Jun 21, 2010

Apresiasi Seni Dalam Masyarakat Malaysia

Semenjak aku dari sekolah rendah,aku cukup suka dua matapelajaran,satu Pendidikan Seni..dan yang kedua,Pendidikan Muzik..kalau kelas tu kena menyanyi dan takyah main rekorder.Aku tak suka betul main rekorder tu sebab aku tak reti dan aku malas nak ingat note.Lagi satu sebab aku rasa geli nak main.Jadi,bila kena main instrumen,aku akan cepat2 ambik kastenet (yang kena tepuk atas tangan tu) atau kerincing (segi tiga besi yang bunyi ting ting ting tu)

Berdasarkan pengalaman aku,dua matapelajaran tu adalah matapelajaran yang paling tak diambik peduli pleh pihak sekolah.Takde siapa peduli anda pandai atau tidak Seni dan Muzik.Bila aku sekolah menengah,dengan tiba-tiba Pendidikan Seni menjadi satu matapelajaran penting dalam SPM pada kelas aku sebab Cikgu-Cikgu mengharapkan Pendidikan Seni akan membantu menurunkan agregat kitorang.Nak buat camne?Budak-budak malas biasanya tere melukis dan budak-budak rajin biasanya tere mengira.Tuhan Maha Adil.(Tak membantu sangat sbb "tiba-tiba" result Biologi dengan Fizik aku ok)

Tapi,Pendidikan Seni dan Muzik masih lagi dianggap sebagai subjek "tidak penting" bukan sehingga kini.Kita masih boleh nampak kesan dia kepada negara kita.Berapa ramai penyanyi kita yang mampu menulis lagu mereka sendiri?Atau berapa banyak filem kita yang betul-betul dijaga dari segi rekaan visualnya?Tak ramai dan tak banyak.

Oleh sebab itu juga penggiat seni dipandang sebelah mata.Oh ya..jangan samakan penggiat seni dengan "artis," itu dua benda yang berlainan.

Kesannya bukan setakat dirasai oleh oleh mereka yang bekerja di dalam industri hiburan muzik dan filem malah juga dirasai oleh mereka-mereka yang bekerja dalam industri kecil-kecilan seperti buat animasi kartun,lukis kartun,buat komik,pelukis jalanan,stand up comedian,busker hebat dan sebagainya.Tidak ramai yang memandang profesion mereka ini secara serius mungkin kerana rakyat Malaysia dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak begitu mengambil berat mengenai penghasilan seni.

Satu mentaliti yang paling jelas kelihatan pada rakyat Malaysia adalah apabila bercakap mengenai seni,semua orang mempunyai pandangan masing-masing kerana semua beranggapan mereka juga boleh buat.Ramai sangat orang yang nak jadi penyanyi,nak jadi pelakon kerana menganggap mereka juga mampu buat seperti itu.Sebab itu kita ada terlalu ramai pelakon dan penyanyi tapi kebanyakan hasil yang dikeluarkan boleh lah dikatakan ..sampah.Orang lain nak menyanyi,dia pun nak menyanyi,orang lain berlakon,dia pun rasa nak jadi pelakon.Penyanyi pulak kadang2 rasa nak jadi pelakon,pelakon pulak nak jadi penyanyi.Suara sumbang,berlakon pun macam kayu.

Itu adalah masalah paling besar Malaysia dalam menghargai seni.Sikap ramai orang yang merasakan "Dia boleh buat,aku pun boleh buat" itulah yang membuatkan apresiasi seni di Malaysia merudum jauh.Tidak ramai yang mengambil berat mengenai seni kerana mereka tahu,ramai yang terlibat dalam seni sebenarnya adalah mereka-mereka yang tak faham mengenai seni.

Tak semua orang mampu jadi doktor,engineer,aktor,penyanyi dan kartunis.

Oleh sebab itu,aku mintak tolong,jika anda beli Digital SLR,jangan claim diri anda sudah mampu jadi photographer.Atau anda rasa suara anda sedap dalam bilik air..jangan terus nak jadi penyanyi.Kalau tak anda sama lah jugak macam ramai artis-artis kat Malaysia ni...anda sekadar mampu.Seorang Professor Madya juga mampu buat filem,tapi sekadar mampu aje la.

Seninya mana?

41 ulasan:

  1. ramai n00b nk beli DSLR sbb nk amik upah amik gambar wedding.

    caj rm500 satu event, tp kualiti cam fuck.

    BalasPadam
  2. pasai tu cerita kit kat dalam malaysia ni sama je. retorik.tak kisahla tajuk apa pun. seninya xda.asal mampu.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. hahahah~~
    nak buat macam mana..pastu kalau beli, balik2 gambar sendiri. Plg best, gambar dalam toilet.

    Macam jadi 1 kegilaan utk memiliki DSLR. But semua set up to auto.

    WTH?!

    Baik beli dgital je.

    BalasPadam
  5. dengan segala macam kemudahan dan peralatan canggih sekarang pun filem malaysia masih ditahap lama. perlu skrip dan pengarah yang betul betul tahu wat filem.

    BalasPadam
  6. plg tak tahan, beli dslr...upload gamba kat fesbuk, still out of focus, gamba blur, tgn gegar. bukan nak belajar betul2 pakai dslr tuh. panas betul. bak sini bagi aku!! hahah

    BalasPadam
  7. mantot

    engkau ngan aku pernah sekelas. dalam kelas tu kalau kau ingat aku paling kuat bullshit

    maka aku pun dengan ikhlas cakap

    seni itu bullshit

    hanya perlu pandai buat orang percaya apa yang kamu buat itu seni. walaupun sebenarnya hanya coretan huduh

    betul tak man?

    BalasPadam
  8. Mantot sentiasa dirundung murung dgn keadaan negara ni..

    BalasPadam
  9. Tot, aku xseni & x terer mengira... Sedih sial aku.. Hahaha

    BalasPadam
  10. sesetengah mak bapak ni, anak mintak nak guna seketul sabun kat rumah sbb cikgu nk ajar buat ukiran sabun pon tak bagi, membazir katanya.

    BalasPadam
  11. pasal prof madya tu, aku sokong sangat.serius. tak berkualiti memang cerita filem fotostat habis. mesin fotostat pun lagi bagus.

    BalasPadam
  12. lol.
    sb tu kena tgk btol2 portfolio OP utk wedding ni.
    bkn main tibai jek.
    lainlah kalo bajet pn cikai so jgn nak haraplah kualiti sama dgn OP harga riban2.
    ape laa nak harga murah tp kualiti superb mana dpt beb pada zmn kapitalisme ni.

    lantak dieorgla nak guna setting auto ke hape.
    dah dieorg punya dslr.
    duit dieorg habis bkn duit korg.
    hanya tau kritik jek.

    aku tanak komen pape pasal seni sb nak ckp aku ni org seni tak jugak tp aku hargai seni.
    semua tu depends kat mata masing2 la.
    xleh nak paksa ckp lukisan A tu lawa.
    kalo pada pdngn org da buruk tp bagi kau lawa tu nak buat cmne.
    masing2 ade mata kan so hargailah seni.
    org ckp sampah pn still lawa bid sampai juta2.

    BalasPadam
  13. aku menyampah pada statement: aku punya duit, aku punya suka lah! ini ayat mereka yang loser untuk tipu duit orang.

    a**hole! kau rasa 500higgit tu sikit? ke, kau terasa sebab kau pun ada dslr dan gambar kau amek macam taik dan kau rasa kau dah hebat dan bolih claim jadi photographer. hahaha.

    BalasPadam
  14. memang lah duit and dia beli pakai duit dia. Cakap mmg la senang.

    But pada orang yang xkemampuan untuk get those thing while dia ad passion and skills watnot..you really cant feel it, dont u?

    BalasPadam
  15. Relex la.. Awat nk emo2... Aku x belah mane2.. Dua2 ade point yg betul.. Cuma.. Yg xde dslr, biar p la yg ade dslr.. Jgn la sebab hang xmampu hang pi kondem..
    dengki apa?.. Yg ade dslr, jgn la plak hang ckp besar cam hang tu bnk duit.. Kalo iye pon bnk duit, rendah diri la skit.. Pilih la ayat2 yg elok skit....
    -peace, semoga Palestin dibela-

    BalasPadam
  16. hmm..rm 500 1 event mahal ke??jangan marah la kalau gambar tak cantik

    BalasPadam
  17. ntahnyaa.
    pasal dslr pon nak kecoh abis.
    pity u anonymous.
    msti u da terkena sekali n sb tu emo sgt.
    chill la beb.
    sape suh tak tgk btol2 portfolio dieorg.

    btw RM500 for one event tak mahal ok.
    tu kira cikai utk PRO bkn AMATUR.

    sekian...

    BalasPadam
  18. MALAYSIA BOLEH bro!
    wakakaaka.

    shamsul yusuf haslam, kalau kau baca blog mantot ni, ade satu benda aku nak cakap kat kau.

    "FILEM KAU, IDEA KAU, JALAN CERITA KAU, HASIL CERITA KAU semuanya SAMPAH! BANGKAI! NAJIS!"

    sekian.

    -saye yg geram-

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. pada aku, kalau betul minat seni, tak payah la caj mahal,letak title konon pro atau amatur photographer kan?

    buat untuk kepuasan berseni, sederhana sudah la.

    BalasPadam
  22. ala.
    tak sempat aku nak baca komen yg kne remove tu.
    apa yg dia komen kan tu encik mantot?

    BalasPadam
  23. kadang2 macam POYO je tengok orang sangkut2 camera tu kat leher. yg pro kite leh tahu dye pro. yang poyo?? memang terang2 boleh tahu. btw, setuju dengan entry ni.. inlah malaysia. haih

    BalasPadam
  24. wei2..xyah la remove2..nk bce gak..hehehe..panas2!!

    BalasPadam
  25. komen kena delete sbb tettttttt!
    hehehehe tak smpat nak baca komen di atas.
    pape pon chill lah ek si Anonymous nih.
    psl dslr pun nak bergaduh.
    :D :D :D

    BalasPadam
  26. aku tak remove.dia yg remove sendiri

    BalasPadam
  27. Quote: "hmm..rm 500 1 event mahal ke??jangan marah la kalau gambar tak cantik"

    Firstly, aku nk ckp yg anonymous post sebelum2 ni, bukan sorang tp ramai org.

    Ckp psl rm500 satu event, yer mmg rm500 tu murah. tp tgk event la. kalo stakat besday anak or majlis tunang kecil2an, saper sanggup byr ribu raban weh. Tu tggu time kawin la.

    And point aku lg kt sini ialah, kalo aku byr ko rm500 utk event aku n ko x PERFORM, cemaner aku nk trust ko utk amik gmbr kawen aku nnt? Cemaner aku nk promot ko kt kwn2 aku?

    Jgnla stuck kt mentaliti harga murah = kualiti cam fuck. Kalo pinggan mangkuk boleh la. Ni soal SKILL. Asah dulu bakat, pergi blaja ngn senior, baru g amik upah.

    Ni x, beli dslr, dlm pala otak igt duit jer.

    Pastu korang maybe tanya, sebelum hire, tgkla kualiti gmbr dulu. kalo cantik barula amik..

    Hahaha ni nk citer, kwn aku dulu penah hire kwn aku yg n00b sorang ni utk amik gmbr kawin dier. atas dasar tolong kwn n tlg melayu.

    Last2...kesian kwn aku tu..hahaha

    BalasPadam
  28. seni adalah excuse. bullshitting itu adalah satu seni.

    BalasPadam
  29. SLR eh? Hurmm.. Been on and off gak lew. Aku penah gak mcm si Anonymous nei ceter masa kawen aku. Atas dasar tolong kawan2 aku hire lew dia ambik gambo sebab aku mmg amik gambo dah kawen tak kan lew aku nak amik gambo gaks.

    kawan aku nie mmg banyak ambil gambo merata lew siap cuti2 mc2 lg sbb amik gambo. Tapi kualiti? Aiseh! Hampeh! Seyes hampeh giler. Nak nangis pon ada. gambo kawen aku tgk 1st pic then smp skang aku tak tgk dah yg len2. Siap 2 bijik SLR tue lg bawak. gila ke hapa. Smp mcm tue skali.

    Aku amik gak gambo since aku noob aku akan tunjukkan dulu kepada client gambo2 yg aku amik. mcm portfolio la. namo cakap kosong boleh amik mcm tue mcm nie. Kalo kenan hire tak mo pon "Aiman tak kesah". Sebab niat aku amik gambo aku ske fotografi dan aku sedar level aku so aku tak minta dibayar. Cuma aku amik upah cuci/print gambo n apa lg yg client rekues. janji bg makan jer. Dah nama pon hobi. So masa terluang aku cuba la gie. Tapi skang decline jer sbb bisnes agak bz la.

    Ramai org skang cuba cari duit. Tak kesah lew beli kamera pas tue dead snap gambo org. Tue niat dia carik duit tapi training tamo. sebab fotografi nie dia nyer skill tak dtg terus mcm selesaikan rumus matematik. Pengalaman akan latih otak kita supaya lebih kreatif. fotografi nie endless.

    Mantot, pos ko kali nie mmg terbaekk! Seyes!~

    BalasPadam
  30. haha aq sebenarnya kesian kot...beli mahal2 last gamba hampeh. tu psl la belajar dulu, ni n00b nak mampus bawak kamera ke hulu hilir. sebelum beli tu belajar la fungsi, research seme. hahaha meh aq gelak sikit utk budak yang pakai dslr tp gamba buruk sial kih3

    BalasPadam
  31. aku cikgu seni yang tak buat artwork tapi sangat garang kalau sesiapa cakap seni tu tidak penting.

    dan cikgu seni yang tak ikut silibus, :)

    BalasPadam
  32. pendidikan jasmani pun guru besar tak ambik port sangat..sedih

    BalasPadam
  33. sian noob noob tersebut.
    actually bakat tu boleh diasah.
    rite?
    heee.
    peace no war.
    dslr or takde dslr sama jek.
    pakai digicam da bole edit mcm hasil dr dslr by using photoshop...
    ngeh33.

    BalasPadam
  34. DSLR aside..

    subjek pendidikan seni kt sekolah akan jadik seronok kalo yg ajar tu mmg true artis (artis melukis,bukan artis rakaman).

    Cam cikgu aku kt sekolah dulu..Fuad Bebit nama dier.pergh best sial kalo dier mengajar.bila dier stat pegang kapur n lukis kt papan itam, sumer student "woahhh".

    hahaha kagum2.

    BalasPadam
  35. Shahira: Setuju sama kamu. Bakat dan kreativiti boleh diasah dan dipelajari. Pendek kata nak atau tidak. Konsep dia sama mcm memasak. Memula masak memang tak sedap tapi lelama tak tgk resipi pon leh blasah.

    Mantot: bab profesor madya tue haku sokong! Tak ada apa yg luar biasa. Seni tak der bro asal nampak duit masuk.

    Adakah seni itu mengikut kehendak pasaran masa kini?

    BalasPadam
  36. Tp yg penting klu kedai foto Ah Seng..aku rela byr RM1500 pun. Klu si Abu tu buat perabis beras nk bayar rm500. buat per tlg budak2 bru blaja nih tak der faedahnya janji kta bg duit kat kedai foto Ah Seng di org lg pro siap ada printer harga ratusan ribu kat kedai. Wlupun hasil lbih kurang sama je. lgpun Ah Seng ambik gmbr tak der nyer nk bg free2. Klu Si Abu pg ambik luar dr rumah pun msh caj rm500 tp sbb dia nmpak poyo dan entah apa2..aku rela laburkan duit kat Ah Seng yg pakejnya satu custom made album dan 1 dvd limited slide show. Soft copy yg dia ambik tak leh bagi sbb klu nak cuci, cuci kedai Ah Seng. Si Abu lak membazir jer bagi semua softcopy kat pengantin...jgn kata aku rasis lak..1Malaysia ma..

    BalasPadam
  37. bab seni...

    yeah, agak ramai parents tak amik port pasal seni ni... dulu spm pun aku amik seni senyap2 dan bayar yuran pakai biasiswa pun sebab arwah ayah aku marah gile kalo anak dia amik art. tengok abang aku cukup laa... dulu kene kutuk kaw2 kot... sebab spm dia semua subjek ke laut... art je A1.

    entah apasal benci sangat seni ni...

    tapi kalo takde seni sangat, jadinye macam skang ahh... filem, nyanyi apa jadah semua macam sampah...

    seni simple yang paling aku tabik sampai skang tu...allahyarham tan sri p.ramlee... tu true punya seni... dalam saja2 dia...dalam kutuk2 dia... tetap best sampai skang tak jemu orang tengok hasil karya dia...

    bab dslr...

    aku yang pakai kamera phone tahap 3.2 MP boleh buat gambar tahap orang terpegun macam pakai dslr 12 MP ni apa cerita, bai?

    skill ni penting beb. bukan pasal bayar mahal ke murah... kalo skill ke laut, buat apa bayar mahal2 kat dia? atas dasar kesian? camni la konon nak tolong membe...

    patutnye... skill, praktikal... kalo ko wat murah, lagi la orang cari kau... seni fotografi ni priceless la beb... kalo kerja ko bagus gila, orang tak ragu2 nak bayar lebih dari kau mintak... tapi kalo kerja hancus, lagi nak demand sampai 500? entah2 kerje ko tu, sepuluh ringgit pun orang pertikai nak bayar...

    yang penting kualiti... bukan kuantiti... lagipun sekarang ni ramai dah bersepah fotografer. dari pro sampai la jenis wannabe... pilih secara bijak laa... baru tak rugi...

    heh. just my 2 cents.

    BalasPadam
  38. "every dumbass with a camera thinks he's a photographer."

    ohyeh sebenarnye ini tepat.

    camwhoring aside.

    gua benci syamsul anak haslam, dgn bapak-bapak dia punye movies. shitness.

    tapi nak salahkan diorang hundred percent takleh gak. censorship board msia ni macam haram jadah sangat. benda-benda sensitip takleh wat filem.

    dan malaysians terlalu cintakan so-called penggiat seni tanah air ni. bukan ko dah ceritakan dalam post pasal top 50 most influential ppl in malaysia ke pasal artis artis ni.

    so, arts aside. here come the talentless masses!

    BalasPadam
  39. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.