Jun 25, 2012

Membongkar Rahsia Colonel Sanders

Aku nak tanya satu benda, aku duk fikir benda ni 2-3 hari ni sebab aku kerap pulak gi pekena dinner plate ; 

Kita semua tau takde orang tau apa resipi rahsia ayam KFC. Sehinggakan ada juga rumours, dalam dunia ni, hanya 2 orang aje tau apa resipi KFC ni dan yang lebih menakjubkan, resipi ni konon2 nya disimpan disebuah bank dalam peti besi yang dipenuhi dengan alat keselamatan.Rahsia ni diguard oleh teknologi canggih dan rahsianya hanya terkandung dalam satu cebisan kertas tulisan tangan oleh Colonel Sanders.

Tak percaya? Baca link aku bagi tu. Even dalam iklan dia pun kata , ada 11 rempah rahsia dalam ayam KFC.


Tak kisahlah benda tu satu gimik atau marketing strategy sekalipun...tapi persoalan aku adalah; Kalau resipi ayam goreng original KFC ni adalah satu bentuk rahsia ingredient dia, macam mana JAKIM boleh bagi diorang sijil halal?


Sebab sijil halal hanya akan dikeluarkan bila pengeluar declare apa ingredient dia. JAKIM tau ke rahsia Colonel Sanders? 

44 ulasan:

  1. Tak payah based on dokumen/artikel tu pun. JAKIM boleh buat ujian secara klinikal utk tahu ramuan, bahan & isi kandungan makanan.

    BalasPadam
  2. itu cuma strategi marketing je. jangan kata jakim, takkan la pekerja2 kfc yg dok tiap2 hari goreng ayam kfc tu pun tak tau bahan apa yg diorang pakai utk goreng ayam kfc? search je kfc kat http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia nanti ada la senarai apa benda ramuan2 yg digunakan yg dapat sijil halal tu. btw sebenarnya ada 1 lagi rahsia tambahan kfc kalau nak lagi sedap, bukan 11 rempah tapi 12. 1 lagi tu kesan tapak kasut pekerja kfc, tu yg paling sedap tu.

    BalasPadam
  3. aku rasa 11 rempah tu bukan lg rahsia, hell siap ada lagi gambar2 rempah kat restoran KFC yg aku pg.

    Cooking is not just about ingredients, its about how u mix them, secubit itu sesudu ini. benda ni kena paham dulu. Dan aku rasa itu yg sebenarnya rahsia.

    BalasPadam
  4. takkan pekerja kilang yg bancuh tepung tu tatau apa bahan2 dia pakai?

    BalasPadam
  5. Hahaha, mcam Krabby patties yang digilai oleh Mr. Plankton aje! Rahsianya di simpan dlm botol yang dikawal oleh pelbagai alat keselamatan, dan juga Spongebob Squarepants. Tapi yg ni tak pasti halal ataupun tidak :P

    BalasPadam
  6. tepung dia datang dah siap ..mcm kau beli tepung goreng ayam adabi tu. aku tak pasti sama ada dah terus diperap dekat ayam atau diorang kena perap sendiri.

    sapa yang buat tepung tu?
    aku tak tau.

    BalasPadam
  7. sebenarnya bahan yang menyedapkan dalam original resepi tu ialah MSG.... tak caya cuba baca wikipedia... cari keyword 'umami' ...

    BalasPadam
  8. Kali ni Noob nampak bodoh dalam mengomen blog orang lain. Rempah dah siap, macam mana pekerja nak tahu.. Dia tahu tepung KFC tu, balut kat ayam, goreng..

    BalasPadam
  9. Rahsia kesedapan KFC adalah pada huruf "K". Cuba kalau korang ubahkan "K" kepada "N", mesti korang rasa menyampah dan meluat yg amat sangat. terus rasa nak menyumpah2..sampai ke najib kena sumpah.:)

    BalasPadam
  10. Yup, Jakim tak perlu sgt declaration bahan2 tu.. contohnya ada satu brand tepung tu yg ada trace dna babi... walau depa declare bahan2 tu takde pon sebut ada item from babi, tapi boleh dikenalpastikan juga...

    Tumpanglalu pny komen memang makan dalam.. haha..

    BalasPadam
  11. Biasalah tu... Marketing strategy... Tapi apa yg diorg letak ae?memang sedap sungguh..

    BalasPadam
  12. lantak la janji KFC jauh lebih sedap dari Kelantan Fried Chicklen... orang kelantan ni nak meniru saja takdak identiti sendiri

    BalasPadam
  13. ada dua orang yang tau, salah sorang tu sekarang adalah pengarah jakim.

    BalasPadam
  14. hahaha...entry ni lawak

    BalasPadam
  15. sebab rempah tu dari tumbuhan dan bukan dari binatang?

    lagipun, 11 rempah rahsia tu kalau setakat tau apa isi kandungannya bukan jadi pecah rahsia pun, yang penting ratio...

    BalasPadam
  16. makan la kfc tu smpai kembung perut.mampos terus. takde la ko sibuk 11 rahsia tu mantot

    BalasPadam
  17. Bapak kungfu panda cakap: "The secret ingredients is....nothing!"

    BalasPadam
  18. X rasa la Kelantan Fried Chicken tu meniru dan di gemburkan rakyat Kelantan tau meniru je. Bleh tahu research conclusion dari sumber maner?

    It just part of marketing gimmick. Kalau macam tu Pak Mail Fried Chicken pun meniru gak la, kan?

    BalasPadam
  19. Jakim check sumber tu samada ada sel binatang atau tak. Diorng tak perlu tahu apa yg ada dalam rempah tu. Asalkan semuanya dari tumbuhan dan bukan binatang kira halal la. Tak gitu?

    BalasPadam
  20. TERERRNYA JAKIM TENGOK TEPUNG BOLEH TEST HALA KE TAK..? SO KENAPA SEKARANG BARU CAKAP STARBUCK MERAGUKAN KEHALALNYA..DAH BERAPA BANYAK DAH RAKYAT MALAYSIA BEDAL..

    BalasPadam
  21. Asalkan ada perkataan 'XXX Fried Chicken', otomatik akan dilabel peniru KFC. Otak Melayu mundurrr....

    BalasPadam
  22. Please focus on a bigger issue instead, like how to improve Malay's economy, Malay's future generation instead of condemning every single thing in Malaysia. Learn from the West, how they improve themselves instead of blogging stupid things!

    Typical Malays!!

    BalasPadam
  23. selipar jepun, eh selipar kebun26 Jun 2012 pada 9:53:00 PG SGT

    orang bukak kedai ayam, kau ckp meniru takdak identiti sendiri. habis bapak kau main pakai kondom tu takde plak kau kondem meniru gaya barat..takde identiti sendiri. puiii

    BalasPadam
  24. selipar jepun, eh selipar kebun
    comment mamat nh mmg bangsat..hahaha kelakar si0tttt

    BalasPadam
  25. @Azura, this blog & 'most' of it's readers had claimed that they never wanted to do/change/contribute anything except 'voicing out' their opinions. Please refer here:
    http://cursingmalay.blogspot.com/2012/06/pemimpin-itu-arahkan-aku-ke-arah.html

    So, no point urging them. Condemning makes them happy.

    BalasPadam
  26. chef wan boleh kaji kot resepi dia

    BalasPadam
  27. Pizza Hut yang punya lama ada sijil halal Jakim tiba tiba kata sos tabasco sana tak halal.
    Takkan sos famous tu tiba tiba tukar resipi masuk benda haram?
    Apa lagi yang Jakim certify halal yang tiba tiba akan jadi haram?

    BalasPadam
  28. mantot cuber you mkn muzdalifa fried chicken dibangi atau radix fried chicken.... pun sedap...

    KFC ni mcm2 isu kejap haram kejap halal... tp saya mkn gak sesekali... yg penting kita yakin halal...

    BalasPadam
  29. kfc best lagi2 yg terbaru nh..flaming crunch..perghhhh...yg xde duet dok diam kt rumah jngan nk bising bagai ckp haram la...ape la....

    BalasPadam
  30. kesiannnnnnnn..

    isu halal kfc pon nk dikaitkan dgn NFC/politik sume!

    so pity..
    hohohoho..

    BalasPadam
  31. Anonymous (last sekali)..hidup kalau tak boleh melawak..macam ko la..sedih je..please have some fun in your life..aiyaa..basic thing pun nak kena ajar ke? :)

    BalasPadam
  32. NK MELAWAK G TENGOK MAHARAJA LAWAK LA...INI PON NK DIJADIKAN ISU..PHUIII

    BalasPadam
  33. kali ni nampak la tahap bingai ko tot...tak perlu nak tau la...hanta lab cek ada dna babi atau tak..keje senang..tuiiii

    BalasPadam
  34. list barang2/ingredient rahsia tu dalam bahasa teknikal dinamakan 'trade secret'

    semua produk ada trade secret. tak kira r kfc ke, mcdonald, coca cola, toothpaste etc...

    trade secret ni macam hakcipta satu2 pengeluar produk tu. ia tergolong dalam grup yg lebih besar, yg dinamakan 'harta intelek'. contoh benda lain dibawah payung 'harta intelek' ini macam paten2 ubat, paten untuk teknologi pengeluaran ie cara2 buat kondom, cara2 proses nugget ayam dan daging burger dll.

    Memang benar trade secret tak boleh dibocorkan sebab ia amanah satu2 syarikat kpada individu yg dipercayai (yg dipertanggungjawabkan memegang trade secret tu). Tapi certain2 maklumat, boleh.

    Macam contoh, dalam kes KFC ni, list rempah rahsia dalam trade secret tu memang takleh dibocorkan, tapi maklumat bahawa semua yg didalam trade secret itu adalah REMPAH, boleh disebarkan.

    Kalau rempah, maka semuanya berasal dari tumbuhan. Ada ke tumbuhan yang HARAM dimakan? Tumbuhan yg haram dimakan pun setahu aku cuma yg BERACUN dan MEMUDARATKAN sahaja.

    Ya, alkohol memang berasal dari tumbuhan. Tapi, jgn terkejut kalau aku katakan bahawa, alkohol TAK HARAM digunakan.

    Yang haram diminum bukan ALKOHOL, tapi ARAK yang memabukkan. Katakanlah dalam trade secret KFC tu ada alkohol, adakah ia haram dimakan?

    Tak haram, sbb tak pernah pulak aku mabuk sbb makan ayam KFC !

    Aku jugak teringat post saudara mengenai Coca cola. Ya, dalam trade secret coca-cola, BERKEMUNGKINAN BESAR ada alkohol. Tetapi jika benar, maka adakah coke haram diminum?

    Tidak , sbb tak pernah pulak aku tengok orang mabuk minum coke!

    Falsafah di sebalik mencari makanan halal ialah untuk mencari keredhaan Allah, bukan menyusahkan diri.

    Jadi kesimpulannya, Islam tak pernah paksa kita hidup takde life. Just enjoy our life, berpada-padalah ikut agama.

    Kenapa kita terlalu sensitif dengan makanan halal? Adakah disebabkan kita takut makanan yang tak halal akan membentuk daging kita yang kotor? Sedar tak bahawa yg berkuasa menentukan daging kita kotor atau tak ialah Allah, bukannya apa yang kita makan? Sedar tak bahawa takut kita yang keterlaluan itu sebenarnya satu kesalahan syirik?

    Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

    BalasPadam
  35. hadoi..sblm ckp pnj2 tu p blaja dulu..mane kau blaja makanan ade campuran alcohol xharam?mane kau blaja minuman ade alcohol xharam slagi xmemabukkan?org yg dh biasa minum,stakat minum segelas xrase mabuk.jd nye minum segelas arak bg die xharam?
    mmg la Allah yg tentukan tapi makanan 2 adalah penyebab..mmg Allah tentukan kite akan jadi pandai ke x tp kalau xbc buku,xde usaha lgsg,mcm mana?Allah mmg berkuasa untuk setiap benda dan Allah suruh kite berusaha dan baru bertawakal..bkn hanya bertawakal..
    mmg la boleh enjoy tp enjoy yg mcm mana?jgn liberal sgt bro

    BalasPadam
  36. setahu sy di mardi upm ada makmal yg boleh mengkaji makanan tu halal ke x.. dorg boleh detect sama ada mkanan tu ade dna babi atau x..

    BalasPadam
  37. "herbs and spices" halal lah mantot ... lain la dia letak pakalolo ke lainla .. ada kau lalok lepas makan kfc? ada?

    BalasPadam
  38. bengong punya post, .. apa tu? Dangkal!

    BalasPadam
  39. Bodoh bangang tak cukup tu biol dajal ,pahal plak nak tanye hal ni sdgkan ko dah makan,sial bodoh. .

    BalasPadam
  40. Bila baca ruang komen ni, nampak sangat ramai rakuat Malaysia ni tak cukup ilmu. Sedih sedih ....

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.