Mac 25, 2009

Bahagian 04 "Mentaliti Orang Utan"


Anda mesti biasa naik lif kan?

Bayangkan lif tu padat dan anda nak keluar lif tu bila pintu terbukak.Bila anda nak keluar dan pintu terbukak,anda di block oleh orang-orang yang berkerumun nak masuk ke dalam lif?

Benda ni aku memang perasan betol berlaku kat Alamanda yang dipenuhi oleh golongan-golongan Melayu.Seolah-olah tak menyempat langsung nak masuk dalam lif.Macam mana lif tu nak kosong kalau orang dalam tu tak boleh nak keluar?Apply kan benda sama masa nak naik LRT.Berebut-rebut nak masuk dulu dan orang yang kat dalam dah stuck susah nak keluar.

Itulah mentaliti orang utan Malaysia."Yang penting aku,aku dan aku."

Problem paling besar adalah bila kita ambik cerita lif tadi tu dan apply dekat cara kita memandu.

Aku borak dengan ofismate aku,seorang warganegara Mauritus (tak silap aku) dan problem dia adalah everything here is very slow.Contoh yang aku nampak dan aku dah kena,bila aku pegi UK,aku naik eskalator macam biasalah sama kat Malaysia.Tiba-tiba belakang aku ada orang marah.Rupa-rupanya di sana,diorang mengamalkan kalau nak naik eskalator slow2,berdiri sebelah kiri.Lane kanan untuk orang yang nak mendaki eskalator tu.

Bila difikirkan,betulah apa yang diorang amalkan.Kalau anda rushing dan ada orang blok laluan anda,apa anda rasa?Di Malaysia pulak,bila ada orang rushing macam tu,kita pulak marah kononnya macam lah sibuk sangat.

Lagi satu contoh mentaliti orang kita yang menjadi satu topik hangat management Tesco dari UK adalah mengenai masalah troli-troli yang hilang merata-rata.Kalau anda nak tahu,Tesco Puchong pada asalnya mengamalkan kebebasan kepada anda untuk menggunakan troli ke mana sahaja,maksudnya kalau anda pakai troli dan kereta anda jauh di luar kawasan pasaraya,anda boleh usung troli tu ke kereta anda.
Dengan harapan,anda akan memulangkan troli tu ke tempat-tempatnya semula.

Benda ni berjaya di lakukan di negara-negara maju sebab mereka tau appreciate kemudahan yang ada.Kita?Management dia pun komplen la sebab ada banyak troli hilang dan dah tambah kerja nak merayau sekitar kawasan Puchong tu mencari troli

Last-last,dia inform kitorang dia terpaksa implement kan gate untuk blok troli-troli ni di bawa keluar.Jadi,salahkan diri anda sendiri.(Aku bukan kerja situ,tapi aku selalu dijemput pergi Open Day dia dulu untuk mintak feedback customer)

Selagi mentaliti kita masih di tahap orang utan,sampai bila-bila pun kita masih dianggap duduk atas pokok oleh dunia luar.Cuma realitinya,kita duduk dekat rumah yang lawa tapi sebenarnya kita hanya layak duduk atas pokok dengan perangai-perangai macam ni.

Ada lagi contoh-contoh perangai orang Malaysia yang anda rasa sesuai dibincangkan?Sila letakkan komen ya?Aku baru letak sikit je ni.

26 ulasan:

  1. naek LRT pon same jer. aku sll amek LRT kt ampang park. memule jer Q. train sampai, semue meluru. kanak2 sungguh.

    kt KLCC berhemah cket. itupon sbb ader pak cik jage to ensure everyone's in line.

    klu citer pasal naek komuter, LAGI TAK BOLEH BLAH!

    BalasPadam
  2. hrmmm betul gak... ade lagi cerita psl sikap org utan m'sia... kalau pemandu selalunya payah nk berenti kat zebra line utk bagi org melintas...

    BalasPadam
  3. ada gak pasal sekor org utan yang suka calar keta org n blah.apa punya bodo dah sekor org utan tu!!

    BalasPadam
  4. org malaysia mmg x btamadun dlm bab2 respek org!

    BalasPadam
  5. but the most i hate about malaysian is the way of their driving..sorry to say especially johorian..ak prnh keja kt penang n transfer k.l and now im in johor..they all are the worst driver ever.i thinks!!.maaf pada sesiapa yg x setuju.i pen up according to my empirical.PEACE!!

    BalasPadam
  6. Org yang duk berborak kencang dalam kete mase q kat tol plaza.sampai turn baru nak gelabah2 carik duit tol.bodoh.prepare la awal2.

    BalasPadam
  7. ungkapan yg cukup bagus.. orang utan~ terlalu memikirkan diri sendiri jer, tu yg masalah slalu tuh..

    BalasPadam
  8. bila kita beri signal nak ke kiri/kanan, (ketika ada ruang yang lebih dari cukup untuk potong masuk), kereta di belakang tetiba je pecut laju... xnak kasi potong... mengong gak orang2 camtu...

    BalasPadam
  9. oi! aku terasa la! aku tak carik duit nak bayar tol awal2 sebab aku sesat ar! sabar la!wakaka..

    BalasPadam
  10. aku pernah tgk sorang mamat ni, dok minum air tin dlm kereta, pastu tin tu die letak kt bwh tayar kete die, dia start kete n bla. mcm org utan btul! padahal tong sampah depan kete die je.. org mlaysia mmg kureng kesedaran sivik sbb tu la jd org utan.org utan pun kalo kene ajar pandai je kot.nk buang sampah pun xreti nk buang kt mane.xpaham btol!

    BalasPadam
  11. psl driver org johor tu mmg x dpt nak dinafikan lg..

    BalasPadam
  12. hehehe aku boleh tambah sikit laa kalau shopping kat giant ke carefour tesco atau yg lain2, org kite nie suke sgt tinggalkan brg yg dia tak nk kat rak yang ntah mane2 ntah suke ati je..kalaulah tak jadi nak beli satu brg tu ape la salahnya letak blk kat tempat asal takpun pass je kat customer service atau pun bg kat kaunter terus terang je tak jd amik..

    BalasPadam
  13. Orang malaysia kalau parking untuk nak pegi kedai atau bank suka sangat nak parking dpan muka pintu kedai/bank yang dia nak pegi tu... Sampai sanggup menyusahkan orang lain dengan parking berlapis lapis depan kedai/bank tu....tak bole langsung nak bertimbangrasa pusing carik parking lain...tak paham btol aku,salah ke kalau jalan jauh sikit...pikir kan diri sendiri aje, asal sendiri senang, dkat dengan kedai,teros tak pedulikkan jalan yang terus jadik jam disebabkan bahalolnye mereka mereka ni parking sebarang aje.. kat area selayang pasar borong baru hari hari jadik macam ni...panasss aku

    BalasPadam
  14. Aku dulu pernah kerja part-time kat KFC, Mines. Apa yang aku perhati, kalau mat saleh habis je makan, mesti dia ambik 'tray' tu dah dia buang sampah yang dia makan ke dalam tong sampah yang KFC sediakan tu. Selalu nye, pekerja KFC yang kena ambik dari meja dan buang, tapi diorang (mat saleh) yang buang sendiri.

    Aku tak tau sama ada diorang nak tunjuk baik kat orang Malaysia atau tak. Tapi kalau aku berfikir secara positif, apa yang aku nampak adalah diorang ada kesedaran sivik yang begitu tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam....saya baru terbaca artikel ni berkaitan ngan mat salleh tu pas mkn n angkat tray tu memang dah jadi kebiasaan bg merekasebab kalau di America,Uk,Europe rata2 customer kfc,mcdonalds etc akan buat mcm tu pas mkn angkat buang tak mcm org2 kt malaysia pemalas lambat sikit angkat complen terus ngan manager ada tu siap maki2 staff mcm dia pulak bayar gaji budak tu padahal mkn pun setakat £2.00 layanan nk 5star itulah sikap org2 kt malaysia

      Padam
  15. mmg camtu perangai diorang.
    kalo ko pernah makan kat Ikea,kat situ mmg diorang takde pekerja untuk kutip tray,maknanya meja tu ko yg patut clearkan lepas makan.

    selalunya,bila aku lalu tgk,meja mesti penuh je dengan sampah sarap

    BalasPadam
  16. org malaysia suka tengok kereta eksiden tepi jalan...
    kadang2 belah sini eksiden tapi belah sana yg jam...

    BalasPadam
  17. RhyZe,

    aku rase ni mesti kes org potong que..n aku salah sorg yg akan buat camtu tak kira la korg bagi signal ke idak...suka2 hati korg je potong que..pastu selamba dek bagi signal nk cilokkkk...soriii tu sayy la...makan asap la lu....

    ni la salah satu lagi perangai buruk pemandu malaysia ni..hari2 aku lalu mrr2 mmg camni la sokmo...potong que ikut suka hati mak bapak diaorg jer..tu pasal la jalan tu jemmmm....

    BalasPadam
  18. agaknya dierang(kita)ada perasaan powerless consumer tak?brg mahal semua...so rasa tak memadai kalau buat baik??

    BalasPadam
  19. 1. naik lif, lrt, bas tak reti queue. macam tak sekolah punya orang. pemandu bas plak perangai macam taik, suka rasa dia artis top yang dinanti2kan, pastu biar orang tunggu dia.
    2. pemandu msia kalau nampak orang nak lintas jalan, lagi kuat kaki press minyak bagi laju..
    3. PENTINGKAN KRONI DAN MAKAN DUIT SUAP. nak buat apapa urusan, semua kena ada kabel.
    4. penuh lelaki gatal dan pervert. lagi kaya lagi gatal.

    BalasPadam
  20. btol..watpe nak buat baik kalo org lain buat taik?

    lagi satu kalo naik lif..org yg kat dalam tuh bukan tak tau ade org kat luar tengah rushing kejar nak naik lif...makin laju je tangan tuh tekan button tutup kan? biase auntie2 or uncle chinese/indian je yang rajin tunggu..org melayu?..org2 muda? jangan harap..pfft..

    BalasPadam
  21. Haahaha..lawak giler tngok gambar tuh...MMg kena laa ngan post nih..

    BalasPadam
  22. antara sikap bangsat kebanyakkan orang skrg ialah, bila berlaku kesesakan jalan, ramai yang mula mengambil jalan mudah untuk guna lane kecemasan...memang haram jadah, lagi menambah buruk kesesakan jalan lagi ada la, kemudian dia berebut nak masuk lane balik semula...

    BalasPadam
  23. pengalaman kat kulim, kalau ade pejalan kaki kat hujung zebra crossing, kenderaan sumer akan berenti dan bagi orang lalu dulu. tapi, kat kulim je la jumpe camni.

    BalasPadam
  24. kat jepun, naik escalator, semua duduk kat belah kiri, bagi laluan sape na jalan kat belah kanan,

    Tapi kat osaka je pelik skit, berdiri kene belah kiri lak..blh kanan kosongkn..

    BalasPadam
  25. kalau orang luar lif nak masuk lif tak reti nak tunggu orang dalam lif keluar lif, secara automatic aku akan kuatkan suara: "Ada butang bukak pintu lif, tak reti ke nak tunggu orang dalam keluar dulu?" lepas tu blah terus.

    Kalau nak keluar tren pulak, "kalau korang masuk terus tanpa tunggu orang keluar memang ada yang tersepit pintulah nanti."

    kalau dalam bas; "ha berebut berebut. biar ada yang jatuh nanti lepas tu tangkap gambar masuk blog"

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.