Mac 24, 2009

Bahagian 02 "Ke Mana Pembangunan Kehidupan Islam Di Bawah Najib Nanti?"


Asas Pertama Semua Keperluan Kita,Agama.

Bila kita Melayu di Malaysia secara automatiknya kita adalah seorang Muslim.Seorang Islam.Aku tak nak tulis dari segi agama,dari segi dalil dan hadis sebab aku tak pandai.Aku hanya nak tulis benda ni dari segi mana yang betul dan mana yang salah.Sebab aku rasa Islam pun banyak mengajar umat dia pakai common sense.Maksud common sense aku tu ,contohnya; adalah bila kita nampak seorang perempuan Yahudi atau Israel kena rogol dengan lelaki Palestine,nak biar ke nak tolong perempuan tu jika anda seorang Islam?

Kes terbaru bila seorang pelawak ni dilihat berpelukan dan berciuman dengan kekasihnya.Bila ditanya alasan kenapa,cakapnya mudah,"Saya cium dia bukan sebab nafsu,saya cium dia sebab nak bagi galakan dekat dia.Salah ke?"Salah bang oi!Sini bukan Hollywood!

Ataupun beberapa suara rungutan perempuan Islam yang marah bila ada pihak memperjuangkan pemakaian tudung patut diwajibkan,dengan alasan mereka itu hak peribadi seseorang.Ini benar-benar terjadi bukan?Adakah itu satu pilihan?Tidak,itu bukan pilihan anda dan anda tiada hak untuk menayangkan rambut anda kepada mata-mata bukan muhrim.Itu hukum.Panas ke rimas ke jangan dipersoalkan.

Kita dengar mengenai gerakan Freemason dan aku dah post pasal The Window 10/40 satu masa dulu. Kita sepatutnya preparekan orang-orang Islam ni supaya takde keinginan masuk Kristian tapi kita tak buat,kita biasanya marah, bantah macam mana kita nak pun tapi selagi orang Islam tu sendiri ramai yang agamanya Islam tapi hidupnya berunsurkan kebaratan,akan makin menular lah gerakan yang aku sebutkan.

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan,kebaratan,kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang ni kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang.Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan barat diorang.

Satu masa dulu,satu langkah drastik oleh JAKIM adalah mengharamkan penyertaan gadis-gadis Melayu Islam memasuki pertandingan ratu-ratu cantik.Tapi tengoklah gambar-gambar yang ada tu,kenapa boleh pulak ni?Sudahlah berpakaian tak cukup,habis dibukak baju memperagakan baju dalam.Kenapa dibenarkan?Adakah bila kita ingin memenuhi permintaan market,benda yang haram camni terpaksa kita tutup sebelah mata dan biarkan aje berlaku?Mana pihak-pihak yang bertanggungjawab ni?

Dunia hiburan,bila bukak TV tah dah berapa banyak rancangan hiburan dengan perempuan menari seumpama ingin mengajak lelaki "mengerjakannya beramai-ramai" dan lelaki pulak menari ala-ala sotong kurita.Tengok filem,lelaki perempuan berpeluk sakan bersentuh tangan dada ,punggung dan selebihnya.Apa ni?Kenapa makin lama secara seni visualnya kita makin menyerupai orang-orang Kristian?

Aku ada ditanya oleh seorang officemate aku,"U Malay kan?U Muslim ke?" Aku jawab mesti la,aku Melayu,memang aku Muslim la.Dia reply balik,"Oh,just asking.Nowadays not all Malays are Muslim."Selamba je dia kata,seolah-olah Islam itu hanyalah satu gaya hidup biasa.Aku terpaksa mengakui,ya,benda tu berlaku.Ramai Melayu Islamnya hanya pada kulit dan nama nya,tapi hidupnya selah-olah filem Hollywood.

Walaupun anda tak solat,walaupun anda tak puasa,walaupun anda tak bayar zakat tapi at least takutlah Tuhan anda.Walaupun anda dah berdosa sebab tak buat apa yang wajib tapi sekurang-kurangnya yang mana haram tu janganlah dibuat.Ini contoh common sense dalam Islam.Jangan diamalkan pemikiran,"Aku minum arak sebab aku memang dah berdosa pun tinggal solat"

Islam Hadhari sudah gagal dan aku sangat2 yakin,Najib tidak akan berani pun mencuba mengeluarkan sesuatu cadangan yang berkaitan dengan Islam,kerana Najib dan Islam pada zahir yang aku nampak setakat ini,terlalu susah untuk dikaitkan kedua-duanya.

Benar bukan?

Ke mana hala tuju pembangunan sahsiah berbentuk keagamaan jika susah benar untuk membayangkan Ketua Negara mengimamkan solat Jumaat di Putrajaya? Bakal Perdana Menteri Malaysia adalah seorang yang sangat tidak kena untuk bercakap mengenai Islam dan dia akan menjadi orang paling penting negara kita,pemimpin kita,sebuah negara yang majoriti rakyat nya Islam.Adakah bila kita ingin maju,kita mesti bersedia menerima pengaruh barat?Adakah kemajuan datang dalam satu pakej yang sudah siap dengan syarat longgarkan hidup Islam,baru kita maju?

Adakah bila mahu maju,kita patut lupakan kita Melayu,kita Islam?

Bacalah mengenai The Window 10/40 ni.Memang menggerunkan.Jadi,adakah kita bersedia,bukan untuk menentang,tapi untuk mempertahankan Islam dalam diri kita sebelum kita bergerak lebih maju ke depan?

15 ulasan:

  1. er.. nak buat kerja projek pasal hukum hudud kat malaysia lah. boleh tolong x? :)

    BalasPadam
  2. bukan jakim. jais. dan jais yg bertanggungjawab tu dah kena pecat. skarang dah arwah.

    BalasPadam
  3. aku harap islam kekal...aku tak boleh hidup tanpa komuniti islam.artis kita,industri media kita aku rasa dah 50% wash out kot....aku harap PM kita dapat lebih mengutamakan islam.ISLAM bukan setakat agama....tapi tu kebenaran.

    BalasPadam
  4. "Walaupun anda tak solat,walaupun anda tak puasa,walaupun anda tak bayar zakat tapi at least takutlah Tuhan anda."

    er... tot... aku rasa kalo takutkan tuhan, kite akan sentiasa solat n buat rukun2 islam tu.... huhu...

    BalasPadam
  5. tatau dah apa nak jadi...dah org nak wat hudud banyak alasannya plak..dah la jenayah makin menjadi jadi..tgk je kes nurin jazlin.

    aku pegi qatar baru2 ni
    aman damai je tempat dia
    jenayah kurang sgt2..org tak berani buat jenayah..kat sana takde budaya dating..couple2 pun xde..jadi natijahnya kes buang bayi pun xde..kalo ada mungkin sikit sgt..tak mcm tempat kita..

    sbb kerajaan dia tegas..org bukan mahram mmg takleh berdua2an kat taman2, shopping complexes dan apalg tempat2 sunyi..wanita kat sana mmg terjaga..

    kalo lah rakyat malaysia ni ditunjukkan hukum2 hudud yg dibuat mcm kat saudi..tentu sume org takut nak berzina..ngeri sekali hukum rejam dgn batu tuh..bukan batu kecil yg diguna..batu besar2..(hukum rejam kepada org dah kawen yg berzina) ada gak rasa tak sampai hati nak baling batu. tp org yg tgk tetap kena baling sampai mati.

    BalasPadam
  6. haha,maksud aku...

    kalau kita tak buat apa yang wajib,sekurang-kurangnya kita jaga diri dari apa yang haram.

    kalau dalam diri bersih,akan timbul la rasa nak penuhi benda2 wajib ni.

    aku pun selalu terkantoi gak bab2 wajib ni tapi aku takde la pernah rase nak minum arak

    BalasPadam
  7. umat islam ni perlu disedarkan yang rejam + potong tangan bukanlah tindakan kejam....nak bandingkan hukuman di akhirat kelak lagik laaaaa tak terhingga sakitnya(apalah sangat rejam dan potong tangan tu kann, api neraka tu tak terbayang rasanya)......itu belum lagik hukuman di alam kubur....ingatlah, tak semayang or smayang tak betul kita akn kena lilit ular sebesar mana agak nya(wallahualam) + badan ini akn dihimpit di dalam kubur hingga tulang temulang remuk....pikir2 kan...rasakan sehingga dalam hati anda.....
    insyaallah keinsafan akan wujud dgn petunjukNya

    BalasPadam
  8. Hudud nie sah2 dh diselewengkan pemahamannye oleh parti pemerintah.. pasal tuh la orang salah paham.. dalam hudud nie penekanan utama adalah untuk tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yg tidak bersalah.. bukannye nak mensabitkan orang yg dituduh (belum tentu die salah) dengan macam2 cara sehingga dia nampak bersalah.. wallahu'alam

    BalasPadam
  9. sy nak komen satu part,,"nama je islam tp hidup dia kristian",,ni statement bley cas masuk bwh akta hasutan,,kalo x tau,,jgn ckp keras2 ceni,,sebab semua agama suruh org buat baek,,mungkin lebih tepat lg,,nama je islam,,tp atheis,,

    sebab sy ada kawan kristian dan dia penah ckp dia x puas hati bila org ckp,,it is easy being a christian because u can go f@#$ with everyone,,but in christian,,it is a sin actually,,

    n bley bayangkan x kalo orang label kan anda sebagai muslim as terrorist,,kalau ada perempuan pakai purdah atau tudung labuh2,,maybe ayat dorg,,
    oo,,patut la pakaian mcm tu,terrorist,nak sembunyikan muka la tu takot kena cam,,

    kalo sedara baca komen ni,,jgn nak kondem je apa sy tules,,tp maybe kena pk dulu kot,,sebab kita ni pon rukun islam x cukup lagi,,
    dan sedara sendiri pon pernah ngaku benda ni dlm post2 yg dulu,,

    sekadar beri pendapat.

    BalasPadam
  10. Najib kalo nk citer pasal Islam patut suruh bini dia pakai tudung dlu la.. huhu=

    BalasPadam
  11. hudud tk boleh dijalankan kat tempat korup...kang tak pasal yg tak mencuri kena potong tgn..gara2 konspirasi.

    BalasPadam
  12. org yg korup takut nk jlnkan hudud. hudud pun bknnye die tau ape...

    BalasPadam
  13. kepada saudari adila lalala,
    ak aah,mungkin aku silap kot.

    istilah yang aku pakai tu tak betol,mungkin sbb dalam pemikiran aku..orang putih adalah orang kristian dan kebanyakan pengaruh tu datang dari orang putih

    nanti aku tukarkan jadi "orang putih"

    BalasPadam
  14. kebanyakan org kristian pun dah jadi cam org islam laa... ngaku kristian/islam, tapi mengamalkan gaya hidup ala2 takde pegangan..

    BalasPadam
  15. Salam kepada semua muslim...

    Sila la rujuk kesini, utk menilai betapa seriusnyer kes yang dibincangkan...

    http://www.windowkids.com/

    http://www.win1040.com/the1040window.htm

    http://www.win1040.com/vision.htm

    Salam Hormat...

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.