Mei 09, 2012

Panduan Mencari Calon Suami Bagi Wanita Bertudung Labuh

Ada sesiapa tengok berita semalam? Mengikut kajian Kementerian, 40% wanita tidak berkahwin kerana tidak menjumpai calon yang sesuai. Ramai tu. Aku tak berapa pasti berapa lingkungan umur survey dia tu. Bila difikirkan balik, tidak ada calon yang sesuai...apa kriteria yang sesuai? Ada perempuan nak lelaki kaya, handsome dan baik. Gila perfect lelaki idaman semua wanita. Maybe the expectation sesetengah wanita terlalu tinggi diletakkan untuk jadi calon suami.

Ada juga yang terpengaruh dengan drama dan filem, percaya dengan imej lelaki yang cuba ditonjolkan dalam drama atau filem yang bersifat gatal dan pervert sehinggalah membuatkan perempuan takut nak pilih calon suami. Kat Malaysia aje kot kau boleh jumpa orang pegi marah dan herdik pelakon sebab pelakon tu terkenal dengan lakonan jahat dia (seperti yang diceritakan oleh beberapa orang artis yang nak membuktikan lakonan dia betul2 mantap sehingga penonton tak dapat membezakan dunia nyata dan dunia fantasi).

Pengaruh media memainkan peranan sehingga tak ada calon yang sesuai untuk dijadikan suami. Selalunya...lelakilah yang disalahkan. "Lelaki semua sama aje! Lelaki semua lidah bercabang! Lelaki semua perangai buaya! Baik aku jadi lesbian! "

Takkan la tak ada langsung calon suami yang baik keliling kau?

Ada beberapa benda yang akan membantutkan niat seseorang lelaki untuk berkahwin dengan kau, antaranya ;

1. Perangai kau memang buruk. Kau kaki clubbing, kau kaki minum. (Ya,pada aku kaki clubbing perangai buruk tak kiralah lelaki ke pempuan)

2. Kau demanding sangat. Kau wish kau jadi princess yang ada istana masa wedding padahal bakal suami kau hanyalah sekadar bergaji tukang sapu bulu kuda dekat istana.

3. Permintaan kau tidak realistik. Kau seksi...tapi kau nak Ustaz Don Daniyal.

4. Kau dah bagi boifren kau test drive kau. Buat apa kahwin kalau dah boleh memandu tanpa lesen? Vroom vroom vroom!

5. Kau carik calon suami menggunakan lagu "Cinta Muka Buku" sebagai panduan.

................


Ada juga sesetengah kes di mana perempuan itu jaga aurat dan akhlaknya tapi dia susah nak dapat calon suami....ini kerana kau pakai tudung labuh dan lelaki takut nak approach kau, atau kau nampak terlalu alim sehinggakan lelaki jadi segan dengan kau. Ye lah...siapa berani ajak minah tudung labuh keluar dating? Aku pun segan sebab aku lelaki normal yang ada rasa pervert sket2.

Kalau terjadinya kes camni, ada beberapa saranan yang aku boleh berikan.
  1. Kalau ada lelaki ajak kau keluar....bagi dia chance. Jangan terus ceramah dia berdosanya dating ni. Dating boleh apa...tapi gi makan dah la. Ajak la adik kau pegi. Kau nak tau dia ikhlas atau sekadar tengah berusaha nak tau apa ada bawah tudung labuh, tiap2 kali dia ajak dating, bawak adik kau. Orang ikhlas ni lama2 kau boleh kenal..selalunya, orang yang first time kenal dengan kau tapi dia terus declare diri dia ikhlas..tu buaya darat.


  2. Kalau takde lelaki ajak kau keluar, benda2 yang kau perlu improvekan adalah memberanikan diri berkenalan dengan lelaki. Pada aku la orang perempuan, kau tak perlu rasa malu nak approach lelaki. Ada pepatah Melayu kata perigi cari timba la,apa la..pedulikkan. Kau takkan boleh jadi isteri selagi kau tak ada suami. Tak salah maa!


  3. Memang mudah untuk assume officemate kau yang single tu poyo dan berlagak dan apa2 lagi yang buruk2 ni....tapi bila kau dah simpan dalam diri kau assumption macam tu, kau akan limit diri kau daripada opportunities yang mungkin ada. Lelaki ni perangai dia lain sebenarnya bila dia dekat orang ramai dan bila dia berdepan dengan kau..jadi jangan stereotaipkan lelaki yang ada sekeliling kau.


  4. Kalau kau ada boifren yang kau rasa tak sebaik kau sebab expectation kau adalah dia adalah bakal Imam Masjid Kampung, hentikanlah semua tu. Lelaki boleh berubah....sebab asalnya semua manusia ni baik kejadian dia. Basically, semua orang baik. Jangan takut nak pilih dia sebagai calon walaupun dia ada flaw yang kau tak suka melainkan flaw dia tu sangatlah besar macam suka tayang zakar dekat ofis. Jika niat kau baik dan cara kau betul....akan ada pertolongan datang dan ubah diri dia.


  5. Hentikan assume cinta itu macam matematik dan ada formula dia yang tetap.
    "Jika Bakal Suami = (Hensem+Baik) - Duit < Bakal suami = Duit+Hensem+Baik."

    Bukak mata luas-luas...kau takkan dapat semua yang kau nak. Selagi kriteria yang kau nak tu macam tu, rumusan dia adalah ; "(Kau - Calon Suami) x 0% = Tak Kahwin"

    Be more fleksibel...yang penting carik orang yang baik. Sebab bila kau carik orang yang baik (walaupun ada mereng sket2) ...dia akan ada kesedaran sendiri.


  6. Jangan merasa rendah diri kalau kau pakai tudung labuh. Benda ni aku rasa banyak terjadi dekat orang yang jaga pakaian dia. Lagilah pulak bila kau compare diri kau dengan minah sebelah meja kau yang setiap masa berpakaian vogue dan seksi dengan make-up setengah inci dan bontot tonggek yang mampu membuatkan jantan cair tengok. Tak perlu rasa rendah diri walaupun kau tak berpakaian seanggun orang lain. Bila kau rasa rendah diri kau dah letak dalam diri kau yang semua lelaki mesti pandang orang yang hot dan orang macam kau tak desirable. Barang free...sapa tak nak tengok kak? Barang yang hidden ni la sebenarnya yang terbaik..betul? :)

  7. Tak perlu risau pandangan masyarakat kalau kau mempunyai calon suami yang lebih muda dari kau. Ada hukum kata perempuan mesti kahwin lelaki lebih tua? Tak ada. Siti Khadijah malu kahwin dengan junior dia yang jauh lagi muda dari dia? Kau cuba semak balik, siapa yang tackle siapa masa Nabi Muhammad nak kahwin first time dulu.
......................

Bagaimanapun, satu kesalahan general yang selalu dilakukan para wanita dan gadis adalah mengharapkan boifren atau pihak lelaki support dia masa sesi berkenalan. Keluar makan...wish lelaki bayar. Keluar dating...lelaki bayar semua.Malam2 nak bergayut...nak lelaki telefon. Memang ada perempuan yang menilai tahap keseriusan seseorang lelaki dengan menggunakan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan ketika ber-gelfren boifren, kan?

Daripada kau mengharapkan pihak lelaki menunjukkan betapa seriusnya dia untuk bercinta dengan kau dengan cara menaburkan duit ketika berkenalan, lagi baik masing-masing bayar sendiri makan dan minum dan sekali sekala aje telefon...duit tu simpan untuk kahwin.


Ada orang kata...semua tu investment...kepala hotak ko investment.

Investment sebenar dalam bercinta hanya akan bermula bila kau duduk serumah dengan suami, kau beli barang kongsi dengan suami, kau ada anak hasil pernikahan kau...tu investment.

Mungkin 40% wanita yang belum berkahwin sebab tak jumpa calon ni masalahnya bukanlah dia tak jumpa calon yang sesuai....tetapi sebenarnya, wanita tu sendiri bukanlah calon yang sesuai? Hahahaha.

Kalau ada yang tak kahwin lagi dan sedang risau,.....di luar sana ada juga lelaki yang sama nasib macam kau.

Mungkin nasib kau tak bertemu dengan dia lagi sebab kau takut nak open yourself kepada dunia lain selain dunia kau ....kerana lelaki2 di sekeliling kau semuanya douchebag . Membuatkan kau assume semua lelaki douchebag. Pecahkan kepompong douchebag itu dan percayalah ada ramai lelaki kat luar circle kau yang sesuai dijadikan calon suami.

p.s. - Perlu diingatkan....seorang lelaki boleh mengahwini 4 orang wanita. Ya, suami orang sepatutnya adalah option anda juga. Tapi pastikan boundaries anda dijaga. Jangan pikat terus laki orang kalau dah tersuka. Pikat lah isteri dia dulu. Barulah tak kena baling dengan pinggan dan digelar betina gatal atau betina sundal.




55 ulasan:

  1. giler ah.antara artikel terbaik dari cursing malay,kalau bukan yang terbaik.kipidap,bro

    BalasPadam
  2. "Kau seksi...tapi kau nak Ustaz Don Daniyal"
    la? tak salah kan?? mana tau ustaz pn berkenan,pas kahwin bg tarbiah.

    "kau tak perlu rasa malu nak approach lelaki"
    ni aku surrender..pengalaman ajak lelaki keluar minum, mamat tu terus sakit otak.entah apa silap aku ajak dia minum. kut ye pn tak suka, dia buat2 kena meningitis.tamat

    "Perlu diingatkan..seorang lelaki boleh mengahwini 4 orang wanita" tak payah nk ugut, aku pn tak heran.kalo ko perasan bagus, sila la kawen.

    "kau beli barang kongsi dengan suami,...tu investment"
    beli spender pn orait, kongsi ngn suami.

    BalasPadam
  3. mmg best artkel nih... bab tayang2 tu xleh blah... lol

    BalasPadam
  4. Cik Siti Fairuz...
    Kalau dah penat sangat tak jumpa calon bujang yang sesuai...boleh juga carik calon daripada golongan suami kalau yang bujang ni tak sesuai atau tak indah di mata.

    BalasPadam
  5. Aku adalah suami yg telah dngorat oleh sorg wanita yg x pernah brnafsu bli kasut kat kedai BATA. akhirnya aku dah bernikah dan ape sahaja yg aku bg pakai dan makan dia tak kesah. dgn 1st wife aku (madu dia) pun dia da mcm kembar. kalo da jodoh, mati hidup balik pun itulah jodohnya.

    BalasPadam
  6. mantot, "kalau dah penat sangat tak jumpa calon"? mcm mana ko tahu aku dah penat?
    mmg aku bkn calon bini pilihan. selagi aku menjaga diri, mungkin ada yg lebih baik menunggu di'sana'?InsyaAllah.

    BalasPadam
  7. aku bukan tulis pasal kau lah...aku tulis psl 40% yang aku cakap tu.

    BalasPadam
  8. sape kata ko tulis pasal aku?? aku pn maksud utk golongan 40% yg bak kata ko "dah penat mencari" tu! kah kah kah
    (aku nk bg depa semangat kut ada yg baca post ni) mantot,mantot

    BalasPadam
  9. sebagai seorang suami dan bapa, aku tidak menolak kebarangkalian utk dingorat oleh mana2 wanita solehah dgn cara baik... boleh lah diusahakan utk memikat isteri aku dulu...

    BalasPadam
  10. Syakir Zainol said...
    sebagai seorang suami dan bapa, aku tidak menolak kebarangkalian utk dingorat oleh mana2 wanita solehah dgn cara baik... boleh lah diusahakan utk memikat isteri aku dulu... Mungkin Cik Siti Fairuz berminat?...

    BalasPadam
  11. Hoih...apesal kengkawan aku ade kat sinih...hahaha...
    anyway...betul dah tu..ape yg artikel nih cerita...belajarlah menerima pendapat orang walaupon x semanis kehendak kitee...;-p

    BalasPadam
  12. kalau takdir jodoh ngn laki org, aku tunggu bini dia yg datang mtk bermadu. bukan aku yg kena 'pikat isteri org' spt yg disarankan mantot...sesat

    BalasPadam
  13. amboih cik Siti Fairuz, dari cara awak menulis dah nampak sifat awak tu. Awak mengharapkan Yang baik untuk awak, tapi saya tengok dari penulisan awak dah tunjuk yang buruknya cara awak bila bercakap. Ini mesti rumah pun bersepah tak reti nak kemas.

    BalasPadam
  14. betul tu adam, rumah mcm tongkang pecah..bukak fridge pn bole jumpe spender. sy suke awak menilai cara pengomenan sy...rasa mcm sexy plak kt sini ;p

    BalasPadam
  15. haha,

    Bukan saya nak menilai, tapi dari penulisan awak, dapat lihat awak seolah2 ada amarah yng tak dilepaskan. Dan sebab tu assumption saya rumah awak pun bersifat macam tu. Dan saya rasa pendapat saya betul. Sebab hakikat wanita ini diluar jaga penampilan, dekat rumah makan pn sambil berbaring kaki bersilang duk depan tv.

    Wanita cantik+ akhlak cantik = sejahat2 lelaki pun suke

    Wanita cantik + akhlak buruk = sejahat2 lelaki masih boleh terima

    Wanita buruk + akhlak buruk = sejahat2 lelaki pun menyampah nak tgk

    Begitu jugalah dengan lelaki.

    Tapi yang saya tak faham hakikatnya kenapa mesti wanita serahkan dara kat lelaki. Lelaki tu pulak huduh. Saya sebagai lelaki tengok lelaki mcm tu pn terasa geli nk menyentuh macam mana seorang wanita boleh menyentuhnya? ( dah kahwin serah dara len cite, ini belum kahwin). Rupe huduh,perangai huduh laki tu tapi si pempuan masih mahu. Kenapa?

    BalasPadam
  16. cik Siti Fairuz..kalau awak nak kawin laki orang..awak la kena berbaik dgn bini dia..baru bini dia rela pinangkan laki dia utk awak..

    nak ambik hak orang kena la ada budi bahasa sikit..bini tua pun lama2 akan nampak nape laki dia terpikat dgn pompuan lain..sebab lebih baik budinya..

    BalasPadam
  17. @ adam

    "Wanita cantik+ akhlak cantik = sejahat2 lelaki pun suke

    Wanita cantik + akhlak buruk = sejahat2 lelaki masih boleh terima

    Wanita buruk + akhlak buruk = sejahat2 lelaki pun menyampah nak tgk"

    perrghhhh terbaik la adam....aku sokong 100%.

    by d way mana ada lelaki atau perempuan yg SEMPURNA....cuma sebagai pasangan kita hanya SALING MELENGKAPI antara satu sama lain.... :))

    BalasPadam
  18. bukan semua lelaki nak yang sexy2, tertonjol sana sini, yang pandai berfesyen, makeup...

    ada je lelaki yang suka gadis yang bertudung labuh, nampak sopan, elok..

    bukan semua lelaki douchebag , gila seks dan sebagainya..tapi memang ramai lelaki camtu.

    tapi sebagai perempuan, kadang2 skop kau jangan cari lelaki yang sebelum kahwin yang selalu buat lawak, selalu puji2 kau, belanja kau tiap kali keluar,bergaya selalu

    sebab bukan semua yang akan kekal camtu lepas kahwin

    apa salah kau buka mata kat lelaki sederhana dari semua aspek tapi bertanggungjawab dan dapat jaga diri kau, baik di dunia dan baik di akhirat



    *kadang2 aku tengok skop perempuan, nak yang hensem, bila tak hensem, nak yang kaya, tak ada yang kaya, cari yang popular,

    *memang orang malaysia ni kuat terdedah dan terpengaruh dengan media dan filem, nak kisah cinta jadi cam filem..

    BalasPadam
  19. kahwin ni bukan benda main2. utk lelaki dan juga perempuan. tapi ramai org perempuan tak faham yg lepas dia kahwin, dia perlu taat kepada suami dia, segala jiwa raga tubuh badan adalah hak suami sepenuhnya... gua malas nak ulas panjang, boleh baca kat sini, aku pun ada tulis sikit pasal isteri impian para lelaki.

    tapi utk golongan bertudung labuh, biasanya ada semacam fetish terhadap golongan agamawan juga, begitu juga org2 lelaki yg alim2 ada fetish terhadap perempuan2 bertudung labuh. sbb tu ramai org lelaki yg nampak alim diluaran yg mempergunakan agama utk memperdaya wanita2 ustazah ni seperti md zan durany (boleh google sendiri)... bacaan lanjut kat sini.

    BalasPadam
  20. @Faizah

    Yep, sebab itu saya bagi kenyataan begitu, untuk renungan bersama, baik lelaki ataupun perempuan. Kamu rasa kamu tergolong dalam kumpulan yang mane? Jadi bila kemahuan anda tak dapat dipenuhi, nilailah balik apa kekurangan anda sendiri, jangan nak menyalahkan pihak lain. Dan cuba belajar menerima kekurangan,kelemahan orang lain dan juga diri sendiri.

    Jangan berharap inginkan Suami seperti Ali kalau diri tak seperti Fatimah.

    Semuanya berbalik kepada diri sendiri juga akhirnya.

    BalasPadam
  21. tot..

    Aku rs yg 40% tuh tmasuk laa kwn2 aku yg blum kawin tuh..
    kdg aku kesian jugak dh awl 30 kn..
    tp kwn2 aku nih xdela kaki clubbing ke ape..sume baik2..
    cume blum smpi jodoh..

    kebanyakkan kwn yg aku sembang..
    sume klu bole nk cari lelaki yg tak tinggal solat..
    tuh kriteria utama dorg la..
    yang mane aku rs susah nk jmpe skang..

    mmg ade tp susah nk jmpe kot..
    ntah laa..tp pd aku..
    as long lelaki tuh baik n normal sikap nyer..
    insyAllah..dh kawin jaga solat kot..
    semua org klu dh kawin nk mulakan idup baru
    dgn perangai yg baik kn..

    BalasPadam
  22. @anon
    komen tu utk laki org yg nk kite. bkn kite yg nk laki org. ada beza tu.

    @adam
    sy rasa,awak tu yg ada amarah tak lepas..sbb tetibe ckp psl serah dara kt mat huduh. abis tu bole serah dara kt mat ensem?? ex awk ke? jom lepak minum bole chat lepaskn amarah(kiut kn bhs kite).

    @noob
    penat ko hari2 promote blog kn? TQ

    BalasPadam
  23. @Siti fairuz

    Sorry, bukan saya bermaksud boleh serahkan dara kat lelaki hensem, awak tak grab maksud saye agaknya. Kalau lelaki huduh pun sanggup sang wanita menyerahkan daranya apatah lagi kalau lelaki tu hensem. Lepas tu keluar statement, nak lelaki yang beriman, jaga solat, baik dengan keluarga. Aik?????
    ( macam statement mangga plak. Kan mantot? Hahaha)

    Tapi itulah tak semua wanita macam tu, dan tak semua lelaki macam tu. Sebab itu kena belajar menerima.

    BalasPadam
  24. takde ke sape2 mau kat aku... umo 1/2 30an dah, risau gak aku, saiz seluo nak kat 40" tp pompuan tu mesti seksi, pinggang less 29" cam kenge pon ok gak.. hehehe

    BalasPadam
  25. noob tak penat ke promote blog ko hari2 dekat sini.. memang gigih betul seyh

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum Murid-murid...

    Nak tambah part yang "Ada beberapa benda yang akan membantutkan niat seseorang lelaki untuk berkahwin dengan kau, antaranya" ;

    1. Pompuan yang jenis nak menang je setiap masa. Apa yang dia cakap atau apa yg dia nak, dia tetap nak dan takkan terima pendapat lelaki. [Wp mungkin ternyata pendapat lelaki tu salah, tapi sekali sekala, mengalah la. Lelaki biasanya takut dengan pompuan yg macam ni sebab bagi derang, kalo belum kawen dah tak dengar kata, kalo dah kawen nanti lagi la teruk].

    2. Suka menonjolkan macam diri dia je yang paling best, paling cool, paling bagus segala. Bila bersembang pun topik perbualan hanya tentang diri sendiri. Yang ni lelaki cepat bosan gak. Sekali sekala, kena la bertanya dan amik tau pasla lelaki jugak. [point ni boleh dipakai untuk lelaki yg suka cerita pasal diri sendiri jugak].

    3. Suka memaksa. Yang la kot yg paling lelaki tak suka. Bila dia rasa dia nak ajak lelaki tu keluar, walaupun laki tu bagi alasan bz ke apa, dia tetap akan tolong fikirkan solution utk lelaki tu supaya dpt jumpa dia jugak. [ni contoh memaksa la.Byk lagi contoh lain].

    4. Maaf cakap... yg ni mungkin akan buat org marah... iaitu keturunan. Mmg la bukan salah dia kalau family dia tak bagus. Tapi kalau sejarah family dia, kakak2 dia, abang2 dia emua bercerai berai... itu jugak menakutkan lelaki. Tapi yang ni tak semestinya jugak. Ada yang okay-okay je.

    BalasPadam
  27. Pompuan sebenarnya nak laki hensem/kaya/romantika/jiwang/bad boy mcm watak Haris dlm pilem Ombak Rindu & novel2 Melayu. Lepas kahwin, nak expect suami(yg sepatutnya bad boy) masing2 perangai paling mithali. Kah..kah..kah...

    Pompuan.. pompuan... , lelaki baik/skema korang nampak cam boring sebelum kawen, korang tak nak tekel. Tapi tengok la jenis pasangan mana yg lagi happy for long term. Hehee...

    BalasPadam
  28. Boleh yer kau buat cerita ni tapi orait juga dapatlah sedikit sebanyak hint kenapa kawan2 perempuan aku yang dah dua kali baligh,berkerjaya dan kaya tak kawin2 lagi

    BalasPadam
  29. kalau entry macam ni, blog ni amat berkualiti. tapi bila keluar entry pasal najib, rosmah, cerita2 karut dan syok sendiri, blog ini secara tidak langsung menjadi sampah dan layak di hantar ke pusat pelupusan sampah. so aku cadang ko tulis je la cerita2 mcm ni... tak payah nak tulis cerita2 fantasi politik, rekaan yg konon2 sarcasm tu... serius aku cakap... sampah

    BalasPadam
  30. aku tekejot gile.. mata membaca tajuk sambil menatap gamba di atas.. haha..

    BalasPadam
  31. Salam abg Mantot,

    Merujuk pada no 5.Nak cari orang baik ni susah sikit.kadang kita rasa orang tu baik, tapi kenalan rapat dia kata sebaiknya. kadang hati kita kata die tak baik tapi kenalan dia kata soleh.

    BalasPadam
  32. sori bro..mula2 aku bca blog ko mmg cm best la..sempoi..tp bab isu nk bg tips bg brtudung labuh,ada bbrapa tips yang ku xbpe stuju..sbb nyA..bg CHANCE pergi dating??ayat quran dan sunnah mna ko blajar??..rasa mcm org btudung lbuh ni tak laku..btw,ramai je ustazah2 aku yang btudung labuh kwen..sbb bg aku masalah mreka btudung lbuh yg susah nk dpt psangan sbb ada lelaki yg suka nak test drive je..bg mreka,lelaki yg btul2 yakin je akn dtg rumah n nk "date" DEPAN MAK ABAH..lelaki mcm tu bru dihormati..dalam islam boleh nak tgk muka pmpn,t dgn cra yg dbenarkan..let say,kalau dah pergi dating..si prmpuan dh berkenan..yg laki pulak taknak,bukan ke dah memaikan perasaan orang tu..mletak harapan..bagi aku jodoh tu dah ditetapkan..n mcm mana cara jodoh tu bertemu,semua kuasa Allah..dan USTAZ aku pesan..lelaki ni egonya tinggi..peluang nak berubah lepas kawen tu sangat nipis..ko ingat senang nak tarbiah laki..banggg..pergi la solat..bla2..so,USTAZ aku pesan..pilih lah selagi boleh pilih..rakyat berhak tentukan pemimpin..inikan pulak,perempuan nak tentukan pemimpin keluarga..

    BalasPadam
  33. setuju dengan anonymous..dan satu lagi kluar dating kalau adik yg teman, baik xyah, sbbnya dia xkan menghalang atau mencegah. dlm islam, org yg kita bawak tu mesti boleh mencegah atau melarang kalau dia nampak ada yg xelok pd mata dia..kesimpulannya calon paling layak, bapaknye la..

    tulisan en mantot best bg saye, cuma kdg2 bila sentuh bab agama, mcm ada yg xkena..kna hati2 sikit :)

    BalasPadam
  34. well said cik siti fairuz! anda calon wanita berdikari yg hebat. hehehe. aku suka cara kau jawap. sedas! sinis+pedas. hahahah. terbaik. bagi sikit lelaki2 ni pengajaran. mentang2 species terpupus, nak demanding pulak. kalau lelaki ni ramai dr pmpuan, aku rasa mau melutut2 lelaki ajak bini org kawin. heh~

    BalasPadam
  35. GUA KURANG HENSEM...TAPI GIGIH. GUA NI JUJUR..TP SUKA LAWAN BN, GUA NI PENDIAM..TAPI SUKA MERAPU!!!! YG MANA 40% TD TU LEH NGURAT GUA!!!! XRUGI BEB...HAHAHA

    BalasPadam
  36. thanks anon dan Cik Siti Masturah.Duly noted

    BalasPadam
  37. seksi tapi nak Don Daniyal...haha..dengan Don Daniyal pun melingkup nanti...

    BalasPadam
  38. amboi fai.dah2 mari kita g karok!!

    BalasPadam
  39. aku stuju dengan anon May 9, 2012 6:41:00 PM,

    bertudung labuh, tak semestinya dia kena bersikap terbuka,bg peluang keluar dengan lelaki yang ajak keluar dating?

    dating...apa salah kalau keluar ramai2 dengan kawan2..ikut sekali..pandai2 la,takkan nak one on one dengan laki tu sambil ditemani adik, terkebil2 tengok kakak dia dok gelak2, jalan dengan lelaki mana ntah..

    contoh yang baik ke untuk adik tu?

    BalasPadam
  40. kenapa kena kawen...?

    BalasPadam
  41. Ana mohon jgn main2 dgn cinta MUKA BUKU. ana kenal suami ana dr sana. Alhamdulillah....

    BalasPadam
  42. noob, sudah2 la tu promote blog...makin lama makin menyampah orang tgk...

    BalasPadam
  43. Apa yg aku boleh simpulkn dari article ini ialah,perempuan perlu mengambil initiative dlm mencari jodoh n make the first crucial move. Tapi aku mati akal kot.mcm mana nak mengorat tanpa menjadi seorg perempuan gedik? sorry la. Geli2 ni gua tak layan derr. Klau tak keberatan la. Sila explain. Dari pesonality mousy serta pelik aku ni, susah rasanya lelaki nk ngorat aku. Skang aku mengharap kn parents aje yg berusaha. Mak.abah. Gambatte.

    BalasPadam
  44. Kalau nak suami soleh, solehahkanla diri kita, kalau nak isteri yg solehah, solehkanlah diri kita. ni yg aku jumpa bila cari2 pandangan org alim..ni kira mcm blind faith, bab agama mmg mcm tu, kena percaya dan berdoalah...kalau nak la kan.

    Mmg solat tu penting, bayangkan mcm mandi 5x sehari, mesti takde daki dah kan. Solat akan ketuk2 hati kita utk jd better person.InsyaAllah. kalo tak,takkan sesaje Allah syariatkan mcm tu kan.

    p/s: mantot sejak jd bapak, post2nya semakin wow..pasti ada isteri wow di belakangnya =)

    BalasPadam
  45. aku perhati wanita bertudung labuh ni sebenarnya dah ada network mereka yg tersendiri.

    selalunya mereka akan ketemu jodoh melalui aktiviti jemaah yg diorang sertai.

    mereka lagi ramai kawan lelaki berbanding sesetengah perempuan.

    BalasPadam
  46. love this site – it's a great blog – may i suggest you get an rss feed.
    HTTP://www.CoolMobilePhone.net

    BalasPadam
  47. Ralik aku bace..Like2..

    BalasPadam
  48. Kena ingat, kadang2 jodoh ni tak ada bukan tak laku. Jangan lupa, mungkin jodoh kita dah tertulis tiada di dunia, mungkin di alam yang kekal abadi. Qada' qadar Allah yang tentukan. Siapa kita nak tolak takdir. Usaha lah macam mana pun untuk dapat jodoh, kalau dah tertulis tak ada, pasti bermacam halangan yang dihadapinya.

    BalasPadam
  49. buat asumption macam dia tu perempuan padahal yg menulis tu lelaki. Dah buat kajian? Assumption orang xpakai dah skrg. perkataan 'mungkin' merata2

    BalasPadam
  50. suka baca kupasan topik ni...tgok brake off sana sini buat hati goyang plak nak kawen.. complicatednyerr....hhuhuhu

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.