Jun 08, 2012

Awkward Agama : Balai Hantu Raya!

Area kau ada Balai Raya? Kalau kau duduk kampung ada la kot. Kalau kat taman aku rasa dia panggil Pusat Khidmat Komuniti.

Kita semua sedia maklum, balai raya adalah tempat di mana masyarakat setempat dapat berkumpul dan berbincang mengenai masalah yang terjadi di kawasan mereka. Balai raya juga dijadikan sebagai pusat aktiviti kampung di mana anak muda boleh bermain takraw, anak kecil boleh bermain polis sentri dan gotong royong kampung boleh dijalankan.

Semua orang boleh menyertai apa-apa upacara yang berjalan di balai raya... asalkan kau sokong UMNO.

Benda ni banyak berlaku di kawasan-kawasan di mana pengaruh UMNO nya kuat, macam yang aku perasan di Negeri Sembilan. Dekat area aku sendiri yang mana Ahli Parlimennya dan Wakil Rakyatnya orang PAS tapi balai rayanya masih diconquer oleh orang UMNO. Even aku sendiri mempunyai dua orang ketua kampung....seorang yang rasmi dilantik oleh kerajaan negeri Selangor dan seorang lagi ketua kampung Barisan Nasional yang dilantik oleh ...entah..kerajaan Pusat? Menteri? Kementerian? Liow Tiong Lai?

Kenapa balai raya? Apa pentingnya balai raya? Mungkin satu masa dulu waktu zaman perang, balai raya memang teramat penting tapi sekarang ni satu-satunya fungsi tetap balai raya adalah untuk menjadi pusat mesyuarat ahli UMNO.

Jadi, apa yang selalunya adalah apabila ada mesyuarat kampung (yang tak sepatutnya berkaitan dengan politik) yang hadir majoritinya hanya orang UMNO. Orang pembangkang, malas nak pegi. Kalau pegi pun dia berani pegi sebab tak ada orang tau dia sebenarnya sokong pembangkang. Mengakibatkan, apa2 keputusan yang diambil akan lebih menyebelahi kepentingan UMNO.

Kenapa kita macam tu? Kenapa kita menggunakan balai raya sebagai pusat komuniti masyarakat Melayu?

Kenapa tak masjid? Sebab bila kita bertengkar dalam balai raya, orang yang mengawal keadaan adalah pemimpin UMNO setempat. Jadi kalau berlaku pertengkaran, kalau nak berlaku penipuan atau penyelewengan...siapa takut nak menipu dalam balai raya?

Tapi dalam masjid...berani nak bergaduh dalam masjid? Berani nak menipu dalam masjid? Tak ramai yang berani. Lagipun, masjid adalah neutral ground. Jika di balai raya semangat politik menebal, di masjid sekurang2 nya politic influence dapat dikurangkan bila berbincang. Orang PAS pun sekurang2 nya senang sket hati duduk kat masjid. Lepas mesyuarat, boleh semayang jemaah sekali ramai2 menyebabkan sekurang2 nya perpaduan sesama agama tu dapat dipupuk.

Lagipun,berbincang di masjid...ada Hakim Besar atas sana...kena berlaku baik.

Selagi balai raya masih lagi menjadi nadi utama UMNO di desa, selagi itulah aku akan terus pandang UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan racism. Racism terhadap orang seagama sendiri...kerana menyebabkan orang2 yang tidak bersehaluan dalam pandangan politik tidak dapat turut serta dalam pembangunan kampung dan desa, menjadikan mereka2 yang menyokong pembangkang seolah-olah golongan minoriti di kampung.
Tak percaya dengan benda ni?

Cuba balik kampung, suruh abah atau mak atau mertua kau yang berhaluan kiri (yakni pembangkang la..) kibarkan bendera PAS depan rumah. Kalau diorang tak nak sebab takut nanti bergaduh dengan orang kampung, fahamilah bagaimana mentaliti masyarakat yang ingin dibentuk oleh UMNO. Lagi cantik kalau kau punya kampung datang daripada negeri2 ni...Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka. 4 negeri kubu kuat UMNO.

Kibarkan bendera PAS depan rumah dan lihatlah bagaimana tiba-tiba ada orang pandang slack kat kau masa kau lalu depan kedai kopi.

Selagi dalam masyarakat kita masih ada yang takut nak declare pegangan politik masing-masing kepada umum, selagi tu lah kerajaan perlu ditukar tak kiralah berapa kali sampailah satu masa politik tak lagi menjerat hidup bermasyarakat di Malaysia ni. Ini adalah kesan 50 tahun lebih pemerintahan BN. Bagi satu parti memerintah terlalu lama...pengaruhnya akan berakar umbi dalam masyarakat.

Tukar kerajaan 5 tahun sekali. Paling lama pun bagi 2 penggal. Jangan bagi diorang selesa. Jangan sampai parti politik jadi panduan hidup bermasyarakat.

23 ulasan:

  1. "Jangan sampai parti politik jadi panduan hidup bermasyarakat"..
    ayat terbaik dari mantot..........
    -coma-

    BalasPadam
  2. org2 skrg dah tak kisah nak menipu hatta dlm masjid sekali pun..nauzubillah

    BalasPadam
  3. Kenapa umat Islam Malaysia patuh kpd Allah dlm masjid & tmpt2 yg diistiharkan sbg tmpt ibadah sahaja? Kenapa umat Islam Malaysia tidak patuh kpd Allah di balai raya, luar kawasan sekolah, pejabat, restoran, taman bunga dll? Sebab umat Islam Malaysia tak jadikan Islam sebagai way of life. BN, tolong lead umat Islam Malaysia.

    BalasPadam
  4. "Berbincang di masjid...ada Hakim Besar atas sana...kena berlaku baik."

    Tuhan perhatikan kita walaupun bukan di Masjid wahai BN & bukan BN.

    BalasPadam
  5. Terbalik kt kampung ak, orang pas assabiyah. Kalau kenduri sampaikan orang segan nak pi.

    Masjid memang x nak kongsi, x boleh imam org x separti.gi satu,Allah bukan ada di masjid ja.

    Yg bagus org pas ni, masjid hidup. Klau orang mati, ramaiyang turun walau x kamceng mana time hidup.

    BalasPadam
  6. "Tukar kerajaan 5 tahun sekali. Paling lama pun bagi 2 penggal. Jangan bagi diorang selesa. "

    bab ni gua setuju... salah satu sebab negara kita susah nak maju sbb parti pemerintah duduk kat zon selesa lama sangat. sbb tu negara2 maju macam US selalu tukar2 parti pemerintah, macam tu baru setiap parti akan bersaing dengan betul dan buat kerja dengan lebih amanah dan fathonah. dan kalau boleh bagi rakyat pilih sekali perdana menteri kita, bukan dipilih oleh ahli parti masing2. kalau tidak sampai bila2 najib dan rosmah takkan turun sbb ahli2 umno tetap menyokong mereka, jawatan presiden umno pulak tak pernahnya nak dipertandingkan. aku rasa 99% rakyat malaysia dah menyampah gila kat rosmah. ke ada yg suka kat dia kat sini?

    BalasPadam
  7. aku tau Allah bukan ada kat masjid je, tapi nak buat maksiat dalam masjid orang kita takut kan? kat shopping kompleks tak takut

    BalasPadam
  8. "Racism terhadap orang seagama sendiri"

    lulz bangang gila ayat

    BalasPadam
  9. kenapa org UMNO tak pilih masjid utk jadikan markas? pelik gak aku... hmmmm

    BalasPadam
  10. Aku suka header baru kau, Mantot. Haha.. :)

    BalasPadam
  11. that big blue thing in the pic..epic!! *sarcasm*

    BalasPadam
  12. header baru! ada yg tanya kenapa UMNO tak jadikan masjid sbg markaz? mungkin diorang tak berpegang pada prinsip Islam sebagai ad-Din? :)

    BalasPadam
  13. tapi kat kg aku, depa bergaduh dalam masjid..mmg fail la,,esp pagi2 raya..org PAS n UMNO sama naik ja..sampaikan anak kariah pon mls pi masjid..sebab dipolitikkan..imam pon nk ikut parti..serius shit..ni jadi kat Masjid Kampung Baru Alma, 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang.

    BalasPadam
  14. ini kes 5 tahun lepas... sekarang ni aku tengok yg sokong umno malu2 nak ngaku...paling tidak cakap atas pagar..pdehal dlm tenet diela keyboard warrior...or maybe sbb aku dkelilingi ngn ramai sgt penyokong pmbngkang, thats y hat sokong umno plak jadi minority...kekeke

    BalasPadam
  15. siap bagi no poskod kampung tuuu :D

    tulah, sebaiknya masjid dijadikan community centre, ada bilik seminar, meeting, asuhan kanak2, kelas memasak dan menjait, main snooker, main futsal. boleh? gila best la kalau ada. ini buat tmpat ngaji n solat je..x dihidupkan 'semangat' masjid tu sendiri

    balai raya kampung aku kat mana pun aku xtau, tapi masjid aku taulah haha

    BalasPadam
  16. kalau pemikiran bahawa satu negara hanya layak dipegang satu parti, sampai nak naik bendera parti lain pun dipandang slack, baik duduk negara komunis.

    sampai mati pun ada satu je parti memerintah. kalau tak nak negara komunis, negara syria pun sama jugak perangai macam tu. skrg boleh tgk apa jadi kat syria.

    inilah bahaya bila pemerintah jadi selesa sangat.

    aku yakin, orang yang join politik, mereka bermula dengan niat yang baik, nak berkhidmat kepada masyarakat, tapi bila dah lama, mcm2 boleh terseleweng.

    BalasPadam
  17. gua berani beb pasang bendera bulan depan rumah gua kat kg hehe,

    BalasPadam
  18. Pi Kg Malaysia Tambahan, tepi Highway Sg Besi yg nak menghala TBS..Jumpa la apa yg hang tulis Mantot oi, so damn true...!!!

    BalasPadam
  19. "dah daftar pemuda Umno belum?. dengor cakap ayah, senang kau nak dapat keje nanti"

    BalasPadam
  20. tu dia balai raya kampung aku masuk cursing malay. kahkahkah.

    kampung baru seberang takir, 21300 kuala terengganu

    BalasPadam
  21. Politics suck... semua rasuah n kroni... tk kira la pas ker bn ker pkr ker... contoh terbaik tun mhdir.. dia mengamlkan kroni... berapa bnyk kroni dia yg ada... lg satu yg terbaik... nik aziz.. semua org tertumpu kat mana dia tinggal.. rumah papan yg tiada pengawal... tetapi korang tau tak berapa duit yg dia ada.. anak-anak dia semua diberi jwatn... so tak payah la bertopengkan agama islam... sebb aku pon org islam yg mengikuti segala perkembangan ni...

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.