Jun 09, 2010

Film Review : Adnan Sempit

Agak lama aku berminat nak tengok cerita "Adnan Sempit" bila member aku kata cerita tu best.Jadi,aku pun memberanikan diri untuk duduk depan pc dan bukak Youtube dan tengok dua buah filem melayu kat situ.Insya Allah takde risiko buang duit tengok wayang atau buang duit beli dvd.Mula-mula aku layan "V3 - Samseng Jalanan."Filem melayu biasa dengan ending pakai teks sebab nak save budget tak payah buat shooting.Tak best dan cerita yang agak tak logik.Apa cerita mat rempit Utara senang-senang datang KL mintak tauke kedai motor sponsor dia lumba haram?Taiko sangat ke sampai tauke mana yang tak nak sponsor kena marah?Buang masa aku tengok...

Kemudiannya,aku tengok Adnan Sempit dan aku mengakui,filem tu memang best,mungkin kerana ada benda yang Adnan ni kena dan sama mcm aku pernah kena,contohnya;jalan-jalan sambil pegang helmet,orang ramai pandang slack...apa cerita?Hina sangat ke bawak motor ni?Apa ingat bawak kereta Saga kau tu bagus sangat haa makcik?

Satu benda yang aku suka dalam filem tu adalah filem tu cuba memperbetulkan persepsi masyarakat yang mat motor adalah mat rempit.Tak semua camtu kak oi.Ada jugak mat motor yang bawak sopan,siap bagi signal pakai tangan lagi.Bawak pun elok aje 80km/j.Pada aku,apa saja yang Adnan tu kena memang benda tu akan terjadi kepada mana-mana penunggang motorsikal.Dipandang hina..

Tapi seelok-elok mesej filem tu..apa yang mengecewakan aku cara wanita dipertontonkan dalam filem tu.Seolah-olah wanita itu tidak punya harga diri dan nilai langsung.

Macam scene lepas Adnan hantar Intan Ladyana pegi meeting,terus Intan Ladyana cium helmet dia.Apa ni?Mamat tu takde pun menggatal ke apa ke tapi pempuan tu yang lebih menggatal.Kemudian ada satu scene satu group lelaki dekat dalam semak mengelilingi seorang perempuan yang sedang menanggalkan bajunya sambil menari-nari gembira kerana rakan2nya bersorak ketika dia sedang stripping.WTF? Dan..watak pembantu Intan Ladyana..adakah terlalu mudah seorang perempuan untuk diajak naik motor bersama oleh seorang lelaki lain?Mamat tu ayat bukan power pun tapi tah macam mana minah tu boleh cair.Ini tak masuk lagi scene-scene bila bibir hampir bertemu dengan bibir.Banyak gila...Dalam filem itu,perempuan digambarkan sangat mudah untuk dirapati.Terlalu murah!Ayat sikit dah setel.Boleh angkut naik motor.Boleh bawak balik rumah.Boleh nari-nari tepi tasik peluk-peluk.

Tapi jika filem adalah fantasi pengarah dan produser filem itu,kenapa scene-scene dalam filem tu banyak kelihatan di mana-mana?Adakah sekarang ini perempuan sudah lupa,dalam perihal tubuh badan mereka,mereka yang pegang kata putus?Atau mungkin kerana era globalisasi dan ehem-ehem.."female rights"... perempuan juga makin merasakan mereka perlu jadi horny setanding dengan lelaki kerana...hak untuk mengejar seks dan niat untuk ringan-ringan juga adalah sepatutnya hak wanita?

Jika filem Adnan Sempit mencerminkan wajah sebenar seorang mat motor yang disalah anggap masyarakat,adakah filem itu juga sebenarnya mencerminkan nilai moral dan harga diri wanita Melayu masa kini?

Rating - 7.5/10 

p.s - Intan Ladyana,I Love You...

24 ulasan:

  1. adnan sempit mengarut dan merepek..banyak scene yang x perlu pon dimasukkan dalam tu..

    BalasPadam
  2. sekali kepala hantu datang.. datang.. datang.. makin mai, makin dekat kat aku..

    POOOOMM!!!!!!!!

    aku rembat macam david beckham, terpelanting jauh kepala hantu tuuu

    BalasPadam
  3. satu pemikiran yg selari nie.

    dah tu penggiat filem tempatan kena wat filem jenis macam mane plak?

    mungkin ciri2 wanita melayu islam yang sepatutnya berlaku menjelang akhir zaman ni?

    BalasPadam
  4. Pempuan pun horny gak. Bukan ko sorang mantot.buahahahaha

    BalasPadam
  5. rempit v3 samseng jalanan kena tapis kaw-kaw dengan lembaga penapisan.. kat ending pon kena buat lain.. dah kena potong banyak sangat, so nak kejaQ dateline, scene jadi macam barua.. hehe.. backup farid kamil

    BalasPadam
  6. hurmm.. pada aku, citer adnan sempit agak longgar..

    kalau banding dengan cerita gila2 remaja (sbb pasal budak moto gak) aku rasa citer gila2 remaja lebih padat.

    bila tgk adnan sempit, baru aku tau ada org buat aktiviti buka baju gitu2 je kat mana2 dia suka.. aish..

    BalasPadam
  7. orang kata filem kita wajah kita. camtu la wajah melayu kini mungkin.

    BalasPadam
  8. Adnan sempit,ending tak logik..jalan cerita bleh tahan la,tapi aku still takleh trima kita tnjuk budaya sosial..bes sangat la lelaki dapat ayat awek smpai awek tu naik motor peluk dia..bangga lak tuh.apa yang bdak2 umur 17 thun baru dpat lesen nmpak dr cite nih? ngayat maybe leh dapat awek kaya.ngayat awek,bleh awek tuh naik motor ngan kau dan peluk dan mesra2 dgn kau.blajar bukan kemestian..blajar stakat spm pn boleh ;jd mat despatch, jd mat rempit yg bka gerai makan leh kawin dan hidup happy

    BalasPadam
  9. itu baru sikit.

    aku rasa kalau tak ada lembaga penapisan, mahu ada adegan minah rempit stripping sambil wheelie.

    peace.

    BalasPadam
  10. Pengarah dan Pelakon Melayu Syok Sendiri..jgn d komen, jgn d kritik, pasti mereka kata "Farid Kamil TAk Kesah"..

    BalasPadam
  11. Citer ni memang ok la jugak..tp still x dpt lari dr konsep citer melayu biasa.

    Prasan x kalo citer melayu romantik komedi slalunya ujung2 stori orang jahat mesti terkantoi dalam majlis tari menari / makan malam / gathering.

    Dlm citer ni..orang jahat kantoi dlm mesyuarat. hahaha

    BalasPadam
  12. aku sungguh tertekan tgk lakonan intan ladyana yg annoying dan suara pitching x menentu. sumpah annoying.. standing budak suara annoying yg blakon dlm citer heliza ngn syawal tuh..

    BalasPadam
  13. menda slack yg saya nampak..

    1.mat motor ada motor yang sama cap ja. tau la moto sponsor, kaler ja lain2. mat rempit kampung banyak pakai motor cabuk, handle dia buat macam ni sket, ekzos sumbat bagi bunyi bising

    2. alahai bertuah sungguh nak bawak bakal bini gi tempat race, macam menyamakan aweks2 dorang ngn aweks hadiah race plak.

    tapi layanlah... boleh gelak2

    BalasPadam
  14. citer v3 hampeh..nyesal aku tgk..buang mase aku je..citer adnan sempit best...3kali aku tgk kat pggung..(mber2 belanja) pastu kat pc ni xtau la berapa kali..hahaha..selambe je citer tu..haha

    BalasPadam
  15. ko dh tgk 'budak kelantan'? tak nak komen?

    BalasPadam
  16. Tengok pelakon je dah tak minat nak tengok.

    BalasPadam
  17. Satu lagi, poster filem2 melayu, penuh dengan pelakon2. mgkin kontrak ada letak muka plakon ada kat poster kot.

    BalasPadam
  18. tak pernah rasa cite ni bagus. jalan cerita yang cuba disampaikan sangat sempit.

    BalasPadam
  19. aku rasa sama yang kau rasa,tapi perkara yang paling aku tak suka pasal filem melayu ni kaedah amik gambar, kekretivitian pengarah dalam mengolah masalah msyarakat dan membawa perspektif baru.

    nak kata mahal kenapa filem p ramlee dulu simple je dalam studio tapi sampai sekarang orang layan.

    kaedah penceritaan p ramlee setakat yang aku tengok, arwah bekarya dengan mudah, dalam masa beberapa minit scene bertukar, bahasa tak bercampur aduk, dan yang paling penting penceritaan p ramlee penuh dengan seloka kepada masalah masyarakat tiada prejudis parti dan kerajaan cuma masih dibawah kawalan adab org malaysia.

    sekarang ni pada pandangan aku kaedah paling cepat untuk pembuat filem membuat filem atau drama yang box office agar meneliti kaedah permainan kamera filem atau drama mat salleh di olah dengan sejarah penceritaan p ramlee. memang berjaya.hahaha..ckp org bodoh filem

    generasi bundle

    BalasPadam
  20. eh..aku tak paham la?? lembaga penapisan filem review..kena buat balik?!? apsal tak tunjuk storyline dalam kertas je suruh die sign elawal?? ke lembaga penapisan tak dapat makan suap?? tu psl buat cam tu??

    BalasPadam
  21. ko ni tot, xhabes2 ngn intan ladyana ko tu..huhu...ye blakon kaku laa tot..

    BalasPadam
  22. perasan tak,seni mempertahankan diri selalu dijadikan filem..Thailand, bangga dgn tomoi, diaorg keluarkan filem Ong Bak..China,kungfu..diaorg keluarkan filem IP man...kita bangga dengan silat, kenapa kita tak keluarkan filem tentang silat...ini tidak,asyik2, filem bohsia,rempit,racing.mangkok ayun nya pengarah2.buat la filem yg ada nilai sikit

    BalasPadam
  23. Cerita yang mempromosikan dosa dosa orang Melayu. Cukuplah dengan maksiat yang terang terangan di khalayak ramai, janganlah tambah dengan mempromosikan di dalam movie. Impak negatifnya terlalu banyak berbanding positif. Niat untuk berterus terang dengan penonton namun lebih kepada menjatuhkan maruah orang Melayu sendiri, penyebar dosa dan membuka aib kaum Melayu sendiri.

    Jangan promosi dosa by http://www.zaharuddin.net/content/view/937/72/

    BalasPadam
  24. masyarakat melayu semakin rosak.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.