Muhammad melepaskan nafas lega. Jari-jemarinya sudah penat berbicara dengan skrin besar 27 inci di depannya.
"Kau pun faham macam mana bekerja dengan organisasi kerajaan ni Mad, permintaan dia orang pelik-pelik." Terngiang-ngiang ayat pengarah seni syarikatnya sebentar tadi.
"Memang pelik," fikir Muhammad. Sekejap mahu itu, datang orang lain, dimintanya benda lain. Seolah-olah tidak ada langsung komunikasi antara mereka. Kerja yang sepatutnya siap dalam dua minggu, berpanjangan sampai dua bulan.
"Sekejap mahu latar belakang warna hijau...kemudian dikatanya seolah-olah parti politik. Tak mahu orang teringat parti itu..merepek benar alasan dia orang ni," mengeluh Muhammad berseorangan.
Muhammad bangun melangkah. Sekelilingnya kawan-kawannya ada yang masih bertungkus-lumus melakukan penambah baikan seperti yang diminta oleh "pakar multimedia" organisasi kerajaan itu.
"Mad, kau dah siap ke apa yang dia suruh tukar tu?" tanya rakannya, Razak atau lebih terkenal dengan panggilan Balung. Entah kenapa tidak pula ditanyakan Muhammad.
"Belum. Banyak yang dia minta. Agak merepek jugak permintaan dia. Esok deadline, memang kita kena bermalam lagilah jawabnya di ofis," Muhammad menjawab lalu melangkah sambil terus memerhatikan sekeliling. Semua rakan sepejabatnya terpaku mata memandang monitor menyiapkan laman web sebuah Jabatan Kerajaan yang mahu dilancarkan esok. Muhammad hanya senyum apabila ada yang memandangnya sambil menggelengkan kepala tanda protes.
"Bos, aku keluar sekejap dalam 2-3 jam. Tak boleh teruskan, aku nak rehat, dari 2 pagi sampai sekarang, non stop. Lagipun bahagian aku kena tunggu department lain siapkan dulu.." beritahu Muhammad kepada pengarah seninya, Hafizul. Hafizul sedang leka memerhatikan beberapa helai kertas yang tidak diketahui apa isinya.
"Orait bro. No problem," jawab Hafizul. "Just make sure kau datang balik, hahaha."
"Hahaha, don't worry!" Muhammad sengih panjang. Diikutkan hatinya mahu saja dia start kereta dan lari balik. Dah 3 hari bermalam di pejabat membuatkan niatnya untuk bermain Diablo 3 secara multiplayer beramai-ramai di rumah terbantut.
Kakinya laju melangkah ke arah lif. Tangannya pantas menekan butang turun. Dia mahu tengok langit. Dia mahu tengok orang ramai. Dia mahu keluar tengok dunia luar. Dia mahu minum kopi hazelnut sambil tengok televisyen.
Melangkah laju Muhammad ke kopitiam terkenal yang berdekatan dengan pejabatnya. Waktu itu orang sudah mula berkurangan kerana waktu rehat sudah tamat. Dia pula tidak terikat dengan waktu sebegitu kerana tugasnya tidak tentu waktu tapi sekurang-kurangnya dia dapat juga claim kalau terlalu banyak waktu diperlukan berada di pejabat.
"Apa nak makan?" Muhammad berdiri memandang menu yang terpapar megah di dinding kedai. "Tu nampak sedap, ni nampak sedap, semua benda nampak sedap," ngomel Muhammad keseorangan.
"Yes, may I take your order Sir?" tanya gadis yang menjaga kaunter. "Pergh..speaking gua cakap lu! Bagi aku ni,ni dan ni," kata Muhammad sambil jarinya menunjuk-nunjuk di menu atas kaunter.
"That's all Sir?" tanya balik gadis itu. "Yes maam!" jawab Muhammad sambil senyum menggatal. Tangannya mengetuk-ngetuk kaunter mengikut rentak irama "Cinta Muka Buku" yang berkumandang di pembesar suara.
"Bodoh punya lagu...." bisik Muhammad yang pernah menjadi mangsa blind date melalui Facebook sebanyak dua kali.
Muhammad leka memerhatikan gadis itu ke hulu ke hilir sambil tangannya cekap membancuh kopi yang dipesannya. "Ni kalau jadi isteri aku, tiap-tiap hari aku boleh minum kopi. Terbaik!" fikir Muhammad sambil senyum-senyum suka sendiri.
"Assalamualaikum saudara..."
Muhammad terdengar suara menegurnya tapi dia buat tak endah. Sekali lagi suara itu kedengaran, "Assalamualaikum saudara.." Muhammad menoleh ke belakang. Berdiri di belakangnya seorang wanita yang dia kenali.
"Khadijah..." Muhammad terdiam. Khadijah senyum memandang Muhammad.
Siti Khadijah binti Abdul Aziz.
Wanita ini sangat istimewa pada diri Muhammad.
Tapi sayangnya, itu semua satu masa dulu.
(bersambung setiap Khamis atau bila-bila aku rajin)

nasib baik bukan rosmah
BalasPadambole percaya ke status halal oldtown tu?
BalasPadammotif guna nama muhammad dan khadijah?
BalasPadamcepat sikit tot sambungan kedua.. aku malas nak tunggu. btw betul gak?? kenapa pakai nama Muhammad dan Khadijah?? takpe tunggu part 2 punya sambungan.. baru boleh judge
BalasPadammohon sambung, jangan sampai aku merajuk
BalasPadammantot punye kronologi novel:
BalasPadamtujuan nama Muhammad & Khadijah, sj nk cetus balik idea perempuan approach lelaki. lelaki rasa lebih ada power bila ppuan yg ngorat dia. nnt jd bini, kena ikut ckp laki (alasan,ko yg sibuk nk jd bini aku dulu).
bila rasa ada power, suami senang nk bg arahan (eg. benti keje jd surirumah spt yg diidamkn Prince Noob dlm blog dia).
Isteri yg taat, udah dia yg dulu ngorat ofer diri nk lelaki tu, akur... demi taknak jatuhkn ego lelaki. Tammat novel percuma.
ok lah tot, tak payah buat smbgn lagi...komen percuma dah bg kronologi...bosan ahh...dah tau jln cerita...
BalasPadamyeaa, ade cite baru:)
BalasPadamnoob mane? promote la blog kau tu.
BalasPadamnoob...noob...cptlah promote blog ko..aku nak baca...
BalasPadamKah kah kah, cam gampang komen percuma nyer komen.
BalasPadamOk tot, boleh stop tulis novel ni buat novel lain plak.
citer sambung2 ni yg wat geram...sbb nk kene tunggu...ini bole membangkitkan kemarahan...ehehe
BalasPadamlaa..da bole stop? ada btol ke kronologi percuma tu?
BalasPadamtak kisah la sape ngurat sapa, laki ngurat perempuan ke, perempuan ngurat lagi ke... tapi tolong bila dah kahwin nanti, isteri jgn jadi sundal dan suami jgn jadi dayus.
BalasPadamtu dia....noob sudah datang mempromote blognya....
BalasPadamsi noob ni kalau bini dia curang menyundal...mau gila agak nye dia.meroyan
BalasPadamproblem? u mad bro?
BalasPadamX kisah la noob org nk ckp apa pun. Janji ko sng ati.
BalasPadamkalau kau layan anon2 tah hapa2 yang komen jenis camni, mmg cam bangang jugak rasanya. toksah layan dan buat tak tau. anon2 camni...
BalasPadamAku keje buat web dan first few perenggan membuatkn aku tersenyum.
BalasPadamnoob gila promote blog dia kat blog mantot ni..
BalasPadamsekian