Mac 25, 2009

Bahagian 03 - "Keperluan Asas Seseorang Rakyat"


Semalam, aku berborak dengan seorang kawan aku dekat Yahoo Messenger dan secara tak sengaja dia menceritakan mengenai perihal anak buah dia yang duduk di Jepun dan pulang di Malaysia untuk seketika.Bila dia ambik anak buah dia dari KLIA,anak buah dia mula bising-bising.Komen anak buah dia (yang aku rasa kecik lagi) lebih kurang camni;

"Kenapa Malaysia ni bising,kotor,busuk,tak macam Jepun?"

Keperluan asas seseorang dalam bentuk individu adalah keupayaan untuk bernafas,keperluan makanan dan minuman,keperluan perkumuhan,kebolehan untuk mengadaptasi diri dengan alam sekitar dan tidur.

Malaysia adalah sebuah negara yang kotor.Aku rasa semua orang bersetuju dengan benda tu.Kita ambik berat mengenai kebersihan rumah kita,kawasan rumah kita (dan ada juga yang tak peduli mengenai kebersihan rumah mereka sendiri) tapi kita tak ambik peduli pun mengenai kebersihan negara kita sendiri.Kalau dalam rumah kita ada tanggungjawab nak buang sampah dalam tong sampah,bila kita keluar,kita tak kisah nak buang plastik dari tingkap kereta ataupun meludah merata-rata atas lantai.

Kenapa tak meludah dekat karpet parsi anda dalam rumah?Biarkan saja dilantai seminggu dua.

Bila suasana persekitaran kita dah kotor kesan daripada amalan-amalan busuk yang kita amalkan,secara automatiknya bila kita bernafas kita menyedut udara yang kotor.Belum kira lagi jumlah kenderaan yang setiap hari masuk ke ibu negara,dengan lori yang asapnya maha hitam dan motor-motor yang berasap racun,membuatkan baju aku selalu berbau asap. (motor aku "endah alam sekitar")

Jikalau anda adalah pengunjung tetap Puduraya satu masa dulu macam aku masa sekolah dulu,tentu anda tau macam mana rupanya tempat tu.Bila nak dipindahkan ke satu lokasi yang lagi selesa,lagi bersih,lagi lapang,ramai orang bantah pulak?Bodoh ke apa?Macam mana masalah jalan sesak kat tengah-tengah KL tu nak setel kalau bas-bas ekspress still kena masuk ke dalam tengah bandar?Pentingkan diri sangat pengguna dan pengusaha bas ekspress.Hasilnya kita akan still stuck dengan Puduraya dan bas-bas ekspress yang menghasilkan bottleneck dekat jalan-jalan bandar.Stucklah kita dengan tempat yang sempit,kotor dan traffik jam yang merata-rata.

Bila tempat yang kotor dah menjadi satu budaya kita,kita tak ambik kisah sangat mengenai di mana kita makan.Aku memang dah boikot kedai mamak lepas aku nampak seorang mamak menguli roti menggunakan tangan yang disapu di mulut lepas dia batuk tanpa dia membasuh tangan.Aku nak tulis ni pun aku nak muntah.
Belum kira lagi kedai-kedai mamak yang didakwa (tak tau sama ada benar atau tidak,aku rasa ada logiknya) menguli doh roti canai dengan kaki.

Setakat letak gred kebersihan dekat kedai,A,B,C,D bukannya mengakibatkan tahap kebersihan tu berubah,kita yang kena prihatin benda-benda tu.Makan di luar membuatkan anda bergantung kepada tahap kebersihan orang lain dan jika anda tahu tahap kebersihan diri anda,bagaimana pula dengan tukang masak tu?

Yang teruknya,bila kita nak maintain tahap kebersihan sesuatu tempat, kita kena pulak bayar.Seolah-olah di Malaysia ni kalau nak benda elok,kita kena belanja lebih.Aku bercerita pasal tandas awam.Terlalu ramai pihak terutamanya tauke-tauke besar yang mengambil kesempatan atas keperluan asas anda iaitu sebuah tandas.Ada juga yang sanggup mengenakan cas sebanyak 50 sen hanya untuk anda masuk dan berurusan di dalam.Ada jugak yang lebih hebat lagi mengenakan cas Rm2 untuk masuk tandas.(bayar RM2 bukannya ada amoi yang uruskan semua untuk aku pun)

Mana rasionalnya?Untuk maintain kebersihan tandas tu seorang cleaner diletakkan di depan untuk mencuci dan mengutip yuran masuk,dan biasanya cleaner tu bukannya orang tempatan!Cost cutting dah berlaku kat situ.Dan aku tak nak lah pulak bercerita mengenai mangkuk-mangkuk yang tak reti nak pam lepas setelkan hal masing-masing.

Selalunya,yang aku nampak,tandas memang kena bayar dan tandas tu takde lah berbaloi untuk dibayar.Malaysia banyak benda camtu kan?Bayar tinggi tapi tak berbaloi pun sebenarnya.

Ada beberapa langkah yang telah diambil oleh pihak-pihak tertentu:

1) Stesyen minyak Mobil mewajibkan tandas di cuci setiap sejam.Kalau anda tak puas hati,sila pegi dekat kaunter dan komplen dan yang menariknya,tandas dia free.Siap ada board tulis bila last tandas tu dicuci.Semua tempat,semua venue sepatutnya menyediakan perkhidamatan yang sama.

2) Kadang-kadang,bila aku jalan2 dan nak buang sampah,tong sampahnya takde.Cuba anda jalan disekeliling Bukit Bintang dan kira berapa jumlah tong sampah yang ada dan berapa jumlah manusia yang ada.Adakah bilangan tong sampah yang disediakan mencukupi untuk sebuah tempat yang dikelaskan sebagai golongan tumpuan pelancong?

3) Undang-undang tak implementkan sungguh-sungguh.Kata aritu siapa yang merokok kat kaki lima jalan kena saman?Mana penguatkuasaan benda tu?Singapore boleh buat walaupun mendapat tentangan awalnya,kenapa kita tak?

4) Tutup premis makanan yang tak mampu menjaga kebersihan di taraf A atau B.Masalahnya,keputusan ni datang daripada penilaian seseorang iaitu wakil Jabatan dan keputusan-keputusan itu boleh dijual beli.Kita boleh wujudkan satu hotline YANG BERFUNGSI untuk buat aduan mengenai kedai makan.3 kali dapat aduan,hantar orang Jabatan pegi check.Dapat aduan lagi sekali lepas tu,terus tarik lesen.Jangan bagi peluang.

Aku rasa keperluan asas kita ni lebih baik dipenuhi oleh kita sendiri,maksud aku,kalau anda was-was nak makan di luar,masak sendiri.Lebih murah dan kita tau apa yang dah masuk ke dalam makanan ni.Tahap kebersihan Malaysia ni sangat-sangat menyedihkan.Tengok aje kaki lima Kuala Lumpur.Apa yang kita banggakan sangat dengan bandar kita yang mencapai tahap bandaraya kalau tahap yang dicapai hanyalah dalam bentuk angka dan nombor.

Apa kata kita mulakan hari ini,berhenti meludah merata-rata,berhenti buang sampah merata-rata dan jadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih bersih berbanding sekarang.Kenapa disalahkan golongan-golongan yang comparekan kemudahan negara kita dengan negara maju?

Kalau mau jadi negara maju,kenapa takut nak compare diri dengan negara maju?

6 ulasan:

  1. erm..aku rasa anak sedara dia umur 7 tahun.hahaha.

    BalasPadam
  2. Malaysia nk compare ngan Jpon? compare ngan Thai pon blom tentu menang lagi.. huhu, camne nak maju kalo daya saing pon takde.. semua sepakat sangat.. orang lain main rasuah, kita pon nak main rasuah gak.. last2 jadi masyarakat makan rasuah.. yg merana rakyat gak.. kecewa btol~

    if you can't change the world, change your world..

    BalasPadam
  3. Orang mesia mmg pengotor...tu je

    BalasPadam
  4. yea betul, setuju. jalan nak keluar rumah aku ade sungai.

    pengalaman1:
    ade satu kali tu, aku keluar ngan bapak aku tengah malam, ternampak makcik bertudung berenti kat situ campak plastik sampah. Solehah tak makcik itu? Bapak aku berenti dan hon, terus makcik tersebut naik van dia dan cabut.
    pengalaman2:
    member\jiran aku mintak tolong dia buang tilam. dia nak buang kat satu simpang gelap kat dlm taman. automatik aku cakap 'kau ni bongok ke ape nak kotorkan taman sendiri? kat pasar kan ade tong sampah besar'. lalu jiran aku kate 'oh ye ke, biase aku buang kat simpang tu'.pembersih kan dia?
    pengalaman3:
    adik aku isap rokok kat dalam kawasan rumah. ashtray ade kat kaki die, tapi habis dijentiknya puntung kat laman rumah. aku kutip satu2 aku campak atas katil die.
    pengalaman 4:
    baru balik kerja, follow bas sekolah. nampak seorang budak sek. ren. dlm bas tu tengah pegang plastik air yg dh abis. tangan dia kat tepi tingkap cuba nak buang tapi perasan aku usha dengan ketat - die x jadi buang. tapi bile bas tu korner, dia bajet aku x nampak die campak keluar plastik tu. pandai kan mak bapak die ajar? aku terus tunjuk penumbuk kat die. kalau aku lah buat camtu kat bas sekolah aku dulu, mau kene lempang ngan pakcik Osman drebar bas sebab die dah sediakan tong sampah dalam bas.

    BalasPadam
  5. tandas kat malaysia kotor sbb tandas dia basah. air adalah agen utama pembawa kotoran. kalau kita tengok sbb tu wabak mudah tersebar bila banjir melanda.

    tandas kat luar negara kebanyakannya kering sbb tu bleh maintain bersih. bukannya sbb orang luar negara ni pembersih sangat. diorang pun kadang berak xpam juga dan tahi melekat-lekat pada dinding mangkuk tandas.

    jadi untuk jadikan tandas kat malaysia ni bersih senang je, buat tandas duduk yang kering macam kat luar negara dan bekalkan dengan tisu dalam setiap kubikal tandas.lagi satu jadikan sistem saliran tandas tu tahan tisu sebagaimana juga yang diaplikasi di luar negara, supaya tisu yang dibuang ke dalam mangkuk tandas tak pulak menjadi agen tandas tersumbat.

    Jadi, basuh berak xperlu guna air. kalau nak pakai air (sbb tisu+air adalah kaedah paling afdhal dalam beristinjak dalam Islam) maka BAWAK AIR SENDIRI DALAM BOTOL.Kalau xde botol pegi beli, jangan malas sbb kita sendiri yang nak kencing dan berak.

    tapi satu je nak menyebabkan tandas jenis ni xleh disebarluaskan kegunaannya kat malaysia. sebb tau2 lah, orang malaysia terutama golongan tua konservatif ni xsuka tandas duduk (diorang prefer tandas cangkung yang ada batang paip getah dan air yang laju mencurah-curah untuk basuh berak) dan untuk buat tandas kering ni, hanya spesis tandas duduk je yang sesuai sbb semua air2 dan segala-mala cecair tak tumpah ke lantai bila tandas jenis duduk digunakan (given that cara guna air dalam botol tu betul dan cermat, bukan macam monster basuh berak).

    -toyotomi hideyoshi-

    BalasPadam
  6. ta setuju buat tandas tiada air.
    1) tandas rumah still bersih even guna air n jarang dicuci
    2) sesetengah RnR seperti di Tapah mempunyai tandas yang bersih dan masih guna air serta tandas cangkung
    3) jepun negara yang dikatakan bersih masih ada tandas yang kotor dan berbau hancing.tapi,kita masih ada tandas yang bersih walaupun banyak yang kotor.

    Perbaiki cara penggunaan tandas!
    1) flash!
    2) sangkut balik paip air selepas guna

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.