Hati aku kadang2 gundah gulana jugak la bila melihat apa yang terjadi kat Malaysia. Aku Melayu. Aku sayang Melayu. Aku sedih tengok Melayu jadi macam pengemis dalam TV menuntut bantaun orang2 bangsawan Melayu. Tapi yang ramai Melayu risau takut Malaysia jatuh dekat Cina. Dari dulu sampai sekarang, isunya sama aje.
Aku terpaksa akui, walaupun aku menulis macam aku tak sayang Melayu, tapi sebenarnya aku tak sayang apa yang definisikan sebagai "Melayu UMNO." UMNO bukan Melayu. UMNO adalah parti politik tapi oleh kerana UMNO cukup hebat dalam menjenamakan perjuangan mereka, kita orang Melayu sudah assume, UMNO adalah Melayu.
Bila aku jalan lalu hutan, nampak ada perkampungan Melayu ceruk mana, nampak orang Melayu duduk kampung yang airnya pun kadang2 tak ada, aku selalu terfikir, macam mana la parti pembangkang nak jual ideologi diorang dekat orang2 ni? Diorang tak kisah pasal kemajuan. Diorang hidup memang 100% bantuan BN. Diorang hidup tanpa ada cita2 besar.
Living a simple life yang tak peduli pasal the rat race atau development of the nation. Pada diorang, as long as BN kekal, nasib diorang terbela. Buat apa nak kerjasama dengan orang Cina pulak kan sebab orang Cina dah ada everything? Buat apa nak baik dengan Cina, dengan India, apa faedahnya? Pemikiran macam ni masih berlaku di banyak kampung2 di seluruh Malaysia, yang dihuni oleh orang2 yang lahir situ belaajr situ, kahwin situ, berkeluarga kat situ.
Hakikatnya, tak ada faedah langsung diorang sokong pembangkang sebab pada diorang, as long as hidup diorang kekal, kenapa perlu take risk bekerjasama dengan Cina? Cina dilhat sebagai musuh. Cina juga masih dilihat sebagai bukan orang Malaysia (tapi dia sendiri tak nak admit BN adalah gabungan pelbagai parti)
Aku selalu tertanya2; adakah Melayu dihukum sebab kita ni sebenarnya kejam dengan bangsa lain? Agama saja Islam tapi hatinya Melayu. Budak2 Cina dan budak2 India ramai yang jauh lebih layak masuk IPTA tapi mereka dihalang atas sebab kerajaan nak orang Melayu masuk IPTA. Ini kes yang selalu ditimbulkan berkenaan isu ni.
Cuba kita pandang dari sudut seorang Melayu. Memang betul Melayu terkebelakang. Ya memang betul Melayu perlukan satu bentuk perlindungan. Memang betul Melayu perlu masuk IPTA jikalau tidak, macam mana nak majukan Melayu? Tapi yang menghairankan, orang Melayu sudah ada hak istimewa masuk IPTA tapi yang betul2 layak nak masuk tak ramai. Pelik kan? Jadi graf peperiksaan ditukar,ditarik ke bawah, tahun demi tahun. Melayu makin ramai dapat A. Gred A seolah2 dah jadi satu benda yang expected. Kalau dapat B, mengecewakan.
Ada juga kes di mana pelajar bukan Melayu mendapat keputusan yang jauh lebih baik tapi dia dapat tau, ada rakan sekelas dia, keputusan borderline, boleh masuk IPTA tapi yang bukan Melayu ni pulak tak dapat langsung tawaran ke mana-mana.
Jika benda ni dilihat dari seorang Melayu, memang kita akan rasa bias dan mengatakan Melayu perlu masuk IPTA. Semua benda yang dibuat kerajaan akan dirasakan betul....tapi masalahnya benda betul tak semestinya betul. Betul pada kau mungkin salah pada lain. Betul pada kau mungkin salah pada agama kau..
Tolong bukak kepala otak kau sikit dan fikir, adakah boleh seorang Muslim buat sebegitu demi menjaga kepentingan orang sebangsa dia? Kalau kau rasa benda tu boleh, tolong tunjukkan aku buktinya, mengikut telunjuk agama....bukan bangsa, bukan berdasarkan kepentingan peribadi.
Memang sedih nak diakui tapi adakah itu antara punca masyarakat Melayu ni terlalu lemau pemikirannya? Sibuk dengan gosip, drama, cerita hantu, gaduh pasal bolasepak...trait orang Melayu zaman sekarang. Dengan pelbagai bantuan yang diberikan dan pelbagai halangan dah dicipta supaya kekang bangsa lain terus maju, yang makin mundur, adalah orang Melayu.
Sehinggakan sekarang ni, ramai yang perlukan BR1M untuk hidup! Itu bukan simbol kemajuan! Itu adalah simbol sebuah masyarakat yang makin lama makin mundur! Kita lagi 4 tahun negara bverpendapatan tinggi ni bang! tapi kerajaan kena produce cash bagi dekat kau!
Sekarang ni, sibuk pulak isu Bible dimainkan. Bila kau selidik2, semua tindakan dilakukan bukan atas dasar agama tapi atas dasar bidang kuasa dan peruntukan kerajaan yang ingin melindungi orang Melayu. Aku tak tau sama ada nak sokong atau tidak pasal isu ni sebab aku tak tau! Aku rasa ramai jugak yang tak tahu pasal satu benda penting ni...
Apa yang aku tak tahu?
Aku tak tahu adakah apa yang dilakukan oleh Kerajaan, Jabatan Agama dan "pejuang2 Islam" ni selari dengan pandangan Islam sendiri? Kita rampas buku agama orang lain dengan alasan buku itu ditulis dalam Bahasa Melayu tapi baru dua hari lepas aku tengok Dr. Zakir Naik bagitau, "Tidak ada benda langsung dalam Islam yang menekan hak kemanusiaan sesama manusia.." jadi aku tertanya2, betul atau tidak tindakan kita memerangi pengaruh agama Kristian ni?
Adakah tindakan merampas buku agama orang lain sebenarnya salah di sisi Islam? Adakah memberi keisitimewaan kepada orang Melayu yang resultnya tak berapa elok untuk masuk IPTA dengan menutup peluang pelajar bukan Muslim ke IPTA adalah selari dengan pandangan Islam?
Tapi setakat ni perbahasan dan jawapan yang aku baca semuanya pusing hadis, pusing ayat nak menangkan pihak yang dia nak menang. Sorang keluar ayat kata "Islam mengajar umatnya berlaku adil dengan semua orang" tapi pihak lawan kata "Islam juga mengajar umatnya supaya saling bantu membantu sesama Islam dan mementingkan kemajuan seorang Muslim terlebih dahulu.."
Aku tau ramai jugak yang mengalami masalah ni. Kita Melayu....kita nak tolong Melayu tapi tertanya2 adakah apa yang kita buat tu sebenarnya salah?
Aku bukan nak salahkan Melayu cuma lama dah aku carik jawapan, "adakah apa yang Melayu buat selama ni sebenarnya salah?"
Meh sini aku rank-kan 3 amalan terbaik dalam Islam mengikut ranking kebaikan dia pada Allah SWT.
1. Solat
2. Menjaga hati ibu bapa
3. Berjihad memperjuangkan Islam.
Berapa ramai yang fail nombor dua tapi berapi nak buat nombor tiga?

20 ulasan:
hidup BN! pergi mampu*
sama konsepnya dalam berdoa. mengaku Tuhan tu satu tapi bila berdoa "Ya Tuhan kami", apa Tuhan orang lain tak sama dengan Tuhan kau?
-cara penerimaan terhadap sesuatu is the keypoint.
Tot . . nanti ko kupas skit video pasal Benz Ali tuuu . . .
persoalan non muslim yang perlu dijawab oleh muslim malaysia, kenapa al-quran boleh ada versi bahasa inggeris tetapi al-kitab tidak boleh ada dalam bahasa melayu(disemenanjung)?
ini semua silap mahathir.sebab dia semua ni berlaku

Betul la cakap kau.Hari2 aku dengar kawan aku gosip pasal artis,bola .Bila ada sorang kawan aku ni.nak cerita pasal benda ilmiah terus tak mahu dengar.Banyak pulak tu alasan dia.Kata bosanlah mengantuk.Btw,yg pasal Jais rampas Bible tu aku rasa tak patut dibesar-besarkan kot.Bikin huru-hara aje.
No 1 pon ramai yg fail. Lg nak raid tempat ibadat org.
Pada Anon 3:11, apa yang ko merepek ni haaa?
aku memang tak setuju kalau melayu yang tak layak masuk U tapi dibenarkan masuk. Tapi aku rasa takde yang tak layak pon boleh masuk (kecuali ada kes2 terpencil).
kebanyakannya layak masuk tapi ada orang lain dengan keputusan yang lebih bagus tak dapat masuk.
Di malaysia ni layak masuk U bukan setakat keputusan je tapi faktor kuota Melayu tu pon ada.
Aku rasa 57 tahun merdeka adalah terlalu awal untuk menghapuskan sistem kuota pelajaran ni. Biar la ramai melayu bijak pandai, moga2 ramai2 akan tolak umno nanti.
Tot, satu fakta yang kau harus ambil kira, beratus tahun kita dijajah (dengan ambil kira malaya pernah dijajah la kan)kaum Melayu kita dipinggirkan di kampung2 tanpa ada kemudahan apa pon, takde pelajaran, apa pon tak boleh.
kaum2 bukan melayu ditempatkan di bandar2 dengan pelbagai kemudahan oleh British... beratus tahun Tot.
kasi can la orang kita nak naik jugak. Kemarahan kau pada parti melayu jangan sampai hilang kasihan pada orang melayu.
~zaminc~
zaminc ==> BUTA SEJARAH BERLAGAK PANDAI
Anon 08:56 ==> MACAI TEGAR
Meh... meleis kbanyakan malas baca. Buat apa rampas bible? Sengaja mau bikin drama kasi meleis takut dan gila isim nak pertahankan islam (konon).
Tak salah nak rampas ke atau nak bakar keapa ke.. kita kan ada kuasa dan ada undang2. Agama tu agama yg salah. Kita sebagai negara islam berdaulat patut cegah agama lain daripada disebarkan sewenang2. Baca kesah nabi Ibrahim yg menghancurkan berhala. Baca juga kesah nabi Muhammad menghancurkan berhala semasa pembukaan kota Mekah. Takkan Nabi masa tu tak.menghormati kepercayaan dan amalan agama penduduk mekah masa tu yg rata2 menyembah berhala?
atas aku cakap sedap tapi bongok...berhala2 tu didirikan dalam kawasan kaabah ..sebab tu nabi musnahkan.
Kenapa dengan kaabah? Bukankah kaabah juga jadi tempat pemujaan berhala zaman tu? Kenapa nabi tak buat tempat lain atau kat sebelah tu.. Devide la 2 kaabah tu. Satu jadi tempat ibadat orang islam, satu bahagian jadi tempat berhala. kenapa tak dibiarkanlah berhala tu atas sifat toleransi sebagai orang islam kan?
Tapi Nabi2 tu hancurkan Toghut. Kesesatan.. Macam ko sebagai bapak. Puas ajar anak ko 2+1=3. Lepas tu ada orang datang ajar tiap2 hari anak kau tu 2+1=5 depan2 ko. So, sebagai bapak takkan ko nak biarkan orang ajar benda salah tu kat anak ko kan? Takan nak kata, biarlah depa ajar anak aku macam tu.. Biarlah.. anak aku dah pandai.. takkan anak aku bodoh sampai benda tu pun tak tau.
So macam tu la sifat seorang bapak. Menjaga akidah anaknya walau dengan apa cara sekalipun.
Hari ni gua exam final. Subjek kene pakai kalkulator saintifik. Nak jadik cerita, gua tertinggal pulak kalkulator, secara tak sengaja gua tercakap 'aduhhh lupa pulak bawak kalkulator!'. Ada beberapa orang depan gua.... beberapa budak pompuan melayu yang diyakini islam, diorang gelak gelak dan blah masuk dewan terus, dan pada masa yang sama ada amoi berdekatan ... tanpa hesitation amoi tu offer nak pinjamkan kalkulator dia kat gua... dia tak kenal gua, gua tak kenal dia... exam gua 3 jam, dia cuma 2 jam... gua tanya macam mana nak pulangkan nanti, dia bagi no telefon, pastu cakap kalau dia dah balik rumah,sebab dah habis awal, dia mintak gua pass kan kat kawan dia je. Gua tanya kenapa dia bagi pinjam kat orang yang dia tak kenal langsung pon... dia jawab because itu yang i mampu yang i boleh bantu, lagi pun u perlu kalkulator untuk paper exam u. Terharu gile gua beb . Gua rasa macam nak peluk peluk je amoi tu sambil berterima kasih tak tau nak balas macam mana... Moralnya pikir sendiri la ye.
sekian kisah gua.
hai. sayalah amoi yang dimaksudkan itu. bila mau kasi pulang saya punya calculator? haiyaa
Kenapa Nabi musnahkan berhala di Kaabah? Adakah Nabi tak hormat agama orang lain? Adakah Nabi membawa ajaran agama yang berlainan daripada apa yang dianuti oleh Arab Jahiliyyah di zamannya? Atau mereka mengamalkan ajaran Islam, tetapi yang telah banyak terpesong sebenarnya? Fikir-fikirkan.
Hujah bodoh mcm kau ni buang dalam tong sampah jela..islam pada nama.praktikal 0...so jgn cakap mcm bangang sgt..
Tengku, takde hujah ke? Macam tu la orang yang mengaku islam tapi sebenarnya kafir laknatullah. Tak reti nak berhujah lepastu ngata hujah orang bodoh.. Hujjah orang salah, tak betul bagai. So apa hujah pandai ngko? Kalau ko islam baik mengucap semula. Takut2 perbuatan ko tu melayakkan ko terus ke neraka tanpa hisab. Kalau kau kafir, masuklah ke dalam agama allah sepenuhnya. Jangan cuma pandai mengaku islam tapi sebenarnya dalam hati dan cara hidup 100% ikut kafir laknatullah.
Catat Ulasan