun.
Hari tu,aku gi jumpa member aku,dia nak bagi kad kawin dia.Aku tanya dia,"Kau kawin dengan sapa?" "Dengan awek aku yang tu la.Yang mana lagi.." jawab dia."Hang dengan dia dah lama kan?" tanya aku.
"6 tahun.." jawab dia. Lepas tu dia sambung,"Hang pun sama la macam aku.Jumpak sorang,sorang tu ja la hang jaga.Carik lain pun buat apa,sampai bila nak carik pompuan yang perfect untuk hang."
"Hehehe..." aku gelak2.
Banyak gila benda yang tunang aku suka yang aku menyampah.Aku cukup tak suka kena kacau masa aku buat kerja takpun masa aku melukis.Aku bengang gila kalau dia cuba bermain2 "cuba teka apa perasaan saya sekarang ni" dengan aku.Kalau aku tengah main game dan dia call,jawab pun "Hmm","Haa..","Ok" dan sebagainya.Aku malas betul nak layan kalau dia buat2 macam cool padahal dalam hati dia harap aku pujuk.Kesimpulannya,aku tak suka cakap telefon.
Dan aku pun teruk jugak.Aku jenis cakap lepas.Aku tak jaga hati dia.Aku tak suka keluar jalan2 shopping dengan dia kemudian dia tak beli satu benda pun.Aku mudah gila emo.
Dia aje pempuan bukan muhrim yang tahan dengan aku.Takkan aku nak carik pempuan lain kalau aku dah ada seorang pempuan yang boleh tahan dengan mulut aku yang macam cilaka?Jadi,aku dah ambik keputusan.Aku nak kahwin dengan dia.Lambat ke cepat ke,baik ke bergaduh ke,hepi ke berperang besar ke,benci ke sayang,AKU NAK DIA KAHWIN DENGAN AKU!
Hehehehe.
Aku nak kahwin hari ni.Tolong doakan aku jangan kantoi masa akad.Tolong doakan aku jangan tersebut nama "Kate Beckinsale" atau "Intan Ladyana" masa akad. Lainlah kalau Kate Beckinsale tiba-tiba ada kat masjid tu dan tunang aku bagi kebenaran on the spot....
WOOOOOOOOOOHOOOOOOOOO!
AKU NAK KAHWIN!
LAMA GILA AKU TUNGGU NAK TENGOK RAMBUT DIA MACAM MANA!
TOLONGLAH KEPALA DIA ADA RAMBUT!
(Aku akan bercuti beberapa hari ni...nanti2 lah aku update)
Selamat Menyambut Awal Muharram!
Happy New Year!
Oh,maaf la kepada korang,aku lambat nak inform.
Aku nak kahwin hari ni,esok kenduri (Sabtu).Sori aku tak jemput,tapi kenduri bukan belah aku.Kang aku jemput orang kata pandai2 sendiri lak kang.Kenduri belah aku?Nanti2 lambat sket.Adik aku nak bersalin seminggu dua ni,bagi dia setel dulu.Dapat lagi sorang anak buah,Insya Allah.
Aku takut jugak sebenarnya.Rasa diri seperti melalui satu transition yang ganjil.Perasaan ni takleh aku nak gambarkan.Takut sebab nak kena lalui akad nikah.Tapi hepi sebab aku akan ada HOUSEMATE PEMPUAN yang SAH (dan aku boleh buat "macam-macam" dengan dia,hehehe)
Lama aku tunggu.Bercinta lama gila.8 tahun.
Hari tu,aku gi jumpa member aku,dia nak bagi kad kawin dia.Aku tanya dia,"Kau kawin dengan sapa?" "Dengan awek aku yang tu la.Yang mana lagi.." jawab dia."Hang dengan dia dah lama kan?" tanya aku.
"6 tahun.." jawab dia. Lepas tu dia sambung,"Hang pun sama la macam aku.Jumpak sorang,sorang tu ja la hang jaga.Carik lain pun buat apa,sampai bila nak carik pompuan yang perfect untuk hang."
"Hehehe..." aku gelak2.
Banyak gila benda yang tunang aku suka yang aku menyampah.Aku cukup tak suka kena kacau masa aku buat kerja takpun masa aku melukis.Aku bengang gila kalau dia cuba bermain2 "cuba teka apa perasaan saya sekarang ni" dengan aku.Kalau aku tengah main game dan dia call,jawab pun "Hmm","Haa..","Ok" dan sebagainya.Aku malas betul nak layan kalau dia buat2 macam cool padahal dalam hati dia harap aku pujuk.Kesimpulannya,aku tak suka cakap telefon.
Dan aku pun teruk jugak.Aku jenis cakap lepas.Aku tak jaga hati dia.Aku tak suka keluar jalan2 shopping dengan dia kemudian dia tak beli satu benda pun.Aku mudah gila emo.
Dia aje pempuan bukan muhrim yang tahan dengan aku.Takkan aku nak carik pempuan lain kalau aku dah ada seorang pempuan yang boleh tahan dengan mulut aku yang macam cilaka?Jadi,aku dah ambik keputusan.Aku nak kahwin dengan dia.Lambat ke cepat ke,baik ke bergaduh ke,hepi ke berperang besar ke,benci ke sayang,AKU NAK DIA KAHWIN DENGAN AKU!
Hehehehe.
Aku nak kahwin hari ni.Tolong doakan aku jangan kantoi masa akad.Tolong doakan aku jangan tersebut nama "Kate Beckinsale" atau "Intan Ladyana" masa akad. Lainlah kalau Kate Beckinsale tiba-tiba ada kat masjid tu dan tunang aku bagi kebenaran on the spot....
WOOOOOOOOOOHOOOOOOOOO!
AKU NAK KAHWIN!
LAMA GILA AKU TUNGGU NAK TENGOK RAMBUT DIA MACAM MANA!
TOLONGLAH KEPALA DIA ADA RAMBUT!
(Aku akan bercuti beberapa hari ni...nanti2 lah aku update)
Selamat Menyambut Awal Muharram!
Happy New Year!
Disember 17, 2009
(Cinta Extreme) Majoriti Lelaki Hanya Gentleman Sebelum Kahwin
Ada orang tanya aku lepas aku bertunang dulu,"Ada kau rasa kelainan ke dekat diri kau?"
Aku fikir kejap.Sama aje rasanya.Aku masih lagi menyayangi tunang aku dengan amount yang sama,yakni suam2 kuku (baru tunang bang,bukan bini,bini kena sayang gila-gila).Aku masih lagi seorang lelaki yang kedekut.Aku masih lagi seorang cheapskate yang takkan beli barang2 mahal atau bagi hadiah yang bernilai tinggi untuk tunang aku.
Pada aku,bodoh benar jika seorang lelaki itu menghabiskan duit dia pada seorang perempuan yang kau sendiri tak tahu dia akan jadi isteri atau tak.Satu tindakan yang sangat bodoh dan buang masa.
Sekeliling aku,aku dah tengok ramai orang yang betul2 devote hidup dan life diorang untuk membahagiakan awek atau tunang diorang.Buatlah macam mana pun tapi kalau gadis itu tiba-tiba berubah hati,tersungkur habis la lelaki tu.Perempuan lari sehari sebelum kahwin,seminggu sebelum kahwin,mintak putus tunang sebab ada orang lain,mintak break sebab ada lelaki kaya datang mengundang...semua tu dah jadi kat member dan family aku.Biasanya lelaki tu agak payah nak recover.
Jadi,dengar sini kaum lelaki.
Sebelum kahwin,jangan sesekali pun anda menghabiskan duit anda untuk gelfen/marka/awek/cewek anda.Simpan dan kumpul untuk kahwin.Risau takut nanti awek merajuk?Pedulikkan.Ada member aku kata,"bila couple keluar,lelaki la kena bayar sebab kita lelaki..." Aku sengih aje la.Pada aku persetankan semua tu.Buat apa aku nak keluar duit untuk seorang perempuan yang aku sendiri tak tau masa depan dia dengan aku ke tak.Melabur gila-gila duit lepas tu dia kahwin dengan orang lain.HAH!
Biasanya lelaki2 macam ni alasan dia nak menang adalah,"Aku dah rasa dia."
Kau ingat aku nak tau ke kau punya pencapaian haram tu?
Belanja tiap2 hari,kira2 balik tah tah lepas belanja duit hantaran.
Bila dengar mas kahwin naik,mengeluh macam-macam.Yang kau pegi belanja dia tiap2 hari buat apa?RM300 mas kahwin pun kecoh. Keluar tiap2 minggu tengok wayang Rm20 sekali takde hal pun kau keluar duit.
Kahwin!Belanja bini gi makan.Lagi besar benefit dia.
Aku fikir kejap.Sama aje rasanya.Aku masih lagi menyayangi tunang aku dengan amount yang sama,yakni suam2 kuku (baru tunang bang,bukan bini,bini kena sayang gila-gila).Aku masih lagi seorang lelaki yang kedekut.Aku masih lagi seorang cheapskate yang takkan beli barang2 mahal atau bagi hadiah yang bernilai tinggi untuk tunang aku.
Pada aku,bodoh benar jika seorang lelaki itu menghabiskan duit dia pada seorang perempuan yang kau sendiri tak tahu dia akan jadi isteri atau tak.Satu tindakan yang sangat bodoh dan buang masa.
Sekeliling aku,aku dah tengok ramai orang yang betul2 devote hidup dan life diorang untuk membahagiakan awek atau tunang diorang.Buatlah macam mana pun tapi kalau gadis itu tiba-tiba berubah hati,tersungkur habis la lelaki tu.Perempuan lari sehari sebelum kahwin,seminggu sebelum kahwin,mintak putus tunang sebab ada orang lain,mintak break sebab ada lelaki kaya datang mengundang...semua tu dah jadi kat member dan family aku.Biasanya lelaki tu agak payah nak recover.
Jadi,dengar sini kaum lelaki.
Sebelum kahwin,jangan sesekali pun anda menghabiskan duit anda untuk gelfen/marka/awek/cewek anda.Simpan dan kumpul untuk kahwin.Risau takut nanti awek merajuk?Pedulikkan.Ada member aku kata,"bila couple keluar,lelaki la kena bayar sebab kita lelaki..." Aku sengih aje la.Pada aku persetankan semua tu.Buat apa aku nak keluar duit untuk seorang perempuan yang aku sendiri tak tau masa depan dia dengan aku ke tak.Melabur gila-gila duit lepas tu dia kahwin dengan orang lain.HAH!
Biasanya lelaki2 macam ni alasan dia nak menang adalah,"Aku dah rasa dia."
Kau ingat aku nak tau ke kau punya pencapaian haram tu?
Belanja tiap2 hari,kira2 balik tah tah lepas belanja duit hantaran.
Bila dengar mas kahwin naik,mengeluh macam-macam.Yang kau pegi belanja dia tiap2 hari buat apa?RM300 mas kahwin pun kecoh. Keluar tiap2 minggu tengok wayang Rm20 sekali takde hal pun kau keluar duit.
Kahwin!Belanja bini gi makan.Lagi besar benefit dia.
Disember 16, 2009
Panduan dan Langkah-Langkah Untuk Membeli Cincin Tunang (Bagi Lelaki Yang Brutal)
Selepas panduan langkah awal untuk menjadi suami tempohari,hari ni aku nak menulis mengenai bagaimana hendak membeli barangan kemas untuk si dia yang tersayang yakni isteri/awek anda atau perempuan simpanan anda.Sebagai seorang lelaki yang normal,besar kemungkinan kali pertama anda masuk ke kedai emas adalah ketika anda ingin membeli cincin tunang atau cincin risik.Aku pun sama.Masa aku pegi survey memang haram jadah apa pun aku tak tahu.916,835,apa benda semua tu?
Panduan Untuk Membeli Cincin
1. Tips paling penting yang aku belajar!Ambil tahu naik turun harga emas.Yang ni aku pun tak sure nak rujuk mana tapi tanya aje lah mana2 kedai emas 1 gram emas sekarang berapa.Sekarang ni harga emas RM142 1 gram.Bulan 6 hari tu harga emas lebih kurang Rm125.Ada pasang surut dia.
2. Jangan pegi kedai yang ada brand macam Habib,Poh Kong atau T-Zed.Aku dah survey dan kebanyakan dia harga agak mahal (aku tak tau macam mana boleh mahal kalau harga dah standardized sepatutnya,mungkin upah nak bentukkan cincin tu mahal kot?) tapi memang lain.Jika anda ingin membeli cincin,lebih baik anda pergi ke kawasan2 terpencil dan jauh dari pembangunan.Macam aku,aku pegi beli kat Banting.Haha!Nama kedai emas aku pegi?Kedai Emas Tai Yick!Haram tak glemer tapi choice lagi banyak dari Poh Kong.
3. Ada 2 jenis emas.Satu yellow gold,satu lagi white gold.Kalau ikut trend,white gold mmg lagi lawa TAPI white gold takde second hand value.Kalau tiba-tiba terdesak nak pakai duit masa2 depan,yellow gold menjamin harga yang lebih tinggi.Berapa?Aku tak tau.Harga pulak yellow gold lagi mahal seratus dua.
4. Bila nak beli white gold,tengok kat cincin,ada 3 nombor.525 ke 725 ke 455 ke (aku tak sure nombor dia) dan apa guna nombor tu?Nombor tu menunjukkan percentage berapa percent emas yang terkandung dalam cincin tu.Untuk white gold,kita ambik contoh 725 nombor dia,maksudnya cincin tu dibuat oleh 72.5% white gold dan 27.5% lagi adalah stainless steel.Lagi tinggi percentage,lagi mahal harga.Harga cincin white gold bermula daripada Rm300 (yang aku usha) untuk gred 425 (paling cikai)
5. Untuk yellow gold,yang aku usha ada dua jenis,835 dan 916. Cincin 835 biasanya diletakkan diamond beberapa butir dan mengikut kata kedai2,cincin 916 ni tak sesuai untuk letak batu berlian ni sebab susah nak dibentuk (lagi tulen) jadi biasanya cincin 835 ni dijadikan cincin tunang/kahwin sebab ada berlian dan perempuan sangat suka berlian kerana berlian adalah teman sejati mereka,bukan kaum lelaki.Ingat tu!
6. Bercerita pasal berlian ni,ada 2 jenis berlian.Satu adalah berlian asli dari bumi dan satu lagi adalah berlian man-made yang dipanggil "zirkon." Kedai mesti asingkan punya dua jenis ni.Berlian asal JAUH lagi mahal berbanding zirkon tapi kelebihan zirkon adalah batu pada cincin anda akan jauh lagi besar berbanding berlian sebenar.Jadi,pilihlah sendiri.Nak bergaya,pilih zirkon,nak yang asli,ambik berlian betul.Design cincin zirkon jauh lebih best la sebab batu dia besar2 dan cincin dengan berlian betul ni batu dia kebiasaannya batu2 dia kecik2 je,sebab kalau nak dapat batu besar2,lelaki itu perlulah bekerja siang malam tanpa henti selama setahun.Harga memang banyak beza,cincin zirkon ni banyak murah2 je,Rm300,Rm400 lebih.Yang berlian betul?Rm500 ke atas untuk berlian sebesar habuk.
7. Yang paling penting!Kedai-kedai penjual emas ni ada persatuan dan majoriti daerah di Malaysia,kedai-kedai emas meyertai persatuan tersebut.Masalahnya,bila diorang ni join union tu,harga emas adalah standard.Cuba tanya pakar2 emas keluarga anda atau makcik2 yang bergelang penuh yang selalunya kelihatan sewaktu kenduri kat mana nak beli emas murah.Sebab benefit dia terlalu besar.
Katakanlah...harga tempat lain Rm142 dan harga di daerah yang tak join union ni biasanya murah Rm15-Rm20 satu gram emas.Jadi,kalau anda beli cincin 9 gram berharga RM1278 di KL,harga di tempat yang tak join union hanyalah Rm1098.Murah dekat Rm200.
Contoh yang aku boleh bagi,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Harga emas kat tempat lain sekarang Rm142,kat Kuala Pilah harga emas sama 1 gram Rm102.Murah Rm40 1 gram.8 gram dah RM320.Ye,Kuala Pilah adalah daerah yang tak join union yang aku tau.
...............
Orait,dah paham serba sikit pasal membeli emas,kita ke langkah seterusnya iaitu memujuk awek/tunang/isteri anda supaya tak demand dan mintak ikut kemampuan anda.Langkah yang perlu anda lalui adalah :
1. Tanya dia,suka emas putih ke emas kuning.Terpulang lah kepada permintaan dia.
2. Nak berlian ke nak zirkon?Lelaki mengharapkan perempuan memilih zirkon,perempuan biasanya step ni buat2 macam tak kisah mana satu tapi sebenarnya dia nak berlian betul yang paling besar anda mampu.Jadi lelaki kena step up la sket kan?Beli la berlian asli!
3. Mintak contoh cincin untuk buat ukuran masa nak beli.Jangan mengada-ngada nak ukur pakai jari anda sendiri jika dia bukan muhrim anda.
4. Tanya dia,"Kalau I beli kat kedai takde nama U ok ke?" Kalau dia kata nak kedai branded,silalah apply kad kredit sekeping dua.Kalau dia kata "mana yang abang mampu" kahwin aje la cepat2,jangan carik lain.
5. Bila semua dah OK,silalah ke kedai emas pilihan anda dan survey dulu.Tanya kedai tu satu gram berapa,ada diskaun ke tak....ayat2 biasalah.
Tips-Tips Ketika Membeli
1. Aku jenis tak peduli pakai apa jadi selalunya aku ke mana-mana dengan jeans dan t-shirt bundle 5 ringgit.Bila aku pegi round-round hari tu,banyak kedai pandang slack bila aku masuk carik cincin kahwin.Jadi,bila aku nak survey balik lepas tu,aku pegi kedai emas pakai KOT.Serius layanan punya aa baik sampai semua salesgirl datang tunjuk kat aku macam-macam.INGAT!Bila nak survey,pakai kot!Dia bawak aku round satu kedai tunjuk semua collection yang dia ada,rantai,gelang,cincin....3 orang salesgirl layan aku.Mungkin diorang terpesona dengan karisma aku yang berkot dalam shopping kompleks.
2. Buat2 macam pakar.Aku rasa apa yang aku tulis kat sini dah cukup untuk sekurang-kurangnya anda dapat bergaya poyo sikit semasa membeli dan sekurang-kurangnya tidaklah kelihatan seperti rusa masuk kampung.
3. Bila nak pegi beli,PERGI SENDIRI takpun ajak family anda.JANGAN AJAK SI DIA SEKALI!Sebab bila anda ajak si dia sekali,besar kemungkinan apa yang anda pilih AMAT TIDAK SESUAI untuk si dia.Bayangkan,anda tunjuk satu cincin yang anda rasa cantik pada anda dan sesuai la dengan bajet anda,kemudian anda tengok muka si dia dok muncung semacam sambil mata dok menjeling-jeling cincin lain di rak sebelah yang anda cuba elakkan.Kalau tak nak ada pressure masa membeli,PEGI SENDIRI,JANGAN AJAK DIA SEKALI.Ni hadiah daripada anda,anda pilih,sama ada dia suka atau tak,tanggungjawab anda adalah buat yang terbaik ikut kemampuan anda.
4. Kalau anda rasa tak sure cincin mana satu yang lagi menarik,suruh salesgirl tu pakai dan gayakan depan anda.Aku mintak salesgirl sorang ni gayakan cincin2 yang aku tengah pilih,dia punya gaya,mak aii,macam model.Siap boleh bermain-main mata lagi.Nasib baik aku tak terkam.
Bila dah dapat sebentuk cincin yang anda rasa sesuai pada si dia dan anda gembira tengok dia pakai,belilah,jangan banyak soal.Pesanan aku,beli lah mana yang anda mampu.Dalam bab ni,jangan ikut sangat kemahuan kaum perempuan.Kalau anda tak mampu dan awek/tunang anda demand jugak nak yang dia berkenan,suruh dia kahwin dengan Perdana Menteri.
Disember 15, 2009
Film Review : The Storm Warriors
10 tahun aku tunggu....sangat2 huru-hara.
Rating : 4/10
Rating : 4/10
Disember 12, 2009
Atas Permintaan Seorang Dua...Kisah Seram : Stalker Jamban MMU
Apa yang ingin diceritakan di sini adalah benar belaka (mungkin ada tambahan sket nak wujudkan unsur dramatik).Ayat2 mencarut tidak ditapis untuk mencerminkan realiti sebenar kitorang.
.............
Pada satu tengahari tahun 2003,sedang aku duduk depan PC main game dekat hostel,tiba-tiba member aku panggil.Kitorang masuk bilik member aku tu dan dia suruh duduk,"ada benda nak bincang," kata dia.Aku gelarkan kawan aku ni,Jack lah."Jom ikut aku.Aku nak gi pukul mamat Cina depan tu,"kata Jack separa malu separa ganas dengan bibir yang bergoyang-goyang.
"Apsal Jack?"tanya kitorang serentak ramai2.
"Dia intai aku mandi...."slow aje suara Jack,seolah-olah mirip gadis yang segan-segan ingin mengaku hati dia sudah berpunya.
"Wahahahahahaha!" member aku semua bantai gelak....kecuali aku..."mamat Cina suka intai mamat lain dalam jamban"....otak aku tiba-tiba teringat kembali tragedi itu...
.................
Pada hari yang tenang itu,sedang aku melepak dalam bilik,tiba-tiba terasa nak mandi.Aku pun mencapai towel dan berus gigi dan kemudian aku terus berjalan ke bilik air.Aku senang hati hari tu.Entah kenapa aku senang hati aku tak ingat.Aku pun masuk ke dalam bilik air.Tengok cermin sekejap sambil stretching tangan untuk mengeraskan bicep tapi sayang bicep aku tidak kelihatan langsung.Sedikit kecewa,aku cuba lagi mengeraskan otot-otot tangan supaya ramai gadis-gadis berasa kagum.Mungkin kerana tindakan otot-otot tangan aku tu merangsang usus besar aku,aku terasa nak berak.
Apabila aku nak melangkah masuk ke jamban,masuklah seorang mamat Cina kurus ni berus gigi kat sinki.Aku buat tak tau aje lah dan masuk jamban,tutup pintu.Dan aku terus mencangkung.Tapi entah kenapa hari tu susah pulak proses tu,lama la jugak aku dalam posisi tu.Tiba-tiba aku nampak mamat Cina tu pakai sinki yang dekat dengan jamban aku.Dalam hati aku takde la aku fikir apa-apa...cuma aku tak suka time macam tu ada orang dekat-dekat.
Aku tengok je la siling sambil memikirkan mengenai masa depan.Bila aku turunkan aje kepala aku,nampak mamat Cina tu tengah tunduk depan jamban aku."Kimak apa mamat ni?"fikir aku (sorilah bahasa kasar sket)
Slow-slow badan dia makin tunduk.Dan apa yang dia dok tengok?Dia dok tengok reflection air."Cilakak...." fikir aku dalam hati.Nasib baik bila aku nak berak aku selalu lilit towel kat leher jadi aku terus pakai towel dan tengok aje apa dia buat.
Mamat tu mungkin sebab dia ingat aku tak nampak dia makin berani.Dia terus hulur kepala nak tengok,tak main reflection dah."LANCAU!"Aku maki dia.Aku bukak pintu dia terus lari masuk bilik kunci pintu.Aku try bukak pintu dia tapi dia buat tak tau.Waktu tu aku memang marah tapi aku tak tau nak marah camne.Terasa dinodai pun ada.Rasa diri aku diperkosa dengan mata mamat tu.ARGHH!Camne aku nak menjawab dengan bakal bini aku nanti?
Aku balik bilik dan aku diam aje.Terasa "Hot" pun ada jugak sebab ada lelaki nak tntai aku.Cilake,aku takut lak sebab lepas2 ni kalau aku nak gi bilik air,macam mana pun,aku kena lalu jugak bilik mamat tu.Apa jadi kat aku masa tu aku cerita kat awek aku aje malam tu.Awek aku tak tau nak cakap apa.Mungkin dia risau aku tertarik dengan mamat Cina tu kot.
Benda tu aku simpan sampailah si Jack ni pun terkena jugak...
...............
Bila semua orang dah habis gelak,aku tanya Jack,"mamat Cina kurus2 pakai spek bilik depan aku tu ke?"Member aku semua diam."Ak aah.." jawab Jack sayu.
"Aku pun pernah jadi mangsa dia..dia intai orang pakai reflection air" kata aku."Jom pegi hentak dia!" kata member aku Bos,seorang lelaki yang sukakan kedamaian tapi bila bab nak gaduh,dia la yang paling cepat."Kau pegi panggil mamat tu Jack,"bagitau member2 aku."Kitorang tunggu sini."
Jack pun pegi la panggil mamat tu.Mula-mula mamat tu tanak ikut tapi sebab Jack paksa,dia pun ikut la.Kitorang panggil dia masuk bilik lepas tu suruh dia duduk.
"Engkau intai aku mandi eh tadi?"tanya Jack.Pelik waktu tu sebab biasanya soalan tu diajukan oleh seorang perempuan kepada seorang lelaki tapi dalam kes ni,lelaki kepada lelaki.Mamat tu geleng kepala."Aku nampak aa tadi.Pukimak punya gay!Mengaku aje la!Member aku kantoi kau intai aku mandi tadi!" jerkah Jack,tidak sedar ayat yang digunakan tidak ganas langsung.
Dia tanak mengaku.Gertak lagi dan lagi dan lagi,last dia mengaku."Iye abang.Sori abang.Saya janji saya tak buat lagi."
"Kau nak tengok sangat bontot laki?Nah!"kata Bos sambil menanggalkan seluar dia.Mamat Cina tadi terkedu sebentar dan kemudian merenung bontot Bos selama 5 saat.Nampak nafsu liarnya mencanak naik.
"Bodoh punya manusia.Kau tak reti ke nak surf internet.Carik la blue gay kalau kau nak tengok sangat laki!Kau bukak Yahoo,tulis aje "GAY PORN ASS LICK BUTTHOLE" kata seorang member aku yang aku khuaitiri sudah biasa menggunakan keyword tu dalam Yahoo.(Waktu tu tak femes lagi Google ni)
"Sori abang.Saya janji saya tak buat lagi,"mamat tu cakap tu dan ulang banyak2 kali.
Kitorang pun dah tak tau nak buat apa lagi dengan mamat tu.Nak pukul pun nampak macam kena hentak sekali mau menangis jadi sebab kesian tengok dia yang memang hampir2 nak menangis (dan mamat tu ada sifat2 lemah lembut sket) kitorang pun lepaskan lah dia.
"Terima kasih abang.Kita kawan ye lepas ni?"tanya dia menghulurkan tangan nak bersalam.
"Kepala buto ko kawan!" jerit Jack.
Lepas kena sound,mamat tu dah tak mengintai lagi dah dan kitorang pun duduk dengan aman.Sedar2 mamat tu pun dah takde,pindah bilik mana aku tak tau.
............
Pesanan aku satu aje la,kalau kat ofis anda ada sorang mamat Cina kurus2 pakai spek,agak lemah lembut sket (skrg ni tak tau la aku) dan lulusan MMU,berhati-hatilah bila anda ke jamban yang basah.Kerana mungkin dia akan menggunakan lopak-lopak air dalam tandas untuk melihat up-towel anda. Nasib baik waktu tu takde lagi camera phone,kalau tak....takut aku membayangkan possibilities yang dapat mamat tu buat.Perempuan?Takyah risau kot.Dia target lelaki aje.
Sampai sekarang aku masih lagi mencari sebab kenapa aku mangsa dia?Kalau Jack aku paham la kenapa.Kenapa aku?Aku tak pernah work out.Habis sekolah aku tak pernah langsung bersukan.Aku masih lagi mencari jawapan dia sampai sekarang.Awek aku (Tunang aku skrg) sendiri tak paham apa yang mamat Cina tu nampak.
"Kamu gemok,"kata tunang aku bila aku claim diri aku taste golongan gay.
Terus morale aku low.
Disember 11, 2009
Bincangkan Gambar Di Bawah
Tidak ada apa-apa penambahan yang dilakukan terhadap gambar di atas.Gambar baru saja diambil petang tadi.Bincangkan mengenai ayat yang tertera di atas.
Disember 10, 2009
Darah Manis,Masin dan Tawar Hebiar
Serius shit semenjak aku bertunang sampai sekarang,aku perasan,ada peningkatan dalam berapa banyak bilangan perempuan yang bila selisih dengan aku,dia akan betulkan tudung.
Mungkin kerana renungan mata aku yang seksi.
Atau kerana bibir aku yang berkilau kerana aku menggunakan lip gloss.
Adakah ini kerana bahu aku yang lebar atau dada aku yang sasa ini?
Jadi,dalam bulan 8 hari tu,aku dah sampai tahap maksimum tak boleh tahan dengan godaan pempuan yang melirik2 manja memandang aku,sampaikan ada seorang makcik tu pun tak berkelip tengok aku,aku pun bincang la dengan member aku.Soalan aku mudah aje,"Kenapa tiba-tiba aku rasa macam kaum hawa gemar memandang ke arahku?Aku tidak mengenakan perfume yang mahal2.Aku tak buat pembedahan botox."
Member aku jawab,"Sebab kau darah manis.."
Balik aje dari rumah hari tu aku makan.Dan makan.Aku tak shave.Aku tak jaga penampilan.Aku tak mandi.Sampailah minggu lepas,bila aku jalan-jalan kat food court.Aku perasan semua orang memandang aku.Lelaki,perempuan,tua muda,tak kira bangsa..."Wow,darah manis ni memang betol-betol bahaya..."fikir aku.
"Memang aku sangat hensem kot hari ni sampai laki pun bole stare aku.." fikir aku lagi,gelisah sedikit mengenangkan pengalaman diganggu "Stalker Jamban MMU" sewaktu aku di hostel dulu.
"Takpelah.Sabar aje lah.Sementara darah manis ni kencang,aku takkan gosok gigi!"ikrar aku.
Aku duduk aje kat kerusi aku.Ada satu group awek tengah usha-usha.Nak aje aku pegi jumpa grup awek tu bagi gambar passport aku yang banyak aku simpan dalam wallet.Tengok lah puas-puas sampai terkeluar bijik mata.
Bila aku nak capai wallet sambil duduk,barulah aku sedar,zip seluar aku terbukak.
Kesimpulannya : Kalau dah tak hensem buat la cara tak hensem. Jangan nak salahkan "darah manis".Mungkin perempuan2 yang betolkan tudung tu sebenarnya nak tutup mata diorang dengan tudung.
Disember 08, 2009
Panduan dan Langkah-Langkah Awal Untuk Membolehkan Anda Bergelar Suami
Sori,lama aku menghilang lagi.Aku masih lagi dibeban dengan pelbagai benda.Nak membaca pun tak sempat.Politik pun aku tak ikut.Apa jadi dengan Nik Aziz aku tak paham.Yang aku tau,Akhil Hayy masih kontroversi.Itupun sebab nampak muka depan Harian Metro.Hari ni,aku nak menulis sesuatu yang bermakna yang aku harap sekurang-kurang dapat membantu.Sebab aku buat benda ni pun membuta tuli aje.Tanya member sket2,tanya pegawai sket2..kelam kabut gak aku.Tapi,dah setel dah semua.Tunggu masa aje nak konfemkan.Benda yang aku nak cerita hari ini adalah mengenai:
Langkah Yang Perlu Anda Penuhi Jika Anda Bujang Yang Ingin Berkahwin Mengikut Undang-Undang Malaysia!
.............
Step Unofficial
1. Carik pasangan.Pasangan kalau boleh cariklah yang senang dipandang,berakhlak elok,menjaga kelakuan,beradab,tahu malu,menutup aurat dan berbadan seksi macam kerengga.
2. Kumpul duit untuk hantaran dan lain-lain.Simpanlah 15 ribu.Rundingkan dengan keluarga belah perempuan jika anda kurang berkemampuan.
3. Dapatkan persetujuan wali secara lisan.Bila wali kata "datanglah bawak wakil dan 2 bentuk cincin,satu cincin risik (tanda) dan satu cincin tunang," itu maknanya harapan agak besar.Jika wali kejar anda dengan parang,janganlah sesekali cuba melawan balik.Balik rumah dan fikirkan sebabnya.Mungkin anda tak hensem.
4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah.Bertunang tu nak buat ke tak nak,terpulanglah kepada pihak perempuan.Tarikh dah dapat,usaha lah simpan apa yang tak cukup lagi.
Step Protokol dan Undang-Undang
Sekarang masuk protokol2 dan borang2.Bab protokol ni,aku nasihatkan,buat 3 bulan sebelum tarikh nikah.Ada sebabnya.Buat awal-awal takleh sebab sesetengah benda ada expired date.Buat lambat nanti pihak perempuan kelam kabut sebab pihak perempuan kena tunggu borang anda,baru diorang boleh proceed.
1. Pergi kursus kahwin!RM80 untuk kursus 2 hari.Kepada yang tidak ada pasangan,ini adalah peluang yang baik untuk anda mencari pasangan kerana jumlah peserta perempuan sangat ramai.Pastikan gadis itu datang seorang sebelum anda cuba mengayat dia.Dapat sijil,pakai untuk seumur hidup.Manalah tau lepas2 ni nak tambah lagi seorang dua ke,sijil masih valid.
2. Pegi Klinik Kesihatan Kerajaan.Buat saringan HIV.Benda ni valid 3 bulan aje.Ada sesetengah tempat kena buat appointment.Biasanya HIV test ni dijalankan hanya pada hari Selasa dan Khamis pukul 2 sampai 4.30 petang.First come first serve basis.Datang awal sebab test kit tu limited quantity.
2. Jika anda menetap di daerah berlainan dengan alamat IC anda,pergi ke Jabatan Agama negeri anda dan mintak borang "Kebenaran Untuk Berkahwin" dan pastikan anda menerima "Borang Pengesahan Pemastautin." Isi borang itu selengkap mungkin.Tips : Jika anda tidak pasti bila dan dimana anda akan berkahwin,biarkan kosong ruangan tu."Takpe",kata brader Jabatan Agama hari tu,belah lelaki tak kisah sangat.
3. Jika anda seorang perantau,macam aku,anda KENA pergi carik penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK mukim anda.Berikan borang "Pengesahan Pemastautin" tadi dan pastikan dapat cop beliau.
4. Selepas semua borang sudah pun diisi,bawak semua borang dan jumpalah Jurunikah atau Imam Masjid Bertauliah kawasan anda.Jika anda tak kenal siapa,pastikan anda tanya dengan ketua kampung,dia mesti kenal.Jurunikah ni perlu untuk mengesahkan semua butiran dalam borang anda valid.Dia pun akan cop jugak.Jika tempat anda takde jurunikah (macam kes aku),pegi ke Jabatan Agama Daerah anda.Kat situ ada jurunikah.Macam Selangor,aku kena bawak dua orang saksi yakni member aku untuk sain borang tu depan Pegawai Jab.Agama.Pastikan anda memintak IC saksi dua orang untuk difotostat terlebih dahulu.
5. Surat Akuan Bujang perlu disediakan.Pegi jumpa dengan Human Resource Dept. tempat anda bekerja dan cakap "Saya bujang,saya nak surat yang mengesahkan saya bujang sebab saya dah nak kahwin.Nasib baik ada orang nak kawin dengan saya" dan HR Dept. akan faham lah apa yang kena disediakan.
..........
Bila semua benda tu dah siap,pegi ke Jabatan Agama Negeri anda dan hantar semua benda tadi tu.Kalau KL dengan Selangor,pagi hantar,petang dah boleh ambik balik.Apa yang anda dapat selepas semua usaha keras anda tadi?
Sepucuk surat yang membenarkan anda untuk berkahwin.Itu yang paling penting.Kerja berat kiranya dah setel.Tinggal sisa-sisa kerja aje sket lagi.Ingat!Surat ni ada expired date.Kalau Selangor,mesti kahwin dalam 3 bulan lepas surat tu keluar.Tempat lain aku tak tau.
Dah dapat surat tu,protokol untuk pihak lelaki dah setel dan konsentret untuk majlis kahwin.
.............
Step-Step Terakhir
1. Pegi kedai gambar dan cakap nak buat gambar lesen tapi ANDA DIMESTIKAN memakai SONGKOK!Kopiah,serban,tarbus atau helmet tidak dibenarkan.Wajib ada 5 keping.
2. Dah ambik gambar,fotostat semua borang yang ada 4 keping.1 salinan untuk anda simpan.Semua yang original dan 3 salinan tadi bagilah dekat pihak perempuan.
Kenapa kena bagi yang original?Lain negeri,lain requirement,kalau tiba2 Jabatan Agama negeri bakal isteri anda nak tengok yang original,pihak perempuan ada dan boleh tunjuk.Takyah nak mintak2 dengan anda.Mana tau anda orang Pahang dan gelfren anda orang Sarawak,payah jugak nak menghantar dokumen2 tu.
Bagi jugak gambar anda bersongkok kepada pihak perempuan.Kedai gambar buat 8 keping minimum,jadi 3 keping lebih adalah untuk simpanan peribadi bakal isteri anda atau bakal mak mertua anda.
Step Penutup
Setel semua benda protokol,tibalah masanya untuk anda menghitung hari.Adakah ada aku terlupa sesuatu?Oh!Step terakhir yang anda perlu ambil dan PALING PENTING SEKALI....
1.Pegi berurut.Dan bila aku tulis pegi berurut,urut betul2.Bukan pegi mana-mana pusat Spa dan kena "urut" dengan amoi.
2. Revise balik doa dan surah2.Manalah tau Tok Kadi tanya.
3. Jaga diri baik-baik.
Harap benda ni membantu anda.Orang selalu heboh pasal baju,pelamin,dulang hantaran....tak ramai yang tunjuk ajar pasal benda ni.
Langgan:
Catatan (Atom)