Disember 14, 2012

Persatuan NGO Gesa Kerajaan Laksanakan Kahwin Kontrak Untuk Kawal Kes Buang Bayi

Kota Manipu, 14 Disember - Sebuah persatuan bukan kerajaan atau NGO yang tidak mahu dikenali mendesak kerajaan agar mewujudkan satu akta yang menggalakkan mana-mana pemuda atau pemudi Muslim di Malaysia berkahwin atas dasar seks, bukan atas dasar cinta atau membentuk keluarga.

"Sudah terlalu teruk sebenarnya belia-belia Malaysia ini dalam bab seks luar nikah, terlalu ramai yang terjerumus, statistiknya cukup membimbangkan saya," kata Presiden NGO itu, seorang lulusan IPT tempatan. "Kerajaan sudah melakukan pelbagai cara dan yang terbaru, penubuhan baby hatch hanyalah satu bentuk pembendungan."

Sambung beliau lagi," itu semua tidak akan membantu mencegah pembuangan bayi. Apa yang masyarakat kita perlukan adalah satu kaedah yang lebih progresif dan lebih inovatif dan itulah yang Persatuan kami cuba usulkan di sini."

Cadangan Persatuan itu adalah dengan mewujudkan satu akta yang membolehkan pasangan-pasangan muda yang terlalu mendambakan seks supaya mereka mendapat kebenaran berkahwin secara kontrak. "Ini adalah untuk memastikan supaya hubungan kelamin mereka masih halal dan tidak berlaku aktiviti zina," ujar beliau.

Maklumat awal yang diperolehi wartawan kami merangkumi beberapa cadangan yang dirasakan boleh digunapakai untuk membendung seks luar nikah di kalangan masyarakat Islam. Antara cadangan lain yang dikemukakan oleh persatuan tersebut adalah ;

  1. Perkahwinan secara kontrak mengikut tempoh yang dipersetujui kedua-dua pasangan sama ada sebulan,3 bulan atau 6 bulan.
  2. Perkahwinan hanyalah atas dasar memuaskan nafsu semata-mata
  3. Wali Hakim akan dilantik untuk proses pernikahan oleh agensi kerajaan khasnya JAKIM
  4. Proses pernikahan akan dilangsungkan di Sempadan Malaysia-Thailand
  5. Pihak perempuan wajib mengambil suntikan perancang di depan Tok Kadi sebelum boleh dinikahkan
  6. Pihak lelaki tidak perlu memberi nafkah zahir kepada pihak wanita
  7. Persetujuan oleh pihak ibu bapa tidak diperlukan dan perlindungan undang-undang diberikan kepada pasangan yang bersetuju
  8. Mana-mana individu yang hendak menyertai tidak boleh mempunyai ikatan pernikahan dengan orang lain
  9. Proses perceraian akan dilakukan di hadapan Hakim Syariah setelah sehari tamat kontrak.

"Ini adalah langkah paling berkesan untuk menangani masalah gejala buang bayi. Selain mereka dapat memuaskan nafsu serakah kerana halal berbuat demikian, cuba kita gambarkan kebaikan yang mungkin terhasil daripada langkah ini," komen Presiden NGO tersebut.

Apabila wartawan kami bertanya apa kebaikan yang bakal diperolehi, Presiden itu menjawab dengan senyuman manis, "mana tahu mereka benar-benar jatuh cinta selepas itu? Dah jatuh cinta, tak payah lagi susah nak kahwin, sebab mereka dah pun berkahwin."

Reaksi masyarakat mengenai cadangan ini dikatakan positif. Seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Zack berkata, "bagus cadangan ini tapi kalau boleh kad pengenalan mereka perlu dikemaskini supaya mempunyai rekod yang mereka pernah terbabit dengan program ini. Saya tidak mahu kahwin perempuan tiada dara."

Seorang bapa yang berang mendengar cadangan ini kerana Presiden NGO itu adalah anaknya sendiri membantah sekeras-kerasnya cadangan ini kerana dia merasakan cadangan supaya hanya orang bujang layak menyertai adalah satu benda yang tak masuk akal. (LINK)

............

ps - dah tengok video budak 2 tahun kena belasah dengan bapak tiri?
Macam mana binatang boleh belajar pakai seluar jeans?

19 ulasan:

  1. ini rekaan semata-mata kannn

    BalasPadam
  2. org pertama kawin guna sistem ni... presiden NGO sendiri!!

    BalasPadam
  3. Memang teruk budak tu kena bantai. Senduk la pelempang la kaki pun naik. 2 tahun je kot. Traima budak tu. Yg merakam tu lagi tade otak. Duk rakam memanjang.. eii.. tetiba geram..

    N vid yg tv3 tyg smlm ke kelmarin tu kan tot??

    -N-

    BalasPadam
  4. hmmm...mcm rekaan je ni, gila punya cadangan huh..

    BalasPadam
  5. kahwin kontrak ni same dengan kahwin mut'ah syiah ..

    BalasPadam
  6. MUTAAH ADALAH HARAM

    DLM ISLAAM HANYA ADA NIKAH KHITBAH

    BalasPadam
  7. pengaruh syiah dh nak mula bertapak.. mohon JAKIM siasat

    BalasPadam
  8. haha..kota manipu?? manipu sungguh hang tot...

    BalasPadam
  9. Baru je tadi aku baca kat forum (sori, tak ada link), ada orang cakap bapak presiden NGO tu pun dah ada NGO dia sendiri.

    NGO dia punya misi ialah untuk mencari loophole dalam undang-undang (tak pasti Syariah ke Civil) untuk menghalalkan seks luar tabii tanpa perlu kontrak perkahwinan.

    Dia punya main argument ialah seks luar tabii boleh membantu memuaskan nafsu serakah dan pada masa sama dapat mengurangkan kes buang bayi sebab sistem reproduksi manusia belum cukup evolved untuk..you know, buat bayi melalui dubur.

    Aku tak berapa faham sangat argument dia sebab terlalu teknikal dan banyak sangat guna jargon medical + law.

    Ramai jugak butthurt dengan idea dia. Masa aku baca tu, ada sorang komenter cakap thread tu merepek kemudian repot kat Mod lepas tu thread tu kena delete. OP kena permaban. Kesian.

    BalasPadam
  10. Hehe....
    komen zack yg takleh tahan tu...
    saya tak mau kawen yg tiada dara...

    enjoy2... tibai sana sini...time nak kawen cari yg dara, muslimah baik2... kah kah....

    BalasPadam
  11. hai trok dh msia ni..jom bc ni plakhttp://moslem4peace.blogspot.com/2012/12/kemenangan-fsa-sudah-hampir-di-syria.html

    BalasPadam
  12. cis!..hampir2 aku terpercaya dan terpedaya..hahahaha

    BalasPadam
  13. Nafsu tu ada pada setiap lelaki dan perempuan jadi seks adalah keperluan

    So adakah sebab pembuangan bayi perlu kawin mutaah? Menghalalkan seks? Bunyinya menarik sebab anak tersebut boleh meminta nafkah dari bapak adakah begitu atau hanya sekadar mengubah persepsi masyarakat bahawa anak tersebut halal?

    Kalau kawin Mutaah dihalang adakah kita perlu mengedarkan kondom percuma supaya mereka yang mahu melakukan seks mengunakannya untuk mengelakan terjadinya bayi luar nikah?

    Atau perlu pendidikan masyarakat bahawa bayi luar nikah itu tidak berdosa dan harus dibantu supaya pelangsung atau perempuan yang mengandung dilindungi dan tidak membuang bayi mereka?

    Persoalan besar asas kepada semua ini BAGAIMANA CARA TERBAIK dalam mengawal NAFSU ini? sedangkan ianya adalah fitrah dan ada dalam setiap manusia lelaki dan perempuan.

    BalasPadam
  14. 5.Pihak perempuan wajib mengambil suntikan perancang di depan Tok Kadi sebelum boleh dinikahkan.

    Atau pun pihak lelaki wajib pakai kondom depan pihak berkuasa sebelum aksi bermula.

    BalasPadam
  15. senang jer, kurangkan aktiviti2 yg menyumbang dan mendatangkan serta menaikkan nafsu budak2 skarang...

    dalam filem kita, jangan nak buat aksi rogol, romen2,peluk2..budak2 melayu muda nampak,dorang nampak yang peluk2,cium2, pegang2 ni boleh sebab melayu dalam tv boleh tanpa pikir mereka tu Islam..

    2nd, perkasakan dan tingkankan ilmu agama islam, terutamanya di kalangan budak2..sebab kurang didikan la dorang terpengaruh,jadi budak2 skolah rendah romen,rogol..

    3rd, jangan salahkan ibu bapa jer, ibu bapa mmg btanggungjawab, tpi bila bil air,sewa rumah,keta,makan nak kena dilangsaikan, masa utk anak2 diganti dgn masa utk cari duit lebih..kerajaan buat apa?

    buat program bintang kecil,akedemi fantasia, memupuk sikap melayu yg takyah skolah tinggi2, pakai cantik2,g nyanyi akan dpt masa depan cerah..


    banyakkan majlis ilmu, kurang dan tolak konsert2 terutama konsert kpop,sambutan tahun baru dan tendang penerbit dan pengarah filem yg gatai nk buat filem aksi berahi2 konon nk bg pengajaran..


    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.