Januari 10, 2014

Apa Salahnya Penduduk Putrajaya Mabuk-Mabuk? Bukannya Dia Kacau Orang Lain Pun Dengan Minum Arak

1. Setengah negara Arab melaksanakan larangan berpakaian seksi dan minum arak kepada pelancong. Ini menjadikan negara tersebut kurang kemasukan pelancongnya.

2. Kita pula tidak ada restrictions sebegitu diperkenalkan sehingga ramai pelancong datang untuk langgan pelacur dan minum arak kerana Malaysia adalah "syurga" benda2 tu.

3. Apa yang aku nak sebut, kita terlalu memberikan kebebasan kepada pelancong kerana kita mahu mereka datang ke sini.

4. Mungkin kerana kerajaan mengharapkan lebih ramai pelancong hadir ke Putrajaya, jadi Hard Rock Cafe ingin dibuka di situ dalam tempoh 4 bulan. Anda sedia maklum, arak memang dihidang di HRC.

5. Adnan "Tak Ada Duit Jangan Beli Rumah" Mansor menyatakan, HRC Putrajaya akan dikenakan larangan khas menghalang penjualan alkohol di situ.

6. Aku tak percaya benda tu akan dilaksanakan, mungkin sebulan dua mula2 tu aje kot, jadi bila dah reda penjualan akan tetap diteruskan.

7. Siapa nak pegi HRC dan minum Coke dan orange juice berharga RM8? Tak ada siapa. Pelancong pun takkan nak pegi HRC Putrajaya jika tidak ada apa2 benda yang menarik untuk mereka tengok.

8. Apa yang menyedihkan aku adalah kenapa Putrajaya yang sepatutnya menjadi simbol kemajuan Malaysia telah menjadi bukti betapa kuatnya kapitalis pegang negara kita.

9. HRC sudah punya branding yang cukup gah sehinggakan kalau kau ke mana2 pun, kau ada rasa nak beli tshirt dia dan kau nak bergambar depan kedai dia. Apa faedahnya? Entah....dari dulu aku tak nampak apa faedahnya kumpul tshirt dia tu.

10. Jadi, jika diwujudkan HRC Putrajaya (yang aku rasa dah konfem) tidak dibenarkan penjualan arak di situ.

11. Wow. Boleh pulak kerajaan kawal penjualan arak ni eh? Bila bab Putrajaya, mampu pulak diorang bantah dan mampu pulak diorang keluarkan arahan...tapi bila part daerah lain, effortnya kurang pulak.

12. Apa yang lebih kelakar adalah punyalah ramai Menteri, orang kenamaan dan Ex-PM sendiri memberikan pendapat, hujah dan justification berhubung kenapa perlunya HRC Putrajaya ditubuhkan.

13. Adnan "Tak Ada Duit Jangan Beli Rumah" Mansor menyatakan, muzik seperti nasyid akan dimainkan di situ. Kau pun paham kenapa dia cakap camtu kan? Tak nak orang bantah.

14. Pelbagai cara disebut, dicadangkan dan diberikan oleh Menteri2 kita ni hanya sebab diorang NAK Hard Rock Cafe Putrajaya ditubuhkan.

15. Alangkah bagusnya kalau ada jugak idea2 dikeluarkan oleh orang2 yang sama ni bila kita ajak berbincang kenapa hukum hudud sepatutnya diperkenalkan? Nak bincang hudud aje...membantah aje tau. Idea? Tak ada pun keluar.

16. Kelakar benar kerajaan kita ni bila dioang boleh pakat ramai2 nak orang ramai terima Putrajaya perlu Hard Rock Cafe.

17. Tak mati pun Malaysia kalau tak ada Hard Rock Cafe ni.

18. Ada Ustaz kata, kerajaan Malaysia sekarang ini terlalu sibuk nak memenuhi kehendak dunia. Itu sangatlah betul.

19. Aku cuma pelik kenapa Menteri kita ni berkobar2 betul nak cerita kat semua orang Hard Rock Cafe boleh diubah, pasang lagu nasyid, tak ada tarian itu ini, tak ada arak akan dijual sedangkan, aku rasa, pada aku, aku tak nak ada Hard Rock Cafe langsung dalam Malaysia. Tapi sebab Menteri kita ni nak sangat.....aku pun cukup curiga melihatnya.

20. Mungkin dia yang nak ada Hard Rock cafe dekat Putrajaya sebenarnya? Ada kepentingan kot ni?

21. Sekarang ni, baca paper, seorang kata tak bina, seorang lagi kata akan dibina dalam 4 bulan. Sama2 la kita tengok. Mengikut amalan biasa Malaysia, jika ada rumour akan dibuat dan ada Menteri dah sebut, selalunya benda tu akan dijadikan realiti.

22. Tahukah anda, dalam Islam, arak dilabelkan sebagai najis mutawasittah dan jika terkena pakaian, perlu dibasuh mengikut cara kita menyucikan najis mutawasittah?

23. Kalau kau minum  arak, kau sebenarnya minum najis. Wohoho!

24. Kalau ada staff gomen mabuk2 masa ofis hour nanti, tolong salahkan orang Cina.

25. In the future, kalau HRC Putrajaya dah tertubuh dan larangan penjualan arak ditarik balik, jom la kita gi pakat bantah ramai2 depan HRC nanti.

26. Aku sure waktu tu polis dan FRU akan dikerahkan untuk tangani pen-demonstrasi yang membantah penjualan arak di Putrajaya.

27. Jika berlaku perkara sedemikian, tolong jangan pangkah Adnan "Tak Ada Duit Jangan Beli Rumah" Mansor dan partinya lagi.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tguu mmg ko ulas isu ni tot...
ms aku dgr bnde ni kat berita tv3suku tu...HRC ala islamic...aku rs mcm..dafuq? for realll?

serius....

menteri malaysia ni perlu di brainwashed...



damn betul.

Tanpa Nama berkata...

Lepas tu mcm kata mantot..ultra melayu ni akan salahkan cina DAP..walhal dr tokey HRC,tukang bagi cadangan dan pelaksana adalah MELAYU...

Surrhead berkata...

HRC PJ kang ada 2 section - the normal section dan the nasyid section.......i seriously believe our menteris capable buat benda2 mcm tu...

Tanpa Nama berkata...

Menu HRC Adnan... tomyam . Air ketum dan CPT..... cendol pulut tapai.....ooppps satu lagi
Brand favorite najib sadin cap ayam

Tanpa Nama berkata...

tak mustahil satu masa nnt, Malaysia akan kena bala bencana...bila yg haram di pertahankan, yg wajib di tinggalkan....mana jabatan agama? mufti2? bila agama boleh dijual beli, shit happen.....demm

Tanpa Nama berkata...

Time macam ni tak ada pula mufti nak bersuara ya?

Mantot berkata...

itulah yang pelik mengenai mufti Malaysia ni...

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa sekarang ni macam orang Islam tengah di HINA tapi 'orang-orang Islam' tu tak sedar. Isu HRC, mati-mati pertahan dengan hujah bangang2 sebab nak bina jugak. Siapa dari DAP yg suruh asingkan penggunaan cukai arak & judi tu, pun sama ada jugak 'orang islam' ni bagi hujah bangang, seboleh-boleh nak kena guna jugak hasil tu untuk semua. Tak boleh asing2. Isu penggunaan kalimah Allah pulak, mati-matilah 'orang-orang Islam' ni pertahankan walhal hal-hal lain tadi tu yang memang dah tak boleh, mati-mati nak dibolehkan. Korang tak rasa kena hina ke sambil orang2 kafir tu gelak besar konpius dengan 'apebende-islam-ni-sebenarnya'?

Tanpa Nama berkata...

isu nama Allah ramai pulak ke depan berjuang, lapor polis itu ini. tapi hal ni...

sayup² je mantot

Tanpa Nama berkata...

kalau turun bala nanti kat malaysia, terima saja lah. sbb org2 kita hanya tau bising2 dgn huruf dan perkataan, kalo demo pun secara aman. sebab apa, sebab kita takut dgn bala dari pemerintah, bala tuhan kita lupa. dh tuhan tulis dlm quran, kalo turun bala semua penduduk yg ada situ kena bala. kita duduk kat tmpat 'islam samar2' kan, knp 'samar2'? sbb dlm seorg jiwa umat islam skrg ni kbanyakannya Islam+Munafik+Kafir. turun bala ke atas bangsa munafik mcm kita, salah kita sbb kita biarkan dorang kat atas. aku bkn keyboard warrior, aku menunggu bila masa kita akan dipanggil untuk bertindak. sbb aku xleh bertindak sorang2.

LydSunshine berkata...

Ce tanya harussani, darah derang ni halal ke tak?

Tanpa Nama berkata...

A-antara
R-resipi
A-adenan
K-ke putra jaya!

H-hantu
R-raye
C-cafe!!
Hehehe7x!

Tanpa Nama berkata...

ku nan nak tengok nasyid ...? kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ntahla..kalo pikir2 balik,mmg mesia ni da sakit sangat2.. umpamakan org yg kene diabetes. takut nk potong kaki sebb takut nnt fizikal da xmacam yg sebelum ni. org mesia takut nk tuka kerajaan sbb takut SGT mesia jd xmcm yg sblm.

*deep inside ; aku ari2 maki menteri yg skang ni..

Tanpa Nama berkata...

aku sokong tot...maklum la...klau mufti sound..lpar la ank bini mufti.....mufti pun xyakin dgn rezeki dr Allah...pompam2 pasal politik ja pndai..bughah la...mende.......nk kata bodoh pun....mufti.....

Tanpa Nama berkata...

*deep inside ; aku ari2 maki menteri yg skang ni..


same la anon...lg2 bile husband gua bukak berita memalam.

Tanpa Nama berkata...

Sapa yg undi bn dan tg nan sebagai pemimpin? Engko orang rasakan share dan balanya dari Allah. Bodoh punya melayu buta2 kena tipu dgn bn dulu kini dan selamanya...ha ha ha.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha, ramai pula yang pura-pura alim kat sini. Nanti dah bukak hrc entah2 dia yang first skali datang!!!

Akmal Zaidi berkata...

Ntah apa2 kerajaan BN ni

Tanpa Nama berkata...

Emm..yg aku tak paham tu kan, beriye2 protes taknak bukak HRC kt putrajaya. Tp bila g oversea g jgk kedai dia beli tshirt or at least tangkap gmbr kt gitarnya, yg ble pk balik entah ape pekdahnya.

Ada yg kata putrajaya tu mcm madinah. uhukk..Tp org yg bina tu kata dia nk buat mcm Champ elysees,Paris...wohoho...ameekk..

Segalanya dh terbukak sedikit demi sedikit (pd yg tak terbukak lg la) dgn cara mereka sendiri yg buat keputusan tersebut. Bkn sebab ada paksaan ke apa.

wak berkata...

Pikir positip wey, nanti bini tanya gi mana, hrc, bini tak marah, dengar nased sambil minum kopi.. hihi