September 26, 2014

Melayu Mesra Anjing

Post ini terpaksa membuatkan aku sedikit racist, so, mintak maaf lah dulu. Benda tu perlu.

Semalam aku dapat gambar ada orang send pasal sekumpulan budak-budak sekolah memegang anjing beramai-ramai. Terkejut? Aku takde la terkejut...cuma aku marah dengan orang Melayu sekarang ni.

Kalau kau perasan, sekarang ni ramai betul orang Melayu yang tergila-gilakan nak pegang anjing, peluk anjing, ada pet anjing dan suka bau anjing. Selalunya bila diorang post kat Facebook, yang akan menyokongnya, adalah orang Cina.

Kenapa orang Melayu sekarang ni tergila-gila sangat nak ada anjing atau lebih tepat lagi, nak jadi golongan "Melayu Mesra Anjing."

Fatwa dah jelas, kenapa Islam tak benarkan kau buat anjing sebagai pet. Tolong faham di sini, aku maksudkan "PET." Macam kau bela kucing. Dalam Islam dah jelas terang yang jika orang Melayu Islam nak bela anjing, dia kena treat anjing tu macam pekerja dia. Anjing suruhan. Bukannya pet.

Dalam Islam sendiri dah terangkan TAK SALAH kau nak bela anjing, tapi mesti ada tujuan dia. Tujuan nak jaga kebun? Boleh. Tujuan nak jaga rumah kalau kau risaukan keselamatan? Boleh. Tapi syaratnya mudah.....kau kena treat dia macam kau treat seorang pekerja.

With respect, with honor.

Kau ada ajak staff bawahan kau masuk tidur sekali dengan kau? Mungkin kau ada buat, itu terpulang kepada kau la...tapi anjing tak dibenarkan masuk rumah orang Islam dan jika tak perlu kau pegang dia, kau sepatutnya cuba elakkan diri kau dari pegang anjing tu.

Kau nak kata kau bela anjing untuk keselamatan rumah kau?
Yang kau nak bela tu poodle, chihuahua, anjing comel, huhuhu...sungguh menakutkan sekalilah anjing tersebut. Sepak sekali melayang jauh.

Aku quotekan kat sini;

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).

Kau percaya Malaikat? Mestilah, kau Islam.

Tahukah kau Malaikat pembawa rahmat takkan masuk sebuah rumah yang ada anjing di dalamnya? Kau nak kata aku kolot silakan. Aku kolot, kuno dan stuck dekat zaman jahiliyah. Tidak progresif. Peduli hapa aku. Kalau percaya dengan Malaikat membuatkan aku kolot, so be it.

So, semalam, ada ex-student aku post pasal sebuah event yang akan dianjurkan oleh seorang Muslim dan dia menggalakkan Muslim2 lain supaya datang menyertai event tersebut.

Nama event itu "I Want to Touch A Dog." Muslim digalakkan datang. Organizer kata dia buat ni untuk #tamakpahala.

Aku tak tipu.



Nak menggalakkan orang Muslim supaya tak takut dengan anjing? Terima aje la hakikat yang jika kau dekat kedai makan dan kau nampak ada anjing kat kedai tu, kau patah balik tak jadi makan.

Janganlah terus sebarkan stigma yang orang Muslim tak suka anjing. NO! Kita bukannya tak sayang anjing tapi masalahnya, terlalu banyak anjing liar berkeliaran dekat Malaysia yang membuatkan orang Melayu jadi takut dengan anjing. Kau nampak kucing terkam kau atau anjing terkam kau, mana satu lagi menakutkan?

Dan itu yang orang Cina tak nak accept. Sebab pada orang Cina, anjing adalah man's best friend. Man best friend adalah MAN la. Apasal anjing pulak best friend manusia ni?

So, adakah orang Melayu takut dengan anjing?

Ya. Normal la.Tapi ajak orang pegang anjing bukan jalan penyelesaiannya.

Benda yang kau patut sebarkan adalah sebab sebenar kenapa orang Melayu tak layan anjing macam dia layan kucing. Kenapa jika ada anjing keliling kau, kau rasa tak selesa. Kenapa anjing tak boleh dibiarkan merata2 sehingga menimbulkan risiko kepada orang ramai.

Bukannya pegi ajak orang Muslim pegang anjing ramai2. Apa tujuan nak buat event nak ajak orang ramai especially Muslim pegang anjing? Nak sedarkan orang Muslim yang anjing tak merbahaya?

We know that already but you have to admit, some dogs are dangerous. Some are not.

Seorang Muslim sepatutnya treat a dog with respect. Yes. With honor. Jaga dignity anjing tu. Nak sayang dia? Sayang,  tapi mesti ada border dia. Memang dah ada guideline dia dalam Islam macam mana seorang Islam dibolehkan bela anjing. Tapi bila kau dah cuba create satu event supaya orang Muslim dapat datang pegang anjing, the purposenya dah membuatkan aku rasa gementar.

Aku takut tengok benda2 camni jadi dalam masyarakat kita.

Apa keperluannya seorang Muslim tiba2 nak biasakan diri pegang anjing untuk menunjukkan hati dia baik? Kenapa perlu jadi "Muslim Mesra Anjing" untuk buktikan yang kita masyarakat caring? Anjing ada peranan dia dalam hidup orang Muslim, as long as kau pastikan peranan anjing tu kekal dalam border dia, kau boleh bela anjing.

Tapi untuk sengaja pegang? Untuk create situasi di mana kau perlu samak kulit kau tanpa sebab2 memerlukan? Sila rujuk mereka2 yang lebih arif.

Janganlah hanya sebab ramai orang non Muslim setuju dengan apa yang kau buat, membuatkan kau rasa tujuan kau tu betul. Terangkan kepada orang non Muslim, orang Muslim sebenarnya takde la benci anjing, cuma kita ada panduan yang menyuruh kita mengelakkan diri dari anjing. Dan memang semua manusia takut kalau ada anjing kejar dia.....

Aku rasa itu lebih simple daripada buat event ajak orang Muslim dekat dengan anjing.
Muslim tak benci anjing cuma Muslim try elakkan anjing.

Saja2 pegang anjing sebab anjing comel?
Sila rujuk orang yang lebih arif terlebih dahulu.

Jangan main tibai aje buat event tak tentu hala.

75 ulasan:

  1. Anjing pun ciptaan Allah SWT juga

    BalasPadam
  2. Saye nak tanye sedara. Sedara reti tak samak dengan cara prosedur yang betol? Jujur la bahawasanya jika sedara reti samak, tapi macam mana dengan majoriti Muslim yang lain? Mereka tak berapa tahu,sama seperti saya. Kalau tak tahu,macam mana kalau tibe2 tengah jalan tiba2 ternampak anjing tengah nak gigit budak Muslim,tak kan sedara lari tak nak g tolong? Kurang2 kalau sedara g event ni,sedara tau mcm mane nak handle anjing tu. Kalau perlu pegang pun,at least sedara tau ape yg perlu sedara buat lepas tu. Dan sebab itu la event ni di buat. Untuk menyedarkan org ramai supaya kita tau ape yg perlu kita buat jika berhadapan dengan anjing jika ada berlaku kecemasan. Insyallah,ustaz2 yg hadir event tu nanti akan ajar cara samak dengan betol dan sempurna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ajar dah la, tak perlu pegang pon. And kalau nak pergi event tu pon pergi jela asalkan niat nak belajar dan jgnlaa pgg anjing tu

      Padam
  3. Tolong jangan jadi Muslim yg asyik nak kondem org je. Siasat dulu betol2 tujuan event ni. Datang pun tak terus nak mengutuk. Muslim ape camni?

    BalasPadam
  4. Tak ada situasi dalam dunia ni yang memerlukan sikap racist. Buka la mata tu.

    BalasPadam
  5. Nononono, sayang. Macam ni. Kamu ni terlalu positif pasal kaum melayu kita ni. Melayu tk takut anjing? Ramai yg takut. Bukan melayu tak suka anjing? Oh no, ramai gile kot yg benci anjing. Sampai anjing jd bahan caci padahal mcm u cakap, anjing tu ade gunanya, ade baik nye.

    I rasa ape mamat ni nak tunjuk adelah Islam tu mudah dr segi hubungan dgn haiwan dan samak/sertu.

    Kalau ade yg gedik nak bela anjing peluk2 mcm2 tu mmg akan dtgkan masalah dr segi semua benda pun nak kena samak setiap hari, jd tak praktikal, tp yg lg penting adelah untuk mula naikkan kedudukan hamba Allah yg najis mughallazah ni dari dijadi bahan cacian kepada makhluk yg (macam u ckp) kita respect. Dia ade kekuatan dia (sebab tu masih boleh dibela walaupun mcm pekerja) tp dia ada kelemahan dia (sebab tu Allah jadikan dia najis kena sertu utk elakkan pergaulan berlebihan).

    I faham maksud u, tp manusia yg nak over ramai. Kita boleh didik. Tp dari event ni ape kta kita mula dengan didikkan yg dpt jelaskan apa sebenarnya anjing ini dalam islam, and mana salahnya tanggapan dikalangan kaum melayu.

    BalasPadam
  6. A fundamentalist hardliner who trying hard not to look like it... That's why you are... Who are you to sibuk dalam kepercayaan orang yang lain... Learn what Allah demands of you, not anyone else... That is why u are on the Salah jalan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian.... semoga Allah tunjukkan jalan benar untuk kita semua

      Padam
  7. nanti ada ustad ustazah online bagi tazkirah, "yang pegang2 bukan muhram tu boleh plak"

    BalasPadam
  8. Semoga selepas event tu anjing liar akan berkurangan...anjing liar berkeliaran marah pbt..bila pbt buat tindakan marah pbt berlalu zalim pd binatang...broooo apa yg korang nak???bole tolong sesiapa pencinta haiwan ambil bela segala anjing liar tu...bukan setakat kasi makan tepi pejalan kaki...aku lagi rela anjing tu mati drpd ada keluarga aku cedera kena gigit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa..inilah tujuan event ni. For this kind of mindset. :)

      Padam
    2. aku lagi rela kaum family kau yg mati dari anjing tu mati. sehari berapa ribu manusia mati sebab anjing kau bagi tau aku! dan berapa juta anjing mati sebab manusia?! kau islam ke? kalau kau islam, kau mesti tau pahala berbuat baik sesama makhluk bernyawa kan?! apa hak kau nak anjing2 tu mati?? kau jangan ternganga mulut kat "sana" nanti tengok anjing2 yg kau hina dan nak dia mati sangat tu masuk syurga dengan senang hati. manusia hati busuk mcam bangkai! aku doa sangat2 nanti Allah s.w.t buka mata hati kau tengok kebaikan anjing yg kau hina sangat tu!

      Padam
    3. aku pun nak ko dgn family ko mampus dari anjing mati. anjing tak hati busuk mcm ko la anak haram!

      Padam
    4. Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha. ... macam taik

      Padam
    5. Takleh blah laa korg ni

      Padam
  9. Lepas ni buat program sentuh transgender pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anjing dgn transgender ape persamaan die?baik suh buat event sentuh mak ko je..lg sedap..bangang nye komen

      Padam
    2. Mak dia mak ko semua mak org dgn mak aku skali... puah hati ko....

      Padam
  10. simple question;
    untuk belajar samak, perlu ke kita sentuh anjing terlebih dahulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Event tu bukan setakat belajar samak je. Tp untuk bg kite tahu mcm mana nak berhadapan dgn anjing kalau2 ada berlaku kecemasan. Anjing dok lepak atas seat moto ko,ko nak angkat anjing tu ke atau ko nak bg die kencing terus atas moto ko?ke ko nak bunuh die terus?pikir logik la brader

      Padam
    2. Tu pn nk kena blajar. Bkn susah pn nk halau anjing atas seat moto. Oh generasi sekarang yg makin lembab.

      Padam
    3. Kt kelas agama sekolah rendah dh ajar mcm mna nk buat kalo sentuh anjing. Ape punya bodoh la nk ptahan event 2. Lg 1 nape nama dia bleh mngundang fitnah? Buat la tajuk yg lebih islamik..bangang btol. Ni mesti geng2 yg nk tunjuk pandai..geng2 yg ikut logik akal semata2..kononnye nk bkak mata org ramai jgn bfikiran kuno sgt..pui!

      Padam
  11. Bro,
    maaf bebanyak...jangan hantar malware porn pulak dekat blog baru aku lepas nih...kalau kau tak suka komen aku...kau kasi tau InsyaAllah aku stop komen.

    Bro,
    kau baca buku Syed Akbar Ali - Malaysia and the Club of Doom. Ini semua onar orang-orang yang suka menyesatkan manusia...mana ada bela anjing haram? Aku cuma tak ada tempat nak simpan anjing aje kalau tidak sure aku bela...aku ada bawak balik seekor anak anjing hari tuh dia terencat-encat ikut aku balik...aku dukung dia macam anak aku lepas tu aku bawak masuk kereta...sampai laaa ni depan rumah aku dah macam coffee shop anjing, dulu hari-hari depa makan chicken chop, dan segala dog food aku beli...tiap-tiap hari aku bagi depa makan...cuma laa nih mungkin anjing-anjing nih faham aku dah tak kerja, jarang depa datang rumah aku...

    anak anjing yang aku bela tuh tak sampai seminggu aku bela terus hilang...sebab mungkin dia rasa pelik ada orang Melayu nak pegang dia...

    Yusuf Qardhawi siapa? Dia ada tiket pi syurga ka??

    Kalau dia ada tiket pi syurga aku sembah dia aje laa jadi Tuhan...serius...kau pi tanya dia ada kaa?

    So?? harap komen aku tak menyebabkan sesiapa marah...nak marah pun kau orang punya pasal...aku tak layan, kerja aku kasi komen lepas tu aku angkat kaki...

    cuma aku harap janganlah letak malware porn dalam blog aku...serik daaahhh!!! aku insaf!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xde sapa nk marah kt org bodoh.

      Padam
    2. penat bc ayat org bodo. kalo ulama pn ko ckp mcm tu, ko tu sapa? moden sgt konon. ko penah pegang tahi? apsal ko xpegang? kotor? sbb dia najis? berpada2 dlm tindakan la bro

      Padam
  12. bila kau sebut aje nama Syed Akbar Ali, aku terus hilang minat nak baca komen kau

    BalasPadam
  13. Brooo...lepas ni kali ko nak bedah perut ko...ko beli buku Surgeri lepas tu ko bedah dalam tandas rumah ko...tk pyh belajar pegi universiti suma

    BalasPadam
  14. bro,
    aku tak baca pasal malaikat tuh...ada ke malaikat nama rahmat? Malaikat pembawa rahmat? Setau aku laa...aku belajar deen kat pondok dulu, pondok Aslahiyah...malaikat pembawa rahmat nama dia Jibril...yang dibenci orang kafir sebab dia bawa rahmat seluruh alam...ini aku yakin bro...tak tau laa aku ada malaikat lain nama rahmat...ke atau ustaz korang ajar pakai Revelation?? da;lam bible banyak owwwhhh malaikat dia...kira macam citer kartun Tinker Bell laaa...anak aku suka...ada yang jaga binatang, jaga kebun, jaga pokok...ini fahaman animisme bro...fahaman Shinto nih...May the Force be with you!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jumlah malaikat tak terkira bro. Bukannya sepuluh tu je yg kau kenal and aku tau kau pon tau sbb kau skolah pondok

      Padam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. kenapa Bro?
    aku tau dia mamak...maaf lah sebab aku tak perasan kau nih racist he he! joke aje bro.

    Tak, aku baca semua buku...lepas tu aku tanya Tuhan...ya bro kau mungkin kata aku lawak...kau gelak, tapi kalau kau tak tau bro...ini Tuhan kata dalam Quran bro, Surah Al Maidah ayat 54, kalau dah ramai manusia berpaling dari petunjuk, Dia akan datangkan satu kaum (spesis laa) yang mana Dia akan communicate straight dengan manusia tuh,itu bukan Bani Tamim tu bro...lu baca buku apa-apa pun lepas tu lu rajin solat malam...InsyaAllah, lu akan faham benda-benda yang orang tak faham dan tak nak faham...

    anjing nih sebab apa Nabi cakap tak boleh bela sebab ada anjing yang air liur dia bahaya...ada virus...kucing tak ada rabies...anjing ada...penytakit anjing gila itu yang dia nak menerkam aje...

    pasal samak nih tak pernah aku jumpa semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi bro...tak ada bro...ini Imam Shafie aje memandai bro...

    Ada satu hadith aku baca Nabi suruh bunuh anjing, aku memula baca marah bro...hadith apa nih!? Last-last aku dapat tau anjing nih kalau dia ada rabies...kau kena bunuh...sebab penyakit dia berjangkit...tak kisah laa...

    aku selamber pegang anjing...sebab tak ada pulak lepas tuh aku kena sambar petir ke, kena benam dalam bumi ke...tak, belum lagi...jadi...

    terpulang lah kan? janji niat ikhlas.

    okay ciao.

    Eddeved.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balasan Allah tak semestinya kat dunia je

      Padam
  18. Dalam hadis apa nabi ada kata bunuh anjing yang ada rabies? Saja nak tanya.

    BalasPadam
  19. Kebanyakan komen2 kondem sumanye syok sendiri. Simple thing, bela anjing - BOLEH, tetapi bersyarat. Kalau nak buat geli2, kan dah dilarang. samak/sertu etc, dikenakan selepas menyentuh anjing ATAS SEBAB2 TERTENTU. Islam itu kan indah...

    BalasPadam
  20. "Seorang Muslim sepatutnya treat a dog with respect. Yes. With honor. Jaga dignity anjing tu. Nak sayang dia? Sayang, tapi mesti ada border dia. Memang dah ada guideline dia dalam Islam macam mana seorang Islam dibolehkan bela anjing."

    There you said it. Event ni adalah untuk mengajar melayu muslim supaya treat dogs as per muslim guideliness, treat them with respect. Supaya jangan melihat anjing sebagai benda najis yang perlu dibenci dan dizalimi. Supaya melayu muslim ni ingat yang islam dah sediakan cara untuk menyucikan diri dari semua jenis najis.

    Event ni encourage orang utk dekati anjing, sebab melayu muslim ni mcm kau cakap lah, nampak anjing je terus patah balik. Dekati anjing as in its ok to be around anjing, xpayah menggelabah takut atau benci sampai baling2 batu kayu kasut segala kejadah untuk halau anjing tu.

    Memang tak perlu nak pegang anjing atau babi sekalipun semata2 untuk belajar samak/sertu, tapi tak salah kan kalau nak pegang pun? Before kau twist statement aku ni, please note that event ni encourage the participant to touch the dogs sebab nak tunjuk its ok for muslim utk handle anjing (bila perlu),plus it actually helps with building the respect and confidence towards the animals. Memang tak perlu pegang, tapi kalau nak pegang pun tak jadi masalah

    BalasPadam
  21. Aku slalu jeles tgk omputih boleh bela anjing, pastu anjing pn cam lg pandai dr kucing.
    Tapi nasib baik aku baca post nih, argument ko mmg solid dan hukum psl anjing mmg jelas dh pn. Kalau tak, jadi free thinker la aku.

    Alhamdulillah.

    Man

    BalasPadam
  22. suke gila entri ni mantot! *muaahh*

    BalasPadam
  23. Bagus mantot hang dah bubuh sekali dengan dalilnya,

    Takde keperluan untuk membela anjing nak buat hapa bukan nya kerja kau berburu atau ada ladang berpuluh - puluh ekar

    BalasPadam
  24. ni konsep aku pulak. sebab islam kata anjing tu najis mughollazoh kan? jom kita anggap anjing tu macam tahik. najis jugak cuma tahap berbeza. najis berat, dan najis tak berapa berat. kita tak berdosa beb pegang tahik. cuma kena handle dengan baiklah. tahik kat bontot tu kita pegang jugak dengan tangan sebab nak cuci, basuh dengan baik, sampai hilang bau warna dan rasa. supaya kita bersih, untuk solat, untuk ibadat. samelah konsepnya macam anjing, boleh pegang, tak berdosa. handle appropriately lah. samak dengan betul. lepas tu nak solat, nak beribadat buatlah. kalau nak berguling dengan anjing pun tak ada masalah. yang penting lepas tu ko kena bersihlah dari najis tersebut.

    orang melayu sekarang ni dah open minded sikit nak banding ngan dulu. dulu punye benci dengan anjing didik anak-anak sampai kalau jumpa anjing baling ngan batu dan kayu, padahal anjing tu tak buat dosa pun dengan kau. kalau main dengan anjing, kena sebat sebab menyusahkan mak bapak nak kena samak bagai. anjing tu makhluk jugak beb walau najis.

    so aku rasa event tu okay je kalau niat ke arah nak mendidik masyarakat yang anjing itu makhluk. ada nyawa. cuma terpulanglah nak faham konsep tu macamana. dorang buat benda ni pun sebab kes orang melayu pakai kopiah bunuh anjing tu.tua bangka pun tak faham konsep anjing tu makhluk ni kan pulak budak.

    BalasPadam
  25. Pegang anjing xdosa pon...cri fatwa mne yg kate pegang anjing dosa....cma najis...dah pegang samak...xda susa pon...pakai baju arak tu haram...pegang tgn bukan muhrim tu haram...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo...ye ke? Tima kasih sbb bgtau. Sgt new maklumat ini.

      Padam
  26. Aku pernah tanya pasal bela anjing ni dekat ustazah aku.Dia kata kalau nak bela anjing memang ada syaratnya.Sama lah dengan apa yang mantot cakap.Kau nak pegang anjing tu memang tak haram tapi kena sertu la.Tapi aku rasa orang Melayu tak patut paranoid sangat dengan anjing ni dan tak perlu juga sibuk2 nak bela anjing.Event ni tak perlu pun.

    BalasPadam
  27. Pasal anjing..dah sumer orang dok comment mcm anjing...sekarang sapa lagi byk menyalak? Seriously sikap terlalu sensitif..nk tunjuk sapa lebih pandai..senang melatah adalah mentaliti tegar org melayu kita...mcm mana bangsa lain nk hormat...haish..kadang2 lebih baik berfikir cara simple dari nk complicated sangat. Aku tak pegang anjing tapi aku tak pulak kejam dgn anjing sebab anjing pun makhluk Allah jugak...

    BalasPadam
  28. Aku harap anak ko masuk wad sbb kena gigit anjing liar dan ko sambil tersengih berkata"takpa anjing lebih penting dari anak sy" ...aku berharap setiap hari anjing liar kencing dan berak kat rumah ko dan ko sambil tersengih dan menjilat air kencing berkata"takPa biar anjing liar tu kencing merata di rumah aku...malahan bini aku pun kencing sekali dgn anjing tu"...hahahaa

    BalasPadam
  29. Haha..wt pe susah2..lau hukum ckp xleh..terima je la...byk lagi boleh bela yg halal bela..gajah, koala, org utan..bela kancil pn boleh..lg cerdik dr hanjing...hahaha..nk juga bela yg xberpa halal tu...nk jd myrkat universal kot

    BalasPadam
  30. Bro di atas ko ada bela anjing ke brooooo.....tolong bela suma anjing kurap kt taman aku...tk pun ko bela sekali burung gagak yg ada kt kl ni...kenapa pencinta haiwan di malaysia ni fokus kpd anjing shj....kempen bunuh burung gagak tk bising pun....kempen bunuh tikus tk bising pun...selektif publisiti murahan

    BalasPadam
  31. Kalau bodoh simpan sendiri laa mantot. Ada khilaf ulama. Pegang anjing tak haram, haiwan tu mmg najis, basuh je laa, Islam dah ajar. Yg kau melalut bela anjing jadi pet tu pehal? Event tu suruh pegang anjing je. Aku ulang, pegang anjing tak haram, tak dosa laa bhai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yakin dgn khilaf ulama tu...Pegang je la... dosa pahala nanti Allah yang tentukan...

      Padam
  32. Balasan
    1. Betul jugak. Pesal x letak sekali Eh? Jadi i want to touch dog and pig. Daripada ko buat Event bodoh ni baik ko pegi umah anak yatim ke Org2 tua ke spend time dgn diorg. I want to touch hearts. Lagi bagus.

      Padam
    2. Kau #tamakpahala tengok berapa banyak projek dia dah buat untuk orang tua2, anak yatim, palestin, syria... semua dia buat sorang2, tak ada persatuan. Yang dia nak ketengahkan adalah jangan menganiayai binatang. Yang selalu kena aniaya anjing. Yang di baling batu, panah anjing itu orang Melayu kerana kurang sekolah. Kalau kau jumpa anjing terbiar, hantar kat shelter tak adalah anjing tu membiak. Ni harap jadi keyboard warrior, melalak tapi no action. Kamu dah buat berapa banyak kebajikan yang pandai sangat nak hina orang dan komen. Kalau setakat duduk belakang keyboard je... baik duduk je diam-diam, jaga keluarga kamu supaya jadi umat yang berguna.

      Nak tanya, ada ke pig merayap2 depan rumah kau? Orang Melayu macam kau ni la yang menyebabkan orang Melayu dipandang hina dan dianggap BODOH.

      Padam
  33. Pasni nak buat Event I Want to Eat Pork pulak la ye? Apalah... Yg haram, ditegah tu lah yg depa nak buat. Xde apa persoalan pun kat sini. Nk rescue anjing, pas rescue bersihkan la. Nak kasi makan ke apa ke. Buat je. Dapat pahala. Tapi kalo ko gatal nak manja2 main2 dgn anjing, tu dah lain cite la plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oii bodoh, makan daging Babi haram, pegang anjing tak haram. Ada paham?

      Padam
    2. Tak paham. Sila jelaskan.

      Padam
    3. Ha ah. Tak paham lah. Masa sekolah dulu nak belajar samak bersihkan najis X payah pun siap panggil anjing dtg nak buat praktikal.

      Padam
  34. Cara bersihkan najis mugholazoh dengan sertu bukan samak. Samak bersihkan barangan kulit. Lagi satu, pegang anjing dan babi tidak haram tp najis dan perlu disucikan dengan cara sertu. Itupun jika salah satu sama ada tangan kita atau anjinh tu basah. Kalau kedua-duanya kering tidak najis. Tp memakan anjing dan babi serta keturunannya baru la haram dan berdosa. TAPI, najis ni bukan sekadar waktu sentuh tu saje dan sertu tangan saje, kena fikirkan juga tempat dan pakaian yg anjing tu sentuh dan duduk apakah tempat tu tak terlibat untuk disucikan. Sebab tu la anjing ada cara nak handle dlm islam kalau nak bela. Ada limit2nya sbb dalam rumah tempat kita beribadat. Tempat dan pakaian ibadat kita kena bersih dari sebarang najis. Sebab tu orang melayu yg islam tidak suke dekat dengan anjing nnt byk perkara nak buat sebelum nak solat. Jadi leceh. Kalo nak rescue anjing tu dalam masalah tak salah. Ada cerita pelacur pun boleh masuk syurga kerana bagi anjing kehausan minum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Komen paling best dan paling jelas yg aku baca dalam ni... lagipun ini yang kita belajar dalam pendidikan islam... tak tahu kenapa benda ini menjadi isu... dah jelas dan terang dalam islam.

      Padam
  35. Mantot tak kolot, cuma pervert + delusional je. Kejap cakap pasal seks, cleavage, rogol etc etc, kejap cakap pasal hadith. Takut gila aku nak berguru dengan cikgu macam mantot ni. Pemikiran dia pelik lagi menakutkan. Sekejap jadi ustaz, sekejap jadi lelaki gatal. Ew

    BalasPadam
  36. Sarah

    Samak? her..her..her..her..kompiden nye kau nak...

    BalasPadam
  37. Kalau aku suruh korang pegang babi korang nak pegang tak?Kan babi makhluk tuhan jugak.Haha.Tak haram pun pegang babi kan.Pasal anjing pun nak kecoh.Publisiti murahan.Pleaselah ada banyak lagi isu yang patut korang bangkitkan daripada isu yang remeh temeh ni.Event ni semata-mata nak tunjuk yang it's okay for muslim untuk sentuh anjing?Itu je ke?

    BalasPadam
  38. Hehehe ramai sangat yg bahalol. Semua tu makhluk bernyawa ciptaan Allah swt.

    BalasPadam
  39. byk budaya org non muslim gak nak ikut bagai...

    bela anjing ok....baby shower lagi
    pre wedding....perghh sume budaya non muslim

    byk aih budaya yg org melayu muslim nak ikut atas tiket open minded...

    Mantot bg pendapat yg solid dan bernas...

    seronok org non muslim tgk org muslim jadikan diorg sbgai satu inspirasi...

    Yusoff Al Qadrawi tu Mufti..Ulama...tak yah la persoalkan dia tu sape...x kisah la dia ade tiket pg syurga ke tak...itu kerja Allah tp dia menjadi tempat rujukan byk para ulama sedunia...

    BalasPadam
  40. Sejenkal demi sejenkal, sehasta demi sehasta, smpai lubang biawak pn nk ikut masuk.

    Pas dah wat even camnie, akn datang pe jadi. generasi akn dtg akn pikir pe sal datok nenek die pgang anjing mcm non muslim?

    BalasPadam
  41. aku suka anjing tapi lecehla bela anjing29 September 2014 pada 8:29:00 PG SGT

    Aku dulu pernah terasa nak bela anjing tapi bila fikir balik lagi banyak leceh pada diri sendiri, aku cancel je. Nak open minded macam manapun bro/sis punya hal tapi dah ada guideline tolong pakai. Sia-sia anut Islam kalau tak ikut guide yang diberi. Kalau dah pendapat semua orang bro/sis taknak pakai. Sila rujuk Al-quran terus. Mesti bole baca walaupun tak faham. Kalo tak boleh baca,sila lempang diri sendiri. Beli je yang ada translation, sila korek dan cari sendiri

    BalasPadam
  42. pegang babi x haram tp kenasamak.pegang anjing klu bulu dia kering x wajib samak.klu basah baru kena samak..

    BalasPadam
  43. sapa eddeve ni.
    dah seaat belajaq ilmu makrifat sampai salah bawak ke..
    hadoi.

    to encik or puan anon ni.tolong la.nak kome n tu letak nama sendiri baru gentle.











    BalasPadam
  44. Kalau nak sentuh anjing tanpa tujuan dan suka suka buat apa.Jangan ikut ikut macam orang Indonesia yang syariatnya sudah longgar anjing dibela dalam rumah.Yang nak sentuh anjing boleh bagi orang islam tapi pakai sarung tangan itupun yang bekerja sebagai polis,tentera,saintis dan doktor haiwan.

    BalasPadam
  45. Kalau sesuatu perkara syariat hukum haram tetap haram.Jangan suka ikut sesuka hati nak sentuh2 ranking,anjingkan najis dan kotor.Tak de kerja lain ke orang melayu kita ni kan baik sentuh dan pegang tasbih serta wirid dapat pahala dari anjing.

    BalasPadam
  46. Gila betulla komen whatever dgn edveded (seblum2 ni). Aku harap korg jgn komen merapy dah. Risau muslim lain terpengaruh dan sesat mcm kau lalu menambahkan dosa kau. Taknak laa camtu

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.