Aku jenis berjaga malam.
Selalunya aku tidur pukul 2,pukul 3, malam semalam pukul 4. Apa yang aku akan buat untuk mengisi kesunyian malam yang selalunya hening (sebab aku duduk kawasan kampung) adalah dengan memasang TV dan biarkan aje TV berjalan.
At least aku tak lonely.
Isteri aku dengan anak aku selalunya tidur awal. Lepas Maghrib selalunya berseorangan lah aku, melainkan isteri bangun nak makan nasik...selalunya dalam jam 11 camtu.
Bila berseorangan, aku suka dengar orang bercakap. Radio selalunya pasang lagu2 yang aku tak minat nak dengar jadi aku akan pasang TV local sebab banyak drama malam2. Entah kenapa,aku tak pasti.
Masalahnya...satu aje.
Aku lonely. Seorang2 dalam rumah.
Keluar iklan drama hantu. What the hell. Kau nak takutkan orang suruh masuk tidur ke?
Pelik, memang pelik. Malam aje, drama mesti cerita hantu. Amukan Pocong lah, Jembalang Langsuir, Jin Mata Toncet, Syaitan Dalam Gelas....
Kenapa kita tak menggunakan prime time yang ada untuk tayang drama yang lagi elok? Aku lepak kedai makan, budak kecik mencangkung depan TV sebab nak tengok cerita hantu. Sambil tu diorang komen, "Mak, mak, kenapa perempuan tu boleh terbang?" atau "Mak, mak...kenapa perempuan tu macam tu mak?"
Mak dia dengan muka fed up terpaksa la jawab, "sebab dia tu hantu.." berulang kali.
Banyak betul benda yang kita buat tak ikut ajaran agama. Walaupun kita bangga "Melayu itu Islam, Islam itu Melayu," tapi kalau ditengok betul2 sebenarnya...kita ni agama aje Islamnya...tapi percaya benda2 tahyul.
Sebab dari kecik kita dah diajar, takut dengan benda tahyul macam hantu dan pocong tetapi agama kita suruh takut dengan Yang Satu aje.
Mungkin sebab tu lah ramai yang jadi mat rempit, buat gaya pontianak atas motor.
Nak hilangkan ketakutan terhadap hantu, jadi macam hantu.
Aku rasa aku paham kenapa diorang siarkan iklan cerita hantu pagi buta. Subconsciously, diorang cuba suruh aku keluar merempit atau clubbing.
Gambar hiasan : Gambar hantu berlatar-belakangkan kain rentang bapak jin.
21 ulasan:
bullseye!
nak buat mcm mana, dari dulu pun dah dimomokkan dgn cerita2 tahyul dalam harian metro, kosmo, mastika dll. cerita sejadah berdiri, jual anak yg kena sawan tangis, budak ilang kena sorok bunian. orang melayu biasalah, suka sgt percaya bulat2 tanpa mengkaji dan menyelidik asal usul suatu benda, bukan sahaja benda2 tahyul, malah fitnah, khabar angin dan kisah2 rekaan. bila terbaca je cerita yg tak tau asal usul, terus share kat fb, terus forward kat emel. even hadis2 yg tak sohih pun, asal nampak best dan islamik sikit, terus forward dan share. ini realiti orang kita... melayu
tu blom lg cite psl org melayu ada ilmu boleh ilang la... terbang la.. kebal la... bapak aku salah sorg askar masa time 13 mei dulu.. aku tny la bapak aku.. ada ke nmpk parang terbang ke hape ke.. dia ckp xdepun... bila dah tua2 camni baru terpikir kalau melayu tu hebat sgt dgn mcm2 ilmu.. kenapa org melayu byk yg miskin dgn merempat.. kalau hebat sgt kenapa tak tolong org pelestine.. takpun masuk ufc ke mma ke.. hmmm hampeh..
aku tak penah suka tengok cite hantu sebenarnya baik yg serius atau berbentuk komedi. bkn sbb takut ke apa, sbb dah jadi makin merapikkk dan mengarut.
hantu dlm botol kicap? blergh~
cite lain takde ke? boring sia
Cuti sekolah tak bawak wife holiday atau tengok wayang(bukan citer hantu)? Hehee...
"Aku rasa aku paham kenapa diorang siarkan iklan cerita hantu pagi buta. Subconsciously, diorang cuba suruh aku keluar merempit atau clubbing"
tak..diorg suh ko tutup TV, pi menggaji. bg tenang satu rumah anak-bini nk tido.
hai noob.. i rindu link you yang biru2 gitu..haha
sepatutnya disiarkan cerita drama dewasa ataupun naked news. sekian
CERITA HANTU TU X SALAH..TAPI BUATLAH GEMPAK2..NI AKU PERNAH NAMPAK CERITA AHMAD IDHAM..BILA HANTU TU TERBANG..NAMPAK KABEL KAT BELAKANG PULAK..KANTOI..KAT LUAR NEGARA BANYAK RANCANGAN PASAL HANTU TAPI DIORANG BUAT KAJIAN ..APA RELATEDNYA NGAN SAINS..CIPTA DAN UJI PERALATAN BARU SO BOLEH PROVE KAN DENGAN SAINS..NI X HABIS2 CERITA SAKA..PASTU KALAU BOMOH JAHAT MESTI PAKAI BANYAK CINCIN PASTU MESTI ADA TENGKORAK KAT BELAKANG..SAMA JE
best entri ko !
disogokkan dengan benda2 tahyul..
sebab bukan kita nak sangat tengok pun..
dah time kita nak tengok tv itu aje citer yang ada..
sengal la tv skrg!
nyampah !
paling bagus terbaik ayat last tulisan kecik tu
tak..diorg suh ko tutup TV, pi menggaji. bg tenang satu rumah anak-bini nk tido.
~~perghh Cik siti fairuz memang terbaik..!!
hai noob promoter blog..
shared your sentiment
Dulu2 kalau takleh tido, suka dengar IKIM. Kdg2 adelah bacaan talqin tgh2 malam tu. Makin takleh tido jadinya. Takut mati.
Tak faham jugak dengan addiction kepada cerita hantu ni. Syok apa entah hidup dalam ketakutan.
Best entry ni Mantot!
Dlu ms awal 90 an dh ade peraturan menyekat citer2 tahyul n khurafat, tp sejak2 5-6 thn kebelakangan ni, citer2 mengarut ni makin menjadi jadi..cis
-peugeot-
cerita hantu....mmg mengarut....walaupun dkt astro OASIS ada rancangan PERANGI SIHIR yg dikelola oleh pak engku (aku tak pernah dgr)..tp cara dia bagi tu tak sesuai..ada ke bila org bgtau simptom mcm2x.. ko trus cakap ada jinlah tu...kena gangguanlah tu...klu kena pun takyah cakap mcm tu...boleh jadi fitnah..prasangka buruk org yg kena....ikutkan hakikat kita ni ada hijab...mana ada supervision nampak sume benda tu..klu nampak maknanya tak normal...
setahu aku serba sikit ni..cite hantu m'sia byk dikaitkan dgn politik semasa..sbgai cnth hantu kum-kum..asalnya dari fenomena fesyen bertudung manakala puntianak plak berkaitan dgn isu komunis..cnth paling jelas cite mamat khalid "kala malam bulan mengambang" sgt terang kaitannya antara puntianak dgn komunis mcmtu jgk ngn cite zombie kg pisang yg sgt jelas kaitannya antara zombie dgn puak revolusi..tapi kalu cite hantu prof maiden penang bertajuk mistik plak aku sgt pasti ramai yg menyampah sebab xde unsur yg bley org melekat dan terus kita buat perbandingan dgn movi HOLLYwood~
dan yg pasti trick nk takutkan org dgn tgk citer hantu sgt praktikal utk kanak-kanak..sebab tu satu masa dulu pihak pemerintah pernah mengharamkan cerita berunsur tahyul dan hasilnya m'sia berjaya mendirikan menara rebong (menara telekom) yang dianggap sbagai idea paling mengarut pada era 80-an.
o_O
anak2 jiran sebelah selalu usik hantu dkt anakaku, smpi mlm2 nk ke tandas pn kena temankan..last2 aku jerit kt budak2 tu, korang usik lg hantu kt irfan (nama anak), nanti mak irfan naik 'hantu'...hehe, tau takut....
Catat Ulasan