Disember 17, 2012

Jadikan Budaya Mogok dan Piket Aman dan Patuh Syariah Satu Budaya Melayu

Pegawai-pegawai bank dah mogok. Mogok-mogok pun, gaji diorang boleh tahan. Bonus ada dapat beberapa bulan. EPF berbayar, gaji tak lambat. 

Bila golongan yang terlibat dengan grafik dan multimedia nak berani mogok ni? Sampai bila nak bagi orang perah dan kerah tenaga kau secara percuma? Minat punya pasal takkan la sampai biar diri kau diambik kesempatan orang lain?

Dulu, aku ajak member2 aku mogok. Ramai tak nak, sebab takut nanti hilang kerja. Dah tua diorang. Aku antara yang muda dalam tu. Aku nothing to lose time tu. First time aku maki bos aku. Gila.

Ada satu hari, pukul 2 pagi. Borak dengan member sebelah aku, dia dah kawin, anak dua. Umur pun masa tu dah 34, sekarang dah 41 la lepas 5 tahun. Time tu, dia kata anak dia pun dah tak kenal dia. Sampai bila macam tu, dah 5 tahun aku jumpa balik member2 aku cerita sama aje?

Kerajaan BN bergebang pasal industri...tapi nampak yang elok aje.Yang sukses. Sukses tu selalunya datang dengan overtime. Overtime free. Kerja berkebajikan. Kerja free.

Orang yang dah kawin pun boleh runtuh rumah tangga.

Sila mogok. Sila minta kerajaan sekarang kaji taraf hidup penggiat industri kreatif ni. Bukan industri hiburan. Itu lain. Diorang selebriti...

Kalau tak, kita tukar kerajaan lain.
Pilih kerajaan yang lantik graphic designer yang betul2 boleh design.



12 ulasan:

  1. Orang2 graphic ni takyah join gomen. Otak asal kreatif jdk berkarat tak pasal.

    Amek job Elance, masyuk banyak beb(walaupun hakikatnya diorang sub korang utk buat keje diorang utk gomen diorang) Haw.. haww..

    BalasPadam
  2. hehehe, kerja kebajikan ..... mcm masa aku keje kat satu company grafik dulu... jenis takda OT =.... memang tak patot

    BalasPadam
  3. Bila aku tgk tuntutan worker tu, mak aih. Tak kurang juga benefit yang diorang dpt kalau tak piket pun. Lebih dr apa yg top management Petronas dpt sendiri pun.
    Anyway, its their right to claim whats spelled out in the contract.

    BalasPadam
  4. Why not orang-orang dalam industri kreatif gunakan bakat diorang dalam memperjuangkan isu hak-hak pekerja? Aku rasa, dengan cara macam ni sekurang-kurangnya para pekerja yang ditindas dapat meluahkan perasaan mereka kepada public. Expression through the art.

    Luahkan perasaan ditindas melalui karya.

    BalasPadam
  5. teringat aku beberapa tahun dulu pegawai maybank mogok sebab kes apa pun tak ingat, tapi member aku yg keje maybank cerita bonus tahunan dia berbulan2 tak main la sebulan dua... hmm tak taulah mungkin bagi mereka itu masih tidak cukup lagi... kompeni aku nak harap sebulan gaji pun payah

    BalasPadam
  6. silent reader for ages, 1st time post

    Well, used to work with local anime studio circa 96-00, buat 2d anime tapi glamor kat tv je la, hakikatnya;azab! start gaji 5rat je time tu! i was young then, ada double dips, i can afford to get much better job,tp saja nk cari pengalaman,even gaji ciput gler babs! Ingatkn nk stayed around just for awhile tp terjebak jd 4 fuckin' yrs! tdor bwah meja, rumah sewa lgsg x mampu bayar. siang tu la tmpat aku melukis n such, mlm tu la tempt aku tdo, along with other 20+ sahabat. Aku bertahan sbb, even x ckup makan + pakai, aku tetap happy, sahabat sume jnis jujur, dedicate their lives for their passion even masing2 tau, UNDERPAID!
    only after 4yrs, aku quit n got a decent work with international advertising co buat TVC, with salary 10x dari gaji asal. i was lucky since i have papers, but not that lucky like other sahabat, who mostly budak kampung with only bakat and passion as their asset.
    Apa yang aku nk share,
    1) among local tv broadcaster, RTM byar paling tggi and tv3/4 paling hampeh for local content.
    2) it's about time M'sia buat kind of guideline min gaji, kebajikan, penghargaan for local creative talent 3) M'sia punya talent tp mostly TAK DIHARGAI, selalu DIEKSLPOITASI and UNDERPAID.
    ..........

    Cheers to my comrade, u know who u are...... 'Dia, bagai seorang pahlawan.....'

    ....

    sorry tot, panjang sangat komen, 1st time, hahaha

    BalasPadam
  7. untunglaaa leh piket nk bonus berbulan2.. jadik kuli ghomen nk piket kejadahnye laaa.. naik trun cuepacs ngadap byk kali thn ni la br merasa sebulan gaji..

    BalasPadam
  8. Bank kesatuan hebat
    Bonus tuh lima enam bulan tetap..
    Mana ada bisnes bank rugi..

    Tapi tu la dunia duit riba ka duit apa kaut semua..

    So jangan jeles sangat la dengan pekerja bank ni..

    BalasPadam
  9. tot..laki aku keja grafik.dulu masa keja ngan advertising, sengsara hidup aku. jumpa laki aku malam je, pukul 1am keatas.pagi2 dah kuar balik. weekend kena keja.aku jadi biol, sunyi n tertekan. siap laki aku sikit lagi buat skandal kat opis. mcm haram.

    BalasPadam
  10. Itu yang design punya org.
    Ni yg geng2 freelancer IT ni laagi la.
    Ex-kompeni aku selamba je tak nak bayar gaji, konon xde duit. Pastu tutup opis, senyap2 bukak opis baru kat tempat lain. Freelancers yg dh siapkan projek nganga jelah. Sigh.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.