September 25, 2014

Dia Kata Produk Dia Produk Islam Tapi....


Produk ni bukan aku beli. Pemberian orang. Bukan aku tak bersyukur...tapi kotak dia dah dekat setahun aku simpan tak buang2 lagi. Kenapa?

Kau tengoklah sendiri, ada STEM CELL! Ada kolagen! Ada doa-doa! KOMBINASI TIGA DIMENSI PERUBATAN!

Tapi itu bukan sebabnya aku simpan kotak dia.


Faktor epigenetik? Metabolit?

Term tu memang wujud tapi agak meragukan aku yang diorang mampu buat research pasal dia benda tu. Yang paling kelakar? "Stem Cell yang terkandung dalam "minumam" kesihatan ini kaya dengan 92% kolagen. "

Proofreading pun fail.



Ini adalah penyebab utama kenapa sampai sekarang aku tak buang kotak ni. Bukan mudah2 camtu aje kita nak buang sesuatu yang dah tertulis ayat dan nama Allah ni.

Kalau kau perasan, orang2 yang menjual produk menggunakan agama, mesti dia menjanjikan khasiat yang mencapai tahap bulan dan bintang jika kau beli produk dia.

Lagi satu benda yang aku perasan....semua produk ubat ubatan berasaskan "Islam" ni harga dia mesti mahal-mahal belaka.  Tu yang memelikkan aku.

Berapa ribu Ustaz tu mintak nak bacakan doa dekat beribu gelen air? Ke pakai radio?

Kalau aku organize lawatan sambil belajar ke kilang diorang ni...ada sesiapa nak join? Boleh kita tanya diorang ni....mana sijil halal diorang? Aku dah cek website JAKIM...tak ada dalam tu.

Aku telefon customer service diorang, diorang kata tengah apply.


19 ulasan:

  1. itu la pasal, peniaga ni kurang prihatin terhadap adab adab dalam Islam.

    BalasPadam
  2. Perghh begitu skli.sebok hal cadbury..tp yg gune nma islam pulak yg pelik2 gini.

    BalasPadam
  3. HA.HA.HA..dulu benda2 camni sensitif bila tegur pada saudara mara atau kawan pejabat memang la ko kena hentam .dia cakap kau sesat pulak sbb x caya
    Al Quran..First aku nak tau bagaimana doa2 ni dibaca ...orang baca ke atau pasang mp3?...kalau orang baca -siapa yang baca..pekerja packing yang secara langsung pegang air / minyak ni ada wuduk tak..driver lori masa hantar dia x langkah atau x pijak.. bukan mudah atau sesuka hati bila kau berubat gunakan ayat2 Quran, kena ikut tertib dan disiplin yang kett...apatah lagi kalau x sembahyang lagila x jalan..begitu juga kalau ko berubat dengan cara melakukan sendiri solat hajat..nak buat solat hajat pun ada cara dan masa yang baik dan sesuai..

    BalasPadam
  4. macam mana pula pandangan mantot mengenai produk perbankan islam? mohon tulis di entry akan datang.

    BalasPadam
  5. Noob, kalau aku ada blog lagi aku tulis pasal perbankan Islam nih!

    Satu benda yang korang tak tau...John J.LaFalce dah buat satu bil untuk haramkan Rule of 78, pasal merugikan pelanggan yang meminjam dari bank...ini orang kafir nih...negara kafir nih! Kau pi tanya kawan-kawan kau kat US yang terer banking, depa cakap Rule of 78 dah tak pakai...tapi perbankan Islam?? kat Malaysia? Negara Islam?? MANTAP!!! depa pakai lagi Rule Yahudi tahun 1939 nih!!!

    Aku dah berpuluh kali komplen Bank Negara tapi depa buat derkkkk!!

    Eddeved.

    BalasPadam
  6. bro, kau belum jumpa ustaz yang baik hati lagi...aku ada berubat dengan ustaz ni satu sen haram dia tak mintak...tak ada nya nak pakai ubat-ubat cenggini...

    benda nih tgk nasib sebenarnya...kalau Tuhan nak jumpakan kau dengan orang yang betul...dapat laa...

    sampai sekarang aku okay tak pecah pinggan mangkuk dah ha ha ha!!!

    BalasPadam
  7. aku dah call tanya kilang dia mana. dia kata kilang dia ada banyak.

    BalasPadam
  8. faktor epigenetik dan metablit? aku buat master dan studi pasal bende ni, terms memang tak ada kena mengena langsung! asal ada perkataan saintifik susah nak sebut sikit orang percaya, ada ayat quran sikit orang percaya. haih marah betui aku! baik berganda-ganda kalau kita buat air yasin (baca yasin kat air kosng) macam tok nenek kita buat dulu. takyah keluar satu sen pun.

    BalasPadam
  9. apa lah manusia susah susah...kan dalam al quraan dah sebut pasal madu..tak yah lah susah2 nak di doa bagai.. mana mana keluaran pon ok...janji madunya asli...ni janji Allah

    https://www.facebook.com/BerkatMadinah








    BalasPadam
  10. lol last last ko jual produk ko jugak ye anon.

    BalasPadam
  11. ustaz aku belajar bagitau,
    roh air doa tu x pure bila ko buat menda tu komersial..
    cth org yg doa,tgh susun2 botol air sambil doa dalam otak dah terlintas kalau sebotol jual rm10,100 btol aku buat ni dah dpt 1000..

    kalau ko pegi jumpa personal ustaz memana mintak dia buatkan air doa tu pastu ko sedekahkan kat dia tu kira lain..

    wallahualam

    BalasPadam
  12. 1) Perniagaan paling untung sekarang.."berniaga jual agama". Kompen laku beh..air bacaan doa..padahal air dr mesin osmosis je tu..harapkan bekas plastik je yg mhl....
    2) bank yahudi xkenakan bunga pun ats pinjaman bangsa yahudi sndri...tp kita...byr bunga pn xhabis2..belom rantingnye lagi...

    BalasPadam
  13. Aku pernah lawat kilang pau melayu ni. Owner dia kata ayat2 quran dibacakan dalam proses pembuatan pau tu.
    So expectation aku ialah dalam kilang tu ada 60-70 orang tahfiz yang baca ayat2 quran. Then bila masuk je tempat pembuatan pau aku dah pelik. Apasal staff sikit? Mana orang baca quran?
    Rupanya yang baca quran tu dia just main kat radio je. Takde bacaan yang dibaca secara langsung terhadap pau2 tersebut. Dari tempat uli tepung saaampai la tempat bungkus. Semua ada speaker besar2 untuk pasang ayat quran tu.

    Lepas lawatan tu aku assume produk yang mendakwa dibacakan quran semua tu cuma tarikan murahan semata-mata.

    BalasPadam
  14. pernah tengok dulu dlm sitkom puteri yg nora danish berlakon..dorg buat scene keja kt kilang air zafran xsalah..yg kata air dr tulisan ayat2 suci AlQuran..tp boleh pulak si kencana dewi berlakon kja sekali dlm kilang tu..sejak tu terus xberapa nk percaya dah..

    BalasPadam
  15. Aku tak suka peniaga yang guna agama nak jual produk. Nampak sgt mereka nak untung cepat..target org Muslim kat Malaysia sahaja. Tgk cara marketing pn dah tau.Tak mau bersaing ke peringkat global. Memalukan Islam ja. Cubalah keluarkan produk gunaan yg dihasilkan oleh Muslim yang boleh bersaing dgn produk bukan Muslim. Produk yang bukan muslim pun tertarik nak beli.

    BalasPadam
  16. rocky the great brown flesh vibrator says: Baginda da ckp akhir zaman nanti ramai urang akan menjual Ayat2 utk sekupang dua; tapi wa pon agak ragu2 sekarang entah2 da ramai tokeh2 berkulop upah ustad2 "duniawi" jadi model utk produk kunon da baca 33 juz... kene cek nih

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.