Jun 30, 2010

Letak Gambar Manusia Dalam Rumah,Malaikat Nak Masuk Pun Segan,Tapi Gambar Menteri Ok Kot?


Kelihatan macam gelas biasa yang normal.

Tetapi apabila dipusingkan akan kelihatan wajah MB Negeri Sembilan yang "agak kacak."

Apabila digabungkan semua free gift yang aku dapat malam tu,aku tertanya-tanya,adakah ini sambutan merayakan guru-guru Negeri Sembilan atau sambutan guru-guru yang wajib datang kalau tak datang kena hantar surat tunjuk sebab kepada Jabatan untuk merayakan Menteri Besar yang "agak kacak" itu.

Aku tau benda ni adalah free gift tapi bila kita bercakap mengenai sesuatu yang akan digunakan ketika makan dan minum,kita semua pastilah tidak gemar melihat sesuatu yang menurunkan selera makan bukan?

Dari Aisya Ummul Mukminin ra, dia mengkhabarkan kepadanya bahwa dia membeli bantal yang padanya terdapat gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, beliau berdiri di pintu dan tidak memasukinya. Saya melihat kebencian pada wajahnya, saya berkata, “Wahai Rasulullah saya bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, dosa apa yang telah saya perbuat?” Rasulullah menjawab, “Apakah urusannya bantal ini?” saya jawab, “saya membelinya untukmu agar kau duduk di atasnya dan memakainya sebagai bantal.” Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya pemilik gambar ini pada hari kiamat akan disiksa dan dikatakan kepada mereka hidupkanlah apa yang kamu ciptakan, lalu melanjutkan, sesungguhnya rumah yang di dalamnya ada gambar tidak akan dimasuki oleh para malaikat.” (Bukhari)


Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata saya mendengar Abu Thalhah berkara saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “ Para malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya terdapat gambar dan patung.”




Jun 29, 2010

Menjawab Mengenai Posting Aku di TranungKite Mengenai Cikgu-Cikgu Negeri Sembilan

Aku bukak-bukak Analytics,hari ni visitor cecah dah lebih 10 ribu.Gila apa.Lalu aku pun mencari sebab apa yang membuatkan tiba-tiba visitor blog ni naik mencanak-canak.Biasanya dalam 2500 ke 3000,tak pernah lebih.Ada sekali aje la dekat 5 ribu masa aku letak gambar Nik Aziz dengan Zaid Ibrahim minum arak yang sangat "real" dan "sangat dipercayai oleh ramai orang."

Carik punya carik,jumpalah sebabnya.Front page TranungKite ada letak link ke posting aku pasal Mawi tu.Ces.Aku jadi hangin pulak.Orang Melayu suka sangat stereotaipkan kelompok-kelompok manusia.Habis bini aku terkena sekali walaupun bini aku tak suka Mawi pun.Tengok la tajuk dia;



Apa ni?Jangan la samakan SEMUA cikgu Negeri Sembilan tak senonoh.

Fakta tentang majlis itu :

1. Memang ada Cikgu-Cikgu wanita yang menggedik lebih-lebih.

2. Mawi terpaksa stop show sekejap semata-mata seorang Cikgu NAK SANGAT bergambar dengan dia.Pipi dengan pipi hampir berlaga.

3. Mawi terpaksa sound seorang dua cikgu yang nak peluk bahu dia.Ada yang berdiri rapat sangat sampai Mawi sendiri naik segan.

4. Itu semua bukan salah Menteri Besar.Itu semua salah KERAJAAN MALAYSIA yang menggalakkan artis jadi "ikon masyarakat." Kalau seorang penyanyi budak-budak remaja daripada AF boleh jadi Ikon Negeri Perak dan Mawi adalah idola masyarakat,salah dia dekat pemerintah negara.

5. Tak semua Cikgu tu taksub.Lebih ramai yang duduk belakang dan buat tak peduli.

6. Jangan stereotaipkan semua orang itu buruk.Yang buruk tu semua masuk dalam gambar aku.Yang tak buruk ada aje beribu-ribu kat belakang.

7. Aku pun tak sangka fanatiknya peminat Mawi ni sampai cikgu-cikgu yang berbaju kurung dan bertudung ni boleh lupa diri,keluarga,suami dan Tuhan.

8. Apa yang lebih buruk berbanding perangai-perangai cikgu-cikgu gatal tu?Perangai Menteri Besar tu sendiri yang "mendewakan" diri dia.Aku akan tulis pasal ni esok pagi.

Okeh.Ciow.
Assalamualaikum.

PS - Mana-mana yang ada msg aku kat komen tu esok pagi aku jawab.Terima kasih.

Jun 27, 2010

Aura Mawi Membuatkan Ramai Cikgu-Cikgu Wanita Negeri Sembilan Lupa Sakit Lutut dan Sendi

Sekali-sekala,aku akan menyapot jugak industri hiburan tanahair.Semalam aku teman bini aku gi Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sembilan.Penuh satu padang makan malam kat tengah-tengah pekan Seremban.

Ada Mawi,ada menteri besar Negeri Sembilan.Ramai betul cikgu-cikgu yang beratur untuk bersalaman dengan menteri besar,tak kira lah lelaki dan perempuan.Menteri besar pulak rombongan masuk tu dah macam raja dah.Khas kepada peminat-peminat Mawi,semua gambar ni aku ambik semalam dekat Seremban.




Jika ada kelihatan isteri anda di sini sedang menunjukkan perangai yang tidak anda sangkakan,aku tidak bertanggungjawab.Jika anda melihat ada wajah ibu anda sedang menyendeng-nyendeng dekat Mawi,aku tidak akan mintak maaf jika anda terkejut melihat kelakuan ibu anda.

Walaupun mereka Cikgu sekalipun,kita perlu ingat,mereka juga manusia biasa.Kalaulah bini aku buat macam ni,KONFEM aku akan maki.Sebab tu sedaya upaya aku cuba menjauhkan dia dengan Thom Yorke,Chris Cornell atau Eddie Vedder.Nampak gambar Jimi Hendrix pun dia jadi tak keruan.Kaum hawa ni,bila berdekatan atau berdiri sebelah "selebriti" dia jadi lain sikit.Lagi la kalau selebriti tu dia minat gila-gila.

Aku pun rasa kalau aku dapat jumpa Rachel Bilson atau Intan Ladyana sebelah aku..mau aku terkam-terkam.

PS - Aku dapat cenderamata dari menteri besar Negeri Sembilan.Sebuah mug yang ada print gambar dia atas tu.Nanti aku letak la gambar mug tu kat sini.Lawa.Sesuai untuk buat minum petang bila berseorangan.

Jun 24, 2010

Ciri-Ciri Blog Yang Super Annoying

Bila aku surf internet,aku akan bukak lagu.Kuat-kuat.Biasanya aku akan surf macam-macam tapi topik aku selalunya akan bermula dari berita bola,teknologi dan politik.Kemudiannya aku akan akhiri sesi pembacaan aku dengan membuka secara random blog-blog peribadi tah sapa-sapa atau mana-mana link yang ada tertampal dalam ni.

Aku suka baca benda2 personal orang sebab aku suka dengar cerita orang lain jadi ramai jugak la manusia2 yang berani meluahkan perasaan secara terbuka dalam internet ni.Ada sorang dua yang berani meluahkan rasa syahdu dan pilu,ada jugak yang menulis benda2 menarik dan ada jugak la menulis2 benda2 yang tak menarik langsung.

Aku tulis ni bukan sebab aku nak listkan blog-blog yang aku suka.Tak seronok la camtu.Ramai orang dah buat.Aku menulis hari ni sebab aku nak cerita pasal benda2 yang aku tak suka masa browse blog-blog orang lain.Hahahahaha!

...........

1. Background dan teks warna tak betul


Background putih,teks kuning.Background hitam,teks merah.Adakah anda cuba buat semua orang buta?

2. Dia letak lagu dalam blog dia dan plug in player media tu susah benar dijumpai

KAMON LA!Bila aku duduk depan PC,aku nak dengar lagu-lagu aku sendiri,bukan koleksi lagu Indonesia anda atau koleksi lagu Eddie Hamid anda.Aku browse sekali beberapa belas tab/window,jadi proses mencari blog mana yang pasang lagu tu adalah satu bentuk penyeksaan telinga.

3. Kena scroll separuh page baru jumpa posting

Sebab kat atas penuh iklan.Banyak blog-blog sekarang macam tu.

4. Blog Politik,Ajak Perjuang Islam,Ahli PAS...tapi...

....Iklan paling besar sekali kat atas,PANCUTKAN ISTERI!Nak belajar sangat pancutkan isteri,download Cytherea "Squrting 101"!Free!Siapa Cytherea?Seorang pelakon porno muka SEBIJIK macam Natalie Portman.

5. TuLiS MaCaM Ni?

AdAKaH KaU TaK RasA InI SaNGat AnNoYiNg?AdAKaH KaU TaK LeTiH JaRi NaK TuLiS MaCaM nI?

6. Penggunaan Ayat Budak-Budak Belum Baligh

Hari inie aq maw on9,tapi facebooque tidaque maw login-login,lalew aq sedey dan terush menangisy cosy my honey tidaque dapat chatting wit aq. :D :P :( :8 :6 :3.....<=3 .....Nak tulis camtu masa hantar SMS,pakai la.Bila ada keyboard,takyah la.

Terima kasih.
Selamat pagi.

Jun 23, 2010

Jun 21, 2010

Apresiasi Seni Dalam Masyarakat Malaysia

Semenjak aku dari sekolah rendah,aku cukup suka dua matapelajaran,satu Pendidikan Seni..dan yang kedua,Pendidikan Muzik..kalau kelas tu kena menyanyi dan takyah main rekorder.Aku tak suka betul main rekorder tu sebab aku tak reti dan aku malas nak ingat note.Lagi satu sebab aku rasa geli nak main.Jadi,bila kena main instrumen,aku akan cepat2 ambik kastenet (yang kena tepuk atas tangan tu) atau kerincing (segi tiga besi yang bunyi ting ting ting tu)

Berdasarkan pengalaman aku,dua matapelajaran tu adalah matapelajaran yang paling tak diambik peduli pleh pihak sekolah.Takde siapa peduli anda pandai atau tidak Seni dan Muzik.Bila aku sekolah menengah,dengan tiba-tiba Pendidikan Seni menjadi satu matapelajaran penting dalam SPM pada kelas aku sebab Cikgu-Cikgu mengharapkan Pendidikan Seni akan membantu menurunkan agregat kitorang.Nak buat camne?Budak-budak malas biasanya tere melukis dan budak-budak rajin biasanya tere mengira.Tuhan Maha Adil.(Tak membantu sangat sbb "tiba-tiba" result Biologi dengan Fizik aku ok)

Tapi,Pendidikan Seni dan Muzik masih lagi dianggap sebagai subjek "tidak penting" bukan sehingga kini.Kita masih boleh nampak kesan dia kepada negara kita.Berapa ramai penyanyi kita yang mampu menulis lagu mereka sendiri?Atau berapa banyak filem kita yang betul-betul dijaga dari segi rekaan visualnya?Tak ramai dan tak banyak.

Oleh sebab itu juga penggiat seni dipandang sebelah mata.Oh ya..jangan samakan penggiat seni dengan "artis," itu dua benda yang berlainan.

Kesannya bukan setakat dirasai oleh oleh mereka yang bekerja di dalam industri hiburan muzik dan filem malah juga dirasai oleh mereka-mereka yang bekerja dalam industri kecil-kecilan seperti buat animasi kartun,lukis kartun,buat komik,pelukis jalanan,stand up comedian,busker hebat dan sebagainya.Tidak ramai yang memandang profesion mereka ini secara serius mungkin kerana rakyat Malaysia dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak begitu mengambil berat mengenai penghasilan seni.

Satu mentaliti yang paling jelas kelihatan pada rakyat Malaysia adalah apabila bercakap mengenai seni,semua orang mempunyai pandangan masing-masing kerana semua beranggapan mereka juga boleh buat.Ramai sangat orang yang nak jadi penyanyi,nak jadi pelakon kerana menganggap mereka juga mampu buat seperti itu.Sebab itu kita ada terlalu ramai pelakon dan penyanyi tapi kebanyakan hasil yang dikeluarkan boleh lah dikatakan ..sampah.Orang lain nak menyanyi,dia pun nak menyanyi,orang lain berlakon,dia pun rasa nak jadi pelakon.Penyanyi pulak kadang2 rasa nak jadi pelakon,pelakon pulak nak jadi penyanyi.Suara sumbang,berlakon pun macam kayu.

Itu adalah masalah paling besar Malaysia dalam menghargai seni.Sikap ramai orang yang merasakan "Dia boleh buat,aku pun boleh buat" itulah yang membuatkan apresiasi seni di Malaysia merudum jauh.Tidak ramai yang mengambil berat mengenai seni kerana mereka tahu,ramai yang terlibat dalam seni sebenarnya adalah mereka-mereka yang tak faham mengenai seni.

Tak semua orang mampu jadi doktor,engineer,aktor,penyanyi dan kartunis.

Oleh sebab itu,aku mintak tolong,jika anda beli Digital SLR,jangan claim diri anda sudah mampu jadi photographer.Atau anda rasa suara anda sedap dalam bilik air..jangan terus nak jadi penyanyi.Kalau tak anda sama lah jugak macam ramai artis-artis kat Malaysia ni...anda sekadar mampu.Seorang Professor Madya juga mampu buat filem,tapi sekadar mampu aje la.

Seninya mana?

Jun 19, 2010

Satu Malam di Jalan Sultan Ismail

Semalam aku telah melihat adegan cium mulut antara sepasang couple yang aku rasa datangnya dari Middle East.Adegan itu bolehlah dikatakan agak lama dan aku sure cara ciuman yang digunakan adalah menggunakan teknik "french kiss" atau dalam bahasa Melayunya,"cium ala-ala perancis."

Agak menjijikkan aksi couple tu sebab...tempat aku berdiri dengan 3 orang lagi terang dan kitorang hanya berdiri dalam jarak 5 meter saja dari tempat kejadian.Tapi couple tu still buat tak peduli dan terus melakukan aksi itu kerana selepas klimaks bercium (adakah mungkin?) si gelfrennya terpaksa pergi meninggalkan boifrennya.Patutlah hangat aksi mereka kerana mereka sudah ditakdirkan berpisah.

Habis tengok adegan hangat itu,aku masuk kereta,start enjin dan jalan.Masuk aje ke simpang,nampak ramai mamat Bangladesh keluar dari satu lori."Cilaka punya orang Melayu..ni lah kerja korang seludup masuk pendatang haram masuk sini.Lepas tu komplen rasa tak selamat.."

Modus operandi sindiket seludup masuk pendatang haram ni mudah..bila dah sampai dekat jeti mana-mana,diorang akan hantar pendatang2 ni naik lori.Lori yang aku nampak semalam tu lori orang hantar ais kaler putih dengan sebijik lagi lori biasa 3 tan kaler merah.Pendatang-pendatang ni takde la diberikan destinasi untuk ke mana-mana jadi apa yang sindiket ni akan buat..mudah aje..

Lepas ambik pendatang-pendatang ni,diorang akan drive sampai KL dan kemudian berenti mana-mana tempat yang banyak peluang carik kerja,jadi tengah2 KL tu cun la.Lori berenti tepi jalan,diorang akan letak signboard "Awas,kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan" dekat belakang lori.Bila trafik dah slow dan line dah clear...bukak pintu.Mamat-mamat Bangladesh yang aku nampak semalam ramai-ramai terjun dan berlari lah mereka ke arah yang mereka tentukan sendiri sambil menggalas sebuah beg pakaian di arahkan oleh seorang lelaki Melayu.Bermulalah hidup mereka di KL.

Kalau anda berminat nak tengok apa yang aku maksudkan ni,tonton filem "Setem."Benda yang jadi tu sebijik macam dalam filem tu cuma yang aku nampak lagi ramai dan semua orang Bangladesh.Kelam-kabut diorang lintas jalan semalam.

Itulah KL.Penuh dengan adegan cium dan pendatang haram.
Aku cukup tak suka KL.Aku ada sedikit menyesal tak tangkap video adegan hangat tu.

Jun 18, 2010

Kerana Mangkuk Sebijik,Habis Rosak RTM Semuanya


"RTM?RTM?Hahahahaaa..Teruk betul la you!"

Reporter itu adalah template orang-orang Melayu yang otaknya beku dipenuhkan propaganda kerajaan.Calon paling sesuai untuk dapat darjah kebesaran.

Jun 17, 2010

Gua Liberal Gila Beb Tapi Solat Gua Jaga!


Aku hanya mampu beranggapan baik kepada dia.Mungkin dia tak paham English.Mungkin dia ingat t-shirt tu bermaksud "Mesyuarat Agung Tahunan AJK Sekolah Daerah Parit Buntar."

Jun 16, 2010

Azwan Ali Adalah Orang Yang ke 50 Paling Dipercayai di Malaysia Menewaskan Karam Singh Walia

Bila aku baca Reader's Digest (RD) bulan 2 hari tu,dalam tu RD ada letakkan result survey personaliti yang paling dipercayai di negara-negara Asia Tenggara. Hasil tinjauan diorang...agak membimbangkan.

Mula-mula sekali,kita tengok Top 10 personaliti paling dipercayai di Malaysia;


1) Nicol David (pemain skuasy)
2) Dr Jemilah Mahmood (pengasas Mercy Malaysia)
3) Lee Chong Wei (pemain badminton)
4) Lat aka Mohd Nor Khalid (kartunis)
5) Jimmy Choo (pereka kasut)
6) Adibah Noor (artis)
7) Michelle Yeoh (pelakon)
8) Jins Shamsuddin (Senator/pelakon)
9) Afdlin Shauki (artis)
10) Chef Wan (chef masakan)





11) Paduka Sharifah Mazlina (adventurer, first Malaysian woman Antarctic Solo Expeditor)
12) Misbun Sidek (badminton coach)
13) Ivy Josiah (executive Director, Women’s Aid Organisation)
14) Marina Mahathir (AIDS advocate)
15) Aznil Nawawi (actor/compere)
16) M Nasir (singer)
17) Zang Toi (designer)
18) Rashid Sidek (badminton player)
19) Jailani Sidek (badminton world champion)
20) Gurmit Singh K.S. (executive director of the Centre for Environment)
21) Amy Mastura (singer)
22) Sheila Majid (singer)
23) Siti Nurhaliza (singer)
24) Shebby Singh (former football coach, football presenter)
25) Razif Sidek (badminton player)
26) Jaclyn Victor (Malaysian Idol)
27) Maya Karin (actress, television personality and singer)
28) Ahmad Idham (movie director)
29) Harith Iskandar (comedian, actor)
30) Erma Fatima (actor)
31) Ramli Ibrahim (choreographer)
32) Sheikh Muszaphar Shukor (astronaut?)
33) Irene Fernandez (migrant worker activist)
34) Kee Thuan Chye (dramatist, poet and journalist)
35) Aziz M. Osman (director)
36) Tiara Jacquelina (actress/producer)
37) Alex Yoong (race car driver)
38) Asha Gill (television personality)
39) Fish Leong (singer)
40) Soo Kui Jien (tv presenter)
41) Mano Maniam (Fulbright scholar/actor)
42) Deanna Yusoff (actress)
43) Sharifah Amani (actress)
44) Reshmonu (singer)
45) Lee Sinje(actress)
46) Ning Baizura (singer)
47) Ella aka Norzila binti Haji Aminuddin (singer)
48) Lillian Too (feng shui master)
49) Awie (singer-actor)

50) Azwan Ali (TV host)

Aku tau negara kita penuh dengan rakyat yang desperate nakkan idola dan orang yang nak jadi idola,tapi...adakah kita sedesperate dan secipan ini? Aku tak tahan..nombor 50,Azwan Ali.HAHAHAHAHAHAH!Filipina juga mengalami masalah yang sama seperti di Malaysia bila mereka mengambil seorang pelakon sebagai orang yang paling dipercayai.

Sekarang,cuba kita comparekan dengan personaliti paling dipercayai di Singapura;Ketua Hakim Singapura,Chan Sek Keong.Yang paling dipercayai di Thailand?Dr.Pornthip,pakar forensik yang dikatakan sedang menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock.Di Taiwan pulak,Sami Dharma Cheng Yen.

Apa yang menyedihkan mengenai result survey tu adalah;dengan jelas sekali,kita sangat taksub dengan hiburan.Senarai 50 orang dari Malaysia tu penuh dengan artis dan pelakon dan penyanyi dan penghibur dan ahli sukan.What the hell?Adakah negara kita memang kekurangan idola yang betul atau memang orang Malaysia khasnya orang Melayu memang sangat mementingkan hiburan semata-mata sehingga menjadikan hiburan sebagai pedoman hidup mereka?Sebab berdasarkan result survey tu,nampak macam majoriti yang mengundi adalah...orang Melayu....Awie?Azwan Ali?Ella?Nampak benar orang Malaysia senang percaya dengan apa saja benda yang keluar TV.Sebab tu kot ramai orang percaya RTM.


RD juga membuat survey mengenai pekerjaan mana yang paling dipercayai di Malaysia;

1. Juruterbang
2. Guru
3. Doktor
4. Paramedik
5. Ahli Bomba
6. Pakar Bedah
7. Sainstis
8. Doktor Gigi
9. Ahli Farmasi
10. Jururawat

Adakah anda khuatir tidak ada nama "Najib Razak" atau "Perdana Menteri" di situ?Usah risau.Survey itu dilakukan tanpa dimasukkan langsung nama2 menteri atau sesiapa saja yang terlibat dengan politik kerana dikhuatiri akan membuatkan survey itu terlalu fokus dan emosional.

Tapi,aku rasa impian sesetengah rakyat Malaysia sebenarnya hanya satu;Jika Reader's Digest buat lagi survey macam ni tahun 2014,apa salahnya jika result survey personaliti yang paling dipercayai adalah Perdana Menteri Malaysia dan nombor dua adalah Ketua Hakim Negara?Sayang sekali kita lebih percaya Altantuya yang telah meninggal dunia berbanding Perdana Menteri kita sendiri.Nak buat macam mana?


Tapi tak salah bukan kalau kita memasang impian?
Orang muda,ubahlah Malaysia.

Jun 15, 2010

Adakah Diorang Memang Takde Kerja Lain Dalam Dewan Rakyat?


KUALA LUMPUR 15 Jun - Kedudukan Raja Permaisuri Agong adalah lebih tinggi daripada ”wanita pertama” kerana kedudukan baginda diberi keutamaan seperti yang termaktub dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata, tanggapan bahawa gelaran ”wanita pertama” merujuk kepada Raja Permaisuri Agong adalah tidak tepat.


Katanya, terminologi ”wanita pertama” tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru menyamakan Raja Permaisuri Agong dengan terminologi tersebut adalah tidak tepat sama sekali.


"Sekiranya ada dan diamalkan, ”wanita pertama” di Malaysia mestilah berada di bawah daripada kedudukan Raja Permaisuri Agong,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut; “Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.


"Berdasarkan adat, budaya dan amalan protokol di Malaysia, gelaran ”wanita pertama” tidaklah menjadi suatu amalan. Ramai orang berpendapat dalam konteks negara Malaysia, gelaran itu merujuk kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” kata Najib. - Bernama

.................

Ni lah masalahnya bila sistem feudal dah jauh lebih dipandang tinggi mendahului sistem asas sesebuah institusi.Apa sistem asas sesebuah institusi?Keluarga.Siapa wanita pertama sepatutnya? Ibu,mak,mummu,umi,mama,mother.Takde orang lain..Permaisuri ke sultanah ke mintak maaf.Takde pun aku nampak syurga bawah kaki diorang kalau aku patuh dekat perintah diorang.Benda ni pun Tian Chua nak bahaskan kat Parlimen?Banyak lagi benda diorang boleh bahaskan.Yang PM kita ni pun satu..bole layan nak menjawab soalan2 takde faedah camni.Bila tanya pasal judi..dia jawab,"takleh nak dibincangkan."Apa kebenda punya perdana menteri camni?Pasal nak backup bini..nombor satu!Laju aje dia jawab.

Aku dah bosan dengar perihal FIRST LADY,FIRST LADY ni...Ini semua dakyah nak suruh tunduk dekat pemerintah,zaman feudal punya pemikiran boleh la pakai.Nak menyesatkan akhlak dan jiwa. Takde siapa lagi yang layak jadi First Lady korang melainkan perempuan yang rahimnya adalah tempat anda tinggal selama 9 bulan sebelum anda jenguk dunia. Benda basic!Basic agama! Sikit-sikit rujuk perlembagaan..apa benda ni? Tak pernah pun rujuk kitab suci...

Diharapkan lepas ni takde sapa lagi dah dipanggil First Lady melainkan anda membicarakan mengenai ibu anda yang disayangi.

PS : Cuba korang bukak Google dan search "First Lady of Malaysia" tengok gambar sapa yang keluar?

Jun 14, 2010

Rantai-Rantai Waktu Dililit Majikanku Kepada Diriku Membuatkan Aku Marah dan Emo

Satu hari nanti,anda semua pasti akan menempuhi alam pekerjaan..Ada yang best,ada yang tak best.Kalau 365 hari bekerja,hanya 12 hari aje kita best.Hari dapat gaji.Tapi lepas dapat gaji,kita akan kira berapa kita hutang.Tolak-tolak semua dapat la gaji bersih.Tengok angka gaji bersih,terus rasa tak seronok.Nak beli apa-apa pun berfikir dua tiga kali..

Tapi aku tak nak cerita pasal kewangan.Kalau nak kewangan kukuh,join mana-mana MLM.

Aku sudah sampai di mana aku terpaksa mengakui,dunia korporat bukan dunia aku.Gila F**KUP dunia korporat ni,tikam sana,tikam sini.Kutuk situ,cantas orang lain.

Dan aku akan terus stagnant kalau aku tak sanggup nak menjadikan pekerjaan sebagai satu benda fokus dalam hidup.Aku bukan macam sesetengah orang yang sanggup tido,tak balik ofis semata-mata kerana kerja.Itu semua bodoh.Kerja,kerjala.Tapi pada aku,bila pekerjaan dah mengganggu time kau di luar waktu kerja,itu adalah satu benda yang SANGAT-SANGAT CILAKA.

Kadang-kadang,bila aku tengok orang2 yang satu masa dulu sama aje level dengan aku tapi kemudiannya dinaikkan pangkat jadi manager..aku rasa kesian pulak kat diorang.Balik tiap-tiap hari pukul 9,pukul 10..esok pagi datang balik,meeting situ,meeting sini,kemudian kena maki,kena tengking.Aku tak sanggup kena camtu.AKu tak sanggup korbankan hidup aku semata-mata untuk buat kerja tanpa apa-apa imbuhan tambahan.Tapi,law Malaysia takde pun tulis kena bayar overtime kan kalau gaji dah level eksekutif?Jadi,banyak la yang take advantage law ni dengan mengarahkan staff2 bekerja lebih masa.

Aku dah bosan.Kalau aku nak stay tempat kerja sekarang,peluang aku nak naik ke level atas hanya dengan mengorbankan hidup dan jiwa raga aku kepada perjuangan syarikat.Dan,aku cukup tak suka benda tu.Sebab culture office aku agak extreme politicking nya.

Jadi,pertanyaan hari ini;mahukah anda mengorbankan time dan masa untuk bersama family dan kawan-kawan,semata-mata untuk menjadikan diri anda pekerja contoh yang dapat bonus dan increment yang lebih baik?

Jun 12, 2010

Tonton Untuk Memahami Primal Instinct Seorang Lelaki







Terima kasih kepada Tubelawak kerana memperkenalkan aku dengan porno yang boleh ditonton beramai-ramai.Gadis-gadis pun akan tertawa melihatnya.

Jun 11, 2010

Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Video "Luna Maya" dan "Ariel Peter Pan"?

Ada ke rupa?Aku tak tau pun sapa dan kenapa Luna Maya ni popular.
Mungkin sebab dia lawa aje ke?Sama la jugak macam Kim Kardashian kot?

1. Kecanggihan teknologi kamera pada telefon bimbit masih belum cukup untuk mendapatkan kualiti gambar yang lebih terang dan baik.

2. Walaupun wajah anda tidaklah sekacak mana pun,asal anda rock star,anda tetap hensem di kalangan wanita.Noh Hujan pun hensem sket dari dia kalau makeup betol-betol.

3. Secantik mana pun wajah tidak mencerminkan nilai harga diri seseorang perempuan.Pada pandangan ramai lelaki, perempuan cantik = susah didekati.Telahan ini tidak benar untuk semua perempuan.

4. Lelaki juga gemar jika kadangkala perempuan take action dan lead all the way.

5. Jika itu memang Ariel Peter Pan,dia memang gagah perkasa.Jika benar itu Luna Maya,dia memang ganas di ranjang.

6. Makin aku tua dan lepas dah kahwin,tengok porno dah macam takde apa..buang masa tengok porno ni.Simpan duit,kahwin dan buatlah porno macam mana korang nak beraksi pun.Berjuta-juta kali ganda lagi best daripada tengok porno.

7. Jika itu Ariel Peterpan,dia sudah pun berjaya mendapat Luna Maya,seorang yang sangat hot.Adakah Ariel Peter Pan ingin jadi Edison Chen Indonesia?Mungkin nanti-nanti.

8. Jangan mintak aku link.

Promo : Dunia Baru Reunion/Ngasriah Ngasri Kena Ikat

 Ngasriah Ngasri kena ikat dalam episod 2.
TERBAIK!

Lawatilah www.gua.com.my dan tontonlah Dunia Baru Reunion.Bukan sebab nak tengok Pierre Andre.Atau Tajul.Atau mana-mana lelaki lain.Tontonilah kerana ada Ngasriah Ngasri.Pada aku,dia hot.Dia makin hot lepas pakai tudung.Rasa nak cubit-cubit (marah bini aku kalau dia baca)

Dan tontonilah sebab kitorang (sebenarnya member aku,aku hanyalah pemuzik tak bertauliah) ada menyumbangkan soundtrack untuk drama tu.Lagu mana satu?Kalau korang dapat teka,korang akan menang "Makan Malam Bersama....Member Tajul Dunia Baru@Elyas Yang Ada Iras-Iras Dia" dan korang takyah keluar satu sen pun untuk makan malam tu.

Kita semua ada impian kan?Penuhi impian anda!Layari www.gua.com.my untuk menonton Dunia Baru Reunion dan lihat bagaimana geng Dunia Baru sudah membesar sambil mendengar ketukan dram aku yang sangat-sangat mimimum.Oh!Lagu kitorang keluar lambat lagi.Tunggulah beberapa episod lagi.

Terima kasih.

Jun 09, 2010

Film Review : Adnan Sempit

Agak lama aku berminat nak tengok cerita "Adnan Sempit" bila member aku kata cerita tu best.Jadi,aku pun memberanikan diri untuk duduk depan pc dan bukak Youtube dan tengok dua buah filem melayu kat situ.Insya Allah takde risiko buang duit tengok wayang atau buang duit beli dvd.Mula-mula aku layan "V3 - Samseng Jalanan."Filem melayu biasa dengan ending pakai teks sebab nak save budget tak payah buat shooting.Tak best dan cerita yang agak tak logik.Apa cerita mat rempit Utara senang-senang datang KL mintak tauke kedai motor sponsor dia lumba haram?Taiko sangat ke sampai tauke mana yang tak nak sponsor kena marah?Buang masa aku tengok...

Kemudiannya,aku tengok Adnan Sempit dan aku mengakui,filem tu memang best,mungkin kerana ada benda yang Adnan ni kena dan sama mcm aku pernah kena,contohnya;jalan-jalan sambil pegang helmet,orang ramai pandang slack...apa cerita?Hina sangat ke bawak motor ni?Apa ingat bawak kereta Saga kau tu bagus sangat haa makcik?

Satu benda yang aku suka dalam filem tu adalah filem tu cuba memperbetulkan persepsi masyarakat yang mat motor adalah mat rempit.Tak semua camtu kak oi.Ada jugak mat motor yang bawak sopan,siap bagi signal pakai tangan lagi.Bawak pun elok aje 80km/j.Pada aku,apa saja yang Adnan tu kena memang benda tu akan terjadi kepada mana-mana penunggang motorsikal.Dipandang hina..

Tapi seelok-elok mesej filem tu..apa yang mengecewakan aku cara wanita dipertontonkan dalam filem tu.Seolah-olah wanita itu tidak punya harga diri dan nilai langsung.

Macam scene lepas Adnan hantar Intan Ladyana pegi meeting,terus Intan Ladyana cium helmet dia.Apa ni?Mamat tu takde pun menggatal ke apa ke tapi pempuan tu yang lebih menggatal.Kemudian ada satu scene satu group lelaki dekat dalam semak mengelilingi seorang perempuan yang sedang menanggalkan bajunya sambil menari-nari gembira kerana rakan2nya bersorak ketika dia sedang stripping.WTF? Dan..watak pembantu Intan Ladyana..adakah terlalu mudah seorang perempuan untuk diajak naik motor bersama oleh seorang lelaki lain?Mamat tu ayat bukan power pun tapi tah macam mana minah tu boleh cair.Ini tak masuk lagi scene-scene bila bibir hampir bertemu dengan bibir.Banyak gila...Dalam filem itu,perempuan digambarkan sangat mudah untuk dirapati.Terlalu murah!Ayat sikit dah setel.Boleh angkut naik motor.Boleh bawak balik rumah.Boleh nari-nari tepi tasik peluk-peluk.

Tapi jika filem adalah fantasi pengarah dan produser filem itu,kenapa scene-scene dalam filem tu banyak kelihatan di mana-mana?Adakah sekarang ini perempuan sudah lupa,dalam perihal tubuh badan mereka,mereka yang pegang kata putus?Atau mungkin kerana era globalisasi dan ehem-ehem.."female rights"... perempuan juga makin merasakan mereka perlu jadi horny setanding dengan lelaki kerana...hak untuk mengejar seks dan niat untuk ringan-ringan juga adalah sepatutnya hak wanita?

Jika filem Adnan Sempit mencerminkan wajah sebenar seorang mat motor yang disalah anggap masyarakat,adakah filem itu juga sebenarnya mencerminkan nilai moral dan harga diri wanita Melayu masa kini?

Rating - 7.5/10 

p.s - Intan Ladyana,I Love You...

Jun 06, 2010

Peha Rozita Che Wan Putih Melepak Aku Habag Hang!

Perempuan tak sejuk ke pakai camni?Aku kalau gi jalan kat shopping kompleks pakai
seluar jeans pun kadang-kadang menggeletar kesejukan.

Jun 05, 2010

Upgrading Country,Downgrading Citizen


Satu masa dulu majoriti mampu pakai Toyota,sekarang majoriti mampu pakai Viva.
Ok la tu..Viva pun Toyota jugak.


Jun 04, 2010

Filem Mereka,Wajah Mereka,Filem Kita,Wajah Tah Sapa-Sapa

Gambar hiasan - Rutin biasa orang Melayu..
bergaduh sambil pakai towel sahaja.Baru boifren tak marah sangat.

Orang Melayu jarang dapat melihat filem-filem yang memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain?Asyik-asyik mat rempit,mat drift,mat drag,bohsia,bohjan,cerita hantu dan apa-apa filem bodoh dan kosong seorang professor.Apakah tujuan filem-filem itu?Untuk memujuk masyarakat menerima mat rempit dan bohsia sebagai satu budaya norma Malaysia?
Aku banyak tengok cerita-cerita dari Hong Kong.Antaranya:

1. A Man Called Hero (Orang Cina lawan Jepun)
2. Ip Man (Orang Cina lawan semua orang)
3. Young and Dangerous 1-5(brotherhood orang Cina)
4. Bodyguards and Assasin (Orang Cina biasa bersatu membentuk revolusi China)
5. Apa-apa saja cerita Jet Li (Seorang lelaki Cina menyatukan orang ramai untuk menentang korupsi,kezaliman)
6. Shaolin Soccer & Kung Fu Hustle (Kisah nobody jadi somebody)

dan banyak lagi la.

Sori la kalau list tu agak limited,aku hanya akan tengok cerita Hong Kong kalau ada Jet Li,Stephen Chow,Ekin Cheng dan idola aku,Donnie Yen.

Cerita-cerita Melayu popular biasanya hanyalah melibatkan pergaduhan antara orang Melayu jahat dan satu grup orang Melayu lain yang lagi jahat dari grup hero,ataupun kisah-kisah cinta yang mual dan meloyakan dengan gadis dan jejaka Melayu ini berpegangan tangan,berpelukan...sebelum kahwin.Walaupun aku suka gila filem "Sepi" tapi aku cukup menyampah dengan scene Afdlin Shauki dan Vanida Imran baling-baling tepung sambil peluk-peluk,gurau-gurau...

Kita semua sudah sedia maklum bahawa Lembaga Penapisan Negara Malaysia adalah antara lembaga yang paling pelik sekali cara mereka bekerja.Mana-mana filem barat selalunya tidak pun bermasalah untuk dilepaskan dan selalunya yang menjadi mangsa adalah...filem-filem Melayu.Ramai pengeluar filem yang mahu mengeluarkan filem tetapi negara kita terlalu banyak sekatan sehingga pembikin filem hanya akan buat filem-filem ringan dan kosong yang boleh kita tonton sekarang ni.

Wujud usaha-usaha untuk menerbitkan filem-filem seperti ini,antaranya Legenda Tasik Chini,projek filem Pasir Salak dan juga biografi Tunku Abdul Rahman.Begitu juga dengan keluarnya filem seperti Embun,Leftenan Adnan,Bukit Kepong dan yang terbaru,Hikayat Merong Maha Wangsa.Tapi adakah projek-projek itu akan sama nasibnya seperti Puteri Gunung Ledang yang tidak dapat diterima penontonnya?

Apa yang industri filem kita perlukan sekarang adalah seorang ikon,seorang idola.Jika aku dan kawan-kawan aku membesar dan mengagumi Chan Ho Nam,ketua samseng Causeway Bay dalam Young and Dangerous dan ramai pula anak muda sekarang takjub dengan kisah Ip Man,tok guru Bruce Lee...kadang-kadang membuatkan aku mahu filem Melayu punya ikon seperti itu,yang mampu membuatkan anak-anak kecil,anak muda dan golongan dewasa bangun dan berhasrat untuk jadi seperti mereka.

Dan itulah masalahnya,filem kita penuh dengan mat motor tengah wikang atau kekasih berpelukan.Itulah yang kita akan dapat kerana...filem mampu mempengaruhi masyakarat.Apa kata kita mulakan dengan sebuah filem aksi mengenai Ibrahim Ali,pejuang Melayu "tulen." Bayangkan kesannya?"Mak,mak,bila adik dah besar nanti adik nak jadi macam hero filem tu,Ibrahim Ali..dia handal melompat!"

Simpang Malaikat 44,mintak-mintak dijauhkan jika memang ada yang terfikir nak buat filem Ibrahim Ali.Nak pupuk semangat cintakan negara?Gunakan filem.Tak payah nak buat PLKN.

Jun 02, 2010

Sekarang Adalah Bukan Waktu Yang Sesuai Untuk Membeli atau Menukar Kereta Baru


..kerana..interest rate untuk loan kereta dinaikkan minggu ni.

Non-National Cars (Mercedes,Ferrari,Nissan,Toyota,Honda dll)
5 year loan – 3.5%
7 year loan – 3.75%
9 year loan – 3.85%

*Rate lama antara 2.88% hingga 3.5%)

National Cars (Proton,Perodua,Naza,Inokom dll)
5 year loan – 3.85%
7 year loan – 4.00%
9 year loan – 4.10%

*Rate lama antara 3.5% hingga 3.75%

Aku dengan member aku agak bernasib baik sebab dah beli kereta hujung tahun lepas.Kenaikan ini agak tinggi kerana,jika diberikan contoh:

Perodua Myvi EZi Solid Colour - RM49,200
Interest Rate Lama :3.65% untuk 7 tahun dengan downpayment 10%
Bayaran bulanan : RM661.83

Interest Rate Baru :4% untuk 7 tahun dengan downpayment 10%
Bayaran bulanan : RM674.74

Perbezaan RM12.91 untuk sebulan.

Perbezaan antara rate interest lama dengan rate baru :
RM12.91x12 bulan x 7 tahun = Rm1084.44!!

Satu nilai yang cukup untuk tanggung minyak 
selama 4 bulan atau lampin anak selama setengah tahun.

Aku agak lega sebab bila beli kereta aku buat loan 9 tahun dengan interest rate 3.75%. Jika tak aku terpaksa tambah RM15 untuk bayar interest saja tiap2 bulan.15x12 bulan x9 tahun = tambahan interest RM1620.

Malaysia oh Malaysia!
Interest naik,cukai eksais tak pernah turun.

Bacaan Lanjut :
Mengira Bayaran Ansuran Pinjaman Kereta Idaman Anda

Jun 01, 2010

Kesimpulan Mengenai Nilai Kemanusiaan atau Nilai Undang-Undang,Yang Mana Lebih Penting?

Jadi,dalam posting asal aku sebelum ni,ramai yang pilih "kesiankan lah pakcik tu."Sebab humanity adalah option yang selamat..kan?Dalam Islam pun kita diajar untuk mementingkan humanity.Tapi,dalam kes tu..sepatutnya humantiy perlu ditolak ke tepi pada pandangan aku,kenapaSebab....dia salah.Dia nak lari road block.Hanya orang yang ada buat salah akan takut dengan road block...humanity doesn't play any rules here at all.

Sama jugak macam aduan rakyat Malaysia yang paling kerap didengari oleh polis,polis rasuah,polis suka makan duit suap,polis mintak hulur.Apa yang polis tu buat sebenarnya?Secara sedar tak sedar,anggota polis itu sebenarnya sedang menjaga humanity anda!Mungkin dia tengok anda muda lagi,orang susah ke,kereta buruk ke,jadi dia mintak duit kopi dengan tujuan bukan sekadar untuk mengkayakan dia,tapi sebenarnya untuk menyelamatkan anda daripada kena keluar duit lagi banyak daripada yang dia mintak.Anggota polis itu sedang menyelamatkan anda, kan?

Bukankah itu juga satu bentuk mementingkan perikemanusiaan?
Beneficiary-nya pula adalah anda sendiri.

Ada masa kita kena tengok balik masalah-masalah di Malaysia ni dan sedar sebenarnya kita juga adalah penyumbang masalah itu.Kita dah bawak lebih had laju,kena saman,kenapa nak merayu-rayu?Dah salah kan?Tidakkah kita sedar bila kita merayu kita sebenarnya membuka peluang kepada polis tu untuk makan rasuah.Kemudian bila dah lama lepas tu,bising kata polis rasuah!

Selepas ni,jangan cuba bagi peluang kepada polis mintak rasuah.Kalau boleh jangan langgar peraturan jalan raya.Tutup peluang kepada polis untuk tahan anda.Pastikan lesen dan road tax hidup.Pakai tali pinggang.Ikut had laju.Kalau kena tahan,cakap kat polis tu "saya nak bayar aje saman tu.Saya silap,saya buat salah.Encik tulis lawa-lawa sikit."Selagi rakyat bagi peluang kepada polis nak merasuah selagi tu salah satu masalah masyarakat Malaysia ni takkan selesai.Kita nak pihak berkuasa ada integriti tapi kita sebagai rakyat tak jaga integriti kita dan juga perilaku diorang..apa cerita bang?Kita menggalakkan diorang rasuah,manusia nampak peluang nak kaya,mesti dia ambik kan?

Bab humanity,kemanusiaan,rasa belas kasihan,belakang kira.Kalau takde lesen,takde road tax..jangan naik motor atau bawak kereta.Naik basikal.Anda takde hak nak memandu atas jalan raya.Macam mana kita nak maju kalau akal kita mengutuk dan mengharamkan rasuah di kalangan menteri tapi bila kena kat kita,kita halalkan pulak rasuah tu dengan alasan,gaji kecik,duit tak cukup.

Aku tak tahan pakcik tu.Sepatutnya aku tahan dia sebab dia melawan arus membahayakan aku dengan sorang lagi brader belakang aku.Jalan motor,bukannya besar..kalau aku tak sedar dia datang,aku terkejut dan masuk longkang.Rasa-rasanya,kalau aku masuk longkang sebab elak pakcik tu yang tengah menggelabah nak lari dari road block,dia berenti ke tolong aku?

Humanity only comes into effects when it's affecting yourself.
Itu bukan humanity.

Kesimpulannya;
Dalam menjaga undang-undang,tugas paling asas seorang rakyat adalah untuk mengikut undang-undang itu,selagi tak bercanggah dengan agama,kerana; Dengan mengikut undang-undang,kita sebenarnya sedang menjaga humanity kita dan orang lain.

Dan..kalau anda naik motor tiap-tiap hari...pakailah helmet full face.Buat apa nak malu?Untuk keselamatan anda jugak.Jatuh tersungkur insya Allah dagu dan wajah anda selamat.Jangan peduli orang lain kutuk.Diorang bangang.Belikan anak helmet dan pakaikan kalau nak bawak anak naik motor.Mana tau terserempak dengan pakcik tu tengah melawan arus lagi.Tergelincir pun insya Allah selamat.