Jun 29, 2012

Awkward Agama : Tepuk Tangan Menonton Maksiat

Bila kau tengok cerita-cerita lawak macam Senario (ada lagi ke?) ataupun rancangan2 macam channel Mustika, mesti majoriti pelakon dia lelaki. Jadi, kita akan dapat lihat pelakon lelaki ni beramai2 cuba membuatkan orang ketawa. Ada yang kelakar, tapi kebanyakannya style lawak slapstik yang aku tak berapa boleh layan. 


Selalunya, show-show macam ni, akan di record depan live audience jadi apa yang terjadi berlaku secara spontan. Nak bagi menarik sket, rancangan2 ni akan jemput seorang pelakon undangan nak bagi menarik dan panas sket...selalunya perempuan hot la. 


Selalunya awek hot ni tak masuk dari mula cerita...tapi lambat sket. Bila tiba-tiba awek tu muncul..WOOO! WOOO! Penonton akan bersorak kegembiraan. Sebab selalunya muka2 lelaki aje tiba-tiba ada awek hot...suka la diorang.

Pelakon lelaki pun tiba-tiba naik riang. Skrip pun akan suruh pelakon lelaki komedi ramai2 tadi menggatal dengan perempuan yang baru muncul tu. Scene tipikal yang selalu digunakan merangkumi duduk sebelah-sebelah, main cuit2 bahu, duduk mula2 jauh makin lama makin rapat dan kemudian betul2 rapat, buat muka cute dan sebagainya.

Bila pelakon komedi tapi buat perangai gedik diorang...penonton akan bersorak lebih kuat. WOOO! FEEWITT! Ada yang bertepuk tangan, ada yang bersiul, ada yang menjerit. Sebab diorang suka. ADA AWEK CUN DALAM RANCANGAN KOMEDI!

Suka betul orang kita dengan benda-benda macam tu. Seolah-olah kita lupa apa yang diorang buat tu...walaupun sekadar lakonan....masih lagi satu bentuk maksiat. Maksiat di khalayak ramai dan dilakukan secara professionally. Tapi...kalau benda tu jadi dekat depan mata dilakukan orang2 biasa...bukan artis...takde pulak yang bertepuk tangan. Marah dan jelik ada lah kot...kenapa double standard? Mungkin mentaliti kita dah dibentuk untuk terima...artis boleh buat dan cakap apa saja dan artis adalah idola masyarakat.


Dan itu belum lagi masuk bab pelakon komedi lelaki kena berpakaian macam perempuan. Lagi kuat la jerit orang-orang kita kegembiraan suka hati! Tapi itu semua dibenarkan lah oleh masyarakat kita..for the sake of entertainment.




Jun 28, 2012

Wow! Tun Mahathir Tengah Solat?

Aku sure ramai antara korang ada terbaca pasal benda ni dekat Facebook atau mana2 tempat lain.


Muslimin & muslimat,

Insan ini bukan ulamak, namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat TGNA, tapi dialah yang mengerakkan negara islam yang lain untuk membantu ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serb.

Dia pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Insan ini digelar Maha Firaun, dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis keatas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia, dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

Ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya, dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

PALING UTAMA 


Seumur hidupnya, dia tiada video seks dan tidak pernah menyokong usaha menyelamatkan negara Israel.



.................. 


Kepada sapa yang start post benda ni... Tak kisah la kau nak sanjung dia menggila-gila...tapi ayat kau tak betul. "Insan ini bukan ulamak, namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim." 

Apa kejadahnya benda tu? Takkan la aku kena jadi ulamak baru aku tau aku ada kewajiban sebagai seorang Muslim? Adakah solat hanya dikhaskan untuk ulamak? Untuk kita orang2 biasa ni ilmu dia..tak wajib?

Nak kipas, nak nyatakan rasa kagum, tak payah la sampai benda yang tak sepatutnya jadi isu dijadikan isu.

Atau mungkin...mungkin la......pada penyokong UMNO...pemimpin diorang solat adalah satu benda yang sangat dikagumi dan perlu dijadikan satu bentuk memori yang indah?

Ni kalau esok Najib solat Jumaat, takde yang nak buat karnival ke?

Jun 27, 2012

Bila Monyet Diberikan Henfon Berkamera

Bila berlaku sesuatu kematian atau kemalangan, masyarakat kita akan jadi sangat2 concern. Jadi pakat ramai2 berpusu-pusu nak tengok. Orang Cina selalunya tak join tengok sangat sebab pantang diorang forbid tengok benda2 macam tu sebab kepercayaan diorang, roh masih lagi berlegar-legar sekeliling tu.

Tapi orang Melayu kita...bukan setakat beramai2 pegi tengok.Beramai2 berebut nak berdiri paling depan sekali.

Kemudian apa diorang buat? Ambik gambar.
Kenapa kau kena ambik gambar mayat?

Adakah kau bekerja sebagai polis? Atau kau petugas jabatan forensik? Atau kau fotografer hospital? Atau kau seorang reporter?

Atau kau hanya sekadar seorang rakyat biasa yang konon2 nya cuba merakamkan detik penting yang kau rasa penting untuk didedahkan kepada orang ramai, sebab kau kononnya "blogger" atau "social media whore" jadi kau kena share semua benda yang kau nampak?

Sampaikan gambar mayat orang eksiden atau bunuh diri pun kau ambik untuk tatapan peribadi? Untuk apa kau ambik gambar mayat dengan darah bertakung dan kepala bersepai? Nak share adik beradik mak bapak suruh tengok?

Sebab benda tu menarik pada kau? Atau sebab kebetulan kau mampu beli kamera atau kau ada henfon canggih yang ada kamera jadi dalam diri kau terdetik...semua benda menarik kau kena tangkap, tak kiralah benda tu patut atau tidak kau tangkap. Dan bila kau tangkap tu sebenarnya sebab kau rasa kau ada maklumat penting yang perlu disharekan dekat wall Facebook kau?

Inilah masalahnya bila teknologi dah jadi terlalu available. Gambar mayat atas jalan pun nak dijadikan koleksi peribadi. Semua sebab dalam kepala dah terfikir, semua moment menarik mesti disharekan.

Sharekan lah. Printkan lah. Frame kan. Gantung dalam rumah.

Jun 25, 2012

Membongkar Rahsia Colonel Sanders

Aku nak tanya satu benda, aku duk fikir benda ni 2-3 hari ni sebab aku kerap pulak gi pekena dinner plate ; 

Kita semua tau takde orang tau apa resipi rahsia ayam KFC. Sehinggakan ada juga rumours, dalam dunia ni, hanya 2 orang aje tau apa resipi KFC ni dan yang lebih menakjubkan, resipi ni konon2 nya disimpan disebuah bank dalam peti besi yang dipenuhi dengan alat keselamatan.Rahsia ni diguard oleh teknologi canggih dan rahsianya hanya terkandung dalam satu cebisan kertas tulisan tangan oleh Colonel Sanders.

Tak percaya? Baca link aku bagi tu. Even dalam iklan dia pun kata , ada 11 rempah rahsia dalam ayam KFC.


Tak kisahlah benda tu satu gimik atau marketing strategy sekalipun...tapi persoalan aku adalah; Kalau resipi ayam goreng original KFC ni adalah satu bentuk rahsia ingredient dia, macam mana JAKIM boleh bagi diorang sijil halal?


Sebab sijil halal hanya akan dikeluarkan bila pengeluar declare apa ingredient dia. JAKIM tau ke rahsia Colonel Sanders? 

Jun 22, 2012

Awkward Agama : Kisah Ahmad Anak Tunggal Kesayangan Mak Ayah

Ahmad, berusia 5 minit.


Ayah : Terima kasih yang kerana tahan sakit melahirkan anak kita.

Ibu : Comelnya anak kita ni. Kalau boleh saya nak namakan dia Ahmad.

Ayah : Kalau macam tu, saya namakan anak kita Ahmad Khairil bin Rosli.


...................


Ahmad, berusia 1 tahun.

Ibu : Abang, kalau boleh jangan la berjoli sangat, duit bulan ni tak cukup ni. Susu Ahmad pun kita tak beli lagi ni.

Ayah : Awak ni? Nanti kalau saya dapat kontrak ni, saya bagi la awak10 ribu. Lagipun, biasa la kena entertain client dekat club ni. Malam esok pun saya lambat tau!

Ibu : (Berbisik) Ahmad..Ahmad..anak manja emak.

Ahmad : Buwaa..buwaa.

...................

Ahmad, berusia 5 tahun.

Ibu : Abang, nanti Ahmad dah tadika ni, saya nak la dia masuk pusat asuhan PASTI tu. Tengok budak2 kat situ membesar elok. Ramai yang pakai kopiah pegi tadika.

Ayah : Awak ni, awak tu bukan elok sangat pun. Nanti apa pulak orang kata, maknya seksi anaknya berkopiah.

Ibu : Saya dah tanya dah, biarlah apa orang kata. Mulut orang kita memang macam tu. Kita ni pun tak berapa pandai sangat bab-bab agama ni. Biarlah ada seorang yang reti bab-bab ni bang.

Ayah : Ok lah. Awak daftarkan lah.


...................


Ahmad, berusia 7 tahun.

Ahmad : Ibu,ibu, hari ni Ahmad belajar pasal solat. Jom la kita solat sama-sama.

Ibu : Err...jom. Ibu ikut apa yang Ahmad buat ya?

Ahmad : Ayah mana bu?

Ibu : Ayah kau tak balik lagi Mad.

Ahmad : Sayangnya, kalau tak boleh ayah imamkan kita semua.

Ibu : Ayah kau tu, dengan mak pun dia tak pernah imamkan Mad.


...................


Ahmad, berusia 9 tahun.

Ahmad : Ibu, kawan-kawan Mad selalu perli Mad.

Ibu : Diorang kata apa Mad? Ish..motor ni. Aku pulak yang dia marah?

Ahmad : Ibu nak terlanggar dia tadi. Takde apa ibu, yang hantar Mad, ibu tiap2 hari. Bila dalam kelas, ramai yang tanya kenapa Mad masuk sekolah agama?

Ibu : Kenapa diorang tanya Mad macam tu?

Ahmad : Sebab ibu sendiri tak tutup rambut. Tak macam Ustazah Mad pun. Ustazah kata semua perempuan Islam kena tutup aurat.

Ibu : Ibu pakai macam ni sebab ibu kerja. Ibu tak boleh nak kerja kalau ibu pakai macam Ustazah Mad tu...

Ahmad : Oooooo...Mad tak tau la nak jawab apa kalau diorang tanya Mad camtu.


...................


Ahmad, berusia 20 tahun.

Ahmad : Assalamualaikum Yah!

Ayah : Waalaikumsalam Mad. Macam mana belajar? Mesir sekarang ni selamat?

Ahmad : Boleh la ayah. Ahmad baru aje habis periksa paper Usulludin...sini tiap2 hari panas terik sampai macam nak terbakar kulit rasanya.

Ayah : Baguslah. Hah..ni ibu kau nak cakap.

Ahmad : Assalamualaikum Ibu!

Ibu : Ahmad!

...................



Ahmad, berusia 26 tahun.

Ahmad :  Ayah, Ibu, Ahmad tau Ahmad anak ibu, tapi macam mana pun Ahmad kena tegur jugak ibu dan ayah.

Ayah & Ibu : Apa dia Mad?

Ahmad : Minta maaf. Saya sedih lihat ibu tak bertudung, masih lagi sama macam dulu. Kerja pun sampai lewat malam, macam hari tu, ibu kata tinggal ibu dengan 2 orang aje staff di ofis.

Ibu : ....

Ahmad : Ayah pun sama, masih lagi bawak orang dan VIP masuk kelab, masuk pub. Saya tak berani tanya sama ada ayah minum arak atau tidak..tapi kita kena menjauhkan diri kita dari tempat2 macam tu ayah.

Ayah : Ewah..ewah...engkau semenjak balik dari Al-Azhar, join orang2 PAS dah berani pulak berceramah dekat orang lain. Kau sedar tak dengan siapa kau bercakap ni? Dengan duit yang aku kumpul tu la kau belajar. Sekarang ni kau pulak nak sekolahkan aku?

Ahmad : Bukan macam tu ayah...

Ibu : Dah la Mad. Kau tu patutnya bersyukur, kau anak tunggal. Ayah dengan ibu dapat tumpukan perhatian dekat Ahmad seorang. Apa cara sekalipun, yang penting ayah dengan ibu fikir pasal Mad..nak bagi Mad besar dengan sempurna.

Ahmad : Saya faham itu Bu...tapi saya....

Ayah : Berkawan lagi dengan orang2 tabligh! Ni lah contohnya anak derhaka. Mulut mengaji..tapi derhaka mak bapak sendiri. Nak melawan. Dah pandai..nak menasihat mak bapak dia pulak.

Jun 21, 2012

Nasihat Paling Berguna Untuk Semua Bapa Selangor


Sudah2 la BN.

Gi la nasihatkan dulu anak2 pemimpin tertinggi kau dulu..
sebab satu masa nanti, diorang tu la bakal Presiden UMNO.

Asyik2 pukul orang,minum arak,kaki joli,kaki pempuan, join industri hiburan.
Penyokong senyap pulak bila ada kes.

Tapi kalau hal anak Anwar Ibrahim....perghh..laju.

Jun 20, 2012

Memahami Perasaan Bapa

Semalam, hari jadi anak aku yang pertama. Cepat gila masa berlalu. Dah setahun!

Tarikh yang sama tahun lepas, aku tengah berpusing-pusing kat lobi hospital dan pegi hisap rokok dekat parking bawah pokok sementara tunggu anak aku lahir kat dunia. Keluar2 mata dia dah terbukak tengok sekeliling.

Daripada seorang yang hanya terbaring dan tak pandai nak hisap susu badan, sekarang ni dia sendiri pegi carik susu badan mak dia.

Orang kata, apa saja yang kau hope dekat anak kau sendiri, benda yang sama la yang diharapkan oleh mak bapak kau. Kalau kita ambik benda tu camtu, aku tak pasti sama ada betul atau tidak sebab apa yang aku harapkan pada anak aku adalah dia jadi seorang drummer, guitarist, pakar IT dan multimedia tapi masih lagi jadi seorang lelaki yang soleh. Aku tak rasa mak aku wish aku belajar main muzik atau dengar lagu2 yang aku dengar sekarang yang penuh dengan ayat2 carutan.

Tapi macam mana pun, aku rasa tanggungjawab semua bapa yang paling penting adalah satu benda. Kalau kau rasa bapak kau adalah orang paling the best dalam dunia, kau kena jadi lagi baik dari dia.

Walaupun aku tak sempat nak hidup lama dengan bapak aku dan aku tak pernah ada bapak lain daripada umur aku 13 tahun hinggalah aku berumur 29 tahun, tapi sekurang2 nya sempat jugak aku ingat bapak aku macam mana. Ada kawan aku seorang, langsung tak sempat tengok bapak dia sebab macam mana nak ada memori pasal bapak sendiri kalau bapak kau meninggal umur kau 2 tahun?

At least, aku boleh ingat bapak aku rupa dia macam mana, macam mana suara dia, macam mana dia tidur dan aku ada jugak la memori pegi pantai dengan bapak aku sebelum dia takde. Cukup beruntung dah sebenarnya. Tapi macam mana pun, kadang2 aku rasa aku miss jugak guidance seorang bapak sebab aku rasa kalau bapak aku ada lagi, ada lah beberapa decision yang aku sure aku takkan buat sebab sepanjang yang aku ingat, aku takut dengan bapak aku.

Kepada yang masih ada bapak tu dan selalu bergaduh dengan dia, khasnya orang lelaki yang masih tak kahwin lagi...benda yang paling silap kau boleh buat adalah membenci bapak kau. Jangan buat kesilapan tu. Sebab bila nanti kau ada anak, semua benda yang bapak kau pernah rasa masa dia pegang kau, akan turun dekat kau.

Waktu tu, barulah kau akan rasa macam mana sebenarnya sayangnya bapak kau dengan kau.

Sebab tak ada anak yang akan paham macam mana sayangnya bapak dia dekat anak dia selagi dia tak jadi bapak tu sendiri. Mak punya kasih sayang, sangat2 obvious. Bapak punya kasih sayang ni....agak misteri sket.

Dan, tanggungjawab semua lelaki, adalah menjadi seseorang yang lagi baik dari bapa dia. Barulah dunia jadi lagi baik, kan?



Jun 16, 2012

WTF?

Double U Tee Eff...

Jun 15, 2012

Awkward Agama : Hidup Senang Dengan Senang

Katakanlah,

Kau dapat peluang buat duit senang. Cthnya, kau kena buat satu kerja yang kau tau imbuhan dia puluh-puluh ribu. Tapi, kau kena gadaikan prinsip kau atau kehormatan kau.

Mungkin, kau terpaksa menjilat bontot seorang menteri sebab kau nak dapat projek dari dia atau kau terpaksa jual maruah kau jadi pempuan simpanan seorang VIP. Atau lebih teruk lagi, kau join MLM yang menipu orang dengan gelang ajaib.

Kau kira-kira, kerja 2 tahun pun belum tentu kau dapat banyak macam tu.

Aku baca Harian Metro semalam, penuh dengan iklan ajak Melayu kaya cepat. Ajak Melayu hidup mewah. Dan dikhabarkan oleh Harian Metro, 5 juta orang membaca Harian Metro setiap hari. Maknanya kalau betul, hampir 1/3 orang Melayu di Malaysia membaca Harian Metro...paper super sampah yang jauh lebih sampah dari sampah.

Kau buat tak kalau Tuhan kata jangan buat tapi satu2 nya cara untuk kau hidup senang adalah dengan berubah haluan? Tuhan bagi kau rezeki, tapi kau rasa tak cukup dengan rezeki dia bagi.

Ramai orang kita setiap hari mengalami dilema macam tu. Ramai yang terpaksa bawak client pegi pusat spa sebab nak entertain client. Tau salah, tapi kalau tak buat tak dapat projek. Yang jaga tender, duit dah ada depan mata, gaji setakat 2-3 ribu...depan mata ada 15 ribu, tunai. Nak ambik atau tidak?  Anak kat rumah makin ramai. Kereta pun dah sangkut tak bayar sebulan.

Dan daripada situ kau akan nampak kawan2 kau yang mana terlibat, berubah. Daripada seorang yang rajin semayang, bila dah termasuk dalam sistem "kena entertain client" ni dia akan jadi seorang yang sukakan entertainment. Sistem ni perosak masyarakat yang sangat berkesan.

Sayangnya, itu adalah cara bekerja dan menyelesaikan perbincangan di negara kita. Dan bila kau nak buat benda yang betul, benda yang ikut syariat agama, kau akan ditinggalkan.

Itulah dia Malaysia ku yang tercinta.Mahu hidup senang, Tuhan mesti buang.

Jadi, berbalik kepada persoalan di atas, berapa orang yang tak nak ambik kesempatan nak senang cepat kalau diberi peluang?


Jun 14, 2012

10 Gosip Terhangat Artis Hiburan Melayu Yang Perlu Dikongsi Supaya Semua Orang Tahu

Apa nak jadi dengan artis kita sekarang ni? Aku listkan 10 gosip paling hangat dalam "industri hiburan" tanah air sekarang.

1. Neelofa gaduh dengan artis lain?

2. Remy Ishak gaduh dengan gelfren?

3. Rozita Che Wan dilihat berpimpin tangan dengan Beego?

4. Jimmy Shanley gaduh dengan isteri dan mertua?

5. Gambit Saifullah vs Gambit Saifullah?

6. Kisah seluar dalam Nora Danish yang ingin melihat dunia?

7. Zed Zaidi vs Artis Import?

8. Zed Zaidi vs Everyone?

9. Artis yang aku tak tau apa dia buat, kahwin 17 hari sahaja?

10. Rita Rudaini vs Suami?

Masalahnya,bila berbicara mengenai budaya buruk dan menyimpang,  yang selalu dipersalahkan, kumpulan2 indie yang main gig atau band heavy metal Melayu atau kumpulan2 punk dengan lagu2 kutuk kerajaan, sebab mengamalkan budaya tak sihat. Sihat betul budaya artis2 glemer kita...Apa-apa aje yang artis kita buat sekarang ni, mampu membuatkan aksi Tom Cruise lompat2 atas sofa Oprah nampak normal, atau Lindsay Lohan nampak sebagai gadis pemalu. Sebab diorang bukannya orang Melayu.

Kadang2 tengok artis Malaysia ni, bakat tak seberapa, tapi nak jadi penghibur. Tak dapat hiburkan orang guna bakat sendiri, dia hiburkan orang ramai guna cerita peribadi diorang.

Sekurang2 nya bila aku baca, rasa terhibur jugaklah. Tercapai jugaklah objektif industri hiburan tanah air, nak menghiburkan masyarakat.

ps - Rita Rudaini masih lagi hot.


Jun 13, 2012

Minah Bertudung Tapi Kurang Hajar Mintak Derma

Pada satu petang, aku tengah lepak dengan member aku 2 orang dan sedang tunggu order makan. Sambil borak-borak, tiba-tiba kami didatangi oleh seorang awek yang aku kategorikan sebagai "boleh tahan cutenya" sebab taste aku memang cenderung kepada awek pakai tudung tapi baju kurung dia ketat ikut bentuk body.

Minah ni pun berdiri la sebelah kitorang. "Mustahillah awek ni terkagum sangat dengan kehenseman member aku yang ada sebelah aku sampai datang terus tengok dekat-dekat?"

"Pakcik, pakcik, mintak bantuan derma untuk rumah anak yatim..." pinta awek tu.

Gadis itu berumur dalam lingkungan 24 tahun rasa...mempunyai bentuk tubuh yang agak langsing dan gaya pemakaian tipikal pelajar2 IPTA yakni...baju kurung ketat tapi bertudung.

"Cilanat apa minah ni panggil kitorang pakcik?" fikir aku sambil tangan kanan tutup uban kat tepi kepala yang makin banyak. Orang kata uban tu tanda kematangan...maknanya aku ni dah terlebih matang agaknya...tapi minah ni bukannya budak kecik. Budak kecik panggil aku pakcik, aku ok. Minah berumur 18 tahun ke atas agak tak kena.

"Takpelah...hari tu saya dah derma dah dekat depan Maybank. Saya dah bagi kat kawan awak.." kata aku sebab aku nampak dia bawak madu sebotol sebijik macam minah lain yang cuba jual kat aku dengan harga RM10 sebotol.

" Tapi itu lain pakcik...hari ni boleh derma dengan saya pulak.." jawab dia selamba.

"Takpelah...terima kasih ajelah ya.." kata member aku dengan suara ala-ala husky.

Minah tu berdiri aje kat situ, tak nak blah, terpacak aje sebelah aku. "Kita ni kalau nak berderma, tiap-tiap hari pun boleh, apa salahnya?" Macam dah mendesak pulak.

"Takpelah dik, pakcik rasa hari ni pakcik tak nak berderma lah. Terima kasih ye?" tegur member aku. Minah tu masih lagi terpacak kat situ tengok kitorang 3 orang. Aku memandang ke atas (sebab dia berdiri sebelah aku) TANG TANG TANG....aku tertengok benda lain.

"Takpelah dik. Hari tu kat Maybank saya dah derma. Kat kedai mamak hari tu pun saya dah derma...sama aje. Saya dah bagi dengan kawan awak.Saya nampak dia bawak madu sama la macam botol awak bawak," kata aku kat dia.

Minah tu tarik muka masam...stare aku tak puas hati.

" Apasal tengok saya camtu cik? " tanya aku sambil mata aku turun naik muka dia dan bawah muka dia. (Susah gila nak kontrol bila dah ada depan mata kau beberapa sentimeter jarak dia).

Dia buat muka tak puas hati. "Kita ni kan kalau nak beramal, tiap2 hari boleh. Tapi kalau dah tak nak tu, takpelah," kata minah tu tak puas hati.

Terus dia blah dari situ.

Beberapa hari berikutnya, member aku tengah lepak tempat lain, jumpa minah yang sama tengah mintak derma. Dan dia masih lagi panggil member aku pakcik. Senang sket hati aku bila tau benda tu.

Kesimpulannya;

1. Jangan panggil orang "pakcik" kalau kau nak mintak derma.

2. Kalau kau pakai tudung tapi baju kau ketat, aku akan still tertarik nak tengok.

3. Jangan ceramah orang kalau orang tu tak nak derma dengan kau

4. Kalau kau lepak Cyberjaya sekarang ni, memang macam ada satu geng sedang mintak derma guna gadis Melayu ala-ala solehah jual madu untuk rumah anak yatim. Kalau ada kau didatangi seorang minah pakai tudung baju kurung ketat muka boleh tahan, tinggi lebih kurang 165cm dan ukuran cup lebih kurang 34A...tak payah bagi. Kurang hajar minah tu. Serius shit minah tu kurang hajar.

Jun 12, 2012

3 Golongan Annoying Dalam Facebook

Banyak faedah sebenarnya Facebook  ni kalau digunakan dengan betul...Tapi ada 3 benda yang orang kita selalu guna yang membuatkan aku jadi annoyed dengan Facebook.

Ada beberapa golongan yang aku kalau boleh nak aje unfriend.

1. Bercinta macam belangkas tapi tak kahwin lagi

KAU BELUM KAHWIN LAGI!

Tolong jangan letak gambar kau dengan boifren kau berlaga pipi. Tolong jangan nak post bait-bait cinta sebagai hadiah yang sepatutnya ditujukan kepada boifren kau tapi kau biar semua orang baca. Tolong-tolong-tolong-tolong JANGAN post gambar kau berpeluk pinggang dengan boifren kau atau gelfren kau kemudian kau sendiri "like" post kau.

Satu masa nanti mesti kau menyesal letak gambar2 camtu..sebab apa?
Sebab kau kahwin dengan orang lain. Hahahaha!

2. Cerita masalah rumah tangga

Ni selalunya pempuan. Marah dengan suami. Sebab suami malas, suami balik rumah nak rilek, suami gatal, suami nak vagina fresh.

Bila seorang dah post, nanti akan datang la defense force dia, sekumpulan wanita yang bitter dengan suami masing-masing dengan nasihat tipikal "Sabar Jah, bawak bertenang,doakanla Tuhan lembutkan hati suami kau."

Apa kebendanya Tuhan nak tolong kau? Tuhan takde bagi kau cerita masalah rumah tangga kau dekat public sampai aku boleh baca.

3. Berdoa

Dan lastly...berdoa...

Aku tau niat kau baik nak ingatkan orang lain. Jadi kau taipkan la doa kau, "Ya Allah Ya Tuhan ku, bukakanlah pintu hati ibu bapa ku supaya menerima Abang Zakaria sebagai menantu mereka dan suami ku. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah...Amin Yarabbalalamin.."

Cuba kira balik berapa lama nak menaip tu. Cuba kira balik berapa lama nak tadah tangan dan berdoa secara direct. Sejak bila Facebook jadi pengantara doa kita dengan Tuhan?

Jun 10, 2012

Gambaran Masa Depan Orang Melayu


"Panasnya bontot aku ini Kudin!"

"Biar Kudin kipaskan bos!" kata Kudin.

2 minggu kemudian,
Kudin jadi calon pilihanraya.

Jun 08, 2012

Awkward Agama : Balai Hantu Raya!

Area kau ada Balai Raya? Kalau kau duduk kampung ada la kot. Kalau kat taman aku rasa dia panggil Pusat Khidmat Komuniti.

Kita semua sedia maklum, balai raya adalah tempat di mana masyarakat setempat dapat berkumpul dan berbincang mengenai masalah yang terjadi di kawasan mereka. Balai raya juga dijadikan sebagai pusat aktiviti kampung di mana anak muda boleh bermain takraw, anak kecil boleh bermain polis sentri dan gotong royong kampung boleh dijalankan.

Semua orang boleh menyertai apa-apa upacara yang berjalan di balai raya... asalkan kau sokong UMNO.

Benda ni banyak berlaku di kawasan-kawasan di mana pengaruh UMNO nya kuat, macam yang aku perasan di Negeri Sembilan. Dekat area aku sendiri yang mana Ahli Parlimennya dan Wakil Rakyatnya orang PAS tapi balai rayanya masih diconquer oleh orang UMNO. Even aku sendiri mempunyai dua orang ketua kampung....seorang yang rasmi dilantik oleh kerajaan negeri Selangor dan seorang lagi ketua kampung Barisan Nasional yang dilantik oleh ...entah..kerajaan Pusat? Menteri? Kementerian? Liow Tiong Lai?

Kenapa balai raya? Apa pentingnya balai raya? Mungkin satu masa dulu waktu zaman perang, balai raya memang teramat penting tapi sekarang ni satu-satunya fungsi tetap balai raya adalah untuk menjadi pusat mesyuarat ahli UMNO.

Jadi, apa yang selalunya adalah apabila ada mesyuarat kampung (yang tak sepatutnya berkaitan dengan politik) yang hadir majoritinya hanya orang UMNO. Orang pembangkang, malas nak pegi. Kalau pegi pun dia berani pegi sebab tak ada orang tau dia sebenarnya sokong pembangkang. Mengakibatkan, apa2 keputusan yang diambil akan lebih menyebelahi kepentingan UMNO.

Kenapa kita macam tu? Kenapa kita menggunakan balai raya sebagai pusat komuniti masyarakat Melayu?

Kenapa tak masjid? Sebab bila kita bertengkar dalam balai raya, orang yang mengawal keadaan adalah pemimpin UMNO setempat. Jadi kalau berlaku pertengkaran, kalau nak berlaku penipuan atau penyelewengan...siapa takut nak menipu dalam balai raya?

Tapi dalam masjid...berani nak bergaduh dalam masjid? Berani nak menipu dalam masjid? Tak ramai yang berani. Lagipun, masjid adalah neutral ground. Jika di balai raya semangat politik menebal, di masjid sekurang2 nya politic influence dapat dikurangkan bila berbincang. Orang PAS pun sekurang2 nya senang sket hati duduk kat masjid. Lepas mesyuarat, boleh semayang jemaah sekali ramai2 menyebabkan sekurang2 nya perpaduan sesama agama tu dapat dipupuk.

Lagipun,berbincang di masjid...ada Hakim Besar atas sana...kena berlaku baik.

Selagi balai raya masih lagi menjadi nadi utama UMNO di desa, selagi itulah aku akan terus pandang UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan racism. Racism terhadap orang seagama sendiri...kerana menyebabkan orang2 yang tidak bersehaluan dalam pandangan politik tidak dapat turut serta dalam pembangunan kampung dan desa, menjadikan mereka2 yang menyokong pembangkang seolah-olah golongan minoriti di kampung.
Tak percaya dengan benda ni?

Cuba balik kampung, suruh abah atau mak atau mertua kau yang berhaluan kiri (yakni pembangkang la..) kibarkan bendera PAS depan rumah. Kalau diorang tak nak sebab takut nanti bergaduh dengan orang kampung, fahamilah bagaimana mentaliti masyarakat yang ingin dibentuk oleh UMNO. Lagi cantik kalau kau punya kampung datang daripada negeri2 ni...Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka. 4 negeri kubu kuat UMNO.

Kibarkan bendera PAS depan rumah dan lihatlah bagaimana tiba-tiba ada orang pandang slack kat kau masa kau lalu depan kedai kopi.

Selagi dalam masyarakat kita masih ada yang takut nak declare pegangan politik masing-masing kepada umum, selagi tu lah kerajaan perlu ditukar tak kiralah berapa kali sampailah satu masa politik tak lagi menjerat hidup bermasyarakat di Malaysia ni. Ini adalah kesan 50 tahun lebih pemerintahan BN. Bagi satu parti memerintah terlalu lama...pengaruhnya akan berakar umbi dalam masyarakat.

Tukar kerajaan 5 tahun sekali. Paling lama pun bagi 2 penggal. Jangan bagi diorang selesa. Jangan sampai parti politik jadi panduan hidup bermasyarakat.

Jun 07, 2012

Pemimpin Itu Arahkan Aku Ke Arah Kebaikan, Aku Pilih Keburukan

Sebenarnya posting aku pasal hantaran kahwin dan kisah dua awek Iran tu berkait. Sebab ada orang kata ; kalau tukar government boleh ke government baru improvekan kualiti sosial masyarakat kita daripada pelbagai aspect , macam nilai hantaran kahwin yang melampau dan pelbagai lagi benda lain.

Cerita awek Iran tu saja aje aku cerita untuk tunjuk, kalau government nak control masyarakat dia, nak jaga masyarakat dia, diorang boleh buat. Tak kisahlah orang Arab datang Malaysia perangai berasaskan sundalisme, tapi dalam negara dia, bawah pemerintahan dia, dia dah laksanakan apa yang dia kena buat.

Pernah dengar pemimpin tertinggi BN anjurkan kepada rakyat, tak payahlah mintak hantaran tinggi-tinggi? Mana ada. Tapi itu juga tugas seorang pemimpin. Kalau masyarakat dia lebih ramai yang beromen sebab tak mampu nak kahwin, dia ada tanggungjawab untuk betulkan benda tu. Siapa pernah tegur pasal hantaran kahwin? Nik Aziz aje la yang pernah tegur. (Link)

Kalau masyarakat dah berlumba-lumba berlawan kenduri siapa lagi besar dalam taman atau kampung, tanggungjawab pemimpin adalah untuk lead masyarakat supaya kembali kepada kesederhanaan...itu amanah diorang. Diorang kena lead. Diorang LEADER.

Tapi masalahnya, pemimpin kerajaan sekarang lebih gemar lead masyarakat kita kepada benda2 yang materialistik. Mesti sekeliling kau ada orang yang taksub dengan seruan kerajaan sekarang ni dan tujuan dia hanya ada dua ;

1. Nak kaya
2. Nak dapat title

Kerajaan kita sekarang lead masyarakat kita supaya jadi orang macam tu. Pemimpin BN sekarang tak boleh lead masyarakat kita ke arah pembaikan sosial masyarakat. Kecantikan dalaman masyarakat tu tak dititik beratkan sangat.

Sebab apa?
Sebab mereka juga golongan macam tu. Budak2 muda tengok PM pakai rantai, mesti ada yang terikut punya kan? Sebab ada orang kita yang teruja dengan PM.



SHAATUUUMAREEESHIAAA!

Jadi, sebagai topik perbincangan hari ini ; wajarkah kerajaan kita campur tangan secara direct dalam melaksanakan pembangunan sahsiah dan moral masyarakat kita melalui pelaksanaan undang-undang? Perlukah kita jadi seperti Iran? Perlukah hukuman untuk para penzina dijadikan hukuman sebat dan rejam dan bukan sekadar hukuman berbentuk monetary untuk membendung gejala sosial yang makin teruk di negara kita?

Kalau kau baca dulu2, aku pernah cerita pasal satu kisah benar budak darjah 6 kena gangbang dengan tiga orang budak form 3 sebab dia nak rasa kena gangbang. Itu masyarakat kita sekarang.

BIncangkan.

Jun 06, 2012

Mataku Terbuai-Buai Di Dada Gadis Iran

Ada satu petang, aku lepak berborak dengan 2 wanita Iran. Bila kau cakap pasal wanita Iran, expectation kau mesti "pakai purdah, tudung labuh, baju kelabu besar" tapi seorang daripada diorang ketika itu, hanya memakai singlet sambil menampakkan cleavage yang tersangatlah lazat.

Mula-mula borak pasal movie, kemudian keluar pulak cerita pasal bercuti. Seorang kata family dia nak datang Malaysia bercuti sini. Member dia menyampuk (aku translatekan BM la supaya senang nak tulis)...

"Ha Ha,kau kena pakai bertutup balik!" kata dia.

"Huh? Apa pasal pulak?" tanya aku.

" Sebab mak ayah nak datang sini...diorang tak tau saya dekat Malaysia berpakaian tak macam kat sana," jawab dia.

"Its a law right you kena cover yourself kat Iran?" tanya aku.

"Yes, kitorang tak boleh pakai baju kasual.." jawab yang pakai singlet.

" The Iranian government masih lagi amalkan undang2 kolot!" jawab dia. "You tau, in Arab Saudi...woman cannot even drive!"

Aku angguk. Aku tau benda tu tapi tiba2 jadi isu beberapa bulan sebelum ni bila ada seorang perempuan mulakan gerakan revolusi buat selamba drive kat Arab Saudi. Ini satu undang2 yang aku tak setuju.

"I hate being in my own country. Every time we want to go somewhere, have to be accompanied by my brother la..my father la..." beritahu dia.

"Especially the clothes la...saya tak rasa apa dia freedom di negara sendiri," kata dia sambil buah dadanya terbuai-buai.

"That's why I like being here. We can go anywhere we want..we can wear anything we want to.." jawab yang seorang lagi.

" I like Malaysia...compared to Iran. Iran is so old school.." komen dia.

" Terima kasihlah kerajaan Malaysia kerana menjadi syurga untuk orang Arab tayang body...terima kasih.." fikir aku dalam hati sambil mata terus tidak dapat fokus.



Jun 05, 2012

Hantaran Perkahwinan Ikut Taraf Pendidikan


Kalau ada yang nak kahwin tapi tengok bakal isteri kening tu bercukur, 
boleh mintak diskaun 75%.

Jun 04, 2012

Terus-Terang : Jangan Kahwin Lambat dan 2 Lagi Kesilapan Yang Tak Perlu Dilakukan

Dari malam semalam sampai ke saat aku menulis ni, aku tengah buat kerja yang deadlinenya tengahari ni..pukul 2 petang. Tapi buat kerja sikit..buat sekejap... aku mesti bukak tengok gambar anak aku. Lepas tu senyum sorang-sorang.
Cuti sekolah sekarang, jadi aku akan hidup sorang2 untuk sementara.

Walaupun selama ni aku suka hidup sorang-sorang, masa bercinta aku dipenuhi rasa burden gila cakap telefon lama-lama, aku rasa keluar jumpa gelfren tu bangang dan buang masa...semua tu terjadi sebab masa tu aku tak ready lagi nak share hidup dengan sapa-sapa.

Tapi sekarang ni, di pagi yang damai ni, dengan dikelilingi kabus yang agak tebal sehingga aku tak nampak apa-apa dekat luar, aku terpaksa akui...ada sebabnya kenapa agama suruh kau kahwin dan jangan bercinta dulu sebelum kahwin.

Ada beberapa benda yang aku regret, salah satunya adalah kahwin lambat. Kalau aku tau macam mana coolnya sebenarnya dapat tengok anak membesar dari dia takde reaction dan tak boleh buat apa2 kepada seorang yang nak suap makanan dia sendiri dan kalau tak bagi, dia merajuk buat-buat...ada ketikanya aku fikir balik, macam mana satu masa dulu aku boleh bertahan tak nak kahwin sebab aku rasa lagi macho stay single.

Semua orang dapat belajar dari kesilapan.

Belajarlah daripada kesilapan aku, jangan kahwin lambat kalau kau lelaki. Orang yang merasakan tindakan kahwin lambat adalah satu tindakan yang tepat adalah orang yang tak sure apa tujuan hidup dia sebenarnya.

Ada duit, simpan. Tak payah usaha kejar teknologi. Itu satu kesilapan aku jugak. Satu masa dulu aku cuba jugak kejar teknologi tapi teknologi tak pernah berenti nak tunggu aku.

Kahwin...Bila kau tanya orang, ramai yang akan kata perkahwinan lebih banyak bawak masalah. Negatifnya lagi banyak dari positifnya. Isteri buat perangai..isteri tarik muka..standard la...ayat2 Melayu purba nak memburukkan sesuatu yang dia rasa perlu untuk dihuduhkan. Tapi ...bukan ke Melayu itu Islam?

Lagi satu kesilapan yang aku harap korang jangan ulang adalah jangan pilih Barisan Nasional. Sebab Barisan Nasional suka sebuah negara yang rakyatnya bekerja sepanjang masa tanpa memberikan tumpuan kepada keluarga. Lihat sistem pekerjaan kita...kau cuba tengok orang yang berkelulusan rendah, berapa jam dia kena kerja seminggu semata-mata untuk mampu support keluarga dia?

Dia tak ada duit, dia kena carik duit..kemudiannya dia hilang pulak masa untuk didik anak dia.

Negara kita dasarnya penuh dengan pembangunan material semata-mata sebab itu ramai Melayu yang berjaya, kejayaannya diukur oleh nilai kekayaan diorang semata-mata. Asal kaya..berjaya. Betul kan?

Jadi, imbas kembali, ada 3 kesilapan jangan diulang ;

1. Cuba jangan kahwin lambat
2. Jangan cuba kejar teknologi
3. Jangan pangkah Barisan Nasional

Okeh. Aku nak sambung buat kerja.
Sawadikap.

Jun 02, 2012

Kalau Nak Cuci Mata Tengok Awek, Ushalah Dengan Berhemah.

Pada satu hari di KFC sewaktu zaman muda aku dulu, aku tengah beratur dengan member aku nak beli makan. Orang ramai waktu tu jadi beratur agak lama dan kaki jadi lenguh. Untuk menghilangkan kebosanan, aku dengan member aku usha awek. 

Pergh..awek itu...mantapp! Perghh awek ini...terbaik!

Usha punya usha dalam beberapa minit, lalu seorang minah TERBAIK PUNYA. Pakai tudung tapi pakai seluar cotton ala-ala macam tracksuit kaler kelabu cerah ikut bentuk tubuh (salah satu aku punya weakness) yang mampu membuatkan mata aku takkan lari daripada focal point.

"PERGH!!PERGHH!PERGHH! BRO! INI AKU PUNYA FAVORITE!" bisik aku tapi dalam nada excited.

"Aku tak minat sangat laa pempuan pakai camtu. Kalau nak seksi, alang2 seksi betul2. Tunjukkan semua benda," komen member aku.

"Tapi aku suka camtu..sebab dia still consider concealed tapi still figure dia jelas kelihatan, dan tracksuit kelabu dia...nom nom nom..." kata aku.

Mata aku terus follow awek tadi tu yang nampak macam muda, aku ingatkan anak dara tapi rupanya mak orang. Dia duduk dekat meja dengan seorang anak dia.

"MILF MILF MILF! Kalau aku kawin, aku wish isteri aku stay macam tu lepas beranak satu.." kata member aku.

"Ya dik, nak makan apa?" tanya akak cashier. Aku sebagai meneruskan tradisi order dinner plate dan member aku order apa benda aku tak ingat. Bayar asing-asing tapi satu bil. Student lagi time tu. Siap order, angkat tray dan terus carik meja duduk tapi takde la berani kitorang pegi duduk dekat pempuan tadi.

"Takkan janda kot milf tu? Kalau kau la, kau nak ke kawin dengan janda?" tanya member aku.

"Kalau janda camtu...aku ok kot...tapi tengok la anak dia berapa orang," jawab aku membayangkan detik indah kami honeymoon bersama disertai oleh seorang anak tiri aku.

Aku pun mula mencubit ayam original recipe KFC dan disuapkan ke dalam mulut. Lazat. Nampak lelaki yang berdiri belakang kitorang tadi dapat order, terus berjalan ke meja minah yang kitorang usha tadi.

Ayam ditangan mula rasa tawar dan tak sedap.

"Mesti dia bangga budak2 muda mengidam nak dapat isteri dia," fikir aku nak sedapkan hati yang penuh kemaluan. Yang aku tak tahan...suami dia senyum kat kitorang.

Pengajaran : Kalau nak usha awek, ushalah dengan berhemah.

Jun 01, 2012

Awkward Agama : Legenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Bila kita berbicara mengenai 13 Mei 1969 di kalangan orang Melayu, satu topik yang takkan lari adalah mengenai legenda parang terbang Mahaguru Silat Selempang Merah.

Kalau kau tanya semua orang yang hidup masa tahun 1969 tu, semua akan kata cerita ni benar. Parang terbang ni adalah hasil daripada ilmu persilatan seorang Mahaguru Silat yang mampu membuatkan parang2 itu terbang dan memancung atau menikam atau merodok orang-orang Cina yang dikatakan kurang hajar pada waktu itu.Aku tak nampak 13 Mei 1969 sekadar satu rusuhan kaum. Aku juga nampak 13 Mei 1969 sebagai hari di mana bermulanya rampasan kuasa dalam UMNO oleh satu puak yang ambik peluang ke satu puak lain.

13 Mei, orang akan cerita pasal kes Cina mahu sapu Melayu dari KL...tapi tak ramai yang nak cakap soal kenapa Parti Perikatan time tu kalah pilihanraya. Sekarang ni zaman internet , tahun 1969 takde internet. Fakta susah nak dapat.

Jadi semua cerita datangnya daripada mulut-mulut orang yang ada kat situ dan aku pasti yang ada kat situ tak la ramai mana pun. Ramai yang bercerita pun sebenarnya dengar dari mulut orang lain.

Aku pernah pegi satu rumah bekas orang besar Negeri Sembilan yang berasal dari Muar. Dalam rumah tu ada lah beberapa benda yang diwarisi anak cucu dia dan pantang larang dia..barang2 tu tak boleh disentuh atau dialihkan. Salah satu benda yang disyaratkan termasuk adalah sebilah parang panjang.

"Tu salah satu parang panjang yang terbang masa 13 Mei dulu," kata anak cucu dia.

"Woah..." fikir aku sambil tengok aje parang tu yang kemas tersarung.

Ada beberapa sebab kenapa bangsa Melayu sangat bergantung dan sangat percaya dengan kisah parang terbang ni...dikhabarkan kalau Cina cuba buat kurang hajar lagi sekali...parang2 ni akan terbang kembali. Kalau kau borak dengan orang2 Melayu yang ultra ke-Melayuan dia pun, pada dia...kalau perlu, 13 Mei 1969 terjadi lagi sekali, dia orait dengan itu asalkan Melayu terus berkuasa dan parang2 itu perlu kembali terbang memancung musuh Melayu.

Kisah parang terbang ini seolah-olah satu safety net untuk orang Melayu merasakan diri mereka akan terus selamat dan terus berkuasa di negara yang satu masa dulu namanya Tanah Melayu.

Aku tak tau sama ada betul atau tidak kisah parang terbang ni. Ada pakcik aku kata betul..ada pakcik lain kata dia tak tau...tapi legenda parang terbang ni terus menjadi satu bentuk kisah yang membuat orang Melayu rasa selamat dan yakin dengan perjuangan bangsa mereka.

Kita andaikan legenda parang terbang itu betul dan benar2 terjadi dan memang parang2 itu akan bangkit semula bila kedaulatan Melayu terancam. Rasa yakin kan? Rasa seolah-olah Melayu the all powerful race.

Tak ramai pulak yang mempersoalkan siapa yang menerbangkan parang2 tu? Kalau legenda tu betul, adakah ada diikati invisible string lalu ditarik oleh Mahaguru Silat? Ataupun wujud teknologi enjin roket kecik yang diletakkan di hulu parang tersebut? Ataupun sebenarnya parang itu dibaling terlalu laju seolah-olah ia terbang?

Bagaimanapun...sebab kita Melayu...majoriti kita percaya parang2 itu terbang kerana ilmu persilatan orang2 Melayu. Parang2 itu terbang kerana kuasa ghaib. Cuba tanya balik dekat diri sendiri...kalau kita percaya dengan legenda parang terbang, bagaimana pula dengan perspektif agama kita dari segi itu? Kalau benar ada mahaguru silat kita mampu menerbangkan parang, siapa yang terbangkan parang tu?Dah sah-sah bukan Malaikat, kan?

Cuba tengok balik apa hukumnya berdamping dengan benda ghaib dan gunakan benda ghaib sebagai khadam? Cuba tengok balik apa hukumnya mempunyai saka ni.

Sebagai seorang Melayu, kita boleh taksub dengan legenda parang terbang tapi sebagai seorang Islam, adakah kita dibenarkan bergantung dengan parang terbang atau percaya dengan kisah parang terbang penyelamat bangsa?

Kemudian tanya diri sendiri, anda Islam atau anda Melayu? Kalau Melayu..teruskan percaya legenda parang terbang 13 Mei 1969 dan teruslah mengharap padanya. Kalau anda Islam, mungkin kita boleh berenti mengharap bantuan parang terbang dan betulkan dulu apa yang tak betul mengenai kepercayaan kita.

Cuba tanya diri sendiri betul2...siapa yang terbangkan parang tu. Dari situ kita akan dapat jawapan, kenapa sampai sekarang, kita diajar..politik dengan agama tak boleh disatukan dan amalan itu terus jadi cara kerja kerajaan kita.

Adakah anda salah seorang yang bersedia jika 13 Mei 1969 berulang kembali? Apa agama anda?