Jun 01, 2010

Kesimpulan Mengenai Nilai Kemanusiaan atau Nilai Undang-Undang,Yang Mana Lebih Penting?

Jadi,dalam posting asal aku sebelum ni,ramai yang pilih "kesiankan lah pakcik tu."Sebab humanity adalah option yang selamat..kan?Dalam Islam pun kita diajar untuk mementingkan humanity.Tapi,dalam kes tu..sepatutnya humantiy perlu ditolak ke tepi pada pandangan aku,kenapaSebab....dia salah.Dia nak lari road block.Hanya orang yang ada buat salah akan takut dengan road block...humanity doesn't play any rules here at all.

Sama jugak macam aduan rakyat Malaysia yang paling kerap didengari oleh polis,polis rasuah,polis suka makan duit suap,polis mintak hulur.Apa yang polis tu buat sebenarnya?Secara sedar tak sedar,anggota polis itu sebenarnya sedang menjaga humanity anda!Mungkin dia tengok anda muda lagi,orang susah ke,kereta buruk ke,jadi dia mintak duit kopi dengan tujuan bukan sekadar untuk mengkayakan dia,tapi sebenarnya untuk menyelamatkan anda daripada kena keluar duit lagi banyak daripada yang dia mintak.Anggota polis itu sedang menyelamatkan anda, kan?

Bukankah itu juga satu bentuk mementingkan perikemanusiaan?
Beneficiary-nya pula adalah anda sendiri.

Ada masa kita kena tengok balik masalah-masalah di Malaysia ni dan sedar sebenarnya kita juga adalah penyumbang masalah itu.Kita dah bawak lebih had laju,kena saman,kenapa nak merayu-rayu?Dah salah kan?Tidakkah kita sedar bila kita merayu kita sebenarnya membuka peluang kepada polis tu untuk makan rasuah.Kemudian bila dah lama lepas tu,bising kata polis rasuah!

Selepas ni,jangan cuba bagi peluang kepada polis mintak rasuah.Kalau boleh jangan langgar peraturan jalan raya.Tutup peluang kepada polis untuk tahan anda.Pastikan lesen dan road tax hidup.Pakai tali pinggang.Ikut had laju.Kalau kena tahan,cakap kat polis tu "saya nak bayar aje saman tu.Saya silap,saya buat salah.Encik tulis lawa-lawa sikit."Selagi rakyat bagi peluang kepada polis nak merasuah selagi tu salah satu masalah masyarakat Malaysia ni takkan selesai.Kita nak pihak berkuasa ada integriti tapi kita sebagai rakyat tak jaga integriti kita dan juga perilaku diorang..apa cerita bang?Kita menggalakkan diorang rasuah,manusia nampak peluang nak kaya,mesti dia ambik kan?

Bab humanity,kemanusiaan,rasa belas kasihan,belakang kira.Kalau takde lesen,takde road tax..jangan naik motor atau bawak kereta.Naik basikal.Anda takde hak nak memandu atas jalan raya.Macam mana kita nak maju kalau akal kita mengutuk dan mengharamkan rasuah di kalangan menteri tapi bila kena kat kita,kita halalkan pulak rasuah tu dengan alasan,gaji kecik,duit tak cukup.

Aku tak tahan pakcik tu.Sepatutnya aku tahan dia sebab dia melawan arus membahayakan aku dengan sorang lagi brader belakang aku.Jalan motor,bukannya besar..kalau aku tak sedar dia datang,aku terkejut dan masuk longkang.Rasa-rasanya,kalau aku masuk longkang sebab elak pakcik tu yang tengah menggelabah nak lari dari road block,dia berenti ke tolong aku?

Humanity only comes into effects when it's affecting yourself.
Itu bukan humanity.

Kesimpulannya;
Dalam menjaga undang-undang,tugas paling asas seorang rakyat adalah untuk mengikut undang-undang itu,selagi tak bercanggah dengan agama,kerana; Dengan mengikut undang-undang,kita sebenarnya sedang menjaga humanity kita dan orang lain.

Dan..kalau anda naik motor tiap-tiap hari...pakailah helmet full face.Buat apa nak malu?Untuk keselamatan anda jugak.Jatuh tersungkur insya Allah dagu dan wajah anda selamat.Jangan peduli orang lain kutuk.Diorang bangang.Belikan anak helmet dan pakaikan kalau nak bawak anak naik motor.Mana tau terserempak dengan pakcik tu tengah melawan arus lagi.Tergelincir pun insya Allah selamat.

17 ulasan:

  1. syabas...sama2 betulkan diri sendiri sebelum tunjuk jari telunjuk kat orang lain

    BalasPadam
  2. yeahhh...!!!

    satu lagi post bernas dari mantot memperbetul minda manusia :D

    BalasPadam
  3. thumbs up. memang tak ramai akan pikir camni...

    rasuah takkan jadi tanpe sebab kan??

    BalasPadam
  4. yup. setuju.
    kembali ke asal, yang penting diri sendiri kena jaga.

    BalasPadam
  5. kau layak jadi warganegara singapura mantot.

    tahniah.

    semoga dengan sifat strict and obey to the law, tidak menghakis sifat tolak ansur yang ada pada orang melayu seperti kita.

    sebabnya, aku tak rasa polis akan sentiasa rasuah. aku takde pemikiran sebegitu. masyarakat boleh jahanam kalau kepala otaknya di set kepada satu perkara saja. kenapa? masih banyak juga polis yang boleh bertolak ansur dengan kita walau kita ada buat salah. point yang aku nak tanya, adakah humanity dan bertolak ansur tu sama?

    well. obey the law is right. tapi, jangn perbodohkan diri kita patuh setiap masa tanpa bertanya apa sebabnya. Sebab, effect dari obey the law all the times ni, kita bakal bersikap kiasu seperti yang terjadi kepada cina singapura dan penang sekarang ni.

    amacam?

    BalasPadam
  6. saya suka baca post-post macam ni. kebelakangan ni macam banyak pos politik, dan orang yang tak berapa gemar nak baca hal-hal politik ni macam saya, buat saya rasa menantikan post macam ni. tulis la banyak-banyak lagi :D

    BalasPadam
  7. couldn't agree with u more..
    nice writing.
    =)

    BalasPadam
  8. respect ar lu mantot..!!
    kalau lah semua rakyat malaysia boleh pikir mcm nih kan bagus..

    berani buat salah berani tanggung ar kan..

    BalasPadam
  9. lagi satu mentaliti rakyat Malaysia, asal benda elok je nak curi. Mak ayah saya memang hari2 bawa motor. Dah 2-3 kali helmet baru dicuri orang. Diorang potong tali helmet tu dari motor. Sampai skrang parents dah malas nak beli helmet baru. Ape lagi nak pakai helmet full face. Kejap je mesti kene sambar dgn orang :(

    BalasPadam
  10. nanti gua nak beli helmet fullface gak.

    BalasPadam
  11. ada bakat bagi ceramah kat peserta plkn, murid2 skolah, pelaja2 ipt, dan kalau up lagi, bg ceramah kat tv. good conclusion :-D

    BalasPadam
  12. otak ko mmg bergeliga laa mantot.. aku jeles!

    BalasPadam
  13. Seyes bernas pos nie. Ada kebenarannya. Rasuah nie dari satu sudut di halalkan oleh kita sendiri. Aku sendiri pakai helmet walau pon kedai sbrg jalan kt kampong nieh. Ada masa org mencemuh rasuah sana cnie tp dari satu sudut kita secara x langsung memberi malah menambahkn peluang.

    Akan terus membaca pos2 lain. Bru today tjumpa blog nieh.

    BalasPadam
  14. Terbaek Mantot! Aku memang setuju giler dengan ulasan ko. Sebagai penambahan di sini, marilah kita kembali kpd ajaran Islam yang sebenar, InshaAllah sahsiah serta integriti individu serta masyarakat akan terjaga. : )

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.